Selasa, Jun 16, 2009

Terima Kasih Us Nasharudin

0 Komen!!!


Dalam menjawab respon Najib mengenai PAS ikhlas mengenai kerajaan perpaduan, us Nasha menerima baik respon Najib mengenai kerajaan perpaduan.

Inilah sepatutnya pemimpin Islam bertindak dari dahulu lagi sentiasa berjiwa besar dan bukan berfikiran sempit. Inilah pemimpin yang melihat agama Islam di hadapan dan parti politik di belakang. Beliau berkata respon ini saya terima dengan hati terbuka dan akan memberitahu presiden pas. Beliau berkata PAS menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden BN, begitu terbuka untuk menerima perbincangan kerajaan perpaduan.

“Respon (kali ini) yang saya rasa pertama kali agak serius daripada Perdana Menteri, dan saya sendiri bawa balik ke Presiden parti sendiri. Saya tidak boleh cakap bagi konteks parti.

“Kita tidak boleh buat keputusan secara individu. Muktamar merupakan pihak berkuasa tertinggi,” katanya.

Sebelum itu Najib mengulas hasrat PAS, beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Namun berita sambut baik dari Najib dan Nasharudin ini menggelikan telinga ramai penyokong Erdogan yang berasa tidak senang dengan respon ini. Antaranya sebagaimana respon dari blog Pinktutle menulis

Adakah bermoral dan tidak berdosa kalau ada pemimpin tertinggi PAS yang mengkhianatinya?

Saya tidak tarik balik maki hamun saya kepada pengkhianat kepercayaan rakyat. Apabila orang Cina atau Hindu mempercayakan wang ringgit mereka kepada kita misalnya, kita wajib menjaganya dengan amanah. Jika kita pecah amanah, tok-tok guru yang saya tumpang mendengar orang belajar dari mereka menegaskan, kita berdosa. Tidur malam payah nak lena. Memohon maaf berkali-kali pun tidak meredakan rasa berdosa.

Begitulah panas punggung setan-setan anti perpaduan Islam ini. Tahniah dan terima kasih Us. Nasha..


Najib sambut kerajaan Perpaduan

0 Komen!!!
Istilah popular dalam politik, tak de kawan selamanya dan tak de musuh untuk selamanya.. apakah ini akan benar-benar berlaku antara PAS dan UMNO. Menurut Datuk Seri Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata "Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.

"Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah. "Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah," katanya. Cadangan Abdul Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan itu disifatkan mampu untuk menyelesaikan pelbagai isu termasuk masalah politik negara secara menyeluruh.

Kalau dah ikhlas apalagi... segeralah buat... benda yang baik tak patut ditangguh-tangguh..

Debat hala tuju PAS - perangkap DAP dan PKR

1 Komen!!!
Program Sembang Kopitiam anjuran Angkatan Muda PKR (AMK) Selangor dan Shah Alam - yang dijadualkan berlangusng di Dewan MBSA, Seksyen 11, Shah Alam malam ini, telah ditangguhkan.

Alasannya program ditangguhkan atas beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan pada saat-saat akhir. Tapi aku sangsi dengan alasan ni, dengan kecanggihan unit IT Pas dan Pkr mana mungkin ada msalah teknikal. Ataupun ada pihak yang tidak bersetuju program debat tersebut ibarat membuka seluar dikhalayak ramai.

Mananya tak buka seluar sendiri... hanya hala tuju PAS yang dipersoalkan, banyak tu yang hendak dipersoalkan, isu hudud, negara Islam, kerajaan perpaduan, kemenangan ulama, kekalahan erdogan dan banyak lagi..

Antara panel debat ialah Ketua Pemuda Sosialis DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin. Manakala Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menolak jemputan tersebut.

Mungkin PAS sedar ini sebenarnya usaha untuk perangkap PAS oleh DAP dan PKR.... sebab itu PAS menolak perlawaan tersebut.

Monyet DAP

3 Komen!!!

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AMAT memalukan! Itulah kesimpulan Awang terhadap apa yang berlaku di Dewan Rakyat semalam, sejurus anggota Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah.

Biasanya Speaker Dewan akan mengalu-alukan kehadiran anggota Dewan yang baru sebaik sahaja selesai upacara angkat sumpah. Namun, lain jadinya semalam apabila Nizar diarah keluar Dewan kerana memakai lilitan pada songkoknya yang melanggar etika berpakaian.

Bagi Awang, beliau gagal membezakan dirinya sebagai ADUN dan anggota Dewan Rakyat apabila mengenakan lilitan kepala terbabit dan melaungkan ‘Hidup Rakyat, Bubar DUN’.

Kalaupun benar Nizar berbuat demikian untuk menarik perhatian terhadap tuntutan pembangkang supaya DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, ternyata platform yang digunakannya tidak sesuai langsung.

Beliau sepatutnya berfungsi sebagai ahli Parlimen semasa di Dewan Rakyat, bukan sebagai ADUN dan bekas Menteri Besar Perak.

Setidak-tidaknya perjalanan sidang Dewan Rakyat semalam terganggu ekoran gelagat Nizar itu yang turut disambut oleh sebilangan lagi anggota Parlimen daripada pakatan pembangkang.

Awang – Perhati gelagat orang.

Kongsi Link Anda