Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu atau 60.62% dari 496,500 isi rumah memperoleh pendapatan di bawah RM 1,000 sebulan. Manakala bagi pendapatn RM 2,001 hingga ke RM 3,000, Melayu sebanyak 975,500 atau 57,58% dari 1,695,600 isi rumah.
Secara keseluruhannya kaum Melayu ialah paling ramai yang mempunyai pendapatan kurang RM 1,000 dan kurang dari RM 2,000. Manakala Kaum Cina mengatasi kaum Melayu di paras gaji RM 10,000 dan RM 20,000 ke atas.
Ini menunjukkan dari keseluruhan isi rumah, kaum Melayu masih kumpulan terbesar yang perlu diberi perhatian berbanding kaum-kaum lain. Namun dasar kerajaan adalah mengingkatkan lagi pendapatan rakyat dan membebaskan diri mereka dari kemiskinan.
Sumber: Utusan Malaysia