Popular Today

Khamis, April 30, 2009

Kenapa semua pemimpin PAS membisu?

7 Komen!!!
Lantaran dari kenyataan Nik Abduh semua pemimpin PAS membisu khasnya haji Hadi, Husam Musa, Mat Sabu dan yang sewaktu dengannya. Semua nampaknya mahu menutup pekong.

Sehinggakan, Dewan Ulama PAS pula menggesa anggota-anggota parti itu tidak menjadikan blog sebagai medan mendedahkan keburukan orang lain sebagai reaksi terhadap tulisan Nik Abduh pada 24 April lalu. Nak tanya memburukkan ke atau takut perkara sebenar didedahkan.

Ketuanya Mohamed Daud berkata, tindakan itu dikhuatiri memberikan kesan negatif serta "memberi ruang kepada musuh mempermainkan isu terbabit", lapor media rasmi parti Harakahdaily.net hari ini.

Berhubung isu kerajaan perpaduan PAS dengan BN, Mohamed berkata, dewan itu tiada masalah menyokongnya "sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam."

Bagaimanapun, beliau menolak tindakan mengeluarkan kenyataan terbuka berhubung itu kerana ia hanya akan diputuskan dalam muktamar parti itu, Jun nanti.

Kenapa membisu wahai syaitan bisu?

Kenyataan Nik Abduh 'siapa makan cili akan terasa pedasnya'

0 Komen!!!
Ada pihak dalam PAS yang mula bagai cacing kepanasan. Walaupun beliau dalam kenyataannya menyebutkan supaya disebut nama mereka namun dalam istilah orang Melayu 'siapa makan cili akan terasa pedasnya'

Khalid menasihatkan budaya "menggunakan istilah menghina terhadap sahabat seperjuangan" dalam parti hendaklah dihentikan.

"Saya harap budaya ini ditamatkan. Dan sebagai pemimpin Pemuda peringkat nasional, Nik Abduh patut menunjukkan contoh yang baik.

'Sikap angkuh'

"Istilah-istilah seperti 'pejuang nafsu', 'ulama mi celup' dan sebagainya amat tidak sesuai digunakan. Ia menghina orang lain dan menzahirkan satu sikap yang terlalu angkuh," coretnya lagi.

Khalid juga berkata, dakwaan Nik Abduh bahawa bapanya "menerima muzakarah atau muqabalah, selepas bermatian menolaknya" sebagai "tidak tepat".

"TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) tak pernah menerima ‘muzakarah' dan itulah sebabnya mengapa akhirnya istilah yang diguna ditukar kepada ‘muqabalah'.

"Ulama 'mi celup' pun faham beza muzakarah dan muqabalah, takkan yang 'ulama mi goreng' tak faham? Yang mi goreng ini lama sikit berada dalam kuali," sindirnya.

Sementara itu, Exco Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim mendesak rakan sejawatannya itu mendedahkan nama pembantu Nik Aziz yang didakwanya cuba melaga-lagakan mursyidul am PAS itu dan Abdul Hadi berhubung isu tersebut.

Ini kerana, kata Abdullah, tindakan tidak menamakan identiti pembantu Nik Aziz secara terperinci, boleh mendorong berlaku pepecahan dalam parti.

"Untuk mengelak daripada berpecah-belah, tolong namakan segera.

'Tunjuk bukti'

"Jangan berselindung di sebalik tulisan. Namakan segera," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Untuk mengelak dan menyelesaikan perkara ini, tolong namakan dan tunjukkan bukti," tambahnya.

Tindakan Nik Abduh yang mendakwa pembantu-pembantu bapanya dengan tuduhan tersebut, adalah satu "tuduhan yang serius", tambahnya.

Ekoran itu, kata Abdullah, hal tersebut menyebabkan ahli dan pimpinan yang lain, tertanya-tanya siapakah pembantu bapanya yang dimaksudkan.

"Mereka tertanya-tanya. Adakah ia ditujukan kepada (setiausaha politik Nik Aziz) Anual Bakri Haron atau (Naib Presiden PAS) Datuk Husam Musa?

"Dia (Nik Abduh) tak sebut nama menyebabkan orang yang dituduh tak boleh bela diri.

"Mengikut prinsip Islam, orang yang menuduh kena tunjuk bukti. Ini tidak, dia buat tuduhan orang lain kena buktikan," kata Abdullah lagi.

Kongsi Link Anda