Selasa, Oktober 20, 2009

Caruman KWSP pekerja kembali kepada 11 peratus

1 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji cadangan supaya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kembali kepada 11 peratus berkuat kuasa serta merta sekiranya ia keputusan majoriti pekerja di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kalau perkara itu dikemukakan, kerajaan akan teliti. Apa yang penting untuk kebaikan kepada pekerja kerana potongan bukan dibuat daripada sumber lain tetapi daripada pendapatan dan gaji mereka, itu kita kena ambil kira... kerajaan akan timbang ikut kehendak majoriti," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata setakat ini beliau tidak pasti sama ada cadangan itu telah dikemukakan secara rasmi kepada kerajaan atau tidak.

Semalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan supaya membenarkan 2.2 juta pekerja yang memilih potongan lapan peratus bagi caruman KWSP untuk kembali kepada 11 peratus berkuat kuasa serta merta.

Naib Presiden MTUC, A Balasubramaniam berkata kongres itu prihatin dengan 2.2 juta pekerja kerana mereka kini kerugian dalam bentuk dividen dan bayaran akhir apabila mereka mencapai umur persaraan.

Berikutan krisis ekonomi November tahun lalu, kerajaan membenarkan pekerja untuk memilih sama ada kekal dengan caruman 11 peratus atau mengurangkannya sebanyak tiga peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun ini.

Menurut KWSP, sejumlah 2.2 juta atau 40 peratus daripada pekerja memilih untuk mengurangkannya kepada lapan peratus. - Bernama

Edisi Nasib Melayu di Pulau Pinang : Kenyataan Akhbar Perkasa dan Fakta oleh Blogger Pejuang Bangsa !

3 Komen!!!



[logo_pekasa.jpg]


KENYATAAN AKHBAR WIRA PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR, – Ketua Penerangan WIRA, sebuah sayap pemuda di bawah PERKASA,
bagi Wilayah Persekutuan, menyenaraikan 22 alasan tentang ancaman Melayu-Islam di Pulau Pinang :

1) Wakil Rakyat Islam & Melayu dalam Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah diberi kuasa tadbir sebenar. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya bukan Kerajaan Campuran 3 Parti tetapi sebaliknya ditadbir sepenuhnya oleh Kepimpinan Sosialis DAP yang anti-Islam & anti-Melayu.

2) Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Melayu tidak diiktiraf oleh Sosialis DAP Pulau Pinang. Ahli Majlis berbangsa Melayu dipecat kerana memboikot majlis angkat sumpah YDP MPPP.

3) Minuman keras dibenarkan di majlis rasmi Kerajaan Sosialis Pulau Pinang. Arak dibenarkan dijual secara terang-terangan ketika sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang di Autocity.

4) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang mendesak supaya jawatan Exco Tanah diberi kepadanya. Taktik ini serupa dengan cara Lee Kuan Yew menghancurkan Ketuanan Melayu di Singapura.

5) DAP Pulau Pinang campur tangan dalam pengurusan zakat negeri. Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang mahu guna kutipan wang zakat para asnaf bagi kegunaan orang bukan Islam.

6) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang rampas tanah seluas 140 ekar kawasan Melayu di Pondok Upeh Balik Pulau untuk membina pusat pengajian tinggi ala-Singapura. Projek Universiti Nanyang Singapura ini akan mengakibatkan gangguan geo-politik Melayu Pulau Pinang.

7) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang desak supaya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tender PDC & PBA bagi menjayakan Misi Sosialis DAP meskipun wujud ‘Konflik Kepentingan’.

8) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang menipu orang Islam kononnya mahu mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi membiarkan pusat-pusat judi, rumah-rumah urut serta premis-premis arak & premis-premis maksiat berleluasa tanpa kawalan.

9) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang menghapuskan syarat mewajibkan pemaju swasta bina rumah kos rendah. Akibatnya Melayu Pulau Pinang menjadi semakin sukar memiliki rumah.

10) Masjid Jalan Kelawei dilambatkan penyiapannya melalui syarat Sosialis MPPP, sedangkan gereja-gereja, tokong-tokong & kuil-kuil dibiarkan tumbuh macam cendawan selepas hujan.

11) Tender perolehan kerajaan negeri dibuka sebebas-bebasnya secara Sosialis kepada kontraktor bukan Melayu. Jadi, ribuan kontraktor Melayu Pulau Pinang terpaksa gulung tikar.

12) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang luluskan syarat pertukaran tanah pertanian kepada tanah perkuburan cina walaupun 30% sudah didominasi oleh jirat Cina. Orang Melayu Pulau Pinang menjadi semakin tersepit kerana masalah kekurangan tanah perkuburan Islam yang serius.

13) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang membangunkan marina, resort & hotel mewah di Pulau Betong sebagai strategi secara langsung untuk menghalau keluar orang Melayu Balik Pulau.

14) Ahli Majlis MPPP pula dihina oleh Sosialis DAP Pulau Pinang hanya kerana beliau mahukan Melayu kuat demi menguatkan Islam, walaupun beliau sendiri seorang berbangsa Cina.

15) Kerajaan Sosialis negeri mempermainkan Warga Emas Melayu Pulau Pinang dengan menyuruh mendaftar bagi mendapatkan bantuan tetapi hanya diberi beras 10 kg seorang.

16) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang telah mengarahkan gerai-gerai kepunyaan penjaja-penjaja kecil Melayu ditutup walaupun mereka hanya melakukan kesalahan-kesalahan biasa.

17) Perbelanjaan Keraian Kerajaan Sosialis Pulau Pinang telah semakin meningkat dengan ketara kerana bertambahnya perbelanjaan pembelian arak para penyokong Sosialis DAP.

18) Pentadbiran Lim Guan Eng menghina Khalifah Umar Abdul Aziz. Kerajaan Sosialisnya bayar elaun guru KAFA RM50 sebulan seorang, sedangkan Kerajaan Pusat bayar RM500.

19) Lim Guan Eng sanggup membuat apa sahaja demi Politik Sosialisnya. Kerajaan negeri kerugian puluhan juta ringgit ketika membatalkan saman parking PBT pesalah sebangsanya.

20) Dasar Kelulusan Terbuka Sosialis Tukar Syarat Tanah dilaksanakan di kawasan Melayu, di mana status tukar syarat tanah pertanian kepada kediaman dilakukan tanpa sekatan.

21) Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dibentuk bagi melaksanakan Visi Sosialis DAP bagi menguburkan terus Melayu Pulau Pinang. Sasaran pertamanya ialah Tanah Wakaf Melayu.

22) Jawatan Gred 48 ke atas perlu mendapatkan kebenaran Ketua Menteri Pulau Pinang. Kini, Ketua Penolong Pegawai Daerah Balik Pulau, iaitu kawasan Melayu, seorang Sosialis DAP.

Ketua Penerangan WIRA PERKASA Wilayah Persekutuan merayu sokongan umat Islam dan bangsa Melayu yang tidak rela & tidak redha ke atas Sosialis untuk terus bertapak walau seinci pun walau sesaat pun lagi di bumi bertuah Malaysia yang kita cintai ini, agar bersatu hati tanpa mengira apa jua fahaman parti politik, demi menentang Agenda Sosialis Kerajaan Pulau Pinang.


Sekian, terima kasih.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN !
MERDEKAKAN PULAU PINANG DARI KERAJAAN SOSIALIS DAP !


Yang benar kerana Islam & Melayu,

Ab Halim Tuah bin Rahmat
KETUA PENERANGAN
WIRA PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN

Kerajaan tidak akan kembali kepada PPSMI

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah selaras dengan keperluan negara untuk martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ke arah usaha itu, kementerian tidak lagi menoleh ke belakang meskipun terdapat rayuan dan desakan supaya PPSMI diteruskan, namun kerajaan tidak mampu memenuhi permintaan semua pihak.

"Sebaliknya pandangan yang disuarakan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan dasar (MBMMBI) berkenaan," katanya menjawab soalan tambahan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang ingin tahu apakah jaminan kerajaan untuk memastikan dasar baru tidak berubah kepada dasar lama.

Selain itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata bagi mengelakkan timbulnya permasalahan kepada dasar MBMMBI seperti mana yang terjadi kepada PPSMI, kementerian menetapkan tahun 2012 sebagai tahun pelaksanaan selepas segala persiapan disediakan.

"Tujuan kita untuk dilaksanakan pada 2012 ialah untuk membuat persiapan penting kerana pengalaman waktu kita melaksanakan PPSMI dulu, tempoh untuk pihak kementerian buat persiapan ialah enam bulan. Oleh sebab itulah pelbagai masalah timbul antaranya menyediakan sejumlah guru yang mencukupi. - Bernama

Pas mahu failkan petisyen batalkan kemenangan Isa

6 Komen!!!
Walaupun Pilihanraya Kecil Bagan Pinang hampir berlalu 2 minggu yang lalu.. PAS masih tidak boleh menerima hakikat rakyat menolak mereka. Kekalahan di Bagan Pinang masih belum mengajar keegoan PAS.

PAS masih menyalahkan pengundi POS yang dianggap sebagai punca kekalahan mereka. Sedangkan apa yang berlaku adalah terdapat juga undi pos yang mengundi mereka namun jumlahnya bukan besar.

Jika PAS menghormati demokrasi nescaya PAS akan hormati pilihan yang dibuat oleh pengundi.. tetapi jika PAS tidak hormati demokrasi maka pas tidak akan hormati pilihan pengundi pos sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Alasan yang tidak munasabah seperti prosuder dan penyelewengan undi pos hanyalah taktik murah pas yang tidak mungkin rakyat terima lagi. Kerana rakyat mengetahui bagaimana undi pos ini dilakukan dengan setelus yang mungkin. Bukan hanya membenarkan wakil calon tetapi juga membenarkan media juga bersama dalam proses undian pengundi Pos.

Terkini, PAS sedang mengumpulkan bukti untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan PInang atas dakwaan berlaku penyelewengan undi pos sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini.

Selain itu, dakwaan penyelewengan itu akan turut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok oleh PAS yang bertujuan mendesak Suhakam mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan berlaku penyelewengan undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

di Bagan Pinang Undi pos , BN mendapat 3,521 undi dan PAS mendapat 601 undi. Namun perbezaan dapatan undi POS BN antara 2008 dan 2009 lebih kurang 500 undi sahaja iaitu bukanlah perubahan yang terlalu ketara dari segi dapatan undian.

Krisis PKR Sabah Bukan Baru

0 Komen!!!
KOTA KINABALU, 20 Okt (Bernama) -- Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah bukan sesuatu yang baru, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman Selasa.

"Dari dulu lagi PKR tiada haluan. Mereka tidak mampu menjadi pemimpin dan tidak layak untuk mewakili rakyat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan mengenai tindakan 18 daripada 23 ketua bahagian PKR Sabah membantah pelantikan Naib Presiden Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri.

Pada 17 Okt lepas, seorang lagi Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dilaporkan berkata perpecahan dan kemelut dalaman PKR semakin kritikal berhubung bantahan terhadap pelantikan Azmin.

Musa berkata permasalahan yang dihadapi PKR bukan sesuatu yang di luar jangkaan.

"Rakyat tahu menjadi hakim," katanya.



-- BERNAMA

Kongsi Link Anda