Popular Today

Jumaat, Februari 26, 2010

Johor News : Rakyat boleh buat aduan secara online

0 Komen!!!
Mudah...Antaramuka sistem e-jawab yang mesra pengguna membolehkan rakyat membuat aduan secara online.
_____________________


ORANG ramai boleh membuat aduan, pertanyaan dan pandangan kepada Kerajaan Negeri Johor secara online iaitu secara langsung kepada jabatan dan agensi berkenaan apabila satu sistem dinamakan e-jawab akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Sistem 'Johor Aduan Awam Bersepadu' itu adalah inisiatif terbaru Kerajaan Johor selepas memperkenalkan beberapa kemudahan secara online untuk rakyat berurusan termasuk hal-hal berkaitan tanah, muat turun pelbagai borang dan pembayaran hasil.

Langkah terbaru itu diumumkan Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman hari ini, yang menyatakan ia akan diintegrasikan dengan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) bagi membolehkan rakyat membuat dan menerima maklumbalas melalui SMS.

Katanya, perkhidmatan itu sedang dibangunkan oleh Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor bersama pihak MAMPU melalui Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan Malaysia atau dikenali sebagai 'My Sms 15888.

"Banyak perkhidmatan yang boleh kita tawarkan melalui SMS ini seperti semakan cukai tanah, semakan sesuatu permohonan, hebahan aktiviti kerajaan dan sebagainya," katanya di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Laman Web Kerajaan Peringkat Negeri Johor, di sini.

Melalui e-jawab, rakyat boleh membuat semakan mengenai status aduannya dan menerima maklum balas dari agensi yang terlibat manakala Setiausaha Kerajaan boleh melihat pelaksanaan pengurusan aduan di setiap agensi.

Unit Audit Dalam diberi kuasa untuk memantau dan menguatkuasakan sebarang tindakan agar pengurusan aduan itu dilaksanakan dengan baik dan teratur oleh setiap jabatan. Dengan adanya sistem ini, serta dengan kerjasama semua agensi yang terlibat, kebanyakan masalah orang ramai dijangkan dapat diberikan perhatian dengan cepat.

Akhbar Pemfitnah : Zambry fail saman RM 100juta terhadap Suara Keadilan

0 Komen!!!

Ekoran tindakan akhbar Bulanan PKR yang menyiarkan berita bohong dan palsu serta berunsur fitnah Dr Zambry Kader telah memfailkan saman fitnah sebanyak RM 100 juta terhadap suara Keadilan.

Peguam yang mewakili Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Zambry menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

AKhbar pemfitnah tersebut telah mefitnah dr Zambry dengan artikel edisi akhbar itu bertarikh 29 Dis 2009 hingga 5 Jan 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Akbar bulanan PKR ini merupakan lidah syaitan PKR yang sentiasa membisikkan cerita palsu dan bohong dalam masyarakat. Fitnah dan pembohongan merupakan makanan ruji akhbar tersebut. Sebagai akhbar yang bersifat politik, akhbar ini banyak dilihat menjilat jubur ANuwar Ibrahim... dan pencacai menyebarkan pembohongan ANuwar kepada rakyat.

Saman RM 100 juta adalah sesuai bagi akhbar PKR yang sentiasa berniat jahat dan berhati busuk, sebusuk timbunan tangki najis...

AKhbar ini hanya sesuai dijadikan timbunan sampah...

Kongsi Link Anda