Khamis, Jun 25, 2009

Anwar sembunyi bukti air mani?

0 Komen!!!

Kenapa Anwar sembunyikan fakta laporan hospital tentang kesan air mani ?

Dinilai 5.0 oleh 3 orang [?]

Oleh The Unspinners

Malam Isnin Anwar berada di Manek Urai untuk kempen bagi persediaan pilihanraya kecil di situ. Dalam ceramah, dia dok cerita kat orang kampung pasal tuduhan liwat terhadapnya.

Dia beritahu orang ramai Saiful telah diperiksa pada pukul 3 petang di Pusrawai dan tidak ada kesan tembus dan luka. Kemudian dibawa terus ke Hospital Kuala Lumpur, diperiksa pula oleh tiga pakar dan keputusan yang sama. Ini juga alasan yang dia dok guna untuk memohon pada mahkamah agar pertuduhan digugurkan.


Cuba kita pikiaq skit. Kalau Anwar guna KY Jelly, kemungkinan perbuatan liwat itu tidak meninggalkan kesan fizikal. Pasal kita bukan buat dan guna benda-benda macam ini, kita carilah maklumat.

Menurut Wikipedia, KY Jelly adalah alat pelicin peribadi bagi kegunaan antara lain, seks anal atau liwat. Articlesbase sini pula beritahu kaedah penggunaan yang betul boleh mengelakkan berlaku luka dan koyak pada kulit.

Anwar ni kata dia sendiri prihatin terhadap rakyat. Katalah dia guna KY Jelly supaya pasangannya tidak cedera. Pastilah tidak ada kesan. Tetapi adakah bermakna perbuatan liwat tidak berlaku?

Sedaq tak hangpa Anwar tidak sebut langsung laporan perubatan tidak terjumpa kesan air mani? Mungkinkah ada terjumpa kesan air mani dari punggung Saiful tapi Anwar malu nak khabaq kat kita? Kalau ada, ia bermakna perbuatan liwat berlaku. Cuma siapa empunya air mani itu?

Anwar enggan beri sample DNA terbaru semasa pemeriksaan doktor. Alasan dia takut dianiaya dan fitnah. Jangan lupa polis masih ada rekod DNA Anwar dari perbicaraan dulu. Mungkinkah DNA dari air mani yang diperolehi dari punggung Saiful sama dengan rekod DNA dalam simpanan polis?

Betoi betoi ... kita tau rekod DNA yang ada pada polis tak boleh guna untuk mahkamah. Walaupun tak boleh guna, persamaan DNA cukup untuk meyakinkan polis bahawa mereka tak salah tuduh. Mereka kena berjaga pasai nanti orang tuduh polis nak kenakan Anwar.

Bila dah yakin, tidak mustahil untuk polis perolehi bukti-bukti lain. Itu pasai mahkamah yakin dengan affidavit dari pendakwa untuk kes dibicara. Kalaulah ini semua teka-teka dan tak betul, takpe. Anwar boleh pi ke mahkamah dan hujah. Dah yakin menang, tak payahlah nak lari dan main wayang untuk tangguh-tangguh.

Orang kampung Manek Urai bolehlah hang auta, Anwar. Itu pun belum tentu mereka nak caya buta-buta.

sumber - the unspinners

Ahli Pas Bukan Islam bakal ancam perjuangan PAS

4 Komen!!!

Lawan Umno : Ni apa Siasah mengarut pulak ni?

Aku bila baca ja berita ni terus terlintas kat kepala pasai idea Kerajaan Perpaduan. Seingat aku sebelum ni Siasah la yang mula² sekali menimbulkan idea kerajaan perpaduan. Lepas pada tu macam² perkara besar jadi kat PAS.

Punya teruk PAS kena tanggung sampai tahap ada yang mengaku sebagai ahli PAS sanggup menghina Hj Hadi, Presiden parti dia sendiri. Yang aku lebih tak tahan bila ada yang sampai sanggup hina TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang bukan takat orang PAS hormat tapi orang yang bukan Islam pun hormat sebagau Tok Guru.

Puya la kronik bahana idea kerajaan perpaduan yang siasah mula sekali juai walaupun 'belum masak', sampai institusi ulama' pun diheret sekali dan dilabel dengan makian yang cukup buruk.

Nak bagi reda kontroversi ni sampai TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS terpaksa mintak maaf dan tarik balik gesaan dia supaya Timbalan Presiden PAs letak jawatan.

Tambah-tambah lagi cara Siasah bawak cerita ni manpak sangat saja nak timbulkan kontroversi.

Kononnya ada 'sumber' yang bagi tau.
Menurut sumber, sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu. Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.

Namun, kebanyakan pemimpin PAS dikatakan bersetuju agar mereka diberikan status ahli penuh.

Aku harap 'sumber' tu bukan sumber yang sama yang 'cerita' kat Siasah pasai idea Kerajaan Perpaduan.

Setahu aku sebelum ni masa retreat pimpinan PAS Pusat kat Pulau Langkawi tahun lepas dah ada satu ketetapan untuk ujudkan satu dewan khas untuk orang bukan Islan jadi ahli, semacam dewan ulama, pemuda dan muslimat dan Dr. Mujahid dah diarahkan buat satu kertaskerja lengkap pasai idea tu.

Tapi cara Siasah bawak cerita ni macam orang bukan Islam boleh jadi ahli sama macam ahli PAS yang Islam, takdak beza langsung. Saja ja ditulis sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu. Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.

*****************
Katanya 'PAS untuk semua'... mahu tipu lagi ke.... kalau dah untuk semua mana boleh ada diskriminasi dari segi hak ahli.... kata UMNO perkauman... jadi ni jenis apa pulak diskriminasi ni? kira-kira yang Melayu Islam sahaja yang boleh yang bukan Melayu dan bukan Islam tidak boleh?...

Sumber: Cenangau

5 Kelemahan PAS yang akan mengundang bala

0 Komen!!!
PAS patut segera menggunakan konsep "PAS untuk semua" dan "Perjuangan menegakkan keadilan Islam" kerana slogan "Perjuangan menegakkan Negara Islam" akan diputarbelit konsepnya oleh UMNO dan masyarakat kurang faham. Di sini dijelaskan 5 kesilapan-kesilapan lazim PAS yang mungkin menyebabkan PAS kalah PRU.

1.SLOGAN YANG KURANG TEPAT

Apabila kita menyebut konsep negara Islam, akan timbul penentangan dari bukan Islam kerana salah faham mereka terhadap konsep tersebut. Ini ialah hasil dakyah UMNO yang selama ini memburuk-burukkan konsep negara Islam dan sentiasa menakut-nakutkan bukan-Islam.

SEBENARNYA, konsep Negara Islam tidak perlu digeruni oleh mana-mana bukan Islam kerana perundangan Islam hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Perundangan Islam juga sangat adil sebenarnya. Untuk menarik sokongan semua, PAS harus menggunakan slogan yang betul seperti PAS untuk semua dan "Perjuangan menegakkan keadilan Islam untuk semua".

Ini tidak bererti perjuangan menegakkan negara Islam dihentikan.

Jawapan : PAS hakikatnya memang takut untuk tonjolkan imej negara Islam...takut tidak dapat undi bukan Melayu. PAS hakikatnya memang gagal menjadikan Islam sebagai slogan kepada bukan Melayu... jika gunakan slogan pun PAs takut, jadi bagaimana hendak menjelaskan Islam... jangan asyik salahkan UMNO kerana kegagalan PAS menerangkan Islam .. kerana Islam PAS ialah Islam yang telah dipesongkan oleh politik sempit PAS bukan Islam tulen!


2. PAS harus ubah mentaliti

Mentaliti PAS dalam banyak hal masih mentaliti pembangkang dan masih belum jelas kematangan PAS dalam pemerintahan, khususnya dalam beberapa aspek. Contohnya, harakah dan harakahdaily. Kebanyakan artikel, (HAMPIR SEMUA KADANG-KADANG), hanya berkisar tentang keburukan dan kerosakan UMNO. Sewajarnya PAS memperuntukkan beberapa mukasurat, sekitar 5-10 sekurangnya, untuk menjelaskan pelan, perancangan dan pelaksanaan ekonomi yang diusahakan oleh PAS.

Jawapan : PAS memang tidak matang, dulu kini dan selamanya... PAS tidak bebas berfikir dan selalu hanya menjadi pengikut dan penakut. PAS tidak pernah memimpin pakatan pembangkang... dan bsegitulah PAS selama-lamanya. jadi memang betul PAS tidak layak memimpin!


3. PAS kurang mendekati golongan muda

Ini satu kelemahan besar PAS. Kebanyakan sasaran PAS sekarang ialah golongan tua kaki masjid. KJ pun sekurang-kurangnya cuba mendekati golongan mat rempit dan golongan remaja. PAS bagaikan selesa berdakwah dalam 'comfort zone' dengan hanya focus pada ceramah agama di kalangan yang memang minat agama. Sepatutnya PAS mengadakan lebih banyak aktiviti kemasyarakat seperti sukan dan sebagainya untuk menarik golongan muda. PAS juga sewajarnya mengumpulkan profesional seperti doktor dan peguam dari PAS dan mengadakan program khidmat percuma dari masa ke masa dan publisiti perlulah ada. Barulah masyarakat lebih tertarik.

Jawapan: PAS mempunyai jentera muda yang hebat dan sedia berjuang untuk PAS. Namun ianya hanya menggunakan naluri memberontak golongan yang disasarkan untuk anti kerajaan. Bukanlah mereka memahami sangat perjuangan PAS tetapi terdorong dengan jiwa memberontak!


3. PAS TIADA STRATEGI DALAM PERUNDANGAN ISLAM

Terus terang saya katakan, strategi PAS dalam isu perundangan Islam cukup menyedihkan. Perjuangan yang ikhlas tetapi tidak sistematik dan tidak terancang ini kadangkala memualkan. Sebagai contoh, terdapat beberapa pendapat mazhab berhubung tanggapan zina ke atas perempuan mengandung yang belum berkahwin. PAS sewaktu mengemukakan usul undang2 Islam sikit wajtu dahulu memilih undang-undang yang pendapat bahawa wujud tanggapan zina. Ini tentulah akan dipergunakan oleh SIS dan pihak-pihak lain untuk menyerang usul tersebut kerana wanita boleh mengandung akibat dirogol dan sebagainya..

Sewajarnya PAS menghantar usul undang2 hudud dan sebagainya itu kepada majlis fatwa, majlis agama, dan pakar-pakar agama Islam dari seluruh dunia untuk mendapatkan nasihat dan kemaskini dari semua.

Jawapan : PAS memang tiada niat untuk memperjuangkan Islam, apatah lagi strategi khusus untuk memperkembangkan syiar Islam. Ini kerana jika dilihat dari sahabat PAs dalam Pakatan Rakyat, PAS memang tiada ruang untuk menjadikan Islam sebagai agenda pakatan.. cuba terangkan manakah negeri yang telah menjadikan Islam dalam Pakatan... berdiri sebagai Pakatan... negeri yang diperintah pakatan... hanya mengikut parti mana yang banyak kerusi sahaja... samada dap, PAS dan PKR... tiada agenda yang sama setiap negeri pakatan... mustahil Islam boleh dihidupkan jika PAS bersama Pakatan.


4. PAS lemah dari segi publisiti dan strategi

Sebagai contoh, PAS boleh membuat pengumuman bahawa PAS akan mengadakan sidang ekonomi untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat dan menjemput semua cendikiawan dan cerdik pandai dari seluruh negara untuk hadir ke persidangan tersebut dan memberikan kertas kerja atau pandangan masing-masing berhubung langkah terbaik untuk memajukan ekonomi negari-negeri tersebut.

Jawapan : sebagaimana yang diketahui PAS memang tiada kemahiran dalam bidang ekonomi, tiada satupun model ekonomi PAS yang boleh menjadi rujukan apatah lagi di kelantan. Pas hanya hidup dalam kelompoknya yang berwajah bengis sentiasa bersikap anti kepada media perdana. PAS wajar di tolak kerana imej garang dan bengis.


5. PAS terlampau bermusuh dengan ahli UMNO

Rasulullah mengingatkan kita bahawa jika kamu keras dengan masyarakat, mereka akan lari dari Islam. PAS wajarlah cuba menarik ahli-ahli UMNO agar mereka mendekati dan masuk PAS. Sebagai contoh, PAS boleh mengusulkan agar setiap cawangan PAS perlu menghantar sedikit buahtangan atau makanan seperti sate kepada cawangan UMNO untuk cuba berbaik dan menarik mereka kepada PAS. Amalkan pendekatan berhikmah..

Jawapan : PAS dari dahulu memang melatih ahlinya hidup di bawah tempurung dengan mengelakkan ahlinya membaca media arus perdana, TV atau akhbar. Ahli PAS hanya terdedah dengan majalah Haprak.online dan ceramah-ceramah mereka. PAS lbih bimbang ahlinya berfikiran rasional yang mampu membuat perbandingan antara PAS dan UMNO.. kerana itu akan menyebabkab ahli mereka lebih mudah terpengaruh kepada UMNO.


Dipetik dari : tranungkitebengong.

Pas lebih utamakan kepentingan politik berbanding nasib Melayu

4 Komen!!!
PENOLAKAN Pakatan Rakyat terhadap idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang memang sudah dijangka. Amat jelas sekali Pas bukan saja tunduk kepada desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, malah dilihat tidak berani membuat keputusan sendiri hingga terpaksa mengalah dengan tekanan hebat dua rakannya itu.

Umum mengetahui pakatan itu ibarat 'kahwin paksa' dalam usaha menumbangkan BN pada pilihan raya umum lalu dan disebabkan prinsip serta pendekatan yang sering berbeza-beza, kerjasama di antara mereka ada kalanya kelihatan goyah. Sepatutnya, Pas membincang terlebih dulu dan memperhalusi cadangan berkenaan pada peringkat pemimpin tertinggi parti bagi mendapat maklum balas dan kemudian mengambil pendirian sebelum mengadakan pertemuan pada peringkat tertinggi dengan pemimpin PKR dan DAP.

Keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Hadi yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang mereka sifatkan sebagai suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka, boleh dianggap sebagai tergesa-gesa. Mereka melihat idea itu sebagai tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat, sedangkan idea itu datangnya daripada pemimpin mereka sendiri. Pas sewajarnya mempunyai pendirian tersendiri untuk berbincang dengan Umno kerana parti itu mempunyai kekuatan dengan memiliki 23 kerusi di Parlimen serta menerajui Kelantan dan Kedah.


Apapun, kerjasama Umno-Pas sebenarnya bukan perkara baru. Oleh itu, tidak hairanlah jika pemimpin Umno sebelum ini menerima cadangan kerajaan perpaduan itu dengan tangan terbuka kerana hal perpaduan bukan hanya menguntungkan orang Melayu, tetapi juga memberi manfaat kepada seluruh rakyat negara ini.

Malah, perubahan sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mula memberikan reaksi positif, membuka ruang kerjasama lebih mantap. Keterbukaan sikap seperti itulah juga yang membuka ruang kerjasama Pas dan Umno pada 1970. Pada era kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, kerjasama Umno dan Pas tercapai atas keperluan perpaduan nasional dan keselamatan negara, terutama selepas berlaku tragedi 13 Mei 1969. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sendiri secara peribadi pastinya mahu mengulangi kejayaan ayahandanya itu yang berjaya merapatkan Pas dan Umno ketika menjadi Perdana Menteri.

Pada era Pas diterajui Allahyarham Fadzil Nor, muzakarah antara kedua-dua parti itu pernah diadakan. Kita berpendapat, pemimpin Umno dan Pas masih boleh berbincang soal perpaduan. Berdebatlah di meja rundingan dan jika semuanya berjalan lancar, baru diumumkan atau diberitahu kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat atau BN.

Jika suatu hari ini perpaduan seperti yang diharapkan itu menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya Najib dan Abdul Hadi akan dikenang sebagai penyelamat bangsa Melayu dan Islam. Buat masa ini, pemimpin dan penyokong Umno serta Pas harus merenung sejenak bagaimana nasib orang mereka selepas Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu dan bagaimana ada pihak yang begitu berani memperlekehkan umat Islam dan institusi raja Melayu. Ketepikan soal politik buat sejenak dan bersama-sama merenungkan masa depan, tanpa terlalu memikirkan siapa boleh berkuasa atau menjadi perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Kongsi Link Anda