Dalam tempoh sebulan ini kita dapat melihat bagaimana Anwar Ibrahim memanipulasi berita dan sistem kehakiman negara.
Bagaimana seseorang yang sepatutnya adalah mangsa kini dituduh pula sebagai penipu. Pelaku pula bergerak bebas bahkan diagong-agongkan oleh pengikut beliau yang taksub.
Kesan daripada tindakan tersebut ialah jika beliau betul-betul melakukan liwat, beliau berjaya meyakinkan rakyat bahawa beliau telah dizalimi. Akhirnya sistem kehakiman yang sepatutnya menegakkan keadilan tidak dapat dijalankan.
Hakikatnya Anwar langsung tidak memberi ruang untuk sistem kehakiman negara ini berjalan dengan lancar. Siasatan yang sepatutnya dijalankan dengan adil dan mudah tidak diikuti oleh Anwar. Ianya memperlihatkan bagaimana Anwar berjaya mengatasi sistem kehakiman negara.
Bagi melicinkan siasatan Anwar sepatutnya 'tutup mulut' begitu juga Majlis Peguam. Biarkan Polis menjalankan siasatan dan biarkan mahkamah menentukan kebenaran.
Adalah sesuatu yang tidak kena dalam sistem keadilan negara jika tertuduh atau pelaku terlepas dari hukuman yang sepatutnya. Dan adalah tidak adil juga sekiranya setiap kali pelaku hendak disiasat, tetapi pelaku juga membuat laporan yang sebaliknya. Sebagaimana Anwar mendakwa Peguam Negara dan Ketua Polis Negara terlibat dalam memalsukan laporan dan akhirnya beliau berjaya menyingkirkan dua tokoh utama dalam siasatan dan pendakwaan tidak terlibat dalam kes beliau. Jika trend ini beterusan maka sistem kehakiman dan keadilan negara akan hancur kerana jika setiap kali pelaku didakwa, tetapi pelaku juga mendakwa pihak yang lain. Akhirnya Pelaku walaupun betul melakukanya berjaya membebaskan diri dan mangsa akan terus menjadi mangsa.
Jadi apakah yang dinamakan keadilan.. Adakah keadilan jika pelaku mendapat hukuman atau mangsa yang mendapt hukuman...