Selasa, Oktober 14, 2008

TIADA USUL UNDI TIDAK PERCAYA, USAHA PERALIHAN KUASA GAGAL

1 Komen!!!
Ketua Pembangkang berkata tidak berminat meneruskan rancangannya menukar kerajaan persekutuan melalui usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat yang sedang bersidang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sekarang menumpukan fokus pada isu-isu ekonomi, termasuk Bajet 2009. "Buat masa ini fokus kita ialah terhadap bajet," katanya, juga ketua PKR, di lobi Parlimen hari ini.

Nampaknya apa yang dicanangkan dalam laman web dan blog mereka sebelum ini ialah fokus usaha pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan hanyalah pembohongan dan penipuan terbesar terhadap rakyat.

Bagi rakyat, apabila Ketua Pembangkang gagal membuat undi tidak percaya dan mengatakan fokus adalah untuk bajet menunjukkan kegagalan pakatan pembangkang tersebut. Oleh itu, apa yang dikatakan oleh ketua pembangkang ini menunjukkan kegagalan Pakatan Rakyat mendapatkan ahli Parlimen BN yang mencukupi untuk lompat pakatan Rakyat. Semuanya hanya penipuan semata-mata termasuklah dakwaan mempunyai senarai nama ahli Parlimen BN 'melompat' yang mencukupi dan gesaan untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat tergempar pada 23 September lalu.

Masakan tidak, jika mereka mempunyai ahli Parlimen mencukupi nescaya undi tidak akan percaya pasti akan dibuat. Dakwaan fokus untuk bajet hanyalah untuk mengalihkan mata rakyat dari kegagalan ketua pembangkang melaksanakan perancangan peralihan kuasa.

Kongsi Link Anda