Isnin, Februari 09, 2009

UMNO perlu kembali ke perjuangan asal

3 Komen!!!
Banyak perkara yang banyak terlepas pandang oleh UMNO pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang lalu. Namun Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT, Perak telah kembali ke pangkuan UMNO. Dengan kembalinya Perak ke pangkuan UMNO, maka pemimpin dan ahli UMNO perlu melihat dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

Hakikat kuasa hanyalah dipinjamkan sementara oleh Allah SWT. Allah memberi kuasa dan Allah juga yang akan menariknya. Maka, jika hakikat ini tidak dapat diterima maka akan berlakulah sebagaimana Pakatan Rakyat Perak sekarang ini. Oleh itu, UMNO perlu mengambil iktibar di atas kehendakNya.

Walaupun pahit itulah hakikat sebenar yang perlu ditelan oleh UMNO. UMNO secara tidak sedar telah meninggalkan rakyat, oleh itu secara tidak langsung, rakyat telah jauh hati dengan UMNO.

UMNO dilihat semakin tidak prihatin terhadap masalah dan bantuan terhadap rakyat. Bantuan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat tetapi tidak sampai ke tangan mereka. Akhirnya mereka dengan menunjukkan protes mereka dan mengundi pihak pembangkang.

Terdapat sebab utama iaitu UMNO gagal menjalankan tugasnya dengan mengesan dan seterusnya membela rakyat yang susah, rumah rosak yang perlu diperbaiki, ibu-ibu tunggal yang ditinggalkan, warga emas yang dilupakan dan orang yang kurang upaya disisihkan.

Mereka ini kebanyakannya oleh pemimpin-pemimpin UMNO samada di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Pemimpin ini lebih rela untuk mengeluarkan wang untuk memenangi sesuatu jawatan dari membela rakyat yang dalam kesusahan.
UMNO perlu mengubah sikap dan kembali ke asal perjuangan untuk membela bangsa dan agama. UMNO perlu keluar dari zon selesa dan membuat kerja dan yang pastinya banyak diluar sana yang perlukan bantuan dan pembelaan.

Dengan kembalinya Perak ke Pangkuan UMNO, maka UMNO perlu membuka lembaran baru dalam berpolitik dan memperjuangkan nasib bangsa. Jika ini dapat dilakukan nescaya UMNO akan kembali mendapat kepercayaan daripada rakyat.

Apa yang rakyat mahukan ialah perhatian dan bantuan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan dan ianya bukanlah sesuatu yang berlebihan. Oleh itu UMNO perlu segera bangun dan bertindak dan bukan beretorik semata-mata, jika tidak mahu kehilangan kuasa.

UMNO, Melayu dan Islam sehati sejiwa...

Nizar tak tahu malu

5 Komen!!!
Sangat memalukan apabila seseorang itu mengaku sesuatu perkara itu adalah haknya. Sebagaimana yang berlaku di Perak sekarang ini. Apatah lagi beliau hanyalah dilantik oleh seseorang. Jika Nabi Muhammad SAW seorang yang tawaduk dan merendahkan diri tetapi berbeza dengan pemimpin PAS yang angkuh dan mementingkan diri dan kuasa.

Hari ini walaupun Sultan Perak dengan jelas telah mengarahkan Nizar letak jawatan sebagai Menteri Besar Perak namun dengan angkuh beliau mengatakan masih sebagai Menteri Besar kerana itu hak mereka.

Tidak pernah berlaku sepanjang sejarah Tamadun Tanah Melayu pemimpin yang dilantik oleh Sultan dan Raja boleh menderhaka kepada yang melantiknya. Maka hari ini terpalitlah sejarah Hitam terhadap Institusi Beraja yang sentiasa menjadi simbol kemegahan dan kedaulatan bangsa Melayu dan Umat Islam. Dan juga akan menjadi ingatan sepanjang zaman terdapat kumpulan rakyat yang dipanggil Kerajaan Pakatan Rakyat telah menderhaka Sultan dan Raja.

Bukan sahaja menderhaka tetapi juga menghina Sultan dengan mahu menyaman Baginda. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Karpal Singh yang kali keduanya telah secara langsung menghina Sultan Perak.

Bagi umat Melayu ianya langsung tidak dapat diterima apabila terdapat mana-mana pihak yang secara langsung menderhaka dan menghina Institusi Beraja.

Ianya bukan sahaja ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh untuk taat kepada Pemimpin apatah lagi ianya adalah seorang Sultan yang menjadi Ketua Agama dan Adat di Tanah Melayu ini.

Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat dan pengikutnya yang membantah dan membuat rusuhan sangat memalukan khasnya sebagai orang Melayu dan Islam.

KARPAL - ANWAR HARUS BERTAUBAT

1 Komen!!!
Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti dan turut mengecam Ketua Pembangkang itu kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti).

Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini,” katanya.

Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam pakatan pembangkang hari ini. Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.

Katanya, sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, para pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar.

“Saya kesal kerana saya tidak berupaya mendapat sokongan malah daripada pemimpin parti saya sendiri. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya, bukan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Anwar Ibrahim.

“Saya mohon sokongan... saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang. Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya... saya telah banyak bersabar selama ini, janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing demi kepentingan PR dan demi kepentingan DAP,” katanya.

Karpal menegaskan bahawa pakatan pembangkang seharusnya terus memastikan kekukuhan parti dan mendapatkan sokongan rakyat sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk sebuah kerajaan bagi mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).

Kata aspirasi : Nampaknya Karpal dan belasah pemimpin Pakatan Rakyat secara terbuka. Mungkin bagi Karpal yang penting adalah parti iaitu DAP bukannya Pakatan yang belum tentu menentukan sokongan apatah lagi jika pakatan itu dipimpin oleh Anwar yang disifatkan sebagi rendah moralnya.

Kongsi Link Anda