Popular Today

Jumaat, September 12, 2014

Calon PAS : kontraktor didahulukan ulama dipinggirkan!!

0 Komen!!!


Nampaknya golongan ulama sekali lagi tersingkir dlm PAS..dah le sebelum ini keputusan ulama tidak diikuti dalam kes isu MB Selangor.. Inilah nasib ulama dalam PAS!!


Apapun tahniah kepada BN yang ambil guru sekolah pondok dan apatah lagi anak tempatan..

Mari kita kenali siapa sebenarnya calon BN ini untuk mewakili suara rakyat Pengkalan Kubor

Nama : Hj. Mat Razi bin Mat Ail
Umur : 49 tahun
Tempat Lahir : Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan
Status : Berkahwin (Pn. Khairos binti Husin)
Anak : 6 orang
Pekerjaan : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Daerah Tumpat, Kelantan
Kelulusan Akademik : B.A (Hons) Sejarah dan Persuratan Melayu (UKM) 1999


Jawatan yang pernah / sedang dipegang dalam pertubuhan / persatuan :

1. Pengasas Pondok Simpang Tumpat, Kelantan (2012).

2. Pengerusi Madrasah Nurul Ehsan Kg. Telaga Bata, Tumpat.

3. Guru Al-Quran Kampung Simpangan, Tumpat.

4. Setiausaha Masjid Kampung Simpangan, Tumpat.

5. Setiausaha Pondok Tumpat.


Pengiktirafan :

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - SK Bunohan Tumpat (1995).

2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - SMK Geting Tumpat (2005).

3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - PPD Tumpat (2012).

Jadi, berdasarkan latarbelakang calon anak tempatan ini melayakkannya menjadi pilihan utama kepada pengundi Pengkalan Kubor untuk memilih beliau sebagai Wakil Rakyat mewakili suara rakyat dan penduduk setempat bagi membawa kepentingan dan kebaikkan rakyat Pengkalan Kubor. 

#PRKpengkalanKubur : PAS vs PR??

0 Komen!!!
Pengkalan Kubor: Ketiadaan pemimpin PAS dan PR pada majlis pengumuman calon timbulkan persoalan


Adakah ini yang sedang berlaku.. pertandingan sebenar bukan berlaku antara UMNO dan juga PAS tetapi antara PAS dan juga PR..

Perkara ini berlaku dengan jelas malam tadi apabila ketidakhadiran pimpinan PAS pusat termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamed Sabu, Naib Presiden, Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa menimbulkan tanda tanya.

Selain itu tiada kelibat wakil pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam majlis pengumuman calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) malam tadi juga menimbulkan persoalan.

Walaupun kerusi tersebut secara rasminya diberi laluan oleh PKR melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini untuk ditandingi PAS, namun ketiadaan pimpinan tertinggi PR dilihat kurang menceriakan suasana malam tadi.

Perpecahan dalam PAS semakin jelas akibat tindakan Anwarinas dalam PAS.. ianya adalah petanda malapetaka untuk PAS yang bertanding disini.

Begitu juga dengan ketidakhadiran pemimpin PR seperti Wan Azizah memberi isyarat bahawa mereka boikot membantu PR di sini..

Laluan PAS semakin goyah.. inilah akibatnya bila pemimpin PR gila kuasa..

Pesanan Nik Aziz kepada PKR yang dianggap budak manja perlu dijadikan pedoman.. PAS kini hanya membuli PKR sahaja.. dah le jawatan MB Selangor mereka rampas daripada PKR kini kerusi DUN Pengkalan Kubur pula yang sebelum ini adalah milik PKR.





Kongsi Link Anda