Jumaat, Januari 02, 2009

Dr Syed Azman lebih layak menjadi calon PAS Kuala Terengganu.

5 Komen!!!
Semua Calon yang disebut-sebut untuk menjadi Calon PAS Kuala Terengganu tidak terpilih... apa telah terjadi?

Calon Nik Aziz - Mat Sabu tidak terpilih

Calon Haji Hadi - Dr Syed Azman tidak terpilih

Dan Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, Mustafa Ali (cikgu pa) juga tidak terpilih...

Nampaknya pemilihan calon PAS kini mengecewakan banyak pihak samada Mat Sabu dan penyokongnya, Dr Syed Azman dan penyokongnya dan juga Cikgu Pa dengan penyokongnya....

Nampaknya ADUN Wakaf Mempelam sejak lima penggal yang lalu masih dipilih oleh Pemimpin PAS untuk menjadi calon PAS Kuala Terengganu.

Terdapat cakap-cakap kedai Kopi bahawa sebenarnya yang paling layak untuk menjadi calon PAS Kuala Terengganu ialah Dr Syed Azman dan jika beliau bertanding peluang untuk menang semakin besar iaitu 60/40. Namun jika Abdul Wahid pula peluangnya hanya 50/50 kerana pengundi sangat mengenali beliau dan prestasinya..


Ramai juga yang mempersoalkan pemilihan ini, persoalannya jika dengan meletakkan Dr Syed Azman peluang kemenangan semakin besar, jadi kenapa tidak meletakkan beliau? apakah terdapat pihak yang hendak mencantas Dr Azman untuk menjadi pemimpin PAS Kuala Terengganu atau pusat pada masa akan datang?

Dengan ketokohan Dr Syed Azman, pengundi mula mempertikaikan calon PAS ini
.

Namun sesuatu yang PAS terlupa.. apabila terlalu lama menjadi calon... biasanya calon / ADUN tersebut tidak produktif.

Mengikut sumber dan penyokong PAS Wakaf Mempelam sendiri mempertikaikan pemilihan Abdul Wahid Endut berikutan prestasi yang semakin menurun. Beliau kini banyak menerima rungutan oleh rakyat Wakaf Mempelam kerana tidak mesra pengundi. Beliau juga didakwa tidak menghiraukan masalah dan aduan pengundi dalam kawasan dan juga sukar dijumpai oleh pengundi. Selain itu juga Abdul Wahid juga dikatakan suka tidur dalam Dewan Undangan Negeri.

Dengan kata lain, jika pengundi Wakaf Mempelam pun yang telah lima penggal diwakilinya merungut mengenai prestasi ADUN ini apa akan terjadi kepada permasalahan pengundi di Kuala Terengganu pada masa akan datang.

Perkara ini boleh disahkan oleh pengundi kawasan Wakaf Mempelam dan kawasan sekitarnya. Jika pengundi Wakaf Mempelam pun tidak terjaga apatah lagi di kawasan yang lebih besar iaitu di Parlimen Kuala Terengganu.

Seelain itu bagi memastikan kemenangan PAS ini, mereka akan mengharapkan kesetiaan penyokong mereka jika tidak mereka akan tewas. Namun kita mengetahui bahawa pemilihan PAS pusat akan diadakan pada tahun ini (2009). Inilah masanya pihak tertentu membuat percaturan bagi menaikkan atau menghapuskan nama tertentu. Di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu nama Dr Syed Azman telah dikorbankan.

Perlu diingat ialah setiap calon ini mempunyai kekuatan dan pengaruh mereka sendiri, jika mereka berasa kecil hati dan dipinggirkan kemungkinan mereka 'lepas tangan'. Mungkin mereka manafikan tetapi di hati kecil mereka pasti timbul perkara seperti ini.

Rambut sama hitam, hati tiada siapa pun tahu...

WAHID ENDUT CALON PAS?

2 Komen!!!
... WAHID ENDUT MUNGKIN TERMENUNG MEMIKIRKAN NASIB PAS YANG DITIPU SETERUNYA DALAM PAKATTIPU RAKYAT

1. PAS yang ketandusan calon untuk meneruskan agenda kemunafikannya dan kedayusan perjuangannya di Kuala Terengganu, memilih YB Wahid Endut ( ADUN Wakaf Mempelam ) sebagai calonnya untuk PRK P.036 Kuala Terengganu.

2. Wahid Endut, walaupun bukan calang-calang orang di Kuala Terengganu, sebenarnya bakal membawa agenda kejatuhan yang PAS alami sekarang. Dalam pilihanraya Umum yang lalu Wahid telah menewaskan calon BN, Othman Awang dengan kelebihan 2,193 undi. Mungkin ini yang dipertaruhkan PAS.

3. PAS mengambil kesempatan dengan kedudukan Wahid di Kuala Terengganu sebagai ADUN, selain daripada kelebihannya sebagai anak tempatan yang berpengaruh di Wakaf Mempelam. Selain daripada pengalamannya sebagai bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

4. Menurut sumber yang boleh dipercayai, telah berlaku perbezaan pendapat di antara 2 Tuan Guru dalam PAS. Nik Aziz dan Hadi Awang mempunyai calon masing-masing. Nik Aziz mahukan Mat Sabu atau Syed Azman, dan Hadi mahukan Wan Mutalib atau Mustafa Ali. Tapi akhirnya calon yang tiada dalam senarai menjadi pilihan PAS

5. Khabarnya juga, dalam PRK ini PAS terpaksa tanggung perbelanjaan sendirian??? mengapa agaknya yer?? mungkin Parti Budak Milo ini didenda kerana degil untuk adakan juga agenda Hudud dalam Pakattipu Rakyat ???????

6. Untuk rekod, dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut sendiri mengaku bahawa sepanjang 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS ke dalam negeri Terengganu.
(Klik di sini)

7. Nampaknya Wahid Endut sendiri nampak segala dusta PAS sewaktu memerintah Terengganu, dan beban dosa itu sekarang bakal diletakkan ke bahunya untuk digalas berjuang dai Kuala Terengganu. Wahid kenalah sediakan satu mesin penyedut ludah untuk menjaga perjuangan politiknya oleh sebab sejak PRU-12 yang lalu Pakattipu Rakyat banyak menyembur ludah janji-janji kosong.

APAPUN, SELAMAT BERJUANG KEPADA KEDUA-DUA PIHAK LAWAN. ALLAH AKAN SENTIASA MENOLONG YANG HAK DAN MERUNTUHKAN IDEOLOGI PIHAK YANG BATIL.

Kongsi Link Anda