Selasa, Februari 09, 2010

Bantahan terhadap Permohonan Qazaf ANUwar Aljuburi

2 Komen!!!
Antara sebab kenapa ANuwar sengaja melambat-lambatkan kes liwat beliau kerana beliau menunggu perbicaraan kes Qazaf beliau di mahkamah Syariah.

Dengan kata lain, ANUwar berharap beliau terlepas dengan hukuman jika Saiful gagal membawa 4 orang saksi di Mahkamah Syariah.

Begitulah ANuwar cuba untuk manipulasi institusi kehakiman negara.. dengan harapan beliau akan terlepas.. yang menarik ialah mangsa pula akan jadi tertuduh, manakala tertuduh pula akan menjadi mangsa

Kita mengetahui bahawa mangsa dalam kes liwat ini ialah Saiful Bukhari bukannya ANUwar Aljuburi.. Saiful menjadi mangsa seks rakus luar tabii ANUwar ElJuburi.

Kenapa ANuwar perlu kepada Qazaf, jika beliau dan peguamnya yakin beliau mampu terlepas dari hukuman Sivil.. Kenapa pada tahun 1998 ANuwar tidak bawa isu liwat beliau ke Mahkamah Syariah.. Ini adalah semata-mata manipulasi sistem perundangan negara.


Baca seterusnya : Bantahan terhadap Permohonan Qazaf ANUwar Aljuburi

Nizar persalahkan Sultan Perak!

11 Komen!!!
Nizar terus membidas institusi beraja di negara ini apabila beliau tewas di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Dengan menyalahkan Sultan Perak secara peribadi, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak boleh membawa kepada 'sistem pemerintahan beraja mutlak'. [rujuk sini]

Beliau membidas dengan mengatakan "Ia akan memberikan ruang supaya demokrasi di Malaysia jauh lebih kusut kerana ia seolah-olah menjurus kepada absolute monarchy."

"Maknanya kita tak perlu adakan pilihan raya, tak perlu ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin sesebuah negari ataupun negara," katanya pada sidang media sejurus selepas keputusan berkenaan diisytiharkan di sini hari ini.

Maknanya Nizar menyalahkan Sultan Perak... masih tidak mahu terima hakikat bahawa beliau tidak mempunyai lagi kerusi yang cukup untuk jadi kerajaan.

Nizar sekali lagi buat tuduhan dangkal dengan menyalahkan Sultan Perak dan Institusi Beraja sedangkan pertimbangan mahkamah adalah melalui panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Mohammad Nizar daripada pakatan DAP-PAS-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Jadi pertimbangan ialah pertimbangan undang-undang dan perlembagaan dan ianya bukanlah pertimbangan yang mengikut hawa nafsu dan tanpa asas kukuh perundangan.

Menurut Unspinner,
"Perlu difahamkan bahawa Nizar membuat permohonan ke Mahkamah Persekutuan atas persoalan yang sama berkaitan artikel 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tanpa sesuatu yang baru."

Nizar tidak ada membawa hujah baru atau maklumat baru atau dokumen baru dalam rayuan kes dia di Mahkamah Persekutuan.

Selalunya, tanpa ada perkara-perkara baru untuk pihak Hakim Mahkamah lebih tinggi perlu kaji kembali, jarang sekali Mahkamah akan menukar keputusan.
Jadi apakah asas Nizar menyalahkan pihak lain... sedangkan Beliau sendiri tidak ada asa yang kukuh untuk membuat rayuan..

Bangang punya Nizar.. menyusahkan rakyat Malaysia je.... Takkan nak jaja lagi Perak nak bubar DUN...

News : Kronologi Krisis Politik Perak

0 Komen!!!
Gambar : Malaysian Insider


KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya Selasa membuat keputusan berhubung siapakah antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas adalah Menteri Besar yang sah.

17 Mac 2008: - Mohammad Nizar, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Feb 2009: - Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR itu nafi meletakkan jawatan.

3 Feb 2009: - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Feb 2009: - Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan apabila dua ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menyokong BN.

BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.

5 Feb 2009: - Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Feb 2009: - Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Feb 2009: - Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009: - Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009: - Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009: - Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

11 Mei 2009: - Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009: - Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009: - Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009: - Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 Nov 2009: - Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Feb 2010 setelah selesai mendengar hujahan.

9 Feb 2010: - Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada Selasa sebulat suara mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

-- BERNAMA

Selamat tinggal, PAS bakal tinggalkan PKR

1 Komen!!!
Perkembangan politik baru-baru ini sangat merisaukan PKR. Apatah lagi dalam keadaan ANUwar sibuk di dalam kamar perbicaraan kes liwatnya. Timbul pula isu muzakarah antara PAS dengan UMNO yang disebut sendiri oleh Nik Aziz dan Hj Hadi.

Pendirian Nik Aziz yang begitu keras terhadap UMNO sewaktu masa dahulu dan kini mula berlembut menimbulkan pelbagai spekulasi dan kebimbangan. [rujuk sini]

Mengulas perkara tersebut, Zulkifli Nordin mengatakan "Bagaimanapun saya agak hairan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bernada sama iaitu Pas sudah sedia berbincang dan bekerjasama dengan UMNO.

"Kehairanan saya adalah kerana kedua-duanya sebelum ini begitu keras (menentang) sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO, duduk sembang pun tak mahu. Malahan Tok Guru sampai doakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pecah perut," katanya.

Zulkifli mengakui bahawa nampak semacam perubahan sikap dalam pimpinan Pas. Apakah mereka menjangkakan sesuatu akan berlaku kepada Anwar, maka mereka mencari insurans sekarang ini?

"Atau apakah mereka sudah hilang keyakinan terhadap pakatan pembangkang, atau apakah kedua-dua tokoh yang sangat saya hormati ini sudah mula mengorak langkah kepada mencetus gelombang ukhuwah Islamiah di negara ini? Moga niat baik mereka diberi keberkatan oleh Allah,"

Jika berlaku untuk Islam ianya amatlah baik.. pastinya semua rakyat malaysia bersetuju..

Namun pasti juga terdapat pihak yang tidak bersetuju khasnya yang mereka pro DAP dan pakatan lebih dari pro Islam...

Adakah tindakan PAS ini dilihat sebagai usaha mereka untuk menyelamatkan politik mereka di peringkat arus perdana.. Pakatan Rakyat tanpa ANuwar Ibrahim merka bukanlah sesiapa.. PAS dan DAP tidak mungkin bersatu.

Presiden tunggul, Wan Azizah dipersoal

2 Komen!!!
Di mana Wan Aziah? kenapa masih tidak menjelaskan dakwaan pemilikan saham Azmin dan Isterinya Shamsida Taharin?

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, perkara itu tidak boleh dianggap sebagai isu peribadi kerana Azmin pada masa ini adalah Naib Presiden parti itu. Apatah lagi pemberian saham berkenaan dikatakan berlaku ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan. [rujuk sini]

"Wan Azizah kena jelaskan isu ini, adakah dia tidak terfikir kenapa Azmin dan Shamsida diberi keistimewaan sedemikian rupa dan rakyat pula mahu tahu sama ada dakwaan berkenaan benar atau tidak.

"Jika tiada penjelasan semua orang akan tertanya-tanya dan ia akan menjejaskan imej parti, pada saya apa guna memegang jawatan presiden jika tidak mampu mempertahankan parti sendiri" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada November tahun lalu, Pengerusi Yayasan Belia India Malaysia, S.A Vigneswaran mendedahkan beliau memiliki dokumen berkaitan pembelian saham berkenaan. Ekoran pendedahan itu, Anuar Shaari yang merupakan bekas setiausaha sulit Anwar telah menyerahkan kesemua dokumen berkaitan serta memberikan keterangan kepada polis yang kemudiannya dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adakah Wan Azizah mahu melindungi kes ini kerana ANUwar juga terlibat? Tiada gunanya berada menjadi presiden parti jika sekadar menjadi 'perhiasan' struktur kepimpinan.

Nampaknya laungan telus dan adil oleh PKR hanyalah pembohongan semata-mata. Wan Azizah dilihat sekarang umpama tunggul dalam PKR, apa yang berlaku dalam PKR, WAn Azizah gagal memainkan peranan.. Jika hanya tunggul tidak perli dipanggil sebagai presiden.. yang ke hulu dan ke hilir hanya menemankan suami sahaja.

News : Dr Mahathir senang kepemimpinan Najib

0 Komen!!!
KULIM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau gembira dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana mempraktikkan ciri-ciri pentadbiran yang memenuhi kehendak serta kepentingan rakyat dan negara.

"Saya telah beberapa kali menemui Najib sejak beliau mengambil alih kepimpinan negara dan merasa senang dengan cara beliau mentadbir sehingga kini," katanya ketika berucap pada program Mesra Rakyat anjuran bersama Umno Bahagian Padang Serai dan Yayasan Pembangunan Insan Pulau Pinang di sini malam tadi.

Beliau berharap Najib akan meneruskan tradisi bekerja dan berjasa kepada rakyat.

Dr Mahathir juga berkata beliau yakin krisis dalaman melibatkan beberapa parti komponen Barisan Nasional akan selesai sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya pemimpin parti berkenaan sedar bahawa penyelesaian segera pergeseran dalaman akan menjamin masa depan BN kembali cerah untuk menang pilihan raya akan datang dengan majoriti lebih baik.

Dr Mahathir berkata pemimpin yang bertelagah sedar bahawa mereka tidak ada pilihan kecuali untuk berbaik-baik semula.

Katanya rakyat Malaysia harus bersyukur kerana pembangunan dalam pelbagai bidang sejak negara Merdeka hampir 53 tahun lalu banyak mengatasi negara-negara lain di dunia yang merdeka dalam tempoh sama. - Bernama

Zulkifli Nordin bidas DAP

0 Komen!!!
DAP ialah punca kepada semua masalah negeri Pakatan Rakyat!

Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin Isnin malam memecahkan tembelang DAP apabila menyatakan perlbagai masalah yang timbul di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang adalah berpunca daripada parti berkenaan. [rujuk sini]

Punca memberitahu kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak berpunca daripada sikap DAP yang merugikan orang Melayu dan Islam.

Kes kejatuhan kerajaan Pakatan Perak

1. Dua ADUN PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (DUN Behrang) dan Osman Jailu (DUN Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan PKR kerana sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan DAP yang banyak membuat keputusan dan tindakan yang merugikan Melayu/Islam. “Jika hendak dikatakan mereka tidak membangkitkan perkara ini dalam pertemuan tertutup, mereka telah berbuat demikian. Malah saya sendiri pernah hadir dalam pertemuan di mana mereka telah melahirkan rasa tidak puashati terhadap cara DAP di Perak. Namun tiada tindakan. Akhirnya mereka buat keputusan sendiri,” katanya.

Namun berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli Nordin, baik Jamaluddin, Osman mahupun ADUN DAP kawasan Jelapang, Hee Yit Foong meninggalkan pakatan pembangkang kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan DAP sendiri.

Kes pergolakan Pakatan di Pulau Pinang

2. Mengenai perkembangan di Pulau Pinang secara tegas menyatakan, pergolakan dalam pakatan pembangkang di negeri itu berpunca apabila DAP mula menunjukkan ‘belang’ mereka yang sebenarnya.

Ketua Lim Guan Eng disifatkan oleh beliau hanya tahu mengkritik dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri yang lalu tetapi pada masa yang sama tidak berbuat apa-apa.

Beliau turut mendedahkan, ‘penyingkiran’ bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang lalu, Fairus Khairuddin daripada kerusi berkenaan adalah berpunca daripada Guan Eng melihat Fairus sebagai halangan kepada usahanya untuk menterjemahkan agenda DAP di negeri berkenaan.

Memperkukuhkan lagi hujahnya, Zulkifli turut memberikan contoh bagaimana DAP menjadi punca kepada permasalahan yang melanda negeri-negeri pakatan pembangkang.

Kes pergolakan Pakatan di Selangor

3. Di Selangor katanya, seorang Exco dari DAP jelas mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan dengan merujuk isu rampasan minuman keras oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Contoh yang diberikannya itu jelas merujuk kepada Ronnie Liu.

Dakwaan selama ini yang menuduh UMNO terlibat dalam kes pergolakan Pakatan Rakyat adalah tidak betul sama sekali. Jelas bahawa punca adalah dari DAP yang menyebabkan Pakatan bermasalah kerana ego dan tindakan biaDAP DAP.

Dari apa yng berlaku di Perak, Pulau Pinang dan Selangor kita melihat peranan yang dimainkan oleh DAP jahanam. APa yang berlaku kini jelas kerana agenda Cauvanis dan Diktator DAP.

Inilah perkara yang dijelaskan oleh Zulkifli Nordin, beliau melihat apa yang berlaku dalam Pakatan.. jadi apakah umat Islam dan bangsa Melayu boleh berkompromi lagi terhadap PKR dan PAS dalam Pakatan untuk menjadi anjing DAP.

Doa Rakyat : Zambry MB Perak yang sah

1 Komen!!!
Gambar: Malaysian Insider


Doa Rakyat Malaysia di kabulkan, hari ini Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.[rujuk sini]

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.

Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Nizar dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.

Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Keputusan sebulat suara dari hakim ini menunjukkan keputusan tidak berbelah bahagi dari hakim.. memberi isyarat penting iaitu Sultan Perak mengambil tindakan yang betul demi menyelamatkan perak hancur jika ditadbir oleh pakatan yang ditunjangi oleh DAP...

Hari ini hak rakyat Perak dikembalikan kepada yang berhak, Institusi di raja Perak disanjung kerana membuat keputusan yang betul dan tepat. Pengkhianat hari ini tertolak dengan sendirinya. Sebagaimana kata Zulkifli Nordin kejatuhan kerajaan Pakatan Perak adalah berpunca dari DAP yang anti Melayu dan Anti Islam. Sebab itu mereka kecewa dan keluar dari Pakatan...

Hari kelima : Peguam semakin merapu, Karpal mohon tangguh lagi

0 Komen!!!
Berapa kali mahu ditangguh kes liwat ANuwar...

Peguam merapu ANuwar Aljubur, Karpal Singh memohon penangguhan bagi menjawab afidavit jawapan pihak pendakwaan berhubung status hakim. [rujuk sini]

Semalam, Anwar memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes liwat itu.

Ia berikutan keputusan Mohamad Zabidin menolak bantahannya berhubung artikel, gambar dan keterangan gambar mengenai kes berkenaan yang disiarkan Utusan Malaysia.

Tindakan ini adalah niat jahat sebagaimana kata maharaja blogger

Oleh kerana telah dapat mejangkakan permohonan itu akan ditolak maka Karpal Singh cuba menyekat perjalanan Mahkamah dengan menimbulkan prasangka buruk awam terhadap pendakwa dan juga hakim.

Tindakan Karpal itu selain dari bertujuan melengahkan perbicaraan adalah juga untuk memburukan sistem perundangan negara ini kepada dunia.

Mahkamah telah pun sejak dua tahun yang lalu menunjukan tolak ansur, menangguhkan kes ini berulang kali sehingga dianggap tidak adil kepada mangsa yang membuat pengaduan diliwat oleh Anwar. Apakah Anwar sahaja yang malu dan pemuda ini tidak tahu malu dengan anggapan buruk terhadapnya tidak dibersihkan oleh mahkamah.


Peguam ANUwar tidak berminat untuk membicarakan kes ini, mereka lebih suka kepada sensasi dan menarik perhatian media.. daripada proses keadilan dapat dijalankan. Inilah niat jahat mereka..

100 tinggalkan PKR

0 Komen!!!
Tamparan buat ANUwar, trend ahli PKR hilang kepercayaan kepada Pimpinanan ANUwar berterusan. Terkini 100 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Bendahari PKR Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim nekad keluar parti dan menyertai UMNO. [rujuk sini]

Mereka yang merupakan ahli PKR Cabang Bandar Tun Razak turut mendakwa hilang kepercayaan kepada Ahli Parlimen kawasan tersebut, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggap terlalu elit sehingga melupakan tugas selaku wakil rakyat.

Perkembangan tersebut merupakan tamparan hebat kepada parti itu apatah lagi pada saat-saat kes liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dibicarakan di mahkamah.

Ramai melihat PKR sekarang parti yang tidak berwibawa dengan lebih tepat PKR ialah parti sampah yang dipimpim dengan pemimpin sampah yang dijalankan atas dasar sampah dan yang disokong oleh penyokong sampah.. inilah yang dikatakan oleh Jeef Ooi.

Jika begitu, memang wajar rakyat meninggalkan PKR kerana parti tersebut gagal mencapai aspirasi rakyat Malaysia. PKR ialah parti kroni dan elit hanya dikuasai oleh beberapa orang sahaja.

PKR juga parti tidak bermoral, kalau kita lihat John Terry terpaksa digugurkan kerana skandal seksnya, ianya dibuat atas dasar salah laku moral.. namun kita lihat perkara ini tidak berlaku kepada Elizabeth wong, YB ini masih dikekalkan PKR... moral PKR lebih teruk dari barat kerana mengiktiraf salah laku moral.

Tindakan meninggal PKR ialah tindakan yang tepat kerana PKR kini tidak lagi relevan bahakan parti tersebut ialah parti bermasalah.

Kongsi Link Anda