Popular Today

Rabu, Julai 09, 2008

Isu Liwat : siapa mangsa sebenar

0 Komen!!!
Umpama cerita yang didalangi CIA dalam filem hollywood, isu liwat Anwar Ibrahim
sudah berubah. Mohd Saiful yang sepatutnya seorang mangsa liwat sekarang menjadi tertuduh di dalam Isu ini. Itulah kepakaran DSAI, memanipulasi isu dan media sehinga berpihak kepadanya.

Dari isu Anwar meliwat, habis dikaitkan isu peribadinya dengan kes dan isu yang lain. Dikaitkan dengan Najib, Rosmah, Bala, isu Attantuya dan sebagainya eseperti akuan bersumpah Bala 1 dan 2.

Sidang media demi sidang media diadakan, sehingga kuasa besar Amerika juga ingin campur tangan dalam isu ini.

Sehinggalah pelbagai cadangan dicadangkan pihak pembangkang, seperti mengantung tugas KPN dan Peguam Negara, Suruhanjaya di Raja Siasatan kes najib dan Suruhanjaya di Raja siasatan kes liwat Anwar.

Kemudian pula terdapat juga cadangan dari tokoh ulama yang mahukan Anwar dan Saiful untuk mubahalah. Kemudian Nik Aziz Nik Mat mengatakan bahawa Mubahalah dalah jalan terakhir selepas proses perundangan negara.

Semalam Mohd Saiful mencabar Anwar untuk mubahalah, tentukan sahaja masa, tempat dan tarikhnya.

Orang kata macam drama betullah!!!!.. Hebat dan dahsyat drama yang dirancang DSAI.. kerana dialah yang menyebabkan semua drama ini berlaku..

Pagi tadi (9 Julai 2008), Anwar berkata "atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini,"

"Dan saya telah dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Isunya ialah isu liwat bukanlah isu Zina. Secara jelas liwat tidak masuk dalam hukum hudud ianya hanya dikiaskan kepada Zina.

Dalam Utusan Malaysia hari ini (10 Julai 2008), seorang peguam terkenal, Dr Ridazuan Ibrahim berkata "Isu Qazaf hanya timbul seandainya terdapat tuduhan zina. Ia tidak merujuk kepada tuduhan liwat yang dihadapi Anwar sekarang" selain beliau berkata "kes itu dalam siasatan polis, Anwar membuat aduan qazaf yang hanya boleh digunakan untuk kesalahan zina".

Apa sudah jadi sebenarnya, setiap laporan dan cabaran Mohd Saiful terhadap semuanya ditepisnya.

Menurut peguam Syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, Anwar sebenarnya sudah melompat daripada prosuder yang sepatutnya!!!!................................

Cabaran Mubahalah oleh Mohd Saiful tidak disambut oleh Anwar. Malah beliau enggan melayan cabaran sumpah Mohd Saiful. kemudian beliau mengatakan tanggungjawab bersumpah sepatutnya terletak pada bahu penuduh itu sendiri.

Persoalannya kenapa beliau takut bersumpah.. walaupun beliau mengatakan ianya tiada dalam undang-undang Islam... kenapa beliau perlu mengelak???!!!!

Sebelum ini, Anwar mengatakan dia ada bukti dia tidak terlibat kes Liwat. Jadi mana buktinya! sebutkan sahajalah... ataupun ada helah lain.

Dengan kata lain...... habis semua dikaitkan oleh Anwar . Siapa yang boleh diambil kesempatan terhadap sesuatu isu atauapun kes, pasti akan menjadi mangsanya..

Apa lagi selepas ini yang akan dibuat oleh Anwar. Tunggulah episod drama oleh DSAI yang seterusnya!!... jangan ketinggalan...

Kata rakyat : Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui... mungkin kita terlepas hukuman didunia tetapi di akhirat Allah sahaja yang Maha Adil..

Kecoh: Unit Amal PAS bersalah

1 Komen!!!




Menurut laporan Malaysia kini, Unit Amal PAS menjadi sasaran kritikan anggota Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) susulan kekecohan di pentas sewaktu persembahan pemuzik Carburetor Dung di perhimpunan membantah kenaikan harga minyak, Ahad lalu.

Unit khas bawah Pemuda PAS ini dipersalahkan kerana memboikot kawalan keselamatan di stadium Kelana Jaya sebelum konsert tersebut. Satu sumber memberitahu Malaysiakini, mereka dianggap "telah meninggalkan medan perang" dan "jika unit ini ada, keadaan dipercayai akan lebih terkawal."

Dalam mesyuarat gabungan itu lewat petang semalam, isu penarikan Unit Amal PAS daripada tugasnya itu dibangkitkan sendiri oleh penyelaras Protes dan juga bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan sekretariatnya Aiman Athirah al-Jundi, juga setiausaha Muslimat.

----------------------------------------------------
Kata Rakyat : nampaknya tiada kesepakatan dalam 'Pakatan Pembangkang'. Istilah Pakatan Pembangkang atau Pakatan Rkyat haya ilusi yang dimomokkan oleh pihak pembangkang. Hakikatnya masing-masing membawa bendera masing-masing tanpa megambil kira pihak lain.

Namun apa yang jelas setiap kali program protes atau demonstrasi jalanan. Orang Melayu yang menjadi mangsa dan dipergunakan. Walaupun ramai majoritinya hanyalah orang Melayu.

Khasnya PKR dan PAS, mereka dan penyokong mereka yang dipergunakan kerana kebanyakan peserta dari kalangan orang Melayu iiatu penyokong PAS dan PKR. Manakala DAP hanya tersenyum, kedatangan peserta bukan Melayu seperti kaum Cina dan India boleh dikira dengan jari. Orang bukan Melayu sibuk mencari wang dan membuka perniagaan mereka tetapi orang Melayu yang sibuk berdemonstrasi...

Masih tidak perasankah wahai penyokong pembangkang, kamu hanya dipergunakan....

Kongsi Link Anda