
Ucapan  Penuh YB Bayan Baru di Parlimen pada 18 Mac 2010
Dato Yang Di  Pertua,
Semalam saya telah mendedahkan suatu kebenaran yang  terpendam begitu lama. Memang berhadapan dengan kebenaran itu sesuatu  yang menyakitkan, 'the truth hurts'. Sebab itulah kita dapat melihat  reaksi yang bagaikan chimpanzee didalam sarkis semalam. kerana kebenaran  itu menusuk kalbu mereka.
Nasihat saya kepada mereka, terimalah  kebenaran dengan hati terbuka. kalau saudara memilih untuk terus hidup  dibawah sindrom penafian 'denial syndrome' itu adalah ahak saudara. Tapi  suatu ingatan daripada saya, kalau saudara memilih untuk hidup dibawah  sindrom penafian kepada konspirasi pembohongan ini, kebenaran itu akan  datang menghantui saudara dan menjadi suatu mimpingeri buat saudara  kemudian hari nanti.
Sebenarnya saya memilih untuk membuat  pendededahan ini kerana mereka memilih untuk memalukan dan mengaibkan  saya serta keluarga. 'They hit below the belt' Mereka memilih untuk  memfitnah dan membawa cerita palsu dengan niat untuk membunuh karektor  dan peribadi saya. Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali meneruskan  fitnah dengan membuat kenyataan dua hari lepas bahawa proses pembersihan  telah selesai dan PKR kini sebuah Parti yang bersih dari daki dan  najis.
Saya ingin menegaskan bahawa memang Tuhan telah melakukan  proses pembersihan didalam PKR. memang kami yang bersih dan suci sudah  dikeluarkan daripada PKR, yang tinggal didalam PKR sekarang hanyalah  mereka yang berdaki dan najis sahaja. saya nasihatkan Syed Husin supaya  membaca buku SHIT tulisan sasterawan negara Professor Emeritus Dato  Shahnon Ahmad. Memetik kata-kata Dato Shahnon Ahmad, apa yang tinggal  didalam PKR hari ini hanyalah SHIT sahaja. Dan Hari ini, di dewan yang  mulia ini, saya ingin mendedahkan SHIT tersebut supaya rakyat tahu dan  tidak terus terpedaya dengan mainan politik silap mata PKR ini.
Pada  12 Februari 2010, saya terpaksa mengambil langkah berani berhijrah  daripada PKR menjadi Ahli Parlimen Bebas tanpa ikatan kepada mana-mana  Parti. asas kepada penghijrahan ini adalah kerana keyakinan saya kepada  perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat sudah diselubungi keraguan.
Keraguan  saya adalah berdasarkan kepada landasan perjuangan Paktan Rakyat yang  berteraskan reformasi dan pengubahan sudah menjadi agenda peribadi. ini  terbukti apabila pembohongan dan putar belit agenda 16 September  terbongkar, agenda merampas Putrajaya 'at all cost' keghairahan mereka  terhegeh-hegeh menghantar deligasi sandiwara dianggotai oleh YB Batu, YB  Bukit Lanjan, YB Machang dan lain-lain ke taiwan membontoti Ahli  Parlimen Barisan Nasional demi melaksanakan agenda sempit mereka.
Saya  masih teringat pada masa itu kami Ahli parlimen pakatan Rakyat  diperkudakan, diperalatkan dan dipermainkan. Kami dibohongi kononnya  jumlah Ahli Parlimen BN yang akan melompat sudah lebih daripada  mencukupi. saya masih ingat anrata nama-nama yang disebut adalah seperti  YB Kalabakan, YB Kimanis, YB Kinabatangan, YB Tawau, YB Sepanggar, YB  Batu Pahat termasuk YB Jerantut dan YB Gua Musang dan lain-lain. Malahan  salah seorang Timbalan Speaker dikatakan akan sama melompat ke PKR.
yang  Di Pertuan Agong dikatakan sedang menunggu di Istana untuk mendapat  pengesahan jumlah MP BN yang akan melompat dan memberi perkenan Tuanku  untuk PR membentuk Kerajaan Persekutuan. Malahan yang Di Pertuan Agong  dikatakan sudah berkenan dan merestui YB Permatang Pauh sebagai PM ke 6.  Malahan nombor plate kereta pun sudah ditukar menjadi WMK 6! kami  disogok cerita kononnya Panglima ATM dan ATM juga memberikan sokongan  pembentukan Kerajaan Peesekutuan oleh PR.
Pada masa itu, kami  Ahli-Ahli Parlimen PR khususnya PKR pada masa itu diarah berada didalam  kawasan Parlimen untuk mengambil alih kuasa tersebut yang dikatakan akan  berlaku bila-bila masa. kami dibohongi kononnya salah seorang Timbalan  Speaker akan mempengerusikan usul undi tidak percaya yang akan  dikemukakan terhadap Kerajaan Persekutuan dan menyokong PR mengambil  alih Kerajaan Persekutuan. Begitulah sandiwara pembohongan 16 September  yang menyebabkan akhirnya keraguan mengatasi keyakinan saya terhadapa  perjuangan PKR, 'doubt has overtaken my faith'.
keyakinan saya  terhadap perjuangan PR hancur berkecai apabila melihat amalan politik  sempit yang ditunjukkan oleh kepimpinan YB Bagan, merangkap Ketua  Menteri Pulau Pinang. YB Bagan ini adalah pemimpin DAP yang sama yang  dihambat dan ditendang keluar oleh DAP Melaka. ( YB Kota Melaka tentu  tahu kisah ini ). sehingga terpaksa merempat ke negeri lain, iaitu Pulau  Pinang. makin hari makin terserlah sikap diktatorial, chauvinis,  ekstremis, anti islam dan berfikiran ala komunis beliau. dahulu  slogannya ' malaysian Malaysia tetapi apabila slogan itu menjadi  propaganda bankrap yang ditolak rakyat, slogan baru Middle malaysia pula  dikompangkan. Slogan bertukar kulit, agenda jahatnya tetap sama!
Slogan  baru ini jelas membuktikan agenda perkauman sempit yang dibawa oleh YB  Bagan. Nasib bangsa Melayu dan umat Islam terpinggir dan semakin  teraniaya. bukan sahaja golongan bawahan dan marhaen teraniaya, malahan  institusi Islam juga dipermainkan. Bukan sahaja institusi seperti Pusat  Zakat menjadi mangsa politik chauvinis mereka, malahan cubaan  membatalkan sambutan perarakan maulidurasul membuktikan sikap anti Islam  yang menebal dibawah kepimpinan YB Bagan.
namun YB Bagan bukan  sahaja gagal menjawab teguran dan kritikan saya, sebaliknya memilih  untuk melemparkan fitnah dan tomahan yang jahat terhadap saya dan ahli  keluarga, kononnya terlibat didalam tender Kelab Golf Bukit Jambul  melalui syarikat bermodal RM2 yang anak saya kononnya mempunyai  kepentingan. Saya telah pun mengarahkan peguam saya supaya mengambil  tindakan undang-undang terhadap dia.
dan yang paling malang,  tindak tanduk diktatorial, chauvivis, ekstremis, anti Islam dan ala  komunis YB Bagan mendapat sokongan daripada YB Permatang Pauh, seorang  pemimpin Melayu yang kononnya menjadi juara Islam, Juara Keadilan dan  juara segala juara.
Dan sikap YB Permatang Pauh ini telah  mengembalikan ingatan saya kepada lipatan sejarah yang lalu. Kini saya  menyedari bahawa kita, rakyat dan negara ini berdepan dengan manusia  yang bertopeng pelbagai watak raksaksa pelbagai wajah. Ini juga watak  yang sama yang menyokong pemecatan mantan ketua Hakim Negara, Tun Saleh  Abas pada tahun 1988 yang membawa kepada kehancuran badan kehakiman. Dan  inilah badan kehakiman yang mempertikaikan kewibawaannya oleh YB  Permatang Pauh hari ini. Alngkah Ironisnya, bagaimana roda keadilan  berputar, dahulu beliau bertindak menzalimi badan kehakiman, kini beliau  pula mendendangkan lagu dizalimi oleh institusi yang beliau zalimi.
Kita  tidak lupa inilah juga wataknya yang membiarkan Almarhum Datuk Mufti  Selangor Dato Ishak baharom dipecat, dan hari ini mendabik dada kononnya  dia mahu memperkasa Institusi Islam. dan jangan lah kita lupa inilah  orangnya yang semasa berkuasa dahulu menggelar sahibul fadilah Tok Guru  Nik Aziz, Murshidul Am PAS sebagai ulama terompah!
Inilah  orangnya yang menjadi Hang Tuah membinasakan Institusi Raja-Raja Melayu  apabila kekebalan Raja-Raja Melayu berbangkit tahun 1980an. Dan hari ini  kononnya mahu mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.
Sejarah  tidak berbohong, dan sejarah akan membuktikan bahawa kita sedang  berdepan dengan seorang manusia yang sanggup berbuat apa sahaja untuk  mencapai matlamatnya. Political expediency at all cost. Putrajaya sudah  menjadi seperti milik mutlaknya, tetapi saya yakin Putrajaya akan  berubah menjadi mimpi ngeri beliau.
saya cukup yakin keputusan  saya meninggalkan PKR dan berhijrah adalah tepat dan benar. Saya tidak  mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam keadaan  ini. saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai  sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara,  bangsa dan agama saya.
Dato Yang DiPertua, Yang Di Pertuan Agong  dalam titah ucapan baginda melahirkan kedukacitaan tentang perbuatan  fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru  termasuk media portal.
saya menyokong penuh titah Tuanku ini dan  ingin menegaskan bahawa titah Tuanku itu sebenarnya ada kaitan dengan  sikap political expediency at all cost ini yang tidak terhenti kepada  politikus-politikus bertopeng ini, malahan menular ke mouthpiece mereka  iaitu media portal MalaysiaKini. Saya menyaksikan sendiri bagaimana  perbuatan politik bertopeng pelbagai wajah ini memperkudakan media  portal untuk agenda jahat mereka.
baru-baru ini saya telah  terpilih mengikuti rombongan lawatan kerja deligasi Parlimen Malaysia ke  Washington DC untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia - Amerika  termasuk menambah baik hubungan dagangan Malaysia-Amerika. Ini termasuk  lawatan ke Kongres, Senat dan US Trade Representative dan menghadiri  forum tertutup yang dianjurkan oleh CSIS ( Centre For Strategic &  International Studies ) Amerika Syarikat.
Saya sangat terkejut  apabila penganjur daripada CSIS memaklumkan kepada kami bahawa ada  menerima panggilan dari seorang pembantu khas YB Permatang Pauh bernama  Aasil kazi Ahmad yang meminta pihak penganjur CSIS membatalkan forum  tersebut. Ini adalah kerana selama ini YB Permatang Pauh telah  memonopoli sebarang pertemuan dengan pihak Amerika dan menentukan apa  jenis maklumat yang boleh disampaikan kepada pihak pentadbiran Amerika.  Namun senario ini berubah dengan usaha gigih YB Rompin merangkap Duta  Besar yang baru Ke Amerika dan YB padang Rengas Menteri di JPM. Usaha  ini telah berjaya memecahkan topeng politik mereka.
Dato Yang  DiPertua, setahu saya Aasil ini adalah salah seorang pembantu khas YB  Permatang Pauh yang bekerja di Pejabat Ketua Umum PKR di Ibu Pejabat  PKR. Beliau juga adalah salah seorang 'spin doctor' bagi mereka  khususnya bagi perhubungan luar dan antarabangsa mereka. Saya mendesak  KDN untuk menyiasat watak bernama Aasil ini. Apakah dia mempunyai permit  bekerja dalam negara ini, dan sama ada beliau sebenarnya antara  dalang-dalang antarabangsa yang memainkan peranan menggugat kestabilan  negara. Saya mengesaki Aasil adalah warga Amerika keturunan Pakistan,  seorang warganegara asing yang pada saya adalah pengkhianat bagi negara  ini. bagi saya. Malaysia tidak memerlukan pengkhianat asing seperti ini.  Saya mendesak supaya KDN mengambil tindakan tegas dengan menghalau  watak pengkhianat seperti ini.
selanjutnya semasa forum tertutup  tersebut, hanya wakil media dari MalaysiaKini yang datang dari san  Francisco dibenarkan oleh penganjur hadir membuat liputan. Apa yang  mengejutkan saya, laporan awal mengenai forum tersebut tidak pula  dilaporkan dalam MalaysiaKini, sebaliknya muncul dilaman portal kononnya  dimiliki oleh Raja Petra, seorang fugitive yang bankrap yang kini  didalam pelarian. Ini adalah laman web yang sering dipergunakan oleh  pimpinan PR untuk melempar fitnah terhadap sesiapa yang menjadi sasaran  mereka, terutamanya yang tidak sehaluan dan tidak menyokong mereka  secara membabi buta. Ternyata laporan awal wakil MalaysiaKini disalurkan  kepada Raja Petra untuk dicanaikan dahulu!
Dan laporan mengenai  forum berkenaan, yang disiar dilaman portal milik Raja Petra tersebut  sarat dengan fitnah, pembohongan dan putarbelit fakta.
Sehari dua  selepas itu, lamanweb malaysiaKini pula menyiarkan laporan mengenai  forum tersebut dengan memetik daripada laman web milik Raja Petra  tersebut, tetapi tanpa fitnah, pembohongan dan putarbelit fakta.
Ini  jelas membuktikan MalaysiaKini dan Raja Petra bersekongkol 'hand in  glove' dengan pemimpin PR untuk melakukan putarbelit laporan dan  character assassination terhadap sesiapa juga yang menjadi batu  openghalang kepada impian mereka merampas Putrajaya at all cost.
saya  yakin dengan teguran Tuanku tepat pada masanya, dan saya menyokong  penuh. saya mendesak Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa untuk  melakukan siasatan menyeluruh dan mendalam terhadap kedua-dua laman  portal MalaysiaKini dan Raja Petra, terutamanya samaada mereka menerima  pembiayaan kewangan daripada politikus-politikus bertopeng ini.
saya  ingin mendedahkan bahawa sebenarnya Raja Petra ini hanyalah barua  politikus-politikus bertopeng ini. Beliau ini hanyalah bertindak sebagai  ghost writer, penulis berhantu sahaja. Penulis hantu sebenarnya adalah  mereka yang menjadi mercenary writer- penulis-penulis upahan yang  dibayar oleh mereka. Dan saya tahu Raja Petra kini dilindungi disebuah  kediaman mewah di London milik pemimpin kanan PKR. InsyaAllah tiba masa  yang sesuai saya akan dedahkan siapa dalang yang membiayai  penulis-penulis hantu ini.
Saya ingin menyatakan bahawa saya  kenal pasti salah seorang penulis MalaysiaKini iaitu Terence Netto  adalah penulis upahan mereka yang menjadi spin doctor kepada politikus  bertopeng ini. Ini adalah golongan yang mengamal politik jijik dan  kotor, dasar matlamat menghalalkan cara yang akan menyebabkan pengasas  fahaman 'Machiavelli' boleh mati terkedu. Ini kerana Machiavelli merumus  dasar matlamat menghalalkan cara untuk kepentingan dan kebajikan  rakyat. Sebaliknya para politikus bertopeng ini menyalahgunakan dasar  tersebut untuk mencapai agenda sempit kepentingan manfaat peribadi  mereka.
Dato Yang Di Pertua, saya menjemput Dato dan mereka yang  berminat untuk membaca semua tulisan Terence Netto ini dan membuat  penilaian sendiri. tetapi saya yakin tiada rumusan lain yang akan dapat  dibuat melainkan bahawa Malaysiakini, Raja petra, terence Netto adalah  barua-barua dan penulis hantu kepada politikus-politikus bertopeng ini.
saya  mendesak supaya Suruhanjaya Multimedia dan SPRM untuk menyiasat penulis  upahan Terence Netto dan dalang-dalang dibelakang beliau. Negara ini  tidak memerlukan manusia bertopeng seperti ini.
Dato Yang Di  Pertua, teguran YDP Agong hendaklah diambil dengan serius. saya  mengingatkan diri saya dan rakyat negara ini bahawa jika tiada sebarang  tindakan serius diambil terhadap mereka ini, percayalah bahawa budaya  fitnah memfitnah akan tumbuh subur dan mekar dalam negara tercinta ini.  dan janganlah kita menyesali kelak apabila budaya ini menjadi lumrah  dalam masyarakat kita. Sekiranya budaya ini berterusa, saya yakin itulah  petanda kepada kehancuran tamadun dan peradaban negara Malaysia yang  tercinta ini.
Dato Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan ini  menegur pimpinan Kerajaan BN. Saya melihat keupayaan pimpinan PR  menjalankan kegiatan memburukkan dan menghasut negara asing supaya  membenci negara kita adalah kerana kelemahan dan kegagalan kerajaan  untuk menangani masaalah tersebut dengan serius dan terancang.
Contohnya,  saya melihat perwakilan Malaysia diluar negara seperti Duta dan  Diplomat gagal menjalankan peranan untuk membuat program penerangan yang  jelas dan berkesan. Ada yang mengambil sikap tugasan mereka sekadar  satu kerja mencari makan. habis waktu pejabat habislah tugas mereka.  Saya percaya ramai para duta dan diplomat yang agak profesional dan  pakar dalam tugasan mereka. Namun begitu kekadang mereka 'overlook'  kepentingan politik dan impak sesuatu isu kepada negara.
Jadi  saya mencadangkan kepada Kerajaan supaya menilai semula strategi dan  kaedah lantikan para duta dan perwakilan Malaysia ke luar negara.  Terutamanya ke negara-negara kritikal seperti Britain, Australia, Turki,  Indonesia, India dan negara Timur tengah. saya mencadangkan agar  kerajaan melantik ahli politik berpengalaman sebagai Duta malaysia ke  negara-negara kritikal ini. saya melihat bagaimana keputusan melantik YB  Rompin sebagai Duta Besar Malaysia Ke Amerika Syarikat membawa kesan  yang positif dalam menangani masaalah ini.
Saya tidak bermaksud  untuk memperkecilkan para Diplomat kita. Saya sedar dan insaf ramai  dikalangan mereka telah berjaya mengukir nama sebagai Diplomat yang  hebat dan profesional. Nama seperti Tan Sri Razali Ismail adalah contoh  yang pernah mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa. Namun saya  berpendapat bahawa di negara-negara kritikal ini, seorang Duta yang  mempunyai pendedahan dinamik dunia politik tempatan khususnya akan dapat  memainkan peranan lebih efektif.
Akhirnya YB Tan Sri Speaker,  saya mengalu-alukan titah diraja YB TS Speaker, saya mengalu-alukan  titah diraja Yang Di Pertuan Agong yang pada saya memberi suatu garis  panduan dan halatuju yang positif untuk dijadikan sebagai wadah untuk  kerajaan melaksanakan dasarnya demi kebaikan dan kebajikan rakyat dan  negara ini.
Sekian, Terima Kasih
Saya pohon menyokong.