Popular Today

Khamis, Januari 28, 2010

Tunku Ismail dimasyhur sebagai Tunku Mahkota Johor

0 Komen!!!
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar,
Sultan Johor


Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim,
Tunku Mahkota Johor


JOHOR BAHRU 28 Jan. – Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim hari ini dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor.

Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Besar, di sini, pada pukul 3.20 petang.

"Setelah diisytiharkan sebagai sultan, saya berhak dan bertanggungjawab mengikut Undang-Undang Tuboh Negeri Johor memilih dan melantik seorang waris bergelar Tunku Mahkota Johor.

"Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perenggan 1, fasal 7, bahagian pertama Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, saya Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor mengikut nasihat Jumaah Diraja dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar Tunku Mahkota Johor,” isytihar baginda.

Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda baginda atas limpah perkenan dilantik sebagai waris takhta diraja Johor.
- Bernama

Merdeka Centre - Rakyat Selangor menolak Fukatan Rosak

3 Komen!!!
Setelah 2 tahun memerintah Selangor, populariti MB PKR S'gor menjunam. Ini dibuktikan oleh kajian Merdeka Centre dan bukannya cakap-cakap kosong lagi. (baca di sini)

Menurut bancian Merdeka Centre, mereka yang berpuas hati dengan pentadbiran menteri besar itu telah jatuh lapan mata sejak beberapa bulan lalu - ia mencatatkan 62 peratus pada Jun 2009 tetapi menjunam kepada 54 peratus pada Januari tahun ini. Bancian dijalankan ketika rasa tidak puas hati dengan pentadbiran Khalid berhubung beberapa isu yang dikendalikannya.

Ini sebenarnya memang jelas melalui pendedahan media sosial baru seperti blog dab facebook, kini rakyat mula membuka mata siapa sebenarnya pemimpin Pakatan Rakyat dan sejauh mana kecekapan mereka mentadbir negara. Dasar populis dan cauvanis merupakan cara yang berkesan pada jangka pendek sahaja.

Beza penurunan 8 mata merupakan jumlah yang signifikan menunjukkan bahawa rakyat mula menolak Fukatan Rakyat yang telah banyak menzalimi bangsa Melayu khasnya seperti isu pembinaan ladang babi, isu arak, peletakan jawatan ADUN PKR serta dakwaan Khalid tidak betanggungjawab kerana tidak menjalankan tugas sepatutnya sebagai ketua bahagian dan satu mesyuarat bahagian PKR Kuala Selangor tidak pernah diadakan.

Bagaimanapun, tahap mereka yang berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinannya tidak banyak berubah - 60 peratus masih menyokong kerajaan negeri yang diterajui PKR itu berbanding 64 peratus pada Jun 2009.

Secara keseluruhannya angka penurunan sokongan semakin jelas, DASAR pakatan rosak yang berat sebelah serta tidak sensitif dengan budaya rakyat Malaysia juga merupakan sebahagian punca. Selain permasalahan dalaman Parti Kurang Ajar dan biaDAP dan dilanda penyakit kroni dan masalah moral yang melampau.

Ayuh rakyat Selangor.. ayuh Rakyat malaysia... ayuh tinggalkan Fukatan Rosak.... kita lakukan tranformasi baru rakyat Malaysia.

Ayuh pejuang bloggers.. teruskan perjuangan..
kita akan serang Fukatan Rosak habis-habisan..

ANuwar Aljuburi terus perdagang kalimah Allah

1 Komen!!!
ANUwar terus memainkan kalimah ALlah boleh digunakan oleh Bukan Islam. Ini semuanya bertujuan untuk memainkan politik sempit mereka yang memperdagangkan nama Allah. Dengan ini akan menimbulkan sentimen bukan Islam kepada Pakatan Rakyat.

Inilah sebenarnya manipulasi isu yang dibuat oleh ANuwar Aljuburi kerana isu sebenarnya ialah bukan persoalan mengenai kalimah ALlah boleh digunakan bukan Islam tetapi persoalan kalimah Allah digunakan oleh Paderi Kristian untuk agama kristian.

Sebab itu bila persoalan kenapa bukan Islam boleh menyanyikan lagu Johor yang menyebut Allah selamatkan Sultan ianya hanayalah mainan politik pembangkang yang sepatutnya tidak menjadi Isu. Kerana lagu "Allah selamatkan Sultan" merujuk keopada Allah iaitu tuhan umat Islam dan bukan sebaliknya. Sebagaiman umat Islam boleh menyebut Jesus yang merujuk kepada tuhan kristian.

Ini semuanya adalah mainan politik kotor yang mempergunakan agama oleh Pakatan Rakyat. Isu sebenarnya apabila kalimah Allah untuk digunakan oleh Kristian.. itu isu sebenar. Ini adalah agenda Pakatan Rakyat yang hanya mahu mendapatkan popular dan meraih sokongan bukan Islam dengan memperdagangkan kalimah Allah.

Rakyat perlu mengetahui bahawa beluiau tidak peduli dengan Islam, hanya mementingkan nafsu serakah beliau semata-mata.

Kongsi Link Anda