Popular Today

Isnin, Oktober 20, 2014

Jakim akan panggil penganjur kempen sentuh anjing

3 Komen!!!
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PENGANJURAN KEMPEN “I WANT TO TOUCH A DOG”
________________________________________

Pertama sekali Jakim ingin membuat teguran kepada pihak penganjur yang telah mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hal ini sekaligus telah menimbulkan keresahan awam khasnya dikalangan umat Islam kerana secara jelas telah menyanggah pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia. Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam.
Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Justeru, tindakan pihak penganjur adalah dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

Suka Jakim tegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru, peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab Syafie.
Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Malah anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ehsan dan dijaga kebajikannya.

Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan. Jakim telah mengulas lanjut isu berhubung kedudukan anjing dalam Islam serta hukum berkaitannya melalui portal fatwa Jakim di www.e-fatwa.gov.m
y.

Kedua, Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.

Dalam perkara ini, Jakim bercadang untuk memanggil pihak penganjur bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya Yang Menurut Perintah
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
20 Oktober 2014

TMJ TAMAT ZAMAN BUJANG JUMAAT INI

0 Komen!!!




OHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini apabila melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat pertunangan dan pernikahan baginda dengan wanita pilihannya itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari itu.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan tujuh barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak keluarga perempuan pula akan membalasnya dengan sembilan barangan," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, Isnin.

Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.

Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu.

Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu, menurut Abdul Rahim.

Katanya, istiadat merisik telah pun berlangsung pada 27 Sept lepas dengan rombongan diraja diketuai Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor itu juga mengumumkan istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan.

Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara.

Antara tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.

Menurut Abdul Rahim tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.

Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia.

Baginda mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.

Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Dis 2004, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan.

Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, A.P.J Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Jan 2007.

Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak daripada 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.

Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010. - BERNAMA

Panas! Ada Saksi Pertikai Dan Aksi Romen Kecik Pemimpin Dap..

0 Komen!!!
Skandal skandal pemimpin pakatan tak kurang stimnya.. dari lepas torpedo hantam china doll hinggalah,makan ice cream dalam tandas hinggalah aksi tebar spender.
Yang terbaru tak kurang menarik apabila ada saksi pertikai penafian yang dibuat oleh lelaki cina bernama Zairil yang gambar mirip beliau bersama Dyana Lim.
image
Sebenarnya apa yang Pisau faham apabila melihat foto intim mereka ia tak lebih kepada sesi kaunseling dan indoktrinasi fahaman Dap.
Kita semua faham.. sesi sebegini memerlukan personal touch barulah keyakinan yang tinggi terhadap Dap.
Pisau ambil contoh bagaimana Ostad Badrul pemimpin PKR yang memberi kaunseling jam 3 pagi kepada isteri orang didalam bilik hotel.
image
Semua ini berkait rapat kerja politik pemimpin pembangkang dan kita sebagai rakyat biasa harus faham kerja pemimpin politik pembangkang bukan mudah kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai tekanan.
Justeru kita semua perlu bersangka baik.Kepada Zairil dan Dyana.. lebih baik buat laporan polis dan SKMM 

Kempen Sentuh Anjing : Pemuda PAS panas telinga

0 Komen!!!
Setelah PAS dihentam kerana berdiam diri kempen sentuh anjing.. akhirnya mereka mula bersuara.. itupun terpaksa kerana panas telinga!!


  • Muhammad Khalil Abdul HadiMuhammad Khalil Abdul Hadi
 1 / 1 
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abd Hadi menyindir penganjur kempen sentuh anjing ‘I Want to Touch a Dog’. Katanya, daripada sibuk mengajak umat Islam menyentuh anjing, lebih baik penganjur membuat kempen menyapu kepala anak yatim.

"Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana ALLAH SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap.

"Daripada sibuk berkempen sapu atas belakang anjing, lebih baik juga buat kempen belajar macam mana cara hendak sapu atas khuf sebagai ganti untuk basuh kaki dalam berwuduk," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing ‘I Want to Touch a Dog’ anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Acara tersebut dianjurkan kononnya bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

PAS sepatutnya mentarbiah rakan mereka khasnya daripada PKR dan DAP yang kini dilihat semakin melampau.. jika sebelum ini mereka dikejutkan dengan Pesta Arak terbesar negara Oktoberfest sekarang mereka dikejutkan pula dengan pesta anjing.. selepas ini mereka mungkin akan membuat pesta babi dan sebagainya..


Kempen Sentuh Anjing : Akhirnya Mufti Selangor membuka mulut

2 Komen!!!
MAIS_I-Want-To-Touch-A-DogShah Alam – Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran “I Want To Touch A Dog” di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.
Mufti Selangor itu menegaskan pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.
“Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing, itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri.”” katanya ketika dihubungi.
Tamyes berkata, MBPJ perlu memberi penjelasan membenarkan penganjuran tersebut yang dipersoalkan matlamatnya.
“Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama,” katanya.
Beliau turut mengalu-alukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu menyiasat program itu.
“Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan,” katanya.
Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, penganjur, Syed Azmi Alhabshi mengatakan beliau mendapat kelulusan daripada Mais dan polis untuk menganjurkan program tersebut.
Tambah Tamyes lagi, Islam membenarkan penganutnya memelihara anjing untuk tiga tujuan; sebagai haiwan buruan, binatang terlatih untuk menjaga haiwan ternakan, dan sebagai pengawal keselamatan termasuk membanteras jenayah dadah dan narkotik.
“Tapi program kalau semata-mata berjinak dengan anjing sama seperti pelihara kucing; dipeluk, dicium, saya percaya itu bukan matlamat pelihara anjing dalam Islam,” katanya.
Tamyes berkata, matlamat penganjur juga dipersoalkan apabila anjing yang dibawa ke program itu kebanyakannya terdiri daripada baka jinak, dan bukannya yang garang untuk tiga tujuan berkenaan.
Walaupun penganjur menunjukkan cara membersihkan diri (samak) daripada terjilat anjing, tetapi penganut Islam juga perlu memahami najis “mughallazah” bukan semata-mata melalui sentuhan.
“Kalau matlamat mengatakan hendak orang ramai pelihara anjing di rumah dan dijadikan teman sekamar, itu bukan tujuannya.
“Malah mana-mana orang yang memelihara anjing maka malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggapnya tidak sepatutnya berlaku.
Beliau yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini mengatakan Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.
“Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
“Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada,” katanya dipetik laporan Bernama.
Namun, dipercayai surat sokongan rasmi kepada penganjur program itu menunjukkan Mais memberi ‘lampu hijau’ pada surat yang bertarikh 9 Oktober 2014 menggunakan cop dan tandatangan Pengerusi Mais, Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, majlis agama itu dalam responnya bertulis “Penganjur ‘IWTTAD’ untuk makluman selamat maju jaya.”

Komen Us Kazim Elias mengenai kempen sentuh anjing

1 Komen!!!


SHAH ALAM - Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.

Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.

"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.

"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim turut mempersoalkan penganjuran kempen tersebut dan kesal segelintir penganut Islam mudah terpedaya tanpa usul periksa.

"Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti....

"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?

"Jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegasnya.

Mengulas lanjut, Mohd Kazim menegaskan hukum memegang anjing sama seperti memegang babi yang telah diharamkan oleh ALLAH kepada orang Islam kerana kedua-dua haiwan itu bersifat 'mughallazah'.

"Mana boleh saja-saja bela, saja-saja hendak pegang. Sebab apa hendak pegang? Isu apa? Hendak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang, lepas itu bela, lepas itu masuk dalam rumah!

"Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pula pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.

"Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tidak buat kempen ke masjid, kempen menerima hudud atau kempen menerima konsep kalimah ALLAH," soalnya lagi.

sumber : Sinar harian

GERAKAN SUSPENDS TAN LAI SOON FOR ‘PENDATANG’ STATEMENT

2 Komen!!!

(The Star) – Gerakan has suspended Johor delegate Tan Lai Soon over his speech that implied that Indians, Chinese and Malays are “pendatang” or immigrants.
The party’s central working committee, after an emergency meeting on Monday that was called in response to complaints by 14 party members, decided that Tan would be suspended and has been issued a show cause letter.
At Gerakan’s 43rd National Delegates Conference on Sunday, Tan chastised Umno members for calling Chinese and Indians “pendatang” and said that Malays were no different as they came from Indonesia.
Tan said only the Orang Asli and natives in Sabah and Sarawak could be considered the original inhabitants of the land.
Gerakan deputy president Datuk Dr Cheah Soon Hai told reporters on Monday that the party condemned the remarks made by Tan.
“It is not the party’s stand, we are all Malaysians and no Malaysian is a “pendatang” or an immigrant.
“All Malaysians that are born here are Malaysians. I think that if a Malay called a Chinese “pendatang” it will hurt and vice versa,” Cheah said.
“We have taken note that Tan has retracted his remarks and apologised for it,” said Cheah.
Tan will be given 14 days to respond to the show cause letter on why he should not be expelled from the party in accordance with Article 17.2 of the party’s constitution.
Cheah apologised to all Malaysians who have been hurt by Tan’s remarks.
“We reiterate once again that Gerakan is a party of all races and we do not condone any remark that is un-Malaysian,” he said.
“We call on all parties to cease making any accusation that will further aggravate the situation. Gerakan has always uphold and will continue to uphold the Federal Constitution and Rukunegara,” he said.

MAIS perlu bertanggungjawab

0 Komen!!!

Terdapat surat yang mengatakan program anjing ini mendapat sokongan MAIS..

Surat yang dikatakan dari Majlis Agama Islam (MAIS) sudah bertebaran di alam maya, dalam surat itu, pihak MAIS mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada penganjur acara "i want to touch a dog (IWTTAD)...



Lepas nie MAIS boleh la luluskan pulak acara i want to touch a pig, pasal babi tak haram di sentuh, babi hanya haram di makan... hahahahaha....

Tahniah MAIS, korang tanggung la dosa puak-puak tu....






Lihat gambar, apa yang menyedihkan, mereka yang bertudung dok galak sangat nak pegang anjing, tak nampak pulak awek-awek melayu yang free hair dukung anjing...





Semua foto aku collect dari facebook, untuk tunjuk pada korang bertapa gembiranya mereka dapat mendakap dan memeluk anjing...

Ini semuanya akan menimbulkan kekeliruan pada masa akan datang khasnya generasi anak-anak kita.. Umat Islam tidak dapat bezakan halal dengan halal.. bahkan mereka boleh toleransi antara haram dan halal. 

Ini adalah bunga-bunga ke arah tersebut.. selepas ini mungkin akan ada program babi dan seterusnya arak.. sekarang mereka mula mengelirukan minda umat Islam..


Penjajahan baru minda umat Islam Malaysia

3 Komen!!!

Bentuk baru penjajahan minda terhadap umat Islam...



bagaimana halus permainan mereka.. sehingga yang haram kini telah menjadi halal.. lihat betapa mudahnya Islam dijajah pemikiran mereka.. logik akal mengatasi dalil dan nas



Lihatlah bagaimana umat Islam terpedaya atas nama kebebasan dan stigma takut terhadap anjing..

Mungkin kita melihat memegang anjing dari sudut yang kecil.. tapi secara tidak langsung secara tidak sedar kita mula menghalalkan yang haram seperti kempen saya tidak takut untuk sentuh anjing yang diadakan di Selangor..

Berikut hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
adalah seperti berikut :

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.

b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.

Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati dengan agenda tersembunyi setelah kita mengetahui bagaimana liciknya permainan Yahudi dan Nasrani ini. Jangan kita menjadi seperti Indonesia sehingga Islam dilihat sama taraf dengan agama yang lain.


Memang kaki fitnah - Felda Menang Saman Fitnah Terhadap Wan Azizah

0 Komen!!!


KUALA LUMPUR, 17 Okt – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya menang saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said memutuskan bahawa Felda sebagai sebuah badan berkanun mempunyai hak untuk menyaman pihak-pihak di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pembangunan Tanah 1956.

“Terdapat peruntukan undang-undang bagi plaintif (Felda) di untuk mendakwa. Oleh itu, Felda boleh memulakan prosiding sivil (terhadap defendan). Ia boleh menyaman untuk melindungi reputasinya,” katanya selepas menolak isu awal yang dibangkitkan dalam perkara itu pada Jumaat.

Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfail saman terhadap Dr Wan Azizah, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali; Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan Rusnizam Mahat yang menulis artikel itu atas dakwaan menyiarkan dua artikel memfitnah Felda dalam akhbar berkenaan.

Felda mendakwa artikel bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010.

Felda mendakwa penerbitan artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan serta keyakinan penerokaa Felda terhadap agensi itu

Komen pedas Ridhuan Tee mengenai isu sekolah vernakular

0 Komen!!!
Saya sudah dapat menjangkakan apa jawapan ultra kiasu apabila isu sekolah vernakular dibangkitkan. Belum apa-apa lagi mereka sudah melompat dengan mengatakan tidak boleh sama sekali sekolah ini dihapuskan. Lebih serius lagi, mereka samakan kedudukan sekolah vernakular dengan kedudukan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu.

Peliknya, boleh dikatakan tidak ada kenyataan balas selepas itu. Maklumlah takut hilang kuasa.

Ketika AGM ultra kiasu, banyak kali saya dengar berbagai perkara dibincangkan menyentuh hak istimewa Islam dan Melayu dan perkara sensitif. Adakah ketika itu UMNO memberi amaran jangan bincangkan perkara ini. Siapa yang lebih bersifat terbuka?

Kenyataan ini dikeluarkan sebab ada masalah. Sebab itu UMNO mahu membincangkan. Adakah kita tidak nampak langsung masalah yang ditimbulkan oleh sekolah vernakular?

Saya tidak nampak UMNO begitu berani untuk memansuhkan sekolah vernakular kerana ada implikasi politiknya. Sekolah vernakular akan terus kekal.

Apa yang perlu dilakukan adalah penambaikan, sebab kerajaan telah membelanjakan wang yang begitu banyak untuk sekolah vernakular sehinggakan statusnya hampir sama seperti sekolah kebangsaan. Adakah kedudukan sekolah ini tidak boleh dibahaskan langsung.

Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian adalah

Pertama, masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu (BM) mesti ditambah. Wajibkan P&P BM setiap hari. Paling kurang 2 jam satu hari.

Tidak kira ditentang macam mana sekalipun, anak-anak bukan Melayu mesti dipandaikan dengan bahasa negara demi masa depan.  Sekiranya mereka gagal, syarat-syarat mesti dikenakan. Misalnya, tidak boleh naik darjah, jika gagal dalam komunikasi dan tulisan.

Begitu juga mata pelajaran sejarah, wajibkan diajar dalam BM, bukannya bahasa ibunda sebagaimana yang berlaku pada masa kini.

Perpaduan nasional tidak akan tertegak jika generasi akan datang tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa negara.

Kedua, saya ingin memetik pendapat Nordin Kcd (6.1014), yang memberi respon kepada MCA. Nampaknya MCA masih dibuai mimpi dengan kejayaan lampau mereka kerana mendapat hak keistimewaan dalam pendidikan vernakular bagi kaum mereka. Hasilnya hari ini MCA sendiri melahirkan generasi baru kaum Cina yang tidak fasih menguasai bahasa kebangsaan negara sendiri. MCA masih lagi mengagong-agongkan bahasa kebangsaan dari negara luar hanya kerana kaum mereka berasal dari negara tersebut.

Ada dua sebab utama kenapa pemimpin MCA terdahulu menuntut hak pendidikan vernakular Cina ini dikekalkan. Pertama, kaum Cina ketika itu anggap Malaya hanya tempat untuk mereka cari makan. Setelah mereka jadi kaya mereka akan pilih untuk kembali dan mati di negara Cina, negara tempat asal usul mereka. Sebab itu mereka perlu tahu bahasa dari negara asal usul mereka.

Kedua, kaum Cina takut diperlakukan sama seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina, yang mana kaum mereka dipaksa untuk diasimilasikan mengikut budaya dan bahasa tempatan sehingga identiti bangsa mereka sebagai kaum Cina terus hilang.

Sebagai timbal-balas keatas pengiktirafan yang mereka berikan terhadap hak keistimewaan orang Melayu terutama dalam bidang ekonomi, mereka turut menuntut hak keistimewaan yang setara terutama dalam bidang pendidikan diberikan kepada kaum mereka.

Sebab itu MCA hingga kini begitu sensitif mempertahankan hak keistimewaan kaum Cina ini walau pun ia meninggalkan kesan negatif kepada kaum mereka untuk beridentitikan "orang tempatan".

Menurut Nordin lagi, bagi MCA menghapuskan sekolah Cina samalah seperti menghapuskan sejarah kejayaan lampau parti mereka yang mereka guna untuk meraih sokongan kaum mereka kepada MCA.

Akibatnya hari ini generasi baru kaum Cina masih gagal menguasai bahasa kebangsaan negara sendiri seperti mana kaum mereka di Thailand, Indonesia dan Filipina. Malah pendatang asing dari Bangladesh dan Myanmar lebih fasih menguasai bahasa kebangsaan Malaysia berbanding warganegara Malaysia yang berbangsa Cina ini.

Pada satu sudut, MCA berjaya mengekalkan sekolah vernakular Cina tetapi di sudut yang lain MCA gagal meletakkan anak bangsa mereka setara dengan bangsa lain yakni beridentitikan “anak jati tempatan” atau “Anak bangsa Malaysia”.

Hari ini kaum India nampaknya lebih berjaya menguasai bahasa kebangsaan berbanding kaum Cina. Itu yang patut MCA fikirkan kerana orang Melayu sendiri lebih senang berkawan dengan kaum India kerana mereka boleh berkongsi satu bahasa dan memahami antara satu dengan yang lain.

Ketiga, kerajaan mesti memantau sekolah vernakular setiap masa, setiap ketika. Garis panduan dan indeks penunjuk prestasi (KPI) mesti diwujudkan. Pastikan operasinya tidak lebih Cina dari negara China.

Rakan saya dari negara China, menggeleng-geleng kepala melihat betapa beruntungnya Cina di Malaysia mendapat hak pendidikan di sini, seolah-olah membenarkan wujudnya negara dalam negara. Di negara merekapun tidak secina di sini. Saya semakin menjadi tidak faham, kenapa dalam sebuah negara yang mendaulatka BM, ada segelintir yang mahu menjadi secina-cinanya. Pernahkan mereka terfikir soal pembangunan negara bangsa?


Akhirnya, saya amat mengharapkan masyarakat Cina di Malaysia tidak terlalu mendesak atau menekan kerajaan. Jika tidak pasti akan wujud banyak lagi Perkasa dan Isma.

Kongsi Link Anda