Popular Today

Selasa, Ogos 12, 2008

PKR gagal pertahan hak istimewa orang Melayu.

0 Komen!!!
Sekali lagi PKR menggadai maruah Melayu.

Sebelum ini Kerajaan Selangor membenarkan pusat Ibadah bukan Islam boleh dibina sebesar mana pun. Taraf rumah ibadat orang Islam disama tarafkan dengan rumah ibadat bukan Islam.

Kali ini Pemimpin No.1 negeri Selangor ini mencadangkan agar kouta untuk bukan Melayu dibuka sebanyak 10%. Alasannya adalah untuk meningkatkan daya saing. Hakikatnya UITM telah berjaya melahirkan ramai anak Melayu yang berjaya dan mampu bersaing. Ini di iktiraf oleh sektor pekerjaan kerajaan mahupun swasta kerana kemampuan pelajar lepasan UITM untuk bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Hakikatnya orang Melayu semakin tersepit jika bersam PKR, peluang untuk mendapat peluang pendidikan di IPT semakin berkurang khasnya Universiti Teknologi Mara jika cadangan ini dilaksanakan.

Adakah orang Melayu masih mahu menerima parti yang akan menghancurkan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Sekarang ini pula Pemimpin No.1 mereka, DSAI sedia untuk menjadi calon Permatang Pauh... dalam perjalanan menjadi Perdana Menteri sebagai mana dakwaan beliau..

Jika inilah tindakan PKR dalam isu hak orang Melayu.. pasti Hak orang Melayu tidak akan dipertahankan... bahkan akan dijual satu persatu kepada pihak lain...




Kongsi Link Anda