Walaupun tiga calon, khususnya PAS dan BN, mula bertemu pengundi, poster-poster masih banyak belum dinaikkan sehingga menjadi tanda tanya sama ada wujud pilihanraya kecil di bandar ini atau tidak.
Seorang petugas Angkatan Muda PKR dari Gombak "terkejut" dengan gerak perlahan kempen dalam pilihanraya kecil ini, khususnya jentera PAS.
Muhamad Islam Ismail, yang berpangkalan di DUN Ladang, berkata daya gerak pilihanraya ini "sangat berbeza" daripada pilihanraya-pilihanraya kecil yang pernah disertai sebelumnya.
Menurut sumber ianya sangat berbeza pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, terdapat perbezaan ketara... apakah ini membuktikan memang terdapat 'boikot' oleh kumpulan tertentu di dalam PAS... ekoran tidak puas hati terhadap penamaan calon baru-baru ini...
Perang poster - yang menjadi kemuncak kempen tradisi BN dan PAS - hanya kelihatan di beberapa bilik gerakan dan simpang-simpang jalan tertentu sahaja.
Sementara banyak kampung masih lengang daripada suasana pilihanraya yang dianggap penting bagi parti-parti Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan lawannya Mohd Abdul Wahid Endut.
Bagaimanapun BN menaikkan banyak poster besar calonnya bersama barisan pemimpin kanan negera dan negeri.