Sabtu, April 05, 2014

Lim Kit Siang dicabar tunjukkan pendirian terhadap Hudud Kelantan

0 Komen!!!

SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dinasihatkan supaya bertegas dan menunjukkan pendirian tetap mengenai pandangannya tentang pelaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan.

Setiausaha Pemuda MCA, Leong Kim Soon berkata, pelaksanaan undang-undang Hukum Jenayah Syariah (2) Enakmen 1993 mungkin akan menjejaskan norma masyarakat bukan Islam di negeri tersebut.

Sehubungan itu katanya, langkah berdiam diri yang diambil oleh Kit Siang dan Guang Eng dilihat sebagai ahli politik yang tidak tetap pendirian.

Menurutnya, kebisuan yang berlaku adalah disebabkan ingin menjaga hubungan baik kedua parti Pas dan DAP.

“Jika DAP sebuah parti politik yang bertanggungjawab, pemimpinnya akan bersuara demi rakyat dan membela kehidupan bangsa yang bukan beragama Islam di negeri Kelantan.

“Pelaksanaan hukum undang-undang ini akan memberi kesan yang mendalam kepada penduduk bukan Islam di negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya lagi, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh turut menyifatkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan adalah tidak relevan.

“Itu adalah kenyataan peribadi dari Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng harus bersuara demi rakyat dan teguhkan prinsip dalam menolak perlaksanaan hukum hudud ini,” katanya lagi.

Hati seorang ibu

0 Komen!!!

Tidak kira berapa kali dihina, dicaci, difitnah.. hati seorang ibu tetap mendoakan yang terbaik untuk anaknya..

Post FB melampau penyokong PR

1 Komen!!!

Inilah hasil bila mengamalkan politik kebencian. Penyokong sentiasa diajar dan dilatih untuk taksub dan membuat tindakan yang tidak rasional. 

Lihat sahajalah pemimpin mereka. Bila bercakap hanya menyampaikan mesej kebencian kpd pegikut mereka. 


Jadi tidak mustahil pengikut mereka hanya menjadi penyokong membuta tuli yang tidak mampu fikir rasional lagi.


Ayuh rakyat Malaysia marilah kita menolak politik kebencian yang melampau. Berbeza pendapat adalah perkara lumrah tapi biarlah asas fakta dan bukan emosi

Kongsi Link Anda