Rabu, Oktober 27, 2010

Patutpun Pembangkang benci Muhyidin

2 Komen!!!
Siapa yang tak kenal TS Muhyidin, TPM dan Timbalan Presiden UMNO.. seorang yang suka berterus terang.. apatah lagi TS Muhyidin anak seorang Kiyai yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang bagus..

Sikap Muhyidin yang responsif sebenarnya memberi tekanan kepada pembangkang.. selain bakat dan personaliti peribadi Muhyidin yang pembangkang tidak boleh dimainkan..

Sebagai Timbalan Preisden UMNO, Nampak kali ini berbeza sikit... Muhyidin sangat suka respon kepada isu yang dimainkan..

Terbaru.. Muhyidin respon tentang isu tanah yang gagal diuruskan kerajaan PAS Kelantan..
"Nampaknya waktu berkempen ini, PAS tidak memfokuskan pada masalah besar yang dihadapi oleh rakyat tempatan, sepatutnya isu itu (masalah tanah) dijelaskan. Tapi kalau dia tak dapat jelaskan, bermakna terbukti bahawa masalah rakyat tidak diberikan perhatian,"

"Ya isu (tanah) ini besar, saya ingin jelaskan bahawa masalah ini ialah masalah (kerajaan) negeri, kita nak jelaskan masalah urusan-urusan tanah seperti pengambilan tanah tanpa membayar pampasan, ladang rakyat ataupun pencerobohan dengan berleluasa adalah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Saya harap pengundi faham bahawa masalah ini harus ditangani diperingkat negeri," katanya.
Patutpun Pembangkang benci sangat pada Muhyidin.. isu-isu yang dibangkitkan sangat menusuk kalbu pembangkang...

Isu tanah kepada orang Asli serta kepada penduduk Cina banyak yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Kelantan.. isu tanah yang tertunggak telah berpuluh tahun... namun masih gagal diselesaikan oleh PAS kelantan..

Rasanya pengundi Galas wajar memberi peluang untuk BN mewakili DUN Galas kerana walaupun dengan ADUN PAS dahulu kerajaan negeri masih gagal menyelesaikan masalah rakyat...

Keropok cap bulan untuk pancing undi orang Asli

0 Komen!!!
Setelah kematian bekas Adun Galas,Tuan Ibrahim Tuan Man telah berjanji untuk mengambil orang asli menjadi calon PAS di Galas.

Ketika itu kempen secara sederhana dari rumah ke rumah orang asli begitu giat dijalankan kononnya kesediaan PAS untuk mengambil orang asli menjadi calon mereka.

Namun seperti biasa ,bagaikan semudah makan kacang,pembohongan dan manipulasi menjadi kebiasaan buat khawarij yang punyai ciri ciri munafik untuk mungkir dan membelakangkan semangat orang asli di sekitar Gua Musang apabila mencalonkan Dr Zulkifli sebagai calon mereka.


Pisau berkesempatan ke Lojing bertemu dengan seorang tua dalam lingkungan 60an ,sambil berbual katanya 'kita ini siapa untuk PAS ambil jadi wakil politik,orang tok guru beri keropok ikan dan biskut untuk kami sokong,janji macam macam tapi orang lain yang jadi calon' getus Andak Aji sambil mencemik muka.

Inilah khawarij PAS,Galas menyaksikan perang keropok bermodalkan gambar menteri besar dan presiden parti untuk dijadikan modal menagih undi.

Melalui tinjauan terbaru berdasarkan maklumat sokongan pengundi orang asli terhadap PAS merudum secara mendadak apabila beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan ditambah dengan janji untuk menjadikan orang asli menjadi calon tidak tertunai.


Sentimen yang masih marahkan PAS masih kuat di Hau,Lojing,Balar,Bihau dan Sungai Ber dan Belatim sudah ada ura ura mereka tidak akan memberi undi kepada PAS kerana sejarah turut membuktikan bahawa khawarij PAS pernah merobohkan gereja orang asli dan merampas tanah oleh kerajaan negeri.


Menurut sumber Pisau sokongan orang asli terhadap BN meningkat lebih 15% berdasarkan undi 2008. Berdasarkan fakta tersebut ini menjadi indikator bahawa sebenarnya orang asli benar benar memberi sokongan kepada BN dan Ku Li.


Pisau kata " agak agak la kalau nak bagi keropok pun,semua dah expired,kesian Andak Aji"


Sumber : Pisau

Pasir lesap wang hilang?

0 Komen!!!


Rakyat Malaysia digembar gemburkan dengan isu perlombongan pasir Selangor yang mengakibatkan selangor hilang berjuta-juta ringgit. Namun akibat kelicikan kerajaan PKR Selangor, akhirnya isu pasir ini senyap dan tiada pihak didapati bersalah...

Namun laporan Laporan Audit 2009 baru-baru ini menunjukkan ada yang tidak kena dalam kes perlombongan pasir di selangor [klik sini]

Laporan Audit menyebut.. Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat hanya mampu mengumpul RM5.4 juta antara Julai 2008 dan Disember 2009 - jumlah yang dianggap tidak memberangsangkan jika dibandingkan dengan RM8.53 juta yang dikutip daripada Januari 2007 hingga Jun 2008 oleh BN.

“Sasaran RM10 juta tidak dipenuhi, dan mereka hanya mampu mengutip royalti RM4.62 juta,” petik laporan itu.

Kerajaan PKR mendakwa perlombongan pasir di negeri tersebut lebih telus dan terbuka khasnya dalam pemberian kepada kontraktor pasir...

Persoalannya ialah pasir habis dilombong tetapi duit itu ke mana? Nampaknya duit tidak masuk dalam poket kerajaan negeri.. ini bermakna duit masuk ke dalam poket pemimpin Pakatan Rakyat.. hasil bumi rakyat diperkosa oleh kepimpinan Pakatan dan kroninya...

Akhirnya rakyat Selangor hanya makan pasir ulam asap... penasihat ekonomi Selangor yang semakin gemok.. pergi keluar negara sana dan sini... tapi satu pun pelaburan tidak dibawa masuk ke Selangor...

Apa status dr Zul sebenarnya?

0 Komen!!!


Zainab Jalar: Isteri, kekasih, atau ...

"Pihak media juga kebingungan dengan status perkahwinan Dr. Zulkefli kerana menurut mereka yang hadir sewaktu pengumuman nama calon PAS minggu lepas, Dr. Zulkefli dikatakan sebagai seorang bujang. Tetapi di dalam sidang media menafikan beliau pernah ditangkap basah, Dr. Zulkefli dikatakan menyebut nama seorang perempuan sebagai isterinya." - Sumber Blog Kickdefella

Inilah yang menjadi tanda tanya kesemua pihak. Agaknya pihak penyokong PAS sendiri keliru dengan status ini. Jika benar calon PAS, Dr. Zulkefli masih bujang, maka beliau mesti dirujuk semula ke mahkamah syariah atas tuduhan Khalwat beliau bersama insan yang dikatakan isterinya, Zainab Jalar.

Harap pihak PAS terutamanya Dr. Zul dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini agar masyarakat tidak memandang serong terhadap anda.
Bukannya hendak mempertikai status anda. Sekadar merujuk blog Kickdefella, sebuah blog kebanggaan PAS suatu ketika dahulu.

Sumber : Kijang Jantan

Paul tak sempat ramal keputusan PRK Batu Sapi dan Galas

1 Komen!!!

Nampaknya hasrat penganalisis politik tidak bertauliah di Malaysia termasulah kaki-kaki judi tidak dapat menggunakan khidmat Paul untuk meramal kemenangan parti politik yang bertanding PRK Galas dan Batu Sapi.

Kalau tidak sudah tentu kelibat Paul akan digunakan untuk meramalkan keputusan PRK tersebut.. menurut berita, Paul, sotong yang menjadi terkenal pada kejohanan Piala Dunia kerana keupayaannya menilik keputusan perlawanan pasukan kebangsaan Jerman sepanjang kejohanan itu, mati di rumahnya semalam di Oberhausen pada usia dua tahun.

Paul tak de dah.. tapi mungkin kaki judi boleh cari 'sotong' lain yang aww aww...

Baca seterusnya di sini..

Kongsi Link Anda