Khamis, April 14, 2011

Menjelang hari akhir berkempen , Pakatan akan membuat serangan habis-habisan

0 Komen!!!
Menjelang hari pengundian 2 hari lagi.. nampaknya Anwar dan kroninya khasnya melalui lidah mnereka iaitu portal pro pembangkang, Malaysiakini, The Malaysian Insider, Harakah dan The Rocket akan membuat serangan habis-habisan terhadap BN.

Antara isu yang dimainkan menjelang hari akhir kempen pilihanraya ialah :
* Isu agama
* Isu perkauman
* Isu tanah
* Isu Taib Mahmud
* Isu bantuan kerajaan kepada rakyat Sarawak.

Fokus serangan Pakatan Rakyat mengikut kawasan pecahan kaum adalah seperti berikut:
pertama Kawasan Cina.
Kedua kawasan kaum Dayak,
Ketiga kawasan Iban dan
Keempat kawasan Majoriti Melayu

Ianya sangat jelas melalui aktiviti serta fokus pemimpin Pakatan Rakyat dan dipecahkan kepada komponen mereka..
Dap menumpukan di kawasan Cina dan akan terus SUPP
PKR pula tumpu di kawasan Iban dan Dayak
PAS pula di kawasan Melayu.

Berdasarkan sambutan program Pakatan yang dilihat.. kebanyakan program yang mendapata sambuatan ialah di kawasan Cina... tapi di kawasan Dayak, Iban dan Melanau sambutan adalah dingin.

Kita lihat Lim Kit Siang, Lim Guan Eng the ultra Cina Cauvanis berkampung di kawasan Cina yang ditandingi DAP..

Manakala Anwar the Sex Maniac di kawasan majoriti Dayak dan Iban

PAS pula melalui Hj Hadi di kawasan majoriti Melanau..

Kini kempen hanya tinggal 2 hari. dan esok (jumaat) adalah hari berkempen.. Pakatan mula memperhebatkan propaganda mereka melalui media, banner, flyers, billboard dan sebagainya.. jentera kempen rumah ke rumah terus dipergiatkan dan serangan terhadap BN akan terus dibuat secara terancang...

Kepada BN mereka perlu bersedia dengan kempen agresif pada hari akhir pengundian... tempat yang dikenalpasti untuk tambah majoriti pengundi perlu diulang pergi dan diperbanyak dengan aktviti dan lawatan pemimpin BN..

Antara isu yang perlu difokus ialah:
* Pakatan hanya mampu berjanji dan berbohong kepada rakyat
* Pakatan ialah parti semenanjung yang mahu menjajah sarawak
* DaP ialah parti perkauman Cina yang mahu menghapuskan hak bumiputra
* PKR ialah parti yang tidak laku kerana pemimpinnya mambuat salah laku moral dan tidak boleh dipercayai.
* Pas ialah parti pencacai yang hanya menggunakan agama untuk nafsu mereka selain, PAS hanya boneka dan pencacai kepada DAP dan PKR
* Pakatan tidak mampu tunai janji di negeri yang ditadbir
* Pakatan adalah parti habiskan duit dan bukan parti yang pandai cari duit
* Anwar hanya pandai cari Pelacur dan bukannya Pelabur
* Isu jam tangan OMEGA Anwar Ibrahim
* Isu pengakuan Raja Petra bahawan Anwar Altantuya ialah yang merancang fitnah Najib
* Pakatan tidak mampu membela kaum bumiputra di sarawak, lihatlah bagaimana DAP membuat diskriminasi terhadap kaum bumiputra di Pulau Pinang.
* Pakatan hanya datang tunjuk muka semasa pilihanraya dan tidak pernah membantu rakyat sebelum ini.
**** korang tambahlah lagi dengan isu-isu lain..

Bn tidak mempunyai banyak masa... BN mesti berhati-hati kerana pembangkang sanggup membuat apa sahaja termasuk beli undi.... sampailah masanya, sekarang BN perlu keluarkan 'buah pukul' KO terhadap pembangkang...

Jangan bagi peluang kepada Pakatan bertapak di bumi bertuah ini.. halau nyamuk, jerung, hantu, jembalang dari semenanjung dari terus meratah rakyat Sarawak!!!

Anwar Altantuya meroyan di Sarawak!!!

4 Komen!!!
credit ti Dimensi












Video Pengakuan Raja Petra mengenai Rosmah tidak terlibat

1 Komen!!!


Memang selama ini, tuduhan Najib dan Rosmah terlibat adalah angkara Anwar dan kuncu-kuncunya.. semuaanya hanya fitnah belaka yang direka oleh ANwar Aljuburi!!!..

Anwar Altantuya : tanyalah orang itu, kata Raja Petra

2 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.

Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mereka mendesak tindakan itu diambil bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meletakkan jawatan.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu tempat hutan. Dan saya dok fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, 12 malam, saya ingat mustahil kot," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Rakaman temu bual itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.

Raja Petra berkata dalam Akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini.
"Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata: "Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi, dan untuk orang-orang ini ke depan.

"Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis," katanya.

Raja Petra berkata, individu yang memberinya maklumat tersebut terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Selain itu, seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kepada Nik Azmi kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu dan bertanya:

"Apa yang kau harapkan untuk dicapai? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak sekat Najib, Najib akan menjadi perdana menteri, ganti Pak Lah."

Raja Petra berkata, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar.

"Din Merican pun hubungi saya balik, dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi lampu hijau. Dia kata okey, orang ini tak ada masalah, apa dia cakap kita boleh percaya.

"Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar...Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini...dia kata teruskan. Saya pun teruskan," katanya.

Raja Petra berkata, semua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

TV3 akan menyiarkan sambungan temu bual ekslusifnya dengan Raja Petra dalam Buletin Utama 8 malam esok. - BERNAMA

Kongsi Link Anda