Rabu, November 25, 2009

Muhyidin : Tengku Razaleigh diminta fikir mendalam mengenai kaukus Petroleum

2 Komen!!!
Tan Sri Muhyiddn Yassin hari ini mminta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh pakatan pembangkang bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pada dasarnya Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti iaitu bekerjasama dengan parti pembangkang yang melibatkan dasar-dasar kerajaan.

Rasanya elok sangatlah amaran ini dibuat awal-awal supaya tengku Razaliegh ingat semula beliau berasal dari parti mana. Jika beliau sayangkan UMNO pastinya tindakan beliau akan mengganggu UMNO.

Namun kita mengetahui sikap pertentangan tengku Razaleigh ni dah memang sifat UMNO kelantan ni kebanyakkannya membelakangkan kesetiaannya kepada parti. Sebab itu kita lihat sehingga hari ini Kelantan masih tidak dapat ditawan lagi. Bukan setakat UMNO di sana berpecah belah, selalu cha keting, tetapi kesetiaan kepada parti amat tipis sekali. Apatah lagi rakyat Kelantan pula bermuka-muka, depan lain nampak sokong tetapi di belakang membantah....

Mungkin ini pula berbeza dengan UMNO Johor, mungkin mereka ada masalah dengan orang tertentu tetapi kesetiaan mereka terhadap UMNO tetap menjadi keutamaan... apatah lagi pemimpin UMNO Johor yang tegas menyebabkan mereka sentiasa konsisten terhadap perjuangan dan dasar parti...

Syabas Muhyidin... sudah tiba masanya UMNO bersikap cermat dan tegas... bertindak sebagai satu pasukan...

Benarkan Banggarma keluar Islam - apa kata Pas?

0 Komen!!!
Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa S Banggarma dibenarkan menganut Hindu, dan sekali gus meninggalkan Islam, tanpa perlu melalui proses biasa di mahkamah.

Presidennya Dr Thomas Philips berkata wanita itu harus dibenarkan memilih agama yang diingininya kerana pertukaran kepada Islam dibuat semasa beliau masih kecil dan tidak pernah menghayati agama barunya itu.


Banggarma (kiri), juga dikenali Siti Hasnah Vengarama Abdullah, mendakwa agamanya ditukar sewaktu berada di rumah kebajikan di Kepala Batas kira-kira 20 tahun lalu sewaktu usianya masih 7 tahun.

Sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mendakwa agama wanita 27 tahun itu ditukar oleh bapanya sendiri di Rompin, Pahang sewaktu usianya setahun.

Jawapan JKM ini berhubung perkara tersebut bagaimanapun dipertikaikan oleh Banggarma, antaranya kerana beliau tidak mempunyai dokumen seperti didakwa jabatan tersebut.

Ulasan Aspirasi : Jadi apa kata PAS? nak tahu juga pendapat pemimpin 'parti Islam' ni? ataupun akan membisu sahaja?

BTN Racist - Selangor rasmi boikot program BTN

2 Komen!!!
Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan penyertaan para pelajar institusi pengajian tinggi miliknya ke program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.

Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

Tiga buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS.

Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinisasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) dan memecah belah penduduk pelbagai bangsa."

Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam gabungan pembangkang itu menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.

ADUN-ADUN yang membuat desakan itu: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

Ulasan Aspirasi : Bumi dipijak milik orang... memang benarlah lirik dalam lagu warisan!!! Melayu bersedia untuk dijajah!!

Kisah Kezaliman Dan Penyelewengan Di MPKB-BRI - Kota Bharu, Kelantan.

0 Komen!!!


Salam,

Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas bawahan "hamba abdi" di MPKB-BRI... Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji...

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB -BRI… kononnya "Serambi Mekah"… Bandaraya Islam.

Untuk makluman penbaca, kawan saya ni tak pernah miss pangkah PAS dan bantu PAS (tanpa upah) setiap kali pilihanraya baik umum atau kecil diadakan.

Inikah Model Majlis Bandaraya Untuk Negeri Dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat..?

Senarai kezaliman MPKB - BRI kepada pekerja dan juga sedikit kepincangan/kelemahan dalam MPKB - BRI:
  1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (overtime) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian… Ini amatlah zalim dan kejam..!
  2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong (melencong) beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alasan "Lawatan Sambil Belajar" tetapi dalam masa yang sama memaklumkan kepada kami bahawa pada ketika ini MBPK - BRI menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu untuk membayar gaji kerja lebih masa (overtime) kami dalam bentuk wang,
  3. Hanya ada 1 benda sahaja perubahan yang dibuat oleh MPKB-BRI iaitu penstrukturan system jalan-raya/aliran trafik didalam kawasan seliaan MPKB - BRI.
  4. MPKB-BRI sudah "papa-kedana"... banyak harta (aset) MPKB-BRI telah dijual... malahan bangunan MPKB - BRI sekarang disewa dengan PKINK.
Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli–ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap/berperangai kuku besi/firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada EXCO yang memegang portfolio MPKB - BRI, ahli-ahli majlis MPKB - BRI , pegawai-pegawai atasan/pengurusan MPKB-BRI.

Kami diugut akan dipecat/dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB - BRI jika perkara ini sampai kepengetahuan pihak kerajaan negeri/awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU-13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN Kelantan sekalian.

Bukan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi kami mahukan "KEADILAN/PEMBELAAN".

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB - BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH, ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB - BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO' HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.

Kami sayangkan PAS yang memerintah negeri kami.

Selama ini kami diam dan hari ini kami merasakan ada sedikit kekuatan untuk bersuara selepas melihat krisis didalam PMBK yang akhirnya berjaya ditangani oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sebaiknya.

Kalau tiada tindakan dari sekarang, percayalah bahawa PAS akan tumbang dalam PRU-13 di Kelantan dan yang menumbangkan PAS itu tak lain tak bukan ialah kami yang selama ini diabaikan.

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.

INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN.

Sumber : Perisik Rakyat

Integriti tinggi...Piiirah!!!

3 Komen!!!
Wakil delegasi Pas Pusat, Sallahuddin Ayub menyifatkan keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bukti integriti yang tinggi kerana menerima pandangan Pas Pusat dengan mengetepikan kepentingan keluarga dan dirinya demi perjuangan Islam dan parti.

Kalau nak sebut tentang integriti tinggi sepatutnya Nik Aziz tak patut lantik menantunya Ariffahmi... tak kan ni pun nak di beritahu Tok guru wei!!!

Kalau nak sebut juga tentang integriti sepatutnya Nik Aziz pecat je Ariffahmi awal-awal lagi, ini tidak selepas desakan PAS Pusat, Kickdefella dan sebaginya barulah tindakan pecat dibuat... kalau tiada desakan mungkin Ariffahmi masih pegang jawatan tersebut...

Apatah lagi sekarang kelantan sedang bermaslah walaupun mereka menafikan “Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini. Tok Guru buktikan beliau bercakap dan buat apa yang dia cakap. Ini satu integriti yang ditunjukkan seorang Menteri Besar Kelantan,” katanya.

kalau Kelantan tak bermasalah, bukan setakat menantu, anak dan bini Nik Aziz pun akan jadi CEO kepada anak syarikat kerajaan kelantan...

Integriti Tinggi.... PiiiiRah!!! makan rasuah adalah!!!!

Kota Siputeh: Mahkamah tangguh DUN kosong

0 Komen!!!
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.

Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.

Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.

Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.

Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.

Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong.

"Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.

Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.

Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.

Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon. - Malaysiakini

SPRM teruskan siasatan terhadap Ariffahmi

0 Komen!!!
KOTA BHARU 24 Nov. - Siasatan dakwaan penyalahgunaan dana di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) tetap diteruskan walaupun Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman telah meletakkan jawatan.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kes yang membabitkan menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan disiasat sebagaimana lain-lain kes seumpamanya.

"SPRM akan meneruskan siasatan berhubung kes ini walaupun penjawat berkenaan telah meletakkan jawatan.

"Setelah selesai, kertas siasatan akan dihantar ke jabatan undang-undang bersama bahan bukti yang dikumpulkan sebagai rujukan.

"Kemudian barulah Bahagian Pendakwaan memutuskan sama ada untuk melakukan pendakwaan atau tidak," ujar sumber itu.

Difahamkan, SPRM telah menyiapkan kira-kira 60 peratus siasatan berhubung kes itu dan kini masih mengumpul bahan bukti termasuk dokumen yang diambil di pejabat PMBK.

Abdul Ariffahami dilanda kontroversi apabila SPRM mula menjalankan siasatan ke atasnya kira-kira dua minggu lalu.

Hari ini, media melaporkan beliau telah diarahkan oleh Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan setelah rombongan pimpinan Pas Pusat yang diketuai oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menemuinya semalam.

Mereka menasihatkan Nik Abdul Aziz agar menjaga nama baik kepimpinan Islam khasnya Pas dan langkah sewajarnya ialah agar Abdul Ariffahmi mengundur diri.

Abdul Ariffahmi yang bersedia berbuat demikian bagaimanapun masih belum memutuskan bila akan meletakkan jawatan.

Usaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau gagal setelah Abdul Ariffahmi enggan menemui pihak media yang datang ke pejabatnya di sini hari ini.

Raja Petra hilang 7 bulan bersembunyi di Melbourne

2 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Selepas lebih tujuh bulan menjejak Raja Petra Raja Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak April lalu, polis akhirnya berjaya mengesan penulis blog itu, di Melbourne, Australia.

Menurut sumber, siasatan mendapati Raja Petra lari dari Malaysia menuju ke Thailand melalui jalan haram dan menaiki penerbangan terus ke Australia.

"Rekod imigresen menunjukkan dia tidak keluar dari negara ini, namun siasatan lanjut mendapati Raja Petra keluar melalui laluan haram ke Thailand beberapa bulan lalu.

"Maklumat mendapati dia kemudian menggunakan jalan serta dokumen sah untuk ke Australia," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis bagaimanapun masih menyiasat lokasi persembunyiannya di negara berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog www.malaysia-today.net, pada 25 April 2008.

Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini pada 18 Jun tahun lalu.

Mahkamah Sesyen, pada 11 dan 13 November lalu membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi hanya berkata polis masih menyiasat lanjut. - Berita Harian

Kongsi Link Anda