Popular Today

Selasa, Oktober 29, 2013

Pakatan Rahsia Suhakam dan Pas di Sg Limau

0 Komen!!!
Sumber : Sini 


Selepas mendapat maklumat, penulis segera menuju ke Regency Hill Resort yang terletak di puncak Gunung Jerai. Menurut sumber, satu mesyuarat sulit di antara pemimpin Pas dan SUHAKAM akan berlangsung di sana. 

Ternyata berita itu benar, sebaik tiba di sana, penulis melihat beberapa pemimpin Pas sedang daftar masuk ke bilik penginapan masing-masing. Sebahagian besarnya penulis tidak kenal, namun pasti mereka adalah orang-orang penting di dalam parti itu. 

Turut kelihatan adalah seorang penulis novel terkenal, Syed Hussein al-Atass atau lebih dikenali sebagai 'Pak Habib'. Namun penulis tidak pasti sama ada Pak Habib antara individu yang dijemput SUHAKAM menghadiri mesyuarat itu kerana beliau dilihat sendirian. 

Dengan lokasi yang strategik dan jauh dari orang ramai memungkinkan mesyuarat itu sangat penting dan ada kaitan dengan pilihanraya kecil yang sedang berlangsung. 


Soalnya, apakah peranan SUHAKAM dalam pilihanraya kecil di Sungai Limau? Adakah mereka bertindak sebagai penasihat dan membantu Pas mengatur strategi bagi memastikan kemenangan Pas di kawasan ini? 

Ataupun, mereka turut menyalurkan dana untuk kempen pilihanraya Pas memandangkan semua unit penginapan di tempah atas nama SUHAKAM? Difahamkan terdapat 24 unit penginapan dengan harga sewa RM420 semalaman. Jadi, SUHAKAM telah membelajakan sebanyak RM10,080 hanya untuk menyewa kesemua unit-unit itu. 

Jika benar, terbukti bahawa SUHAKAM adalah proksi kepada parti pembangkang. Dan penulis percaya, SUHAKAM adalah antara entiti yang diwujudkan berpaksi kepada parti pembangkang. 

SUHAKAM bukan diwujudkan untuk membela hak asasi manusia ataupun rakyat. Sebaliknya diwujudkan untuk merealisasikan agenda-agenda jahat pembangkang berjaya. 

Alhamdulillah.. Mizz Nina kini bertudung

0 Komen!!!
Hidayah Allah tiada siapa yang tahu.. 


Gambar comel Miss Nina yang dipetik dari laman instagram milik Noh Hujan.

Apapun yg penting semua doakan Mizz Nina terus kekal bertudung sehingga akhir hayat :)



Penyanyi Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29.
Pengurus penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 33, bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu.

"Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu.

"Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.

Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.

"Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak.

"Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya," tutur Joe.

Mizz Nina juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim.

Kantoi!!! : PAS bawa pengundi hantu..

1 Komen!!!
Nampaknya keadaan PAS semakin kritikal sekarang.. ceramah yang dibuat tiada sambutan di Sg Limau


nampaknya mereka dah ada cara untuk mereka menang

Pas kantoi bawa pengundi hantu!!
satu lori pengundi hantu dibawa oleh PAS!!

PAS takut kalah di Sg Limau..

0 Komen!!!
Jom tengok video Abby kantoi menipu..

 

 PAS semakin terdesak..

Kongsi Link Anda