Popular Today

Rabu, Julai 22, 2009

Terkini Kes Kematian Teoh : Najib umum penubuhan Suruhanjaya Di Raja

0 Komen!!!
22/07/2009 5:28pm


Kuala Lumpur 22 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja dengan terma-terma tertentu untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap mendiang Teoh Beng Hock.

Najib juga mengarahkan supaya inkues terhahadap kematian Teoh dimulakan minggu depan untuk menentukan punca sebenar kematian mendiang.

Zaid - Ku Li : Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

1 Komen!!!
Nampaknya agenda Anwar untuk menarik Ku Li gagal setakat hari ni la. Semalam Zaid hantar rombongan merisik Ku Li untuk 'join' PKR..

Hari ni, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari Rabu menegaskan beliau tidak akan meninggalkan UMNO dan serentak dengan itu menolak pelawaan yang dibuat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim untuk menyertai beliau yang kini menjadi ahli PKR. Katanya, sekalipun UMNO ada kelemahan tetapi ia masih ada peranan untuk masa depan yang diharapkan.

Patut Zaid hentikanlah merosakkan UMNO dari luar. Dulu beliau juga yang rosakkan UMNO... kes hakim dipecat, kes ISA.... otak dia dah memang otak pembangkang walaupun dalam UMNO...

Sepatutnya Zaid bertaubat macam Ku LI dan kembali semula kepada UMNO....

Bukan Melayu kumpul kekayaan, Melayu berpolitik tak habis-habis

6 Komen!!!
Perihal bukan Melayu.. semakin hari semakin kaya...

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melanggan baki sejumlah 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada bumiputera yang ditawarkan untuk semua kaum semalam. Peluang kepada semua kaum sentiasa diberikan oleh kerajaan.


Perihal Melayu.. politiking tak habis... semakin hari.. semakin berpecah.

Orang bukan Melayu sibuk cari kekayaan, Melayu pulak jadi barua demonstrasi akibat Parti Politik Pembangkang... macammana Melayu nak kaya.... berpolitik siang dan malam..

Lihat ulasan Tun Mahathir dalam catatan terbarunya bertajuk -kaki dalam kasut "Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan."

Kongsi Link Anda