Selasa, Julai 08, 2008

Akuan bersumpah mana yang meragukan?

0 Komen!!!

Menurut laporan Malaysia Kini petang tadi, Americk membuat laporan di balai polis Brickfields kira-kira jam 2.40 petang tadi. Dalam laporannya itu, Americk (foto) berkata beliau hadir sama ketika pengesahan akuan bersumpah tersebut yang bertarikh 1 Julai lalu, dibuat.

Dakwaan beliau, bahawa berlaku konspirasi jenayah sehingga menyebabkan berlaku jenayah fitnah terhadapnya oleh orang dan/atau orang-orang berkenaan.Dalam laporannya itu, Americk berkata beliau telah diarahkan oleh Balasubramanian (foto) berhubung pengumpulan fakta-fakta dan keadaan-keadaan yang membabitkannya Balasubramanian) dengan kes Altantuya.

Americk berkata, beliau hadir ketika pengesahan akuan berkanun itu dibuat dan beliau mempunyai pengetahuan mengenai fakta-fakta dan keadaan-keadaan yang membawa kepada penyediaan dan pengesahan akuan berkanun tersebut yang bertarikh 1 Julai 2008.

Dalam laporan itu lagi, Americk berkata, Balasubramanian telah mengadakan satu sidang akhbar pada 4 Julai lalu.

Katanya, beliau mengetahuinya melalui laporan-laporan media bahawa satu lagi akuan berkanun yang dibuat oleh Balasubramanian - bertarikh 4 Julai 2008 - telah diumumkan.
kandungan akuan berkanun tersebut (4 Julai 2008) menganjurkan bahawa akuan berkanun pertama (yang bertarikh 1 Julai) dibuat 'secara paksa'.

Sebaliknya, Americk berkata, beliau telah menjalankan tugas mengumpulkan fakta-fakta tersebut dengan niat yang baik, yang membawa kepada penyediaan dan pengesahan akuan berkanun yang bertarikh 1 Julai 2008 dan "saya berpuas hati bahawa ia dibuat secara sukarela dan tanpa sebarang paksaan".

Menurut laporan itu lagi, Americk berkata, berasaskan kepada sebab-sebab di atas, beliau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa akuan berkanun kedua itu, yang bertarikh 4 Julai 2008, meragukan.

-----------------------------------------------------
Kata rakyat : semua akuan bersumpah itu meragukan, tidak tahu mana pihak yang berbohong. Semua pihak ada sebab untuk berbohong. Semuanya pihak yang terlibat berkepentingan. Namun yang hanya ada hubungan secara langsung sebelum kehilangan Bala ialah Anwar Ibrahim dan Americk.

Rakyat pun bertanya, apa hubungan PKR dengan kes pembunuhan Attantuya, sehingga bala menggunakan platform PKR untuk membuat sidang media. Apakah motif sebenar PKR menggunakan Bala...

Kalau hendak dikatakan teori, terlalu banyak teori yang boleh timbul.. mungkin bala dibayar oleh pihak tertentu atau sebagainya..

Akhir sekali marilah kita balik kepada Allah SWT. Dialah yang maha mengetahuinya apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Dan tiada satu pun terlepas dari keluasan pengetahuanNya.

'DAP, Anwar beri wang bonus undi pembangkang'

0 Komen!!!
Oleh Matzidi Dris
mzidi@bharian.com.my

KUCHING: Pengundi, Kho Whai Piaw memberitahu Mahkamah Sesyen II di sini, semalam bahawa tangan kanannya terkehel ketika beliau dalam perjalanan untuk mengemaskini buku akaun simpanan di Bank CIMB, di bandar raya ini, petang Jumaat lalu.

Akibatnya tangan kanan beliau terpaksa beranduh, namun tidak menghalang beliau untuk menghadiri perbicaraan yang disambung hari ini.

"Saya tergelincir dan jatuh menyebabkan tangan kanan saya terkehel," katanya memberitahu hakim Datuk Clement Skinner, sejurus perbicaraan disambung pada jam 9.10 pagi semalam.

Jumaat lalu, beliau diminta Wong Ho Leng, peguam responden Chong Chieng Jen, untuk mengemaskinikan buku akaunnya bagi mengetahui baki wang dalam buku akaun milik beliau, selepas beberapa kali membuat pengeluaran.

Ketika ditanya mengapa beliau kerap membuat pengeluaran selepas menyimpan wang itu, beliau berkata; "Saya mengeluarkan wang itu bukan untuk dibelanja semuanya, tetapi untuk disimpan di dalam beg duit saya dan di rumah."

Beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau tertarik dengan manifesto DAP pada pilihan raya 2008 yang menawarkan RM6,000 kepada orang ramai yang mempunyai pendapatan kurang dan RM6,000.

Wong: Adakah awak tahu dari mana wang bonus itu diperolehi?

Kho: Menurut Manifesto DAP, ia datang dari DAP.

Wong: Bukan dari Chong (Chieng Jen)?

Kho: Tidak, dari DAP dan mungkin juga dari (Datuk Seri) Anwar.

Wong: Maksud awak Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Kho: Ya.

Pada 29 Mei lalu, plaintif mengemukakan petisyen pilihan raya di Mahkamah Sesyen sama bagi membatalkan kemenangan Chong yang juga Setiausaha DAP Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan atas dakwaan dia menggunakan manifesto, risalah, poster dan bahan kempen tidak mengikut peraturan SPR.

Kho diwakili peguam Datuk Mohd Shafie Abdullah.

-----------------------------------------------------------
Kata Rakyat : DAP pun main politik wang.. sebagaimana kata pepatah "paku dulang paku serpih kata orang dia yang lebih"..

Kongsi Link Anda