Nampaknya menjelang Pemilihan PAS hujung minggu ini, kempen sokongan terhadap Husam semakin ditingkatkan. Kini Nasarudin pula menjadi mangsa konspirasi kempen pro-Husam .
Apabila melihat Husam teringat dahulu ketika Anwar dan Tun Mahathir. Tun Mahathir sangat percaya kepada Anwar dan sentiasa mempertahankan Anwar sehingga beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO dan disebut sebagi penggantinya. Walaupun pernah dikatakan terdapat laporan 'sodomy' dan usaha menjatuhkan beliau Tun masih tidak mempercayai laporan tersebut. Sehinggalah pada saat-saat akhir dibukakan pintu hati Tun oleh Allah SWT, maka dari saat itulah Anwar dipecat!
Dan ini juga berlaku seperti kepercayaan Nik Aziz terhadap Husam. Begitulah kuatnya kepercayaan Nik Aziz terhadap Husam sehingga semua laporan yang berkaitkan buruk laku husam dibakul sampahkan. Apa yang Husam buat semuanya betul belaka. Samalah seperti Anwar sewaktu masa dahulu.
Husam telah menggunakan seratus peratus bloggers pro beliau seperti Perisik Rakyat, Kickdefella dan ramai lagi untuk teruskan mempertahankan beliau dan menjatuhkan Nasarudin Mat Isa. Terkini dalam artikel di blog Perisik Rakyat telah kononnya mendedahkan siapa sebenarnya Nasarudin dan kaitannya dengan UMNO:
Artikel itu menulis :
Wan Abu Bakar tahu siapa Nasharudin?
Saya menerima satu email. Email itu ialah mengenai Task Force 2010 ditubuhkan atas dasar mengembalikan kestabilan di Selatan Thai. Ia diketuai oleh seorang berpangkat Jeneral daripada Kor Risik yang dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri.
Beliau adalah Dato’ Wan Abu Bakar yang berasal dari Terengganu.
Email itu menuduh Ustaz Nasharudin Mat Isa telah terlibat dengan Task Force ini dan telah dua kali menguruskan pertemuan diantara Dato’ Wan Abu Bakar dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun, menurut email itu, Tuan Guru dengan jelas tidak mahu terlibat dengan agenda Task Force 2010 tersebut.
Nasib baik, menurut email itu lagi, Tuan Guru Nik Aziz tidak mahu membabitkan diri.
Ini kerana tidak lama kemudian, menurut email itu, agenda Task Force ini kemudiannya berubah kepada agenda perpaduan Melayu. Ianya mengalih isu Selatan Thai kepada isu menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi 'beyond 2010', menurut email itu. Tahun 2010 ialah tahun asal transisi kuasa antara Abdullah kepada Najib.
Email itu mendakwa, Task Force ini digembeling oleh Dato’ Wan Abu Bakar dan Nasharuddin Mat Isa untuk menganjurkan beberapa pertemuan di antara pemimpin tertinggi UMNO dengan beberapa pemimpin PAS. Akhirnya, Abdullah Badawi membuat pengakuan bahawa sedang ada rundingan antara kedua-dua parti tersebut.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyidin Yassin bagaimanapun berjaya membangkitkan keberanian terbuka ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO dan pemberontakan dalaman berlaku mengakibatkan Abdullah terpaksa berundur sebelum 2010.
Email itu menuduh "Task Force ini juga terlibat dengan mendedahkan maklumat-maklumat Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia yang bertujuan menjatuhkan Najib Razak. Antaranya ialah mendedahkan maklumat pembunuhan Altantunya kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian kepada Raja Petra Kamaruddin".
Setelah ketiadaan Abdullah, dakwa email itu, ada usaha untuk mengekalkan semula Task Force ini. Pertemuan di antara wakil Task Force bersama Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi diadakan, dakwa email itu.
Bagaimanapun, dakwa email itu lagi, Najib Razak tidak berminat kerana dia tahu dan sedar apa yang telah dilakukan oleh Task Force ini ke atasnya. Namun akhirnya, dakwa email itu lagi, Najib lembut hati apabila nama Nasharudin Mat Isa dibangkitkan.
Email itu selanjutnya mendakwa, antara yang akan menjadi usaha terkininya ialah mengembalikan kegemilangan BN dengan membawa semula PAS ke dalamnya. Email itu seterusnya yakin Najib Razak akan menerimanya kerana ia akan meneruskan legasi ayahandanya.
Seterusnya email itu mengemukakan dua persoalan:
Apakah peranan Utusan Malaysia di dalam keprihatinan tiba-tiba terhadap PAS adalah sebahagian daripada agenda Task Force 2010?
Email itu mendakwa "Ya"
Siapakah Nasharuddin Mat Isa?
Email itu menjawab, tanya Dato Wan Abu Bakar.
Di bawah sekali tertulis seperti berikut:
Ikhlas,
Hassan
Selain itu pula, dah nak sampai hari-hari terakhir pemilihan Pas ini, ada usaha lahi untuk menyelamatkan Husam.. soalannya kenapa sekarang? ada udang sebalik batu ke?
Nampaknya konspirasi menjatuhkan Nasarudin dari dalam PAS semakin jelas. Nampaknya dari laman blog trend sokongan kepada Husam terus mengingkat samada atas dasar simpati dan taktik keji beliau.
Mungkin sebelum ini rasanya tidak pernah berlaku pertandingan yang tidak sihat sebelum ini. Tidak pernah ada majlis dialog bersama calon, tidak pernah ada serangan peribadi terhadap calon yang bertanding. Namun di era Husam telah bermula bibit Anwar di dalam PAS.
Kita pun tertanya-tanya kenapa banyak artikel yang berbentuk kempen ini hanya wujud menjelang pemilihan PAS... mesti ada tujuan dan dalangnya?
Wahai PAS! tanpa anda perasan, anda sebenarnya telah berpecah.. tunggulah saat kehancuran....