Popular Today

Khamis, Mac 19, 2009

Pengumuman aset Kerajaan PKR Selangor hanya ditertawakan - malaysiakini

10 Komen!!!
The Selangor government's move in declaring assets of its cabinet members is 'laughable' and of no help in maintaining integrity of public officials

It was seen as a bold step by the Selangor government in declaring assets of its menteri besar and ten exco members. Instead, the move received brickbats with claims that details revealed are superficial and defeat the purpose of monitoring the integrity of public officials.

Nik Aziz bidas Hj Hadi

11 Komen!!!
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran Pas-Barisan Nasional (BN) sebagai tidak menghormati keputusan parti.

Musryidul Am Pas itu berkata, parti telah membuat keputusan pada Muktamar Pas yang dibuat Ogos tahun lalu di Ipoh, Perak.

“Saya rasa cadangan itu lebih berbentuk peribadi. Keputusan telah dibuat pada Muktamar Pas di Ipoh. Kalau nak sebut benda lain yang berlainan dengan keputusan muktamar kena buat mesyuarat luar biasa (EGM).

“Saya tidak suka satu keputusan yang dibuat dalam muktamar tetapi kita sebut benda lain. Itu saya tidak suka.

“Kalau tentu nak buat benda lain selain daripada keputusan muktamar biar tentu. Biar ada perbahasan, biar ada dialog dan masukkan dalam mesyuarat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darul-naim, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, keputusan pada muktamar lepas telah dibuat yang mana Pas akan bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

“Kalau nak bertemu dengan UMNO, bertemu dalam perkara lain bukan dengan perkara bentuk kerajaan. Itu keputusan kita.

“Kalau nak buat benda baru tak boleh nak sebut, tak boleh buat dengan cara sambil lalu sambil dan kena ikut keputusan mesyuarat. Kepu-tusan muktamar mesti dijalankan,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keputusan yang telah diputuskan pada muktamar lepas perlu dijaga.

Nik Aziz berkata, sekiranya ingin membahaskan masalah kerajaan dengan UMNO perlu adakan mesyuarat khusus.

“Jangan buat keputusan lain. Cakap lain, saya tak setuju, saya tetap dengan keputusan muktamar. Barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin.

“Sekiranya ingin membuat keputusan lain satu mesyuarat jawatankuasa pusat perlu diadakan bagi memperhalusi cadangan tersebut,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya kesemua Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bersetuju dengan cadangan Abdul Hadi yang tetap berkeras untuk mewujudkan kerajaan perpaduan beliau terpaksa akur.

Katanya, cadangan itu bukan sahaja tidak membawa kebaikan malah bertentangan dengan dasar parti.

Kongsi Link Anda