Isnin, April 07, 2008

Pakatan Rakyat mula goyah

0 Komen!!!
Pendirian Karpal Singh amat jelas dari daulu lagi mengenai penubuhan Negara Islam. Dan Karpal lah orang yang bertanggungjawab mengatakan "langkah mayat aku kalau nak tubuh negara Islam". PAS dan DAP sebenarnya tidak mungkin bersatu, apalagi hasrat PAS nak terajui Pakatan Rakyat. PAS perlu cermin diri dahulu. Dengan kata lain Siapa PAS nak terajui pakatan Rakyat?.

Pakatan Rakyat diasaskan dari 3 parti yang berbeza Fundemantal iaitu PAS, DAP dan PKR. Setiap parti berusaha menjadi hero di kalangan kaum masing-masing. Asas penubuhan PAS jelas kononnya untuk membina negara Islam dan melaksanan hukum Hudud. Tapi pelik pada Pilihanraya Umum ke-12 kali ini isu ini tidak ditimbulkan oleh PAS semasa mengumumkan manifesto mereka. DAP pula memperjuangkan negara Sekular dan Malaysian Malaysia. Kita Perlu ingat DAP tewas pada Pilihanraya Umum ke-11 adalah disebabkan PAS yang inginkan negara Islam ketika bersama Barisan Alternatif dan DAP tidak akan membuat kesilapan yang sama yang boleh menggugat undi kaum Cina terhadap mereka. Bagaimana agaknya PAS dan DAP akan bersatu?. PKR pula akan menubuhkan negara Anuar Ibrahim kerana tiada orang lain yang layak menjadi Perdana Menteri hanya dia sahaja.

PAS hakikatnya tiada suara di pakatan rakyat hanya pengikut semata-mata. Kepimpinan mereka tidak di iktiraf dan dianggap lekeh. Idea Negara Islam mereka tidak relevan dan ini yang dikatakan oleh Lim Kit Siang adalam blognya "March 8 "politic al tsunami” is for change to restore justice, freedom, democracy and good governance and not for Islamic state or hudud laws" http://blog.limkitsiang.com/2008/04/05/march-8

DAP tidak mungkin ikut kata PAS apatah lagi PKR. Sebab itu mereka tidak berani suara kerana hak, seperti di negeri Selangor? apa agaknya pendirian PAS terhadap Kilang Arak di Shah Alam, kelab-kelab malam seperti cendawan tumbuh? mereka jelas hanya mempermainkan rakyat dengan janji-janji. RM 100 juta telah diperuntukkan untuk ternakan babi, dimanakah suara PAS. Tunggu dan lihat sahajalah..

Langkah tarik balik Savvy bukti Proton matang

0 Komen!!!
Langkah Proton untuk menarik balik model Savvy baru-baru ini menunjukkan proton semakin matang dan berani. Isnin lalu, Proton mengumumkan menarik balik 34,000 unit model Savvy untuk membuat pemeriksaan lanjut kemungkinan galas roda belakang dimasuki air yang boleh menyebabkan komponen terbabit rosak.

UMNO perlu bersatu

0 Komen!!!
Menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Keputusan Pilihanaya Umum ke-12 yang lalu menunjukkan keputusan diluar jangkaan dan ada sebahagian yang mengatakan sebagai Tsunami politik.. Daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dipertadingkan BN hanya berjaya memenangi sebanyak 140 kerusi berbanding pembangkang sebanyak 82 kerusi Dewan Rakyat. iaitu BN kekurangan 8 lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3sebanyak 148 kerusi. Ini bermakna BN hanya memperolehi 63.5% dan pembangkang pula memperolehi sebanyak 36.5%.

Daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, UMNO bertanding sebanyak 117 kerusi dan hanya memenangi 79 kerusi sahaja. Bakinya dimenangi samada PAS atau PKR. Ini bermakna UMNO memperolehi sebanyak 67.5% undi di kawasan majoriti Melayu berbanding Pembangkang memperolehi sebanyak 33.5%. Kesimpulannya UMNO masih popular dan relevan kepada majoriti bangsa Melayu dan merupakan satu-satunya parti yang memperolehi kerusi terbanyak pada Pilihanraya Umum ke-12. UMNO hanya kekurangan 31 kerusi daripada 110 kerusi dewan rakyat atau 26% undi kepada 79 kerusi berbanding Pilihanraya Umum ke-11 yang lalu.

Banyak faktor yang menyebabkan BN kalah di beberapa kerusi Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri seperti faktor calon tidak sesuai, jentera parti tidak bergerak, boikot dan sabotaj, isu-isu nasional dan tempatan yang tidak terjawab. Hakikatnya memang banyak kelemahan yang berlaku ketika pilihanraya umum yang lalu.
Namun apa yang paling ketara punca kekalahan di kawasan UMNO bertanding ialah kerana faktor calon sehingga timbul boikot dan sabotaj, pemimpin UMNO menggelapkan wang kempen pilihanraya, jentera lemah, hambar dan tidak tersusun selain faktor undi penentu seperti Cina dan India yang berpaling arah.

Banyak perkara yang perlu dibaiki oleh UMNO, dan pertelingkahan dan perdebatan yang berterusan tidak akan membawa keuntungan terhadap UMNO dan juga orang Melayu. Jika hendak kira siapa bersalah pasti semua dianggap tidak terlepas untuk dituduh sedemikian. Apa yang penting bagi pemimpin dan ahli UMNO sekarang adalah bagaimana untuk memulihkan UMNO itu sendiri, ahli UMNO perlu dipulihkan semangatnya supaya jiwa mereka tenang dan bertenaga kembali. Jadi UMNO perlu bersatu kita terima kekalahan dengan hati yang terbuka, kita terima teguran dan jadikan sebagai pemangkin kebangkitan semula UMNO dan orang Melayu.

Selamat Datang ke Inspirasi Melayu

0 Komen!!!
Selamat datang ke blog Inspirasi Melayu. Blog ini menyediakan ruang untuk dikongsi dari pelbagai sudut dan aspek. Semoga blog ini akan menjadi ruang untuk mempertingkatkan imej Melayu di tanah air ini.

Kongsi Link Anda