Popular Today

Selasa, April 28, 2009

Cubaan penderhaka membina tugu haram dihalang

1 Komen!!!
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini mengagalkan usaha pembinaan semula plak peringatan 'Pokok Demokrasi' yang dibina Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok, 3 Mac lalu.

"Semasa sepasukan penguatkuasa sampai di kawasan itu ada dua pekerja sedang menyiapkan struktur tapak bersaiz dua meter panjang dan 0.6 meter lebar itu manakala beberapa yang lain melarikan diri," katanya.

Nampaknya banyak pihak pakatan Pembangkang yang semakin nyanyuk, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang, Loke Chee Yan, berkata Pakatan Rakyat memang berhasrat mendirikan tugu di bawah pokok demokrasi itu dan sepatutnya menghantar permohonan pagi ini.

"Mungkin terdapat kesilapan mengenai tarikh untuk mendirikan tugu ini dan kontraktor telah membina tapak bagi tugu ini sebelum permohonan dihantar...kami akan menyelesaikan perkara ini petang ini," katanya.

Sebenarnya ini adalah usaha Pakatan Pembangkang yang mahu menghangatkan isu di politik Perak. Maklumlah isu di Perak ini taklah sehangat awal dulu.... Apakah mereka ini masih tidak faham mesej Raja Muda Perak.... merekalah membuat tindakan untuk meruntuhkan institusi negara.

Inilah sikap sebenar penderhaka yang tidak lagi mengamalkan budaya bangsa Malaysia dan rukun negara yang menjunjung setia institusi beraja, mengamalkan keluhuran perlembagaan. Halau sahaja mereka ini dari negara ini.... duduklah di negara lain dimana mereka boleh membuat sesuka hati.

Malaysia pertama miliki institusi Islam mega

1 Komen!!!
PUTRAJAYA 27 April - Malaysia akan menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion. (RM3.6 bilion)

"Dalam persekitaran ekonomi semasa, tiada institusi kewangan sedemikian. Malah, tidak ada di mana-mana dalam dunia," kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz kepada pemberita di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan langkah-langkah penting untuk meliberalisasikan sektor kewangan.

Ia termasuk dua lesen perbankan Islam baharu akan ditawarkan kepada peserta asing tahun ini dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

Menurut Zeti, bank-bank berkenaan adalah untuk perniagaan antarabangsa.

"Kriterianya ialah bagi modal berbayar sebanyak AS$1 bilion. Oleh itu, perniagaan perlu antarabangsa, dari mana-mana bahagian dalam dunia bagi mewajarkan paras permodalan," katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan dua lesen perbankan perdagangan baharu akan diberikan kepada peserta asing yang dapat membawa masuk profesionalisme dalam bidang khusus dan menyumbang dengan ketara kepada pembangunan negara.

Mengenai jenis pengkhususan yang diharapkan, Zeti berkata, produk dan perkhidmatan yang akan ditawarkan belum signifikan di Malaysia, seperti dalam infrastruktur, pertanian dan teknologi.

Bagi semua lesen yang diberikan pada 2009 permohonan perlu sebelum 31 Oktober dan jika berjaya, operasi perdagangan boleh bermula pada 2010.

Sementara itu, BNM dalam kenyataannya berkata, pemegang dua lesen baharu perbankan Islam itu mesti diperbadankan di Malaysia dan akan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Bank-bank Islam baharu akan dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983.

Bank itu boleh mempunyai kepentingan ekuiti asing sehingga 100 peratus.

Bagi pengendali takaful keluarga baharu akan didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984. Modal diterbitkan dan modal berbayar minimum kekal RM100 juta.

Menurut BNM, kriteria berikut akan digunakan apabila menilai merit permohonan:

n Pemohon hendaklah sebuah institusi kawal selia yang berwibawa atau pemegang saham institusi kawal selia yang berwibawa, dan

n Pemohon hendaklah mempunyai rancangan perniagaan menyeluruh bahawa institusi berlesen baharu untuk ditubuhkan di Malaysia atau rakan kongsi asing yang ingin memiliki kepentingan ekuiti bank Islam domestik yang sedia ada, mempunyai kepakaran dan sumber yang boleh memanfaatkan pasaran kewangan Islam global dan akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.

Rancangan perniagaan tersebut harus merangkumi perkara yang memberikan manfaat besar, yang antara lainnya ialah:

n Bidang kepakaran khusus dengan perincian mengenai cara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tersebut akan mempertingkat kedalaman dan keluasan pasaran;

n Iltizam untuk membangunkan modal insan dan keperluan infrastruktur untuk operasi yang teguh di Malaysia; dan

n Rancangan mantap mengenai cara untuk memperluas operasi bagi pengembangan serantau dan antarabangsa. - Bernama

Dakwaan menghasut - bantahan karpal ditolak

0 Komen!!!
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak bantahan awal Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya beliau dilepaskan daripada pertuduhan mengikut Akta Hasutan.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah, membuat keputusan itu selepas mendapati surat izin daripada Pendakwa Raya lengkap kerana ditandatangani sendiri oleh Pendakwa Raya dan bukan timbalannya.

"Dalam kes kita pada hari ini terdapat surat izin bertulis yang hampir sama dengan apa yang kelazimannya dikeluarkan untuk kes yang membawa hukuman yang lebih berat.

"Izin di dalam kes pada hari ini ditandatangani sendiri Pendakwa Raya. Dari segi nilainya ianya lebih tinggi kerana dipertimbangkan beliau sendiri bukannya oleh timbalannya," katanya.

Pada 17 Mac lalu, Karpal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut kata-kata menghasut berkaitan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada satu sidang media di pejabatnya di Tetuan Karpal Singh & Co, Jalan Pudu Lama di sini antara tengah hari dan 12.30 tengah hari 6 Februari.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. - Bernama

ISU HANGAT!

2 Komen!!!
KOTA BHARU 27 April – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata dalam blog anaknya, Nik Abduh: ‘‘Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.

‘‘Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran misalnya. Kita nak jadi Perdana Menteri, mesti mereka tidak terima. Jadi, kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.’’

Nik Abduh menjelaskan jawapan tersebut diungkapkan oleh bapanya ketika beliau membangkitkan soal penerimaan kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang disifatkan kedua-duanya bukan daripada jenis negara Islam - ketika mereka berdua sedang berbual.

Bagaimanapun, Nik Abduh ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu memberitahu, beliau akan hanya menjelaskan semuanya dalam blog tersebut pada masa akan datang.

Dalam blognya itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan menyifatkan, pembantu-pembantu ayahnya memberikan gambaran salah tentang situasi yang berlaku demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.

“Justeru, fahami ini bahawa Unity Government yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang ‘berpakaian’ serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan di antara ayahanda saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mereka menyangka, mereka telah melakukan kebaikan, sedangkan telah sesat segala usaha mereka di sisi Tuhan. Semoga Allah membalas mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!” katanya.

Katanya lagi, ia terbukti apabila bapanya berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu muzakarah dan kerajaan perpaduan selepas mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi dan 10 ulama Pas.

Menurutnya, sesetengah pembantu bapanya berasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempatkan diri mereka.

‘‘Bagaimana mereka akan memperolehnya, sedang mereka hanya belajar agama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah-istilah agama yang dihafal, bukan difaqihi?

“Modus operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama Pas di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.

“Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana ‘keruh’ dan ‘panas’ dengan Abdul Hadi.

‘‘Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka,” jelasnya.

Katanya lagi, ia juga merupakan salah satu usaha para pembantu terbabit untuk mendapatkan restu bagi calon mereka untuk menghadapi pemilihan parti Jun nanti.

“Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar Pas nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

“Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan! Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keengganannya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli-ahli Pas di dalam kebebasan memilih,” katanya.

Kongsi Link Anda