Popular Today

Jumaat, September 04, 2009

BN akan pertahan kerusi DUN Bagan Pinang

3 Komen!!!
04/09/2009 7:59pm

MARAN 4 Sept. - Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Azman Mohd. Noor hari ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, adalah menjadi dasar parti itu untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu sebab yang selaras dengan peruntukan perlembagaan.

``Kita telah membuat keputusan daripada segi dasar iaitu jika satu-satu kawasan itu dikosongkan atas sebab kematian atau berdasarkan peruntukan Perlembagaan, kita akan bertanding.

``Apatah lagi kawasan ini adalah kerusi milik kita,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek perintis Proogram Sejahtera dan Program Nasional Pintar di Kampung Teluk Melati, Chenor dekat sini hari ini. -

Sumber: Utusan

Al Fatihah : ADUN Bagan Pinang Azman Mohammad Noor Meninggal Dunia

0 Komen!!!
SEREMBAN, 4 Sept (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Bagan Pinang, Negeri Sembilan Azman Mohammad Noor meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada pukul 2 petang Jumaat.

Fakta pilihanraya DUN Bagan Pinang

Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum tahun 2008: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%

1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384

Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Pilihanraya Kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pengajaran yang perlu diambil dari Revolusi politik Jepun

1 Komen!!!
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

SELEPAS lebih lima dekad menjadi parti pemerintah tunggal di Jepun, Parti Demokratik Liberal (LDP) akhirnya tumbang pada pilihan raya umum negara itu pada 30 Ogos lalu.

LDP kehilangan majoriti kerusi di Parlimen kepada parti pembangkang, Parti Demokrat Jepun (DPJ), dalam kekalahan yang disifatkan oleh kebanyakan pemerhati sebagai "revolusi politik" di negara matahari terbit itu.

Kekalahan LDP sebenarnya sudah ditebak sejak awal iaitu ketika parti itu kalah pada pilihan raya di Dewan Tinggi (Diet) pada Julai, 2007.

Kekalahan paling buruk dalam sejarah parti itu berterusan pada pilihan raya Tokyo, Julai lalu. Ketika itu, LDP hanya mendapat 38 kerusi berbanding 54 kerusi oleh DPJ.

Dalam landskap politik di Jepun, pilihan raya Tokyo sering dijadikan kayu pengukur kepada keputusan pilihan raya umum.

Malah, DPJ juga sudah dapat melihat peluang untuk berkuasa apabila keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap LDP semakin luntur.

Semuanya kerana pelbagai isu yang membelenggu LDP serta bekas Perdana Menteri, Taro Aso sendiri sehinggakan menjejaskan kredibiliti dan imej di kalangan rakyat.

Faktor kemenangan DPJ juga bertitik tolak daripada pelan populis yang terarah kepada menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Ternyata, pelan itu berjaya meyakinkan rakyat Jepun kerana dalam situasi ekonomi yang sukar ketika ini, mereka sememangnya mengharapkan polisi yang berbentuk bantuan dan perhatian daripada kerajaan.

Dalam masa yang sama seperti yang dinilai oleh penganalisis tempatan, Ahmad Zaki Hassan, parti pemerintah juga gagal menyelesai serta menjelaskan beberapa isu utama.

Antaranya jelas pensyarah di Kolej UndangUndang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu ialah jumlah hutang negara yang luar biasa.

Isu lain termasuk pelan tindakan menstabilkan ekonomi terutama bagi mengecilkan jurang perbezaan antara penduduk miskin dan kaya.

''Faktor-faktor ini menjadi punca keyakinan rakyat terhadap LDP merosot dengan teruk seperti yang diterjemahkan menerusi keputusan pilihan raya lalu," katanya.

Dari lensa politik dunia, kekalahan LDP yang memerintah Jepun sejak 54 tahun lalu itu dikaitkan dengan gelombang perubahan yang dicetuskan oleh generasi muda.

Sebelum ini, kejayaan Barack Obama menjadi warga kulit hitam pertama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) dikatakan turut dipengaruhi oleh faktor yang sama.

Obama berjaya meruntuhkan tembok perkauman dalam sejarah 232 tahun amalan demokrasi di negara itu.

Gelombang perubahan di kedua-dua negara itu juga tidak terkecuali turut dikaitkan dengan senario semasa politik tempatan terutamanya nasib yang bakal menimpa Barisan Nasional (BN).

Bukan bermaksud menafikan tuntutan perubahan yang disuarakan oleh rakyat terutama apa yang berlaku selepas 8 Mac 2008, tetapi gelombang perubahan itu sebenarnya adalah sesuatu yang lumrah dalam kematangan masyarakat di kebanyakan negara.

Peralihan daripada satu generasi ke generasi lain menyaksikan anjakan pemikiran rakyat turut berubah.

Lebih-lebih lagi apabila sesuatu keperluan dan peringkat dalam masyarakat itu telah dipenuhi. Ini jugalah sebenarnya yang berlaku dalam konteks politik di AS, Jepun dan Malaysia yang mana pemikiran rakyat berubah apabila keperluan asas dan pembangunan telah dipenuhi oleh kerajaan.

Perkembangan tersebut secara tidak langsung merubah kematangan berfikir rakyat ke arah sesuatu yang lebih besar termasuk soal negara dan sebagainya.

Namun, ia bukanlah satu-satunya faktor penentu dalam kita meramalkan bentuk dan corak berpolitik pada masa depan. Namun, perlu diperhatikan cabaran dan isu politik yang berlaku di Jepun sangat berbeza dengan polemik politik yang melanda negara.

Sebagai sebuah negara maju, keperluan dan kemudahan asas serta pembangunan fizikal bukan lagi menjadi kepentingan rakyat Jepun. Majoriti rakyatnya juga merupakan golongan berkemampuan dengan peratus kemiskinan sangat rendah atau hampir tiada.

Justeru apa yang lebih menjadi perhatian mereka ialah kemampuan pemerintah untuk mengekalkan momentum keselesaan dan kenikmatan hidup itu.

Malangnya, itulah yang gagal dibuktikan oleh LDP. Ketika ini Jepun berdepan dengan krisis ekonomi yang sangat meruncing sehingga menyebabkan peratus pengangguran di kalangan rakyat mencecah sehingga enam peratus, iaitu kadar terburuk dalam sejarah negara berkenaan.

Populariti Aso juga semakin merudum apabila beliau dikaitkan dengan pelbagai isu antaranya skandal seks, rasuah, masalah kesihatan dan kewangan selain berdepan undi tidak percaya di kalangan ahli Kabinetnya sendiri.

Kerana itu juga adalah tidak tepat untuk kita membandingkan senario politik di Jepun dan apa yang berlaku di negara ini.

Cuma barangkali apa menjadikannya agak signifikan adalah kerana persamaan dari segi tempoh masa Malaysia bakal berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

Hakikatnya di Malaysia, ramai penduduk di negara ini terutamanya di luar bandar yang masih hidup di bawah paras kemiskinan.

Malah, kemiskinan bandar juga turut dicatatkan meskipun kumpulan penduduk ini tidak ramai.

Golongan ini pastinya memerlukan bantuan daripada sebuah kerajaan yang kuat untuk dibawa keluar daripada kepompong kemiskinan itu menerusi pelbagai dasar dan agenda bertaraf nasional.

Begitu juga dengan proses kemajuan dan pembangunan negara ketika yang memerlukan sokongan sebuah kerajaan yang konsisten. Usaha pembinaan bangsa dan negara itu tidak mungkin dapat dilakukan oleh parti politik yang tidak jelas hala tuju perjuangannya.

Yang masih gagal membezakan antara perjuangan yang bersifat peribadi atau kepentingan sekelompok kumpulan kecil sematamata. Pentas politik negara juga lebih mencabar kerana kita terbentuk daripada bangsa, agama, ras dan etnik yang berbeza.

Tidak seperti Jepun, negara itu hanya terdiri daripada satu bangsa. Justeru, hanya parti politik yang benar-benar memahami semangat toleransi dan kerjasama di sebalik perbezaan itu sahaja yang mampu membawa negara ini kepada kemajuan tanpa dibelenggu isu-isu yang berbaur perkauman dan tuntutan melampau.

Namun itu bukanlah bermaksud kita cuba menafikan gelombang perubahan berpolitik dunia itu turut tersebar di negara ini.

PRU 12 lalu sudah membuktikannya dan isyarat itu juga bagi sesetengah pihak semakin jelas selepas tujuh kekalahan berturut-turut BN pada pilihan raya kecil.

Namun gelombang perubahan ini sebenarnya jika dipandang daripada sisi berbeza, boleh menjadi satu tekad dan usaha kepada BN untuk lebih bersedia dan bertindak awal.

Perkembangan sebegini menurut Ahmad Zaki, harus dijadikan fokus oleh pemimpin BN untuk menilai dan mentafsir apa sebenarnya yang telah berlaku seterusnya mencari penyelesaian segera.

Sekiranya pada pilihan raya umum akan datang BN masih berjaya mengekalkan kerajaan sedia ada, maka BN akan dilihat mempunyai kekuatan berganda kerana berjaya mengatasi satu trend dunia dalam tuntutan perubahan oleh rakyat.

''Ia juga secara jelas akan menggambarkan bahawa BN masih berupaya memerintah dan memenangi hati rakyat tanpa dipengaruhi oleh peristiwa serta perbandingan isu semasa dunia," ujar beliau.

Sumber : Utusan Malaysia

Kongsi Link Anda