Popular Today

Khamis, Julai 17, 2008

Enggan @ takut beri sampel DNA

0 Komen!!!
Oleh : Citra Adora

Berani kerana benar, takut kerana salah!

Apa sudah jadi?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana khuatir ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa.

Kononnya bimbang DNA beliau akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkannya pada 1998 juga terlibat dalam siasatan tuduhan liwat pada kali ini bersama bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keengganan beliau untuk memberikan sampel DNA secara sukarela ini dilihat akan lebih menampakkan bahawa beliau takut dan risau jika rahsianya akan terbongkar. Biasa kita dengar bahawa orang yang bersalah sahaja akan berasa takut jika hendak disoal selidik. Sepatutnya DSAI memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis dan hospital berhubung perkara ini bagi membersihkan namanya dan jangan sesekali meragui ketelusan serta kepakaran badan undang-undang ini.

Diharap pihak berkuasa akan melaksanakan tanggungjawab siasatan dengan seadil-adilnya agar kebenaran dapat dibuktikan dan semua pihak akan berpuas hati.

Isu ' liwat' memberi keterangan polis, kenapa Anwar perlu bertangguh?

1 Komen!!!
Dari tempoh yang diberikan pada hari Isnin yang lalu (14 Julai 2008)Anwar telah menangguhkan kepada 16 Julai 2008 untuk memberikan keterangan kes liwat beliau kepada pihak Polis.

Jam 2.00 petang 16 Julai 2008 yang diberikan oleh pihak polis kepada Anwar, namun sehingga jam selewat 1.00 petang namun Anwar masih belum memberikan keterangan kepada pihak polis!

Kenapa Anwar perlu bertangguh sehingga lewat untuk memberikan kenyataan. Bukan kah mudah jika keterangan diberikan awal?

Namun persoalan ini akan memberikan kita jawapan.. bahawa Anwar memang mencari seribu satu alasan..

Iaitu untuk menyalahkan pihak lain..

Jalan mudah yang diberikan oleh pihak polis tidak digunakan oleh Anwar.. dan dengan sengaja menggunakan jalan sukar iaitu memaksa pihak polis menahannya.. bagi membangkitkan isu tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap layanan polis terhadap Anwar.

Agaknya apa keistimewaan Anwar berbanding tokoh seperti Tun Mahathir dalam memberikan kenyataan kepada Suruhajaya DiRaja ketika kes Video Klip Lingam, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail dalam isu penyelewengan fakta yang dibuat oleh Anwar Ibrahim.

Semuanya mengikut arahan polis dan dengan mudah memberi kerjasama.

Rakyat kini semakin mengenali Anwar, kelicikannya 'Israelnya dan CIA nya' memang tidak dipertikaikan lagi..

Drama dan filem Hollywood sering ditonjolkan dalam setiap tindak tanduk dan lakonan Anwar...

Semuanya dengan seribu satu alasan....

Akhir sekali tujuannya ialah menjatuhkan kredibiliti kerajaan..

Rakyat kini telah mengetahui dan dapat menjangkakan tindakan demi tindakan Anwar Ibrahim, seperti keengganan beliau memberi contoh DNA nya dengan alasan DNA nya akan dimanupulasi oleh pihak kerajaan..

Kesimpulannya kini, rakyat telah dapat menjangkakan tindak tanduk dan lakonan Anwar Ibrahim.....

Jawapan kepada penangguhan DSAI untuk memberi keterangan kes liwat ialah untuk mencipta episod lakonan drama hollywood yang berterusan...

Nantikan Episod Anwar Ibrahim 'Liwat' yang seterusnya!...

Kongsi Link Anda