Khamis, Oktober 23, 2014

Drama Anwar gagal : rakyat dah muak

1 Komen!!!


Menjelang beberapa hari lagi keputusan perberciaraan kes liwat Anwar.. gerakan kempen Anwar tidak lagi kuat dan segah dahulu.. 

dahulu jika Anwar ceramah pastinya tidak kurang 5000 orang yang datang.. berpusu-pusu orang nak dengar ceramah Nuar..

Tapi sekarang.. Mana Anwar tak mengamuk..Kehadiran yang dijanjikan seramai 10 000 orang untuk mendengar ceramahnya ... Tapi yang hadir tak sampai 600 orang.. Dah la ceramah yang dibuat kali ini di kubu kuat Anwar sendiri iaitu di Permatang Pauh.. memang memalukan..

Dengar cerita pelbagai cara telah dibuat untuk memastikan ceramah yang dihadiri oleh Anwar dan semalam mendapat sambutan..menerusi FB, Twitter,Blog, Banner yang dipasang merata-rata tempat, secara paksarela mengarahkan ahli turun ke ceramah tersebut...Anwar sendiri pun mempromosi ceramahnya menerusi saluran media sosialnya tetapi malangnya semua usaha itu ternyata gagal..

Anwar dikatakan mengamuk sakan menyalahkan AMK kerana gagal melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka..Majoriti yang hadir adalah golongan veteran..sikit sangat anak muda yang hadir ke ceramah tersebut...

Nampak sangat anak muda khususnya di Permatang Pauh dan Pulau Pinang sudah meluat dengan Anwar..Kalau dulu dengar je ada ceramah Anwar, jangan kata orang pembangkang, orang BN juga turut hadir memenuhkan ceramahnya..nak dengar apa isu baru yang cuba dibawanya...

Tapi kalau setiap kali ceramah, skripnya berulang-ulang dan penuh dengan penipuan dan fitnah yang tidak dapat dibuktikan..siapa nak dengar..orang tu salah..orang ni salah..dan dialah orang yang terakhir di Malaysia yang mampu untuk membawa keadilan kepada membela rakyat..mana tak meluat...

Bila tiba saja kesnya 28-29 Oktober ni..pasti ada roadshow menghasut rakyat untuk mengadakan demonstrasi..rakyat perlu menjadi hakim dan menolak kerajaan zalim yang mahu menjatuhkannya..siapa yang nak bela siapa sebenarnya?? Dia sedap-sedap balun..rakyat pula nak jadi mangsa 

Taklimat Permohonan Pekan Rabu Kluang

0 Komen!!!

Alhamdulilah.. berita baik untuk warga Kluang, akhirnya tapak niaga Pekan Rabu dibuka untuk permohonan..

Kepada warga Kluang yang berminat untuk memohon tapak niaga di Pekan Rabu Kluang sila untuk menghadiri taklimat permohonan dan pengambilan borang sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh: 2 November 2014
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Pekan Rabu, Kluang

Tidak boleh wakil untuk mengambil borang kerana PUJB hanya akan memberi bagi yang berminat sahaja.. kerjasama sangat lah diharapkan.


Rabu, Oktober 22, 2014

Dr Maszlee dihentam oleh pengguna media sosial kerana remehkan isu anjing

4 Komen!!!


Dr Maszlee yg menganggap isu anjing remeh ini telah diserah serang oleh pengguna media sosial..

Ramai yang tidak setuju dengan pendapat dr tersebut kerana isu anjing ini melibatkan akidah dan ini tidak boleh diremehkan..

Umum mengetahui bahawa dr Maszlee ini cenderung kepada PR.. oleh itu kenyataan beliau dianggap untuk cover PR khasnya pemimpin PKR yg jelas menyokong program anjing tersebut



Dyana terus diamkan diri..

0 Komen!!!

Semua orang tertanya2 di manakah dyana.. knp sehingga sekarang masih tidak bersuara hanya diam seribu bahasa.. mak dia yg pulak menyibuk!!

Selasa, Oktober 21, 2014

Puting beliung dan ribut di Selangor selepas pesta anjing dan arak

0 Komen!!!




Nampknya negara terus dilanda dengan bencana..ada pihak yang menyalahkan ni semua sebab najib..

Tapi bagi saya ianya tuduhan yang tidak tepat.. kita melihat banyak bencana yang berlaku apabila PR menang byk kerusi di Malaysia.. byk maksiat yang mereka lakukan.

Pesta bogel, pesta arak, pesta anjing.. ianya adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak BN memerintah sejak setengah abad yang lalu.. tapi sekarang mcm2 bencana berlaku.. apalah bala sebenarnya yang di bawa olej pembangkang ke negara ini..

Di Selangor sebelum ini tidak pernah berlaku krisis air yang berpanjangan.. tp kini berlaku.. kerajaan negeri hanya pandai lepas tangan dan salahkan BN.. hakikatnya rakyat yang tanggung bala disebabkan kerakusan kerajaan PKR Selangor.

Satu demi satu bala di bawa PR.. eloklah bertaubat sebelum byk bala lg turun.. 

Nik Aziz sifatkan peserta Program Sentuh Anjing tidak berotak

1 Komen!!!

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang terbabit dalam Program Sentuh Anjing atau 'I Want To Touch A Dog' adalah seperti manusia yang tidak berotak.
"Orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir.
"Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam," katanya berucap pada majlis sempena Pentadbiran Kelantan 24 Tahun di sini, sebentar tadi.
Beliau mengulas mengenai Program Sentuh Anjing yang diadakan di Selangor, kelmarin, yang membabitkan penyertaan orang Islam yang menyentuh dan memeluk anjing.


Elakkan ditipu PKR - fahami kronologi kes liwat

0 Komen!!!


PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menolak dakwaan bahawa rayuan pihak pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan diputuskan dalam keadaan tergesa-gesa.

Sebaliknya, penetapan tarikh pendengaran pada 6 dan 7 Mac lalu dibuat tanpa sebarang bantahan oleh mana-mana pihak yang terlibat sewaktu pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Aziah Ali pada 28 Februari lalu.

Selain itu, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulisnya menyatakan, kebanyakan penangguhan dalam kes tersebut terjadi adalah disebabkan oleh tindakan Ketua Pembangkang itu sendiri selaku responden antaranya memfailkan satu demi satu permohonan.

“Pendengaran kali pertama rayuan telah ditetapkan pada 22 Julai 2013 dengan kedua-dua pihak sepatutnya memfailkan hujahan bertulis masing-masing. Bagaimanapun, hanya pihak perayu (pendakwaan) telah memfailkan hujahan bertulis iaitu pada 18 Julai 2013 bersama-sama dokumen-dokumen berkaitan.

“Pihak Mahkamah hanya menerima hujahan bertulis responden yang pertama pada 12 Februari 2014 dan satu lagi hujahan bertulis pada hari pertama pendengaran iaitu pada 6 Mac lalu,” menurut panel tersebut dalam penghakiman kes itu yang diperoleh pihak media hari ini.

Menurut mahkamah, adalah menjadi kepentingan awam bahawa rayuan kes jenayah dikendalikan oleh mahkamah secepat mungkin.

Ujar panel itu, adalah tidak wajar bagi peguam yang mengendalikan kes seringkali gagal mempercepatkan pendengaran rayuan semata-mata untuk kesenangan anak guamnya atau bertujuan menyebabkan pihak satu lagi gagal mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

“Seringkali dinyatakan bahawa melengahkan adalah taktik utama pembelaan. Peguam bela tidak sepatutnya dengan niat menggunakan prosedur sebagai alat untuk melengah-lengahkan prosiding tanpa sebarang asas undang-undang,” kata mereka.

Sementara itu, menurut rekod, kes tersebut telah ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar sebanyak sembilan kali selepas petisyen rayuan difailkan pada 9 Julai 2012.
Pendengaran kali pertama ditetapkan pada 22 Julai 2013 dengan panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Ramly Ali. Pendengaran itu bagaimanapun ditangguhkan ekoran peguam utama Karpal Singh yang mewakili Anwar dimasukkan ke hospital kerana sakit belakang.

Pada pengurusan kes ke-10, peguam responden memaklumkan bahawa pihak mereka akan memfailkan permohonan untuk mengetepikan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan tersebut.

Pada 23 Ogos 2013, permohonan tersebut difailkan dan ditetapkan untuk pendengaran pada 17 September tahun sama.

Bagaimanapun, pada tarikh pendengaran itu, Karpal memohon agar Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar permohonan itu berikutan beliau pernah mengetuai panel dalam satu kes saman fitnah oleh Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Secara keseluruhan, Anwar memfailkan tiga permohonan agar Muhammad Shafee disingkirkan daripada mengetuai pasukan pendakwaan, namun setiap permohonan itu ditolak sehingga ke peringkat tertinggi bermula Ogos 2013 sehingga Mac tahun ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga memfailkan permohonan untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat kes itu, Supritendan Judy Balcious Pereira bagi mencabar kredibiliti saksi pendakwaan ke-15 itu. Permohonan itu juga ditolak sehingga peringkat tertinggi





sumber : the unspinner

Memahami pengorbanan sekolah vernakular Melayu

0 Komen!!!
Sumber ; Bangkit

Isu keabsahan sekolah vernakular mula dibangkitkan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mencadangkan supaya perkara tersebut dibincangkan di Perhimpunan Agong UMNO yang bakal diadakan kelak.

Isu tersebut mendapat tentangan hebat daripada golongan cauvanis Cina merentas parti politik, pro kerajaan dan pembangkang. Kebanyakkan mereka memberikan amaran supaya Mohamad Azli tidak meneruskan niatnya itu sehinggakan beberapa laporan polis dibuat kerana dituduh menghasut.

Walaupun kita sudah tahu bahawa sekolah-sekolah vernakular tidak dilindungi langsung dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang diperjelaskan oleh artikel yang ditulis oleh pengamal undang-undang, saudara Faidhur Rahman Abdul Hadi salah seorang daripada penggerak CLJ,Concerned Lawyers for Justice, apa yang jelas puak-puak cauvanis Cina sepakat dalam mengetengahkan isu yang dekat dengan jiwa mereka.

Di atas kesepakatan itulah agaknya sekolah-sekolah vernakular berterusan mendapat dana bantuan daripada kerajaan Malaysia sebanyak puluhan juta ringgit setahun, walaupun isu tersebut jelas membelakangi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Namun kenapakah agaknya, kita yang sedari dulu diajarkan konsep ‘bulat air kerana pembetung’, kesepakatan yang berjaya menggagalkan gagasan haram Malayan Union, memilih untuk berpecah belah dalam isu yang jelas tidak menghormati undang-undang tertinggi negara?

Kita ini yang sering berlapang dada untuk melakukan semuanya atas prinsip cintakan negara yang kuat telah lebih awal sepakat untuk ‘memansuhkan’ sekolah-sekolah vernakular Melayu apabila dengan rela hati telah menjadikan (walaupun tidak serentak) sekolah-sekolah yang dimulakan oleh ibubapa Melayu secara persendirian ini, sekolah-sekolah Umum hanya untuk membolehkan anak-anak bangsa bukan Melayu bersekolah sama.

Sekolah-sekolah Umum inilah seterusnya berkembang pula menjadi sekolah-sekolah kebangsaan seperti yang dapat kita lihat kini pasca Penyata Razak 1956.

Untuk memahami betapa rasis dan cauvanisnya puak-puak anti perlembagaan pendukung sekolah-sekolah vernakular, eloklah kita menjengah kembali secara ringkas tentang sejarah penubuhan sekolah-sekolah Melayu.



Sekolah-sekolah vernakular Melayu dimulakan oleh ibubapa Melayu dan pemimpin Melayu tempatan telah diadakan seawal tahun 1800an untuk membasmi permasalahan buta huruf dikalangan anak-anak Melayu pada ketika itu.

Ianya digerakkan dan dibiaya oleh ibubapa dan pelajar-pelajar Melayu sendiri dengan wang poket mereka sendiri yang rata-rata bekerja sebagai nelayan, petani, pekedai, penoreh getah dan ada juga yang melakukan kerja-kerja kampung. Adakalanya ianya didirikan di atas tanah wakaf atau tajaan orang-orang kaya tempatan yang bermuafakat mahu memajukan anak bangsa. Ada juga yang didirikan di atas tanah persendirian yang disewakan.

Di peringkat permulaan sekolah-sekolah Melayu diadakan untuk mengajar anak-anak Melayu dengan konsep 3R, iaitu membaca, menulis dan mengira termasuk ilmu asas, karangan, tawarih, kesihatan dan senaman.

Diterapkan juga pengetahun kesopanan dan tatatertib supaya anak-anak Melayu menjadi lebih rajin, taat setia dan menepati masa.

Adalah penting untuk kita ingat dan faham bahawa pendidikan sekolah-sekolah Melayu di sesetengah negeri Melayu adalah termaktub dibawah undang-undang negeri. Seperti di  Selangor dan Negeri Sembilan, undang-undang negeri mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur diantara tujuh sehingga empat belas tahun yang tinggal dalam lingkungan dua batu daripada sekolah Melayu untuk menghadirkan diri mereka ke sekolah tersebut.

Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sedar akan kepentingan untuk mendapat pendidikan dan sedaya upaya cuba untuk menyusun masyarakatnya supaya menjadi celik ilmu akhirat dan duniawi.

Namun negeri-negeri lain yang tidak mempunyai undang-undang negeri mempunyai mekanisme yang tersendiri untuk menggalakkan pendidikan dikalangan anak-anak Melayu seperti ketua kampung atau penghulu yang banyak memberi galakan supaya anak-anak Melayu masuk belajar di sekolah-sekolah vernakular Melayu.

Adalah penting juga untuk ditekankan bahawa sekolah-sekolah pondok, sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah vernakular Melayu adalah berbeza sama sekali walaupun ada terdapat sekolah-sekolah vernakular Melayu yang ada mengajarkan subjek agama Islam.

Setelah beberapa ketika sekolah-sekolah Melayu yang pada mulanya dibiayai sendiri oleh pelajar dan ibubapa Melayu ditukarkan menjadi sekolah-sekolah Umum untuk membenarkan kaum-kaum bukan Melayu seperti kaum Cina dan kaum India, masuk belajar di sekolah-sekolah tersebut.

Keadaan ini tidaklah berlaku secara serentak di seluruh negara tetapi bergantung kepada keperluan sesetengah lokaliti itu tersendiri.

Sekolah Melayu Sungai Karang, di Kuantan, Pahang, contohnya, telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada sekolah Umum Sungai Karang seawal tahun 1935 lagi. Sekolah yang terletak di Kampung Melayu Sungai Karang itu ditukarkan daripada medium vernakular Melayu kepada sekolah Umum semata-mata untuk membolehkan kaum bukan Melayu seperti kaum Cina dan India belajar di sekolah tersebut.

1935, pengorbanan ini dilakukan untuk memastikan mereka-mereka yang bukan rakyat kepada negeri-negeri Melayu ini, tetap mendapatkan pendidikan untuk anak-anak mereka. Melayu yang merupakan rakyat kepada Sultan negeri masing-masing, mengorbankan identiti sekolah vernakular Melayu semata-mata untuk bersikap akomodatif terhadap mereka yang bukan rakyat tetapi diterima sebagai sebahagian dari nasyarakat yang berkeliling menumpang mencari kehidupan di bumi Melayu.

Dengan ini dapat kita lihat, seawal sebelum merdeka lagi, kaum-kaum Melayu sudah menunjukkan semangat cintakan negara yang tinggi dengan merelakan sesuatu yang mereka sendiri mulakan, secara persendirian, sekolah-sekolah vernakular Melayu ditukarkan menjadi sekolah-sekolah Umum, supaya keharmonian dan kesejahteraan dalam bernegara dapat dicapai.

Pada tahun 1956, sempena dengan dasar-dasar Penyata Razak yang dikeluarkan pada tahun tersebut yang diantaranya menyarankan supaya semua sekolah-sekolah ditukarkan nama sekolah-sekolah dengan meletakkan perkataan ‘Kebangsaan’.

Maka sekolah Umum Sungai Karang, contohnya, yang pada mulanya merupakan sekolah Melayu Sungai Karang, ditukarkan menjadi  sekolah Kebangsaan Sungai Karang seperti yang dapat kita lihat sekarang ini.


Hal yang sama juga berlaku dengan sebuah sekolah vernakular di Sabah seperti di Pekan Ranau. Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau sebenarnya bermula sebagai sebuah sekolah vernakular pada awal penubuhannya pada tahun 1936 dan kemudiaannya telah ditukarkan sepenuhnya menjadi Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau.

Di Sarawak pula, sejarah juga membuktikan bahawa seawal zaman pemerintahan keluarga Brookes lagi, sekolah-sekolah vernakular Melayu diadakan setelah beberapa sistem sekolah yang diamalkan terlebih awal seperti sekolah mubaligh kristian (anglikan) atau sistem pelbagai aliran seperti apa yang dikenali sebagai GLS atau Government Lay School kurang mendapat tempat dihati orang-orang Melayu. Maka sekolah-sekolah vernakular Melayu diadakan di Sarawak dengan dimasukkan juga kelas-kelas agama Islam untuk menarik minat orang-orang Melayu yang selama ini sangat mencurigakan GLS kerana pengaruh barat dan kristian yang kuat.

Banyak lagi contoh sekolah-sekolah kebangsaan yang bermula sebagai sekolah vernakular Melayu yang kemudiaannya berakhir dan diserapkan menjadi sekolah-sekolah Umum, preteks kepada sekolah-sekolah kebangsaan selepas Penyata Razak 1956.

Sekadar menyebut beberapa contoh sekolah-sekolah seperti Sekolah Melayu Bujang (ditubuhkan pada tahun 1914), Sekolah Melayu Sijangkang (1911), Sekolah Melayu Ayer Panas (1924), Sekolah Melayu Jelutong (1874), Sekolah Melayu Genting (1886), Sekolah Melayu Lubok Merbau (1890) dan banyak lagi sekolah-sekolah vernakular Melayu yang dimansuhkan dan berkembang menjadi sekolah kebangsaan yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira warna kulit dan latar belakang untuk mendapatkan pendidikan.

Dan dapat kita lihat juga sekolah-sekolah vernakular Melayu juga berusia beratus tahun namun memilih untuk mengikut saranan dan aspirasi kerajaan supaya menjadi sekolah kebangsaan untuk semua.

Persoalannya ialah, adakah sesuatu yang keterlaluan jika kita semua, orang-orang Melayu, masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak, serta lain-lain kaum yang menyokong dasar satu sekolah untuk semua, mula mendambakan hal yang sama berlaku kepada saki-baki sekolah-sekolah vernakular yang sedia ada seperti yang pernah diperlakukan kepada sekolah-sekolah vernakular Melayu?

Adakah seseorang itu patut didakwa menghasut jika sesetengah daripada mereka menyarankan supaya sekolah-sekolah vernakular sedia ada diserapkan menjadi sekolah beraliran bahasa kebangsaan seperti yang menjadi gagasan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan?

Atau adakah perlu kerajaan menukarkan semula sekolah-sekolah kebangsaan kepada sekolah-sekolah vernakular Melayu terutama apabila sekolah-sekolah kebangsaan dikatakan kurang majmuk berbanding dengan sekolah-sekolah vernakular Cina?

Mungkin saudara Mohamad Azli Mohemed Saad patut juga mengusulkan supaya Presiden UMNO nanti untuk mengadakan semula sekolah-sekolah vernakular Melayu, kerana orang Melayu juga berhak belajar dan budaya Melayu dalam bahasa ibunda mereka tanpa perlu mendapat sekatan dan kekangan daripada puak-puak cauvanis yang sering membangkitkan bantahan tentang isu-isu pembacaan doa, ibadah korban dan sebagainya yang merupakan budaya tradisi turun temurun orang-orang Melayu?

Mungkin dengan adanya sekolah-sekolah vernakular Melayu masalah ketidakselesaan kaum bukan Melayu dapat diselesaikan untuk kesekian kalinya?!

Kenyataan Rasmi Dewan Ulamak PAS Pusat minta Nurul Izzah bertaubat

1 Komen!!!

Kenyataan Rasmi Dewan Ulamak PAS Pusat
Kempen Menyentuh Anjing Pada Neraca Syariat dan Aqidah Islam
1. Sepanjang zaman akan berlalu percubaan musuh Islam secara halus untuk menggugat dan meracuni aqidah, syariat dan akhlak umat Islam. Usaha-usaha sebegini tidak semestinya hanya menerusi tindakan bukan Islam malah juga menggunakan orang yang mengaku muslim sendiri kerana impaknya sangat besar bagi orang Islam.
Kehadiran golongan munafik dan fasik di kalangan muslim yang mempromosi aqidah yang rosak atau syariat yang salah serta akhlak yang rosak lebih mudah mempengaruhi orang-orang Islam sendiri.
2. Hari ini, satu percubaan untuk mempromosi syariat yang salah dengan dipelopori oleh orang Islam sendiri berlangsung menerusi agenda yang dilabelkan dengan label yang lunak dan dihiasi dengn ungkapan yang manis iaitu " i wan't to touch a dog".
Hakikatnya ia merupakan sebahagian agenda liberalisma untuk meliberalkan hukum-hakam Islam.
3. Anjing merupakan seekor binatang yang dicipta oleh Allah dengan ada kelebihan dan ada kekurangannya serta ada ketetapan hukum-hakam dan Syariat yang menjadi ujian bagi orang-orang Islam.
4. Kelebihan anjing yang dicipta oleh Allah ialah ia binatang yang digunakan untuk menjaga manusia, harta dan tanaman serta memburu dan pada hari ini digunakan untuk penyiasatan kes-kes keselamatan.
5. Al-Quran menceritakan tentang anjing yang mengiringi golongan yang lari untuk menyelamatkan aqidah mereka iaitu Ashabul Kahfi (surah al-Kahfi ayat 18).
6. Islam mengajar sifat ihsan kepada binatang termasuk anjing sebagaimana kisah dalam Hadis Sahih Bukhari dan Muslim cerita seorang lelaki memberi minum kepada anjing yang kehausan.
Sahabat Nabi saw lalu bertanya
يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ لَأَجْرًا ؟ فَقَالَ : ( فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ )
Wahai Rasulallah, adakah kami mendapat pahala menerusi binatang?
Tegas Nabi saw; "Pada setiap makhkuk yang mempunyai limpa yang lembut (hati) pasti ada pahala"
7. Kekurangan anjing pula ialah selalunya dijadikan bidalan untuk perkara yang keji. Antaranya al-Quran membuat bidalan orang-orang yang meninggalkan ilmunya di kalangan ulamak yang menjadi jahat adalah seperti anjing yang menjelir lidahnya (surah al-A'raf ayat 176)
8. Adapun Hukum Syariat yang melibatkan anjing maka ia menjadi ujian untuk hamba-hambanya yang beriman dengan Syariat Muhammad melibatkan hukum Allah dalam membela dan juga menyentuh anjing.
Mengikut dan menjunjung Syariat ini adalah terjemahan kepada iman dan keyakinan bahawa Allah Yang Maha Pencipta telah menetapkan hukum-hakam sebagai ujian pada manusia. Di samping keimanan bahawa pada apa yang dihalalkan pasti ada kebaikan manakala pada apa yang diharamkan pasti ada keburukan sama ada kebaikkan dan kebirukan itu dapat dihayati oleh akal manusia atau tidak. Kepada umat Islam yang berjaya mengikut hukum-hakam maka syurgalah tempatnya.
8. Hukumnya ialah;
PERTAMA; Haram Membela Anjing Kecuali Untuk Maslahat Menjaga Ternakan atau Tanaman atau Berburu
Hukum ini berdasarkan Hadis-hadis Sahih antaranya Hadis Sahih riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaei dan Ibnu Majah.
Antaranya riwayat Muslim sabda Nabi saw;
مَنِ اتَّخَذَ كَلْباً إِلاَّ كَلْبَ مَاشِيَةٍ أوْ صَيْدٍ أوْ زَرْعٍ انْتُقِصَ مِنْ أجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ.
Maksudnya; "Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing menjaga ternakan atau berburu atau tanaman maka kuranglah daripada pahalanya setiap hari 1 Qirat."
Kempen menyentuh anjing membawa mesej untuk masyarakat memiliki anjing tanpa menghiraukan hukumnya. Ia satu tindakan meliberalkan hukum-hakam Syariat yang sabit dengan nas yang jelas.
Hatta jika ada yang cuba berdalih dengan pandangan segelintir Ulamak seperti Ibnu Abdil Barr yang menilai hukum memeliharanyanya sebagai makruh maka perkara makruh juga (makruh ertinya dibenci) wajar ditinggalkan dan tidak dijadikan kempen.
KEDUA; Makruh Bermusafir dengan Anjing
Bagi mereka yang dibolehkan oleh Islam membela anjing kerana menjaga tanaman, ternakan, rumah dan berburu adalah MAKRUH (dibenci) membawanya berjalan dan bermusafir.
Ia berdasarkan Hadis Sahih Muslim sabda Nabi saw;
لاَ تَصْحَبِ الملائِكَةُ رُفْقَةً فِيهَا كَلْبٌ وَلاَ جَرَسٌ.
Maksudnya; " Para Malaikat tidak menemani satu rombongan perjalanan yang ada padanya anjing atau loceng"
Imam Nawawi berkata; fiqh hadisnya ialah makruh membawa anjing dan loceng sebagai teman musafir. Malaikat yang memohon rahmat dan keampunan untuk manusia tidak bersama rombongan musafir tersebut. (Syrah Muslim juz 14/ ms 95)
Kempen menyentuh anjing adalah menjurus kepada kempen menjadikan anjing teman perjalanan yang dibenci oleh Nabi saw.
KETIGA; Anjing Najis
Jilatan Anjing hukumnya najis di sisi majoriti Ulamak kecuali Mazhab Maliki. Ia perlu dibasuh dengan air yang bercampur tanah. Justeru, ia disebut sebagai Najis Berat ( mughallazah).
Hukum ini berdasarkan Hadis Sahih antaranya riwayat Muslim
طُهُورُ إِنَاءِ أحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الكَلْبُ أنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ.
Maksudnya; "Kesucian bekas seseorang kamu apabila dijilat anjing ialah membasuhnya 7 kali yang pertamanya dengan tanah"
Kempen menyentuh anjing akan mendedahkan pelakunya kepada jilatan anjing yang dihukum sebagai najis berat dalam Islam yang perlu dibersihkan dengan air dan tanah tidak seperti najis-najis biasa.
Untuk apakah kempen seumpama ini yang mendedahkan masyarakat Islam melakukan sesuatu yang dipandang berat oleh Islam?
Adapun hukum badan dan bulu anjing majoriti ulamak menghukumnya najis seperti Mazhab Syafie dan satu riwayat daripada Imam Hambali manakala mazhab Abu Hanifah, Mazhab Maliki dan satu riwayat lain Imam Hambali menilainya suci.
Kempen menyentuh anjing adalah kempen menyentuh sesuatu yang najis. Ia perlakuan yang tidak berfaedah. Malah bagi ulamak yang menilai bulunya tidak najis juga tiada kalangan mereka yang berkempen dan menyarankan untuk anjing disentuh. Kempen yang dibuat hari ini oleh orang yang mengaku Islam adalah satu perlakuan bid'ah yang diada-adakan yang mencemarkan Islam.
9. Malaysia secara umumnya berpegang dengan Mazhab Syafie yang menghukumkan Anjing sebagai najis sama ada jilatan dan daging atau bulunya.
Tindakan menyentuh anjing dalam bentuk kempen dan pesta terbuka dalam realiti masyarakat Malaysia adalah tindakan tidak bijak dan tidak sensitif terhadap pegangan beragama.
10. Diriwayatkan bahawa Imam Syafie apabila solat Subuh di Baghdad tidak melakukan Qunut selama sebulan kerana menghormati pegangan dan pandangan Abu Hanifah yang tidak berpegang dengan Qunut Subuh.
Itu boleh dijadikan sebagai satu ikutan kepada umat Islam dalam menjaga dan menghormati sensitiviti beragama berasaskan mazhab.
Kesimpulannya;
1. Dewan Ulamak PAS Pusat menasihati seluruh umat Islam di Malaysia agar tidak terpengaruh dan melibatkan diri dengan sebarang aktiviti yang menjurus kepada usaha meliberalkan hukum-hakam Syariat Islam.
2. Begitu juga sebarang usaha yang hanya berdalih dan mencari alasan dengan perbezaan pandangan ulamak bagi menghalal dan merasionalkan sesuatu tindakan adalah perlu ditolak. Ia hanyalah dalih untuk meliberalkan amalan Syariat umat Islam. Hukum Islam tidak diamalkan berdasarkan nafsu untuk mencari yang mudah tetapi untuk mencari pendapat yang terkuat dengan dalil yang terkuat berdasarkan nilaian ulamak muktabar.
3. Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan kempen menyentuh anjing adalah bercanggah dengan Syariat dan Akhlak Islam. Justeru semua pihak yang terlibat sama ada menganjurkannya atau menjadi peserta diseru kembali bertaubat kepada Allah.
4. Dewan Ulamak PAS Pusat juga menegaskan kepada pemimpin politik Islam yang memuji dan menggalakkan penganjuran program seumpama itu agar bertaubat kepada Allah dan jangan dimulakan suatu ikutan yang tidak baik kepada masyarakat Islam.
Ust Dato Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Selasa 26 Zulhijjah 1435 / 21 Oktober 2014

Kempen sentuh anjing, Mufti suruh taubat

1 Komen!!!
  • Datuk Mohamad Shukri MohamadDatuk Mohamad Shukri Mohamad
 1 / 1 
KOTA BHARU - Penganjur program 'I Want To Touch A Dog' dan umat Islam yang menyentuh haiwan itu di majlis tersebut kelmarin wajib bertaubat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana mereka secara jelas mempersendakan hukum ALLAH.  

Katanya, perbuatan sengaja menyentuh anjing adalah haram kerana ia najis mughalazoh (berat) dan bertentangan dengan mazhab Syafie.

“Jika dianjurkan oleh orang Islam, dia sebenarnya menghina hukum ALLAH dan boleh dianggap sebagai sindiran tajam terhadap kewibawaan umat Islam. Bertaubatlah," katanya.

“Memang sedih dengan gejala tidak sihat berlaku akhir-akhir ini. Lepas satu ada lagi yang lain ditimbulkan dengan sengaja dalam masyarakat kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohamad Shukri mengulas tentang program berkaitan sentuh anjing di taman rekreasi di Damansara, Selangor yang menunjukkan umat Islam membelai anjing

Institusi Islam Selangor pening??

0 Komen!!!


Kempen belai anjing: Mana satu ni... Pengerusi MAIS kata okay, Mufti Selangor kata tak boleh

Hura-hara jadi dalam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berikutan berbagai pihak mengecam penganjuran kempen belai anjing di Bandar Utama di Petaling Jaya, pada Ahad.

Dari petang Isnin beredar gambar kelulusan program tersebut yang dicop oleh Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Pengerusi MAIS - pihaknya ada memberi kebenaran berkaitan penganjuran program ‘I Want To Touch A Dog’ (saya hendak sentuh anjing) tersebut.

Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa - acara berkenaan yang dianjurkan individu Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam memang tidak menyalahi peraturan.

Mufti Selabgor - beliau dimaklumkan MAIS tidak pernah meluluskan kebenaran kepada penganjur, sebaliknya mendakwa bahawa penganjuran tersebut mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).

Sumber; AGENDADAILY

LLM tawar diskaun, rebat tol sempena Deepavali

0 Komen!!!
LLM tawar diskaun, rebat tol sempena Deepavali
Selain pemberian rebat dan diskaun kadar tol, beberapa lebuhraya juga akan memberikan sebanyak 500 hingga 1,500 kad Touch and Go secara percuma kepada pengguna lebuh raya.

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menawarkan diskaun kadar tol di antara lima hingga 37.5 peratus dan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena cuti perayaan Deepavali Rabu ini.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Ismail Md Salleh berkata lebuh raya yang menawarkan rebat tol ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar; Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK) dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang.

Beliau berkata, lebuh raya yang menawarkan diskaun pula ialah Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Lebuhraya SMART.

"Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX) juga memberikan diskaun tol," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Lebuhraya lain ialah Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS).

Selain pemberian rebat dan diskaun kadar tol, Ismail berkata beberapa lebuhraya akan memberikan sebanyak 500 hingga 1,500 kad Touch and Go secara percuma kepada pengguna lebuh raya.

Lebuh raya itu ialah Lebuhraya SILK, Lebuhraya Grand Saga dan Lebuhraya LATAR, katanya.

Gambar gadis belai harimau jadi viral

1 Komen!!!


Harimau sememangnya digeruni dan dianggap binatang berbahaya gara-gara karakternya yang ganas dan oleh sebab itulah binatang ini digelar raja rimba.


Lihat sahajalah kes insiden tragis yang berlaku di Zoo Delhi apabila seorang lelaki berusia 20 tahun maut dibaham harimau putih bulan lepas hingga mendapat perhatian dunia.

Hari ini di laman sosial, Facebook tersebar pula sekeping gambar yang digabungkan menunjukkan 4 reaksi gadis cantik itu sebelum menyentuh dan akhirnya membelai binatang itu.

Pada awalnya ,gadis cantik itu dilihat seakan gementar dan takut-takut namun akhirnya dilihat berani memangku kepala harimau itu, lapor Mynewshub.

Ps: mungkin pengajur boleh buat kempen sentuh harimau selepas ni.. lagi baik.. x de kontorversi.. lg elok kalau harimau bedal penganjur anjing ni..

Read more: http://www.kualalumpurpost.net/gambar-gadis-belai-harimau-jadi-viral/#ixzz3GkD7GJji

Keluhan us Iqbal tidak diendah oleh penganjur I want to touch a dog

2 Komen!!!


Penerangan dari Mohd Iqbal Parjin aka Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari. Salah seorang ustaz yang terlibat dalam program I want to touch a dog.
ISU PENJELASAN PROGRAM SENTUH ANJING
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.
Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.
Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.
Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.
Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media .
Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku.
Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.
Mohd Iqbal Parjin aka Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari

Apabila hukum halal dan haram dianggap remeh oleh MB Selangor

0 Komen!!!

Inilah masalahnya bila pemimpin jahil agama.. apabila hukum halal dan haram dianggap remeh.. patutpun isu aiskrim tandas dan chinadoll bukan satu persoalan besar.

Jika ini jawapan yang diberikan oleh pemimpin BN pastinya mereka dituduh sebagai menolak hukum Islam. Semua media dan cybertrooper berduyun-duyun pagi petang siang malam akan menyerang pemimpin BN.. namun apabila pemimpin Pakatan memperlekehkan hukum halal dan haram. maka mereka akan berdiam diri sahaja.. inilah sebenar wajah mereka ianya bukan mengenai hukum halal dan haram tetapi kerana bos mereka.. maka mereka diamkan diri sahaja.

Dalam konteks kehidupan sekarang, di mana masyarakat dihadapkan pada berbagai masalah social, mudah terbentuk keperibadian dan tabiat yang 'permissive'. Masyarakat sekarang mudah membenarkan dan juga melakukan sesuatu yang dianggap salah atau tidak baik. Mereka tidak memperdulikan lagi perbezaan antara yang halal dan haram.Tipisnya sekat yang membezakan di antara keduanya ini sering menjerumuskan orang dalam kesalahan tanpa disedari.

Hukum halal-haram yang ditetapkan Allah ke atas makhluknya sama sekali bukan umtuk mengekang hak-hak kebebasan mereka.  Sekiranya manusia kehilangan kendali hukum yang mengikatnya, sudah pasti terjadi kekacauan dan kekecohan seperti isu memegang anjing ini.

Kita kena ingat bala Allah tidak mengenal siapa mukmin atai tidak.. bala Allah akan meliputi segalanya.. lebih baik kita bertaubat setelah kita sedari kita tersilap dan bersalah.. jangan mudah untuk perkecilkan sesuatu hukum.. apatah lagi hukum ini dari Allah Swt..

Isnin, Oktober 20, 2014

Jakim akan panggil penganjur kempen sentuh anjing

3 Komen!!!
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PENGANJURAN KEMPEN “I WANT TO TOUCH A DOG”
________________________________________

Pertama sekali Jakim ingin membuat teguran kepada pihak penganjur yang telah mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hal ini sekaligus telah menimbulkan keresahan awam khasnya dikalangan umat Islam kerana secara jelas telah menyanggah pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia. Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam.
Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Justeru, tindakan pihak penganjur adalah dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

Suka Jakim tegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru, peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab Syafie.
Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Malah anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ehsan dan dijaga kebajikannya.

Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan. Jakim telah mengulas lanjut isu berhubung kedudukan anjing dalam Islam serta hukum berkaitannya melalui portal fatwa Jakim di www.e-fatwa.gov.m
y.

Kedua, Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.

Dalam perkara ini, Jakim bercadang untuk memanggil pihak penganjur bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya Yang Menurut Perintah
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
20 Oktober 2014

TMJ TAMAT ZAMAN BUJANG JUMAAT INI

0 Komen!!!




OHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini apabila melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat pertunangan dan pernikahan baginda dengan wanita pilihannya itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari itu.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan tujuh barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak keluarga perempuan pula akan membalasnya dengan sembilan barangan," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, Isnin.

Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.

Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu.

Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu, menurut Abdul Rahim.

Katanya, istiadat merisik telah pun berlangsung pada 27 Sept lepas dengan rombongan diraja diketuai Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor itu juga mengumumkan istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan.

Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara.

Antara tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.

Menurut Abdul Rahim tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.

Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia.

Baginda mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.

Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Dis 2004, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan.

Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, A.P.J Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Jan 2007.

Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak daripada 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.

Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010. - BERNAMA

Panas! Ada Saksi Pertikai Dan Aksi Romen Kecik Pemimpin Dap..

0 Komen!!!
Skandal skandal pemimpin pakatan tak kurang stimnya.. dari lepas torpedo hantam china doll hinggalah,makan ice cream dalam tandas hinggalah aksi tebar spender.
Yang terbaru tak kurang menarik apabila ada saksi pertikai penafian yang dibuat oleh lelaki cina bernama Zairil yang gambar mirip beliau bersama Dyana Lim.
image
Sebenarnya apa yang Pisau faham apabila melihat foto intim mereka ia tak lebih kepada sesi kaunseling dan indoktrinasi fahaman Dap.
Kita semua faham.. sesi sebegini memerlukan personal touch barulah keyakinan yang tinggi terhadap Dap.
Pisau ambil contoh bagaimana Ostad Badrul pemimpin PKR yang memberi kaunseling jam 3 pagi kepada isteri orang didalam bilik hotel.
image
Semua ini berkait rapat kerja politik pemimpin pembangkang dan kita sebagai rakyat biasa harus faham kerja pemimpin politik pembangkang bukan mudah kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai tekanan.
Justeru kita semua perlu bersangka baik.Kepada Zairil dan Dyana.. lebih baik buat laporan polis dan SKMM 

Kempen Sentuh Anjing : Pemuda PAS panas telinga

0 Komen!!!
Setelah PAS dihentam kerana berdiam diri kempen sentuh anjing.. akhirnya mereka mula bersuara.. itupun terpaksa kerana panas telinga!!


  • Muhammad Khalil Abdul HadiMuhammad Khalil Abdul Hadi
 1 / 1 
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abd Hadi menyindir penganjur kempen sentuh anjing ‘I Want to Touch a Dog’. Katanya, daripada sibuk mengajak umat Islam menyentuh anjing, lebih baik penganjur membuat kempen menyapu kepala anak yatim.

"Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana ALLAH SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap.

"Daripada sibuk berkempen sapu atas belakang anjing, lebih baik juga buat kempen belajar macam mana cara hendak sapu atas khuf sebagai ganti untuk basuh kaki dalam berwuduk," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing ‘I Want to Touch a Dog’ anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Acara tersebut dianjurkan kononnya bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

PAS sepatutnya mentarbiah rakan mereka khasnya daripada PKR dan DAP yang kini dilihat semakin melampau.. jika sebelum ini mereka dikejutkan dengan Pesta Arak terbesar negara Oktoberfest sekarang mereka dikejutkan pula dengan pesta anjing.. selepas ini mereka mungkin akan membuat pesta babi dan sebagainya..


Kempen Sentuh Anjing : Akhirnya Mufti Selangor membuka mulut

2 Komen!!!
MAIS_I-Want-To-Touch-A-DogShah Alam – Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran “I Want To Touch A Dog” di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.
Mufti Selangor itu menegaskan pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.
“Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing, itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri.”” katanya ketika dihubungi.
Tamyes berkata, MBPJ perlu memberi penjelasan membenarkan penganjuran tersebut yang dipersoalkan matlamatnya.
“Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama,” katanya.
Beliau turut mengalu-alukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu menyiasat program itu.
“Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan,” katanya.
Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, penganjur, Syed Azmi Alhabshi mengatakan beliau mendapat kelulusan daripada Mais dan polis untuk menganjurkan program tersebut.
Tambah Tamyes lagi, Islam membenarkan penganutnya memelihara anjing untuk tiga tujuan; sebagai haiwan buruan, binatang terlatih untuk menjaga haiwan ternakan, dan sebagai pengawal keselamatan termasuk membanteras jenayah dadah dan narkotik.
“Tapi program kalau semata-mata berjinak dengan anjing sama seperti pelihara kucing; dipeluk, dicium, saya percaya itu bukan matlamat pelihara anjing dalam Islam,” katanya.
Tamyes berkata, matlamat penganjur juga dipersoalkan apabila anjing yang dibawa ke program itu kebanyakannya terdiri daripada baka jinak, dan bukannya yang garang untuk tiga tujuan berkenaan.
Walaupun penganjur menunjukkan cara membersihkan diri (samak) daripada terjilat anjing, tetapi penganut Islam juga perlu memahami najis “mughallazah” bukan semata-mata melalui sentuhan.
“Kalau matlamat mengatakan hendak orang ramai pelihara anjing di rumah dan dijadikan teman sekamar, itu bukan tujuannya.
“Malah mana-mana orang yang memelihara anjing maka malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggapnya tidak sepatutnya berlaku.
Beliau yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini mengatakan Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.
“Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
“Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada,” katanya dipetik laporan Bernama.
Namun, dipercayai surat sokongan rasmi kepada penganjur program itu menunjukkan Mais memberi ‘lampu hijau’ pada surat yang bertarikh 9 Oktober 2014 menggunakan cop dan tandatangan Pengerusi Mais, Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, majlis agama itu dalam responnya bertulis “Penganjur ‘IWTTAD’ untuk makluman selamat maju jaya.”

Kongsi Link Anda