Popular Today

Isnin, Mac 17, 2014

Lawak of the day : Mahfuz tawar jadi tebusan #mh370

2 Komen!!!

Pening tengok pemimpin PR sorang 2 ni.. raja bomoh Pakatan aka Mahfuz Bean tawar diri jd tebusan #mh370.

Kadang-kadang bila nak cari populariti tak perlulah sampai memalukan diri.. ni Mahfuz dah macam nak jadi raja bomoh pulak..

Tepuk dada.. tanyalah iman..

#PRKkajang : awas!! PKR sedang merancang kekecohan..

0 Komen!!!
Kita masih tidak tahu keputusan PRK N.25 Kajang.. Namun PKR dan rancang untuk lakukan kekacauan!!

Namun berdasarkan tindakan yang akan dibuat PKR yang mahu membuat bantahan mengenai keputusan mahkamah itu. Pastinya kekecohan adalah cara PKR untuk menarik simpati rakyat kepada mereka.


Isu seperti kezaliman, SPR sebelahi UMNO, Pengundi Hantu, UMNO main kotor pasti akan dimainkan. Ianya adalah taktik biasa  PKR.


PKR pastinya akan menggunakan taktik kotor untuk mengugut dan menakutkan pengundi BN. Taktik jalan jem dan tutup jalan adalah cara biasa yang diamalkan PKR khasnya semasa tarikh pembuangan undi ini.

Namun apa yang penting dan peringatan kepada rakyat Malaysia ialah.. Manusia merancang, tapi sebaik-baik pernacangan adalah Allah SWT.

#PRKKajang : khusyuknya Ahli PAS tengok chinadoll!!

0 Komen!!!
Khusyuk ahli PAS tengok ..antara hiburan Kempen PKT di Kajang!!

Dahsyat betul cara kempen PKR di kajang ini.. Program anjuran DAP ini yang bertempat di Sungai Chua, Kajang pada malam semalam berjaya menarik kehadiran 1000 orang dengan 45% yang hadir adalah ahli PAS.


#PRKkajang : gambar separuh bogel siapa ni??

1 Komen!!!

Nampaknya kempen PKR semakin terdesak.. PKR melalui Red Bean Army mula memainkan isu peribadi. Facebook pro PKR.. Fully Support ANwar To Become Selangor Menteri Besar telah menyiarkan gambar calon BN dalam keadaan separuh bogel.

Hakikatnya PR ini memang x dapat dipisahkan dengan Fitnah.. Kak Wan pun setiap malam sudah mula menyerang calon BN Chew Mei Fun..




Sebagaimana kita tahu, Chew Mei Fun merupakan calon bersih.. tiada isu peribadi.. seorang calon yang berintegriti dan berkredibiliti. Tidak seperti kak Wan yang bertanding hanya untuk suaminya semata-mata kerana PKR adalah parti yang mengamalkan kronisme dan Nepotisme.

Rakyat sedar dari mula lagi PRK Kajang adalah mula-mula lagi adalah untuk politik sempit Anwar Ibrahim. Sepanjang kempen PR di Kajang beliau tidak menyentuh langsung isu rakyat Kajang. Jangan rakyat kajang sekali lagi di tipu oleh PKR.


Satu lagi tidak rugipun orang Kajang tidak mengundi PKR kerana mereka tetap menjadi kerajaan.. Jika undi Chew Mei Fun rakyat Kajang boleh desak kerajaan Negeri untuk kerja lebih rajin lagi. Suara pembangkang yang kuat dalam Dun Selangor sangat diperlukan untuk check n balance pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan negeri Selangor.





#PRKKajang : Rakyat kajang mempersendakan tema kempen PKR!!

0 Komen!!!


Sebenarnya rakyat Kajang masih termangu-mangu apabila Pilihanraya Kecil Kajang diadakan. Mana taknya dengan tiba-tiba ADUN kajang letak jawata dan beri laluan kepada Pilihanraya Kecil diadakan.


Akibat dari tindakan PKR yang tidak demokrasi yang paksa ADUN Kajang letak Jawatan telah menyebabkan SPR terpaksa membelanjakan duit rakyat RM 1.6 juta. 

Ini adalah satu pembaziran duit rakyat.. Anwar suka menuduh BN suka bazir duit rakyat.. tapi apabila mereka membazir mereka akan adakan pelbagai alasan untuk mewajarkan pilihanraya Kecil Kajang ini.




Anwar memberi alasan PRK ini adalah satu referendum rakyat untuk tolak BN.. tapi apakah sebenarnya alasan PKR untuk pilihanraya ini.. alasan sebenar Pilihanraya ini adalah untuk menutup masalah dalaman PKR yang berlaku dalam negeri Selangor.

Rakyat Kajang sepatutnya tidak terlupa perbalahan antara Khalid Ibrahim dan Azmin ali yang berebut Jawatan Menteri Besar Selangor.  Perbalahan ini berterusan sehingga ke PKNS yang akhirnya Khalid Ibrahim memecat Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pngarah.

Bukan itu sahaja, isu PKNS ini juga semakin parah apabila Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha PKNS Norita Mohd Sidek dipecat serta merta.


Isu pengguguran Mohamed Azmin menjadi hangat apabila kerajaan negeri dan PKNS menuding jari antara satu sama lain malah Abdul Khalid pula menyatakan hanya mahu memberikan penjelasan setelah berjumpa dengan pengurusan perbadanan itu pada Isnin.

Sebelum itu, Abdul Khalid menafikan dakwaan beliau terlibat dalam membuat keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan oleh Othman yang mahu menamatkan khidmat Ahli Parlimen Gombak itu pada penghujung bulan ini.

Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Norita yang memaklumkan kuasa melantik Anggota Lembaga Pengarah adalah di tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS. Norita berkata, pengguguran Azmin itu juga disahkan oleh MMKN pada Disember lalu

Rakyat boleh melihat betapa jeliknya permainan politik PKR ini. Berterusan selepas itu ialah pemecatan 26 kakitangan PKNS yang dikatakan pro Azmin telah dibuat.


Selepas itu datang ura-ura tentang peletakan Jawatan ADUN Kajang.. namun pada mulanya Anwar menafikan.. tetapi kemudian bukan shaja Anwar mengesahkan ADUN tersebut letak jawatan tetapi telah mengishtiharkan diri beliau sebagai calon PKR. Dan tidak setakat itu beliau juga mengesahkan beliau juga dalah calon MB Selangor.



Pilihanraya Kecil Kajang, PKR telah menggunakan tema Dari Kajang Ke Putrajaya. Sebenarnya kalau dilihat tema tersebut tiada kaitan lagsung di antara satu sama lain. 

Pertama : Pemilihan Kajang ialah DUN di Selangor.. bagaimana pilihanraya DUN ada kaitan dengan Parlimen.

Kedua : Pilihanraya Kajang adalah melibatkan satu DUN sahaja bukannya Pilihanraya Negeri dan Pilihanraya Umum

Ketiga : PRK kajang bukanlah Pilihanraya Umum

Sebenarnya tiada kaitan langsung antara Kajang dan Putrajaya ini. 

Hanya orang bodoh sahaja yang mempercayai tema ini.. 



 

#PRKKajang : Press Statement PKR menunjukkan kebodohan politik mereka

1 Komen!!!

Semalam PKR membuat Kenyataan Akhbar mengenai pilot MH370 yang di kaitkan dengan PKR. Dalam PC tersebut, PKR menggunakan taktik biasa menyalahkan UMNO dan kerajaan yang mengaitkan pilot tersebut dengan PKR.

Sesungguhnya kenyataan dalam PC itu sebenarnya menunjukkan kebodohan PKR yang bertingkat-tingkat.

Tuduhan UMNO atau kerajaan Malaysia yang mengaitkan pilot dengan PKR adalah tidak berasas kerana tuduhan tersebut adalah bermula dari kenyataan akhbar kawan2 anwar iaitu akhbar antarabangsa The Mail dan Mirror yang berpengkalan di UK.

Sedangkan isu MH370 ini menjadi modal utama PKR salahkan UMNO dan BN semasa kempen di Kajang. Pada mula isu ini keluar ada di antara pemimpin PKR sendiri cakap isu MH370 ini adalah kerana hukuman Liwat terhadap Anwar Ibrahim. Begitu hebat Anwar Ibrahim ini sehingga menyebabkan kejadian buruk yang berlaku di dalam keadaan ini ada kaitan dengan dia.





Adakah kenyataan yang dibuat oleh akhbar tersebut salah UMNO juga..  tapi apa yang jelas, pilot tersebut adalah AHli seumur hidup PKR dan aktif mengikuti program PKR.


Teringat dahulu bila kes liwat antara Saiful Bukhari.. bila terdapat gambar Saiful Bukhari dengan Ds Najib. Bagaimana puak-puak PR spin cerita kes liwat adalah perancangan Najib dan UMNO. Sedangkan kes tersebut antara Anwar dengan Saiful Bukhari.


Lihatlah betapa akrabnya pilot tersebut dengan Ahli Parlimen PKR.



Perkara mengejutkan juga ialah.. PKR ialah parti yang suka saman Akhbar jika sesuatu dianggap tidak betul.. tapi dalam kes tuduhan akhbar asing ini, PKR ambil keputusan tidak akan menyaman akhbar tersebut.. ini juga perkara misteri.. kenapakah PKR tidak mahu menyaman akhbar ini yang secara terang-terang mengaitkan pilot tersebut dengan isu Anwar..


Tapi apabila gambar pilot tersebut dengan pemimpin PKR terkeluar.. PKR jadi lintang pukang pula. Kenapa?? sebab mereka dahulu yang jahat sangat suka kaitkan sesuatu isu dengan orang lain dan kali ini mereka terasa kaitan itu?


Apa yang hendak ditonjolkan bukan hendak mengaitkan pilot tersebut dengan perampasan Mh370. Tapi hanya nak sebut betapa akrabnya hubungan pilot tersebut dengan PKR ini.

Kongsi Link Anda