Popular Today

Rabu, Julai 02, 2008

Yahya - kambing hitam PKR @Kerajaan Negeri Selangor

0 Komen!!!
Menteri besar Selangor mendedahkan hari ini terdapat kes prima facie terhadap bekas pegawainya Mohd Yahya Mat Sahri berhubung usaha memungut wang derma bagi sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata maklumat kes itu diperolehinya daripada pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Ja'afar Mahad dalam satu pertemuan petang semalam.

"Pengarah BPR Selangor ... melaporkan terdapat kes prima facie berkaitan salah guna kemudahan pejabat menteri besar untuk meminta derma sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor," katanya.

Dalam sidang medianya petang ini, Abdul Khalid berkata penggunaan kepala surat pejabat menteri besar mestilah dengan kebenarannya dan surat kutipan derma itu tanpa pengetahuannya.

Kata Rakyat : Yahya hanya kambing hitam PKR. Seseorang perlu dikorbankan. Pelik bunyinya bila Tan Sri Khalid mengatakan tidak tahu menahu hal ini.. Mana ada anak buah buat kerja kalau tidak disuruh bos..

Tangguh projek di Pulau Pinang untuk pembangunan luar bandar

2 Komen!!!

Dari segi konsepnya, kerajaan pusat memang tidak perlu memberi perhatian kepada kerajaan yang ditadbir pembangkang..

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menangguhkan beberapa projek pembangunan di negeri itu sebenarnya amat tepat. Projek yang terlibat ialah Projek monorel, Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), pembesaran Empangan Mengkuang dan menaik taraf sistem keretapi Bukit Bendera.

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat yang dibuat oleh kerajaan sebenarnya bukan mahu menghukum kerajaan negeri Pulau Pinang. Tetapi bertujuan untuk melaksanakan projek rakyat yang lebih penting seperti projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Pembangunan luar bandar adalah lebih penting berbanding dengan pembangunan yang sudah sempurna di Pulau Pinang. Lim Guan Eng perlu ingat Pulau Pinang bukan satu-satunya negeri di Malaysia.

Selain it juga sebenarnya, projek yang diminta itu boleh dianggap membazir kerana tidak dihargai oleh rakyat negeri itu. Buktinya, dengan segala pembangunan yang telah diberi namun kebanyakan pengundi masih mengundi pembangkang khasnya kawasan majoriti bukan Melayu.

Adalah lebih baik jiak projek berbilion ringgit ini di salurkan kepada yang menghargainya seperti di Sabah dan Sarawak berbanding di lain-lain negeri..

Saiful mahu bunuh diri?

0 Komen!!!

Siapa yang tidak malu!.. Ini soal maruah diri, hukum hakam agama, dosa dan pahala. Bukan boleh dimain-mainkan sesuka hati..

mengikut laporan The Star, memetik ayah saudaranya Saiful bahawa bekas pelajar UNITEN itu pernah nekad untuk membunuh diri kerana tertekan dengan apa yang telah dilakukannya.

Beliau yang enggan dikenali berkata, Saiful hampir mengambil jalan pintas untuk membunuh diri kerana dia sedar apa yang dilakukannya adalah satu dosa besar.

“Saiful membuat pengorbanan ini demi negara walaupun dia sedar masyarakat akan memandang serong dan mencemuh dirinya dan keluarga selepas pendedahan ini,” katanya lagi.

"Sebagai keluarga, kami akan berdiri teguh di belakangnya," katanya.

Beliau juga tegas berkata, tidak ada siapapun yang memaksa Saiful membuat pengakuan tersebut dan menyifatkan apa yang terjadi sebagai masalah keluarga.

“Kami tidak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. Kami bersendirian dalam hal ini. Sebagai keluarga kami akan menyokong penuh tindakan Saiful.

“Sebelum ini, kami pernah cuba meminta bantuan pihak kerajaan tetapi mereka memberitahu tidak mahu terlibat sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Utama dekat Petaling Jaya.

Beliau juga mengaku sudah beberapa kali menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi diberitahu agar tidak menghubunginya lagi.

Beliau juga memberitahu bahawa anak saudaranya pernah pergi ke Bukit Aman untuk membuat laporan tetapi pihak sana telah menyuruh dia balik setelah mendapat tahu siapa yang terlibat.

Mohd Saiful akhirnya telah membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur yang sanggup mengambil laporan polisnya, kata ayah saudara Saiful lagi.

“Saiful bukan berada di hospital tetapi di bawah perlindungan polis dan keluarga kami sendiri tidak tahu di mana dia berada kini," katanya.

Ayah saudara Saiful mengaku beliau pernah menjadi penyokong kuat Anwar sebelum ini tetapi tidak lagi selepas apa yang berlaku kini.

Ketika ditanya tentang gambar yang dirakam Saiful bersama beberapa Menteri Kabinet dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri, beliau berkata itu adalah perkara biasa bagi pelajar untuk mengambil foto dengan pegawai kerajaan.

Sementara itu banyak persoalan yang belum terjawab diketika polis masih lagi menjalankan siasatan termasuk di kondominium dimana kejadian didakwa berlaku.

Sekalipun tidak ada apa-apa kukuh diperolehi setakat ini apa yang berlegar kini khususnya yang didakwa oleh Anwar dan PKR ialah wujudnya konspirasi yang merancang dakwaan itu.

Bagi sesetengah pemerhati dakwaan wujudnya konspirasi ialah jalan termudah mengaburi senario kes itu.

Cubaan untuk mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dalam konspirasi itu juga adalah jalan paling mudah mengunakan modal gambar Saiful dengan Khairil Anas.

Ada pemerhati yang berpandangan Anwar tidak perlu mengelupur hingga nak buat roadshow satu negara menjelaskan kesnya.

“Beliau sepatutnya cool saja dan tunggu hingga selesai siasatan polis ”kata salah seorang dari mereka.

Malah menurut sesetengah pemerhati tindakannya lari ke Kedutaan Turki sudah mencetuskan kecurigaan orang.

Dalam pada itu andaian yang popular kebelakangan ini kalau betulah ada konspirasi untuk kenakan Anwar ia satu usaha yang bodoh untuk main balik dakwaan liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1999.

Juga kalau betul ada konspirasi kenapa ia lekeh sangat dan tidak pasang perangkap betul-betul keatas Anwar.

“Kalau macam kes video Datuk Chua Soi Lek itu betul boleh rasa ada perancangan dan konspirasi yang teliti…kalau macam inilah jawabnya konspirasi bodoh’, kata seorang lagi.

Katanya kalau ada konspirasi high level ia pasti amat rapi dan video ala–Chua Soi Lek sudah pasti tersebar luas sekarang.

Andaian itu membuat ramai juga yang lebih melihat dakwaan ini terhad Saiful vs Anwar saja.- 2/7/2008

ANWAR 'LIWAT' KERAJAAN BN?

0 Komen!!!

Belum lagi habis isu 'liwat' Anwar dan Saiful, telah timbul pula isu Anwar 'liwat' kerajaan BN...

Sepatutnya isu Anwar dan Saiful sahaja, habis di'liwat'nya kerajaan BN.. konon mendakwa sebagai kes ini sebagai konspirasi kerajaan..

Satu persatu Anwar 'liwat' kerajaan BN dengan hubungkan saiful dan Najib, Azalina, Shahrir dan ramai lagi pemimpin BN. Kemudian terkini, Anwar mengaitkan dengan Pak Lah pulak.

Tadi di kedai kopi ramai yang menggeleng kepala, lepas 'liwat' Saiful, 'liwat' pula kerajaan BN.. Mungkin istilah 'liwat' sudah serasi dengan Anwar. Malam tadi (1 Julai 2008) di Stadium Me'liwat'i, Shah Alam Anwar telah menjelaskan isu Liwat ini. Habis semunya di'liwat'..

Rakyat Kata: nampaknya ramai mula mempermainkan perkataan liwat ini, elak-elakkanlah perkataan yang berbunyi liwat... buruk bebenor bunyinya.. biarkanlah pihak polis yang menyiasat..

ISU LIWAT : KENAPA ANWAR PERLU LARI?

0 Komen!!!
Berani kerana benar, Takut kerana salah..

Ramai tertanya-tanya kenapa Anwar perlu lari.. Isu ini masih diperingkat awal dan siasatan pun belum dijalankan.

Menurut laporan KL.POS, dalam laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dikatakan tidak menyebut nama ahli politik yang meliwatnya. Hanya yang disebut hanyalah diliwat oleh majikannya.. Jadi sepatutnya Pemimpin Agong PKR ini tidak melenting. Bagi seorang tokoh antara bangsa dan dikenali dunia tindakan Anwar sangat pelik dan mencurigakan.

Sepatutnya isu ini hanyalah isu peribadi antara Saiful dan Anwar dan patut disiasat sebagaimana siasatan perlu dilakukan secara kebiasaannya.

Apa yang pelik ialah keletah Anwar yang melampau. Dari dakwaan ada pihak membunuh beliau, menghubungi kuasa besar seperti Amerika Laknatullah, membuat saman malu terhadap saiful dan mendakwa kerajaan membuat konspirasi terhadapnya.

Sebenarnya rakyat masih tidak membuat keputusan lagi.. masih menunggu siasatan polis cuma cara Anwar dilihat keterlaluan tidak sempat disiasat tetapu berpuluh sidang media telah diatur.

Sebagaimana kata Ezam 'Bagi saya, Anwar tidak harus kaitkan isu ini dengan masalah dia hendak bertanding, itu sudah menjadi politik, ini masalah peribadi, tuduhan peribadi, masalah akhlak.

''Harus diselesaikan dan dijawab dari sudut peribadi, dari sudut akhlaknya dan cara bagaimana, kita ada banyak ulama, kita ada banyak institusi agama, selesaikan cara itu, mengapa harus dibawa dan diheret sama masuk dalam hal politik,'' tegasnya

Kongsi Link Anda