Selasa, April 27, 2010

Belum lagi berkuasa, PAS sudah pertikai kuasa Sultan!!!

10 Komen!!!

Gila kuasa, biadap dan kurang ajar.. itu;ah perkataan paling sesuai untuk diberikan kepada seorang ADUN PAS yang mempertikaikan kuasa Sultan.

Perbuatan itu dapat dilihat apabila Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu [baca sini]:

# Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?

# Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?

Namun ditarik balik kemuddian oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail dan mengakui beliau mungkin terlepas pandang selepas menerima bantahan pembangkang.

Banyak persoalan yang timbul dengan kejadian ini.. pertama sekali ialah mengenai pihak kerajaan Negeri Kedah..

Soalan pertama.. Pemimpin negeri Kedah makan gaji buta ke? speaker terlepas pandang.. apatah lagi MB Kedah lagi jenis sengal yang tak ambil kisah langsung.. cuma tunggu duit gaji MB bulanan semata-mata.

Soalan Kedua.. Bagaimana soalan seperti ini boleh timbul dari seorang ADUn yang menunjukkan kedangkalan otak mereka terhadap perlembagaan dan sejarah Negeri.. inilah akibat terlalu banyak baca haprakah, Malaysiakini dan MalaysianInsider yang merosak urat kepada otak mereka... sehingga menjadi bengong.. macam terminum 'holy water'..

Beberapa hari sebelum ini, Tok Guru Am mereka pertikaikan kuasa Sultan Selangor yang melarang politik di masjid...

Jadi betullah kata pepatah Melayu.. Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari... atau pun lari-lari anak..Bila kepimpinan sendiri tidak menunjukkan atuladan baik.. bagaimana anak buah nak ikut tauladan..

Ini berlaku sebelum mereka dapat kuasa untuk memerintah negara lagi...

Jika mereka memrintah negara, Sultan akan lingkup, Melayu akan lingkup dan islam Pun akan lingkup!!!

Kongsi Link Anda