Popular Today

Sabtu, November 24, 2012

Siapa yg tidak terima Hadi jadi PM.. DAP atau UMNO?

0 Komen!!!
Nampaknya PR sekali lagi terpaksa gunakan NIk Aziz sebagai penyelasaian kemelut siapa yang layak menjadi PM dalam Pakatan Rebah!!!

Semalam Nok Aziz buat kenyataan agar jangan jatuh dalam jerat politik. Pengerusi PKR Pahang pula mengatakan ini usaha Tun Mahathir nak lagakan PR..

Tapi apa SEBENARNYA!!!

Kenapa polemic ini terjadi..

Kerana MEMANG tiada ketetapan PAS boleh jadi PM!!

Siapa yang timbulkan Isu ini pada awalnya?

DAP!!!

Alasan yang diberikan oleh PR sebenarnya sangat lemah!! Macam biasa menolak kelemahan mereka pada BN!!!

Ianya menunjukkan bahawa Isu teras dalam PR Masih belum selesai dan akar umbi PAS Masih menolak Anwar daripada menjadi PM..

Ahli PAS tak nak anuar jadi PM..
Ahli PAS mahukan Hj Hadi jd PM..

Siapakah sebenarnya yang menolak dahulu cadangan ini.. Adakah Dari UMNO.. Atau BN.. Tetapi kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin PR sendiri Dari orang yang paling berkuasa dalam DAP..

LIm Guan Eng ialah orang pertama yang menolak kenyataan Dewan Ulama PAS..

Jadi tuduhan kepada UMNO ialah berniat jahat..



Khamis, November 22, 2012

Panas : satu lagi Ajaran Sesat PAS

1 Komen!!!


Satu lagi Ajaran Sesat PAS..

Nauzubillah...



Apa lagi yg nak digunakan oleh PAS.. Islam hanya menjadi mainan PAS semata-mata

Rabu, November 21, 2012

DOA Pas kemaruk kuasa!!

0 Komen!!!


Sebagai umat Islam pasti akan kecewa dengan tindakan PAS mendoakan kemusnahan umat Islam yang lain kerana idealogi politik.

INi adalah akibat terlalu taksub politik.. pendekatan yang dibawa oleh PAS ialah pendekatan Ekstrem!! bukannya wasatiyahh!! berbeza dengan pendekatan Nabi Muhammad SAW..



Doa ini jugalah sebenarnya menunjukkan PAS dah KEMARUK sangat nak berkuasa.. namun bagaimana mahu kuasa.. dengan menghancurkan kemusnahan orang lain.. bukanlah cara demokrasi sebenarnya.. seperti cara ketam..

PAS bukanlah gentle sangat.. pas patut doakan.. supaya rakyat Malaysia ni rasional dengan memilih parti yang terbaik untuk memerintah Malaysia dengan menunjukkan kedua-dua dasar dan usaha yang dibuat untuk negara!!

PAS tak pernah cerita tentang dasar.. PAS hanya menghentam dan membuatkan rakyat tidak rasional.. dengan menanam rasa benci pd rakyat.. dengan harapan jika rakyat dah benci pada UMNO mereka akan sokong PAS..

Inilah adalah politik zaman batu.. cara kotor.. kerana cara bertamadun adalah mengajak rakyat sama-sama berfikir memilih parti mana yang lebih baik..

Sudah masanya rakyat menolak kepimpinan PAS.. PAS adalah parti asabiyah dan taksub.. malah sangat keji dengan mendoakan kemusnahan orang lain demi kemaruk kuasa!!

 

Gambar Nik Aziz diperbodohkan oleh Husam Musa

1 Komen!!!
Cubalah tengok.. Kesian org tua ni.. Diperbodohkan oleh EXCOnya..


Cukuplah tu.. Letak lah jawatan..

Selasa, November 20, 2012

Takut ke!! PAS kata jangan perbesarkan doa KO BN

1 Komen!!!


Nampaknya PAS dah semakin takut..

kita lihat PAS doa menjerit-jerit macam tak tentu arah.. macam dah hilang akal.. tp yang berdoa tu pakai serban dan bekupiah..

Tapi perangai dan sikap yang ditunjuk tak  macam org pakai kupiah.. inilah yang sedihnya.. inilah Islam pd rupa sahaja.. Islam kosmetik yang PAS amalkan sebenarnya..



PAS kata jangan perbesarkan isu doa KO BN (klik sini) .. kenapa?

PAS sepatutnya minta maaf pd BN kerana dah tersilap dan tak patut bercakap sedemikian..

PAS kata BN zalim.. berapa ramai kakitangan kerajaan BN yng menyokong di buang kerja!! kalaulah BN ni zalim..

duit BR1M rm 500 pun PAS balun jugak, duit duin runtuh felda RM 15,000 pun PAS balun juga..

apatah lagi duit subsidi GAS, Petrol, beras, minyak masak, tepung dan sbginya.. kerajaan BN kata ambil lah semua.. tak kata pun ahli PAS jangan amik subsidi!!

sebab itu kenyataan Zalim PAS.. tak de justifikasinya.. hanya tuduhan politik jahat semata-mata

Taubatlah PAS.. cukuplah!!! jangan menipu rakyat lagi!!

Isnin, November 19, 2012

Muslimat PAS kelihatan bodoh : DAP tetap tidak terima PAS untuk jawatan PM

0 Komen!!!


Aku rasa Muslimat PAS.. pasti kelihatan bodoh pada hari ini..


Mana taknya, SU AGung DAP, Lim Guan Eng masih tidak menerima PAS untuk jawatan PM.. (klik sini)

So.. kita tahulah bahawa PAS tak pernah berada dalam hati DAP untuk perintah negara!!!

lihat sahajalah Pulau Pinang.. exco pun x dapat kat PAS..

Lihat sahaja selangor.. EXCO Parti Islam.. tp x pegang porfolio EXCO agama Islam..


Inilah akibat bila PAS tiada lg perjuangan Islam dalam landasan mereka..

tak sedar lg puak Pas ni hanyalah kuda tonggangan PR jek untuk dptkan sokongan Melayu dan Islam!!

Parlimen M'sia bentang usul kecam Serangan Israel esok!!

0 Komen!!!





Tahniah BN.. kerajaan Malaysia yng diterajui BN akan bentang Usul tergempar bagi mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Dewan Rakyat esok.

 Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan perkara itu hari ini. - UTUSAN

***Ayuh rakyat Malaysia bangkit menolak kekejaman Israel..  doakan kemusnahan Israel dan Yahudi.. bukan macam PAS yg doakan kemusnahan sesama Islam!!

Siapa PAS nak hukum keIslaman orang lain!!

0 Komen!!!
Ini akibatnya bila sampai mati pun tapi mahu pegang jawatan lagi..

Bukan setakat tu PAS pula menyamakan diri mereka sebagai nabi.. mana taknya.. bila PAS menyebut sama macam nabi Noh yang boleh doakan kemusnahan umatnya.. PAS juga boleh doa kemusnahan UMNO.. dah sesat dah PAS ni..  kita tahu nabi Noh AS ialah seorang Nabi.. tapi PAS ni parti politik je.. title tok guru pun atas gelaran sendiri.. sendiri angkat bakul..

Tapi PAS menganggap dia ni lebih dari tuhan.. kerana boleh menghukum orang lain.. kapirlah.. murtadlah.. siapa PAS untuk hukum keIslaman orang lain!!



Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Dengan mempersoalkan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Kita tahu bahawa banyak ajaran yang rosak dalam PAS sebenarnya dibawa oleh Nik Aziz yang banyak mengeluarkan fatwa-fatwa politik..

Inilah bukti bahawa bila agama digunakan untuk tujuan politik.. yg salah pun boleh jadi betul semata-mata atas alasan politik!!

Ahad, November 18, 2012

Video PAS mahu musnahkan sesama umat Islam (versi pendek)

2 Komen!!!

Bila nafsu untuk berkuasa mengattasi ukhwah dalam beragama Inilah jadinya..

 Islam ialah agama membawa Rahmat sekelian alam..

Tapi bukan macam yang dibawa oleh PAS bila agama mahu bawa kepada kehancuran sesama umat Islam.

.

Nauzubillah  min zalik.. Adakah ini akhlak sebagai umat Islam!!!

Jumaat, November 16, 2012

PKR Selangor Kalut : lulus dulu, ulas kemudian

0 Komen!!!


Mudah sahaja kerja MB PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gemar mengambil tindakan lulus dulu, ulas kemudian menyaksikan pentadbiran negeri sentiasa kalut dan penuh kontroversi.

Dalam isu pengambilan tanah milik Yayasan Selangor (YS) di Klang bagi membina Pusat Kebudayaan Cina. Beberapa dokumen menunjukkan kelulusan pengambilan tanah dibuat 4 Mei 2011, tapi ada pula beberapa surat memohon ulasan atau penjelasan, dihantar kepada YS selepas tarikh kelulusan itu.

Untuk melihat salinan surat sila klik di sini : salinan surat

Bukti lain adalah surat Pejabat Tanah dan Daerah Klang kepada YS memaklumkan kelulusan EXCO berhubung pengambilan tanah itu. Bagaimanapun, YS pada 12 Julai 2011 hantar surat tidak bersetuju dengan kelulusan EXCO itu.

Ini jelas memperlihatkan kelemahan Menteri Besar.Sambil menunjukkan salinan surat EXCO, Elizabeth Wong kepada Menteri Besar bertarikh 21 Mac 2011 meminta tanah itu diserahkan bagi pembinaan pusat kebudayaan..

ps : Bila dah berkuasa.. tak kiralah betul atau salah semua boleh buat..  baru dapat kuasa sedikit Islam dah nak disamaratakan dgn agama lain..

Sabtu, November 10, 2012

Nik Aziz : kenyataan Nurul Izzah salah dan mencemar Islam

1 Komen!!!

Sebagai  umat Islam , sebenarnya dah jelas apa yang dikatakan oleh anak Anak Ketua Pembangkang  tu salah.. 

Mana boleh benarkan umat Islam pilih agama .. Apatah lagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam..

Hakikat ini di akui Nik Aziz "Itu tak betul, kalau itu ucapan dia (Nurul Izzah)," katanya kepada Bernamaselepas menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Masjid Ketereh..

Tapi itulah hakikatnya yang telah di katakan oleh Nurul Izzah.. 

Jumaat, November 09, 2012

BN Pertahan Akidah, PKR Gadai Akidah!!

0 Komen!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan soal akidah Islam mesti dipertahankan tanpa kompromi walaupun negara berkongsi nilai sejagat dengan pelbagai bangsa dan masyarakat.

Serentak dengan itu, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman liberalisme dan pluralisme yang dihadapi umat Islam di negara ini.

Menurutnya, fahaman yang sedang menular itu mengancam keharmonian dan kestabilan kehidupan beragama dan bermasyarakat, berikutan silap tafsir mengenai konsep kemajmukan.

Ada pihak tertentu yang ternyata silap mengenai konsep kemajmukan, dan ini menjurus kepada mereka melihat semua agama mempunyai nilai yang sama, katanya pada majlis ramah mesra bersama warga pondok dan pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di Ampang, Khamis.

Bernama melaporkan Najib berkata: "Sungguh malang kerana ada golongan yang mengamalkan fahaman ini, disokong pula oleh pihak berkepentingan yang bersekongkol dengan golongan yang berfahaman demikian."

Dalam pada itu, Najib berkata mutakhir ini, banyak tuduhan dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dibuat pihak tertentu mengenai agama Islam yang tidak berdasarkan ilmu, sebaliknya bagi memenuhi agenda atau kepentingan tertentu.











Khamis, November 08, 2012

Nurul Izzah gadai agama [video]

0 Komen!!!
Terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata padah akibatnya..

Inilah yang terjadi kepada anak tokoh liberalisme agama Anwar Ibrahim yang mahukan Melayu diberi pilihan untuk memilih agama..

Inilah sebenarnya perjuangan PKR yang mahu menggadai kesucian agama Islam..

Saat demi saat Islam dipersoalkan.. kesuciannya semakin tercemar kerana ketamakan kepimpinan PKR yang sanggup gadai agama demi Islam



Kini masanya rakyat khasnya umat Islam dan bangsa Melayu menilai apa akan terjadi kepada bangsa dan agama mereka jika PKR memerintah!!

Kongsi Link Anda