berikut adalah kiriman email dari Nasir Rahim
NASIHAT BUAT DS
NAJIB, UMNO DAN BN.
Pada
hakikatnya BN menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen dan gagal mendapat
majoriti 2/3 walaupun pelbagai insentif, bantuan dan peruntukan kepada rakyat
khasnya kepada orang Cina.
Ramai
yang berpendapat BN mesti menarik minat sokongan pengundi Cina ke pangkuan BN.
Yang tidak sedap, ia akan melibatkan peruntukan kewangan, kelulusan berkenaan
pendidikan dan masa. Mereka tidak perlukan peruntukan tetapi mereka hendak
kuasa politik. Boleh ke UMNO/BN berikan KUASA kepada Pakatan Pembangkang
khasnya DAP dan PKR.?
Penulis
mencadangkan UMNO/BN menumpukan perhatian kepada `benda yang ada’ di depan mata
atau yang sedang di kendong. Takut takut pepatah Melayu iaitu `Yang dikejar
tidak dapat, yang di kendong tercicir’ betul betul berlaku.
UMNO/BN
mesti menjaga harta yang ada sekarang. Pengundi UMNO/BN, pengundi India dan Bumiputera di Sabah / Sarawak . Perkukuhkan sokongan mereka, pertingkatan
ekonomi, luaskan skop bantuan, luaskan peluang niaga dan pekerjaan kepada
mereka dan sebagainya.
Disamping
memberikan perhatian khas kepada kumpulan di atas, UMNO/BN mesti menarik
sokongan penjawat awam Melayu kepada Kerajaan. Penjawat Awam yang tidak
menyokong Kerajaan mesti di kenalpasti dan usaha menyedarkan mereka mesti
dilakukan. Cara baik atau kurang baik mesti dilakukan terhadap mereka. Penulis
banyak menuliskan mengenai `pembersihan’ di dalam Penjawat Awam dan GLC.
Penulis sudah menyentuh kakitangan PETRONAS, TNB, PNB, KWSP, SIME DARBY, FELDA
dan banyak lagi yang bermusang dan pisau dalam lipatan.
Tumpuan
`pembersihan anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’ boleh di mulakan di
Lembah Klang. Ini adalah kerana Lembah klang adalah PUSAT PENTADBIRAN (penjawat
awam dan GLC), PUSAT PEKERJAAN (multi nasional swasta seperti Bank dan kilang
kilang seperti PROTON dan banyak lagi) dan PUSAT PENDIDIKAN (Universiti
Kebangsaan Malaysia ,
UiTM dan banyak lagi).
Kementerian
Luar
Setiap
Kementerian di dalam Kabinet 2013 ini mesti berusaha melakukan pembersihan
anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’. Kementerian Luar harus kerja
kuat dengan Duta Negara. Melalui facebook, penulis perhatikan pegawai dan
keluarga yang di hantar ke Dubai ,
sebagai contohnya, adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Ramai lagi yang sedang
berkhidmat di luar Negara adalah anti kerajaan. Penulis minta Datuk Anifah Aman
bertindak tegas terhadap pegawainya. Mereka seumpama `melepaskan anjing
tersepit’. Duta duta yang bekerja di luar Negara di Timur tengah khasnya
(Negara lain pun mustahak) perlu mendekati pelajar Malaysia `convert’ pendirian
mereka. Bekerjasamalah dengan kelab Penuntut Malaysia
di sana . Jangan
asyik membuang masa `shopping’, bergambar sakan serta melancong ataupun sibuk
melayan kedatangan orang Malaysia
ke Negara tersebut. Ini satu contoh Kementerian. Pengundi luar Negara tersebut
yang telah berdaftar mesti dijemput berdialog. Semaikan maklumat yang terkini.
Media yang benar perlu diketengahkan.
Bercakap
pasal pelajar luar Negara tadi, selain duta dan pegawainya di Negara berkenaan,
penaja Pusat dan Negeri mesti `berat sebelah’ dan melakukan diskriminasi
didalam pemberian biasiswa dan pinjaman. Kita mesti melakukan `diskriminasi’
untuk mengelakkan kekacauan negera di tahun mendatang.
Kementerian
Pertahanan/Kementerian Dalam Negeri
Kementerian
Pertahanan diminta mengawal selia anggota ATMnya manakala Kementerian Dalam
Negeri mesti lakukan sesuatu dengan anggota PDRM. Undi awal PRU13 ada
menunjukkan berlakunya sokongan kepada pembangkang. UMNO/BN kena tahu mengapa
mereka bertindak demikian. Apa yang kurangnya dan apa kah perkara yang tidak
puas hati?. Banyak kes di mana pesara ATM (calon Parlimen Johor Bahru) dan PDRM
(Parlimen Larut) adalah penyokong dan tali barut pembangkang. Anggota
Keselamatan PDRM dan ATM (majoriti nya orang melayu) mesti `di pengaruhi’
supaya menyokong Kerajaan. Tidak boleh tidak.
Kementerian
Pelajaran & Pengajian Tinggi
Kementerian
Pelajaran dan Pengajian Tinggi bagaimana? Penulis kata ada 3 kategori yang
perlu Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Idris, Datin Mary Yap dan YB Kamalanathan perhatikan.
(1)Penjawat awam di Kementerian,Jabatan Pelajaran, Universiti dan sekolah, (2)
Pensyarah atau guru (3) Mahasiswa dan pelajar.
Baru
baru ini di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, seorang guru Koko telah
melakukan jenayah politik terhadap anak muridnya yang mungkin ibubapanya
penyokong BN. Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran bertindak. Di
Universiti ramai yang berfikiran seperti Dr Aziz Bari. Tahniah kepada UIA yang
memecatnya.. Makan gaji Kerajaan tetapi hetam balik. Seperti kata DS Zahid
Hamidi, kalau suka sangat dengan Negara republik, sila angkat kaki. Kami tidak
perlukan awak semua.
Universiti
Penguruan Sultan Idris sedang memberikan latihan kepada Adam Adli untuk menjadi
seorang Guru. Penulis harap Adam Adli dan kekawannya di `gagal’kan dan tidak
menjadi seorang guru. Kalau dia dan kekawan menjadi guru, pelbagai kemungkinan
yang buruk akan terjadi kepada anak murid termasuk anak penulis. Ini adalah
contoh terbaik mengapa pembersihan mesti dilakukan.
UiTM
UiTM
adalah harta kita yang boleh disandarkan pada masa hadapan. Hampir setiap
negeri ada kampus cawangannya. Di Melaka ada kampus di Lendu, di Bandar dan
terkini di Merlimau. Penulis tidak sempat mendapatkan data tentang bilangan
`intake’ setiap tahun. Tetapi puluhan ribu juga.
Mahasiswa
dan siswi yang melangkah masuk UiTM berumur 18 tahun. Anak anak ini masih boleh
dibentuk pendirian mereka. Dulu Kerajaan tidak galakkan parti politik memasuki
Universiti kerana nak mereka tumpu kepada pelajaran. Malangnya keikhlasan Kerajaan
melarang UMNO/BN aktif di Universiti, telah menyusahkan kembali kepada
Kerajaan. Impaknya nampak sekarang. Mereka anti Kerajaan. Mereka aktif
berdemonstrasi. Rosak akhlak dan mengundi DAP yang rasis, PKR yang mabuk kuasa
dan minat LBGT dan pruralisma.
PAS
berkembang hebat di kampus kampus dan impaknya besar sekarang. Penyokongnya
amat taksub kepada pemimpin. Maaf saya katakan Kerajaan sendiri yang
menyebabkan kemerosotan pengundi anak Melayu. Penulis ingin juga meliihat anak cucu penulis menjadi Menteri satu masa
nanti. Tetapi tindak tanduk Kerajaan tidak menjaga harta di dalam tangan,
UMNO/BN mungkin tidak relevan lagi dalam tahun mendatang jika tidak berbuat
sesuatu. DAP PKR PAS akan merubah segalanya dan amat mustahil untuk kita rebut
kembali. Pulau Pinang akan menjadi seperti Singapura (mungkin mereka ingin
menjadi sebuah Negara tersendiri) dan Hong Kong .
Selangor semakin sukar dirampas. Kelantan yang menjadi mustahil untuk dimiliki
oleh UMNO/BN.
Penulis
berkata demikian kerana UMNO/BN kalah di Kelantan dan merosot di
Terengganu kerana pengundi Kelantan / Terengganu
yang bekerja, belajar dan tinggal luar Kelantan/Terengganu. Mahasiswa dan siswi
menyumbang kepada kekalahan dan kemerosotan UMNO/BN pada masakini dan akan
datang jika Kerajaan berdiam tanpa tindakan. Kata DS Zahid dan DS S Subramaniam
mencegah itu lebih baik daripada rawatan.
Berilah
peluang dan kuasa kepada YBhg Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah melaksana agenda
`pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’ dan Prof Dr Sahul Hamid mem`bersih anasir
anti Kerajaan’ di kalangan pensyarah dan kakitangan UiTM. Mungkin sukar hendak
dilaksanakan kerana melibat cerdik pandai tetapi `start somewhere’. Banyakkan
dialog dan interaksi dengan pemimpin Negara dan terapkan pri mustahaknya kuasa
politik di tangan UMNO/BN dan TIDAK pada Melayu dalam DAP PKR PAS.
Banyak
dan padatkan aktiviti kepelajaran di kampus yang menjuruskan kepada pembentukan
mahasiswa siswi yang open dan sokong Kerajaan. Sessi suaikenal UiTM mesti
dikendalikan badan pelajar yang pro Kerajaan. Zaman penulis di ITM dulu, sessi
suai kenal di kendalikan oleh badan pelajar yang pro Islam (sekarang pro islam
bermakna pro pembangkang dan anwar Ibrahim). Pengurusan mesti rombak dan
libatkan UMNO/BN. Pengkukuhan bermula di sini lagi.
Fahamkan
mereka erti kemerdekaan dan pentingnya menjaga hak istemewa orang Melayu dan
UiTM. Suruh mereka mendafter sebagai undi dan dapatkan maklumat di masa mereka
mengundi. Terangkan kepada mereka mustahaknya percaturan meletakkan pengundi
pengundi di kawasan tertentu.
Penulis
yakin dengan kebolehan kedua dua Prof dari UiTM ini. Sepatah kata Tan Sri
Sanusi Junid di dalam Mingguan Malaysia
19hb Mei 2013, terlalu ramai cerdik pandai ingin memberi sumbangan idea kepada
kerajaan tetapi tiada engagement secara yang sepatutnya. Dikatakan PM ini
mempunyai ramai penasihat dan bergerak `within their circle’ sahaja. Ketewasan
penasihat pun telah menjadi isu kepada UMNO dan pembangkang. Ada yang sorakkan kekalahan mereka.
Penulis cadang PM menasihati atau mengarahkan
penasihatnya supaya mencari jalan untuk mengemling pendapat veteran UMNO/BN dan
para cendiakawan Melayu Cina dan India . Mesti jumpa mereka dan beri
mereka pengiktirafan. Mereka nak sumbang idea. Engagement begini akan
menguatkan lagi sokongan para veteran UMNO dan cendekiawan terhadap UMNO/BN.
Inilah harta kita YAB DS Najib dan YAB TS Muhyiddin. Penulis nak ulang sekali
lagi, `yang dikejar (pengundi Cina) tidak dapat, yang dikendong (pengundi
Melayu & India dan Bumiputrea Sabah Sarawak) tercicir’.
Kementerian
Belia dan Sukan-IKBN
Instituit
Kemahiran Belia Negara memberikan latihan kemahiran kepada belia Melayu.
Penulis tahu IKBN ini berada di Pagoh, Sepang dan kuala Kubu Baru kerana urusan
perniagaan kawan penulis. Ketiga tiga IKBN ini mempunyai bilangan lebih kurang
1500 pelajar. Apa yang UMNO/BN boleh buat di sini untuk menarik minat mereka
menyokong UMNO/BN. Bersihkan tenaga pelajarnya dan beri pendedahan sebenar.
Sekarang masa untuk bersama sama dengan mereka. Libatkan dengan aktiviti IM4U.
Ikon
IM4U perlu terus memainkan peranan. Beri tugasan kepada mereka (artis,
sukarelawan, pemimpin belia) seperti realiti show. Yang terbaik diberikan
hadiah dan pengiktirafan.
MARA-IKM
Instituit
Kemahiran Mara tumbuh di merata tempat di Malaysia . Kebanyakan mereka adalah
anak muda Melayu. Dekati mereka dan bantu mereka menjalan perniagaan yang
mereka pelajari di IKM. InsyALLAH mereka akan bersama sama kita. Beri mereka
geran perniagaan dan pantau pengurusannya sehingga berjaya. Jika mereka
berjaya, tambah insentif lagi.
Bagaimana
keadaannya di MRSM? Maktab Tentera? Sekolah Sains? Penulis percaya `meluntur
buluh biarlah dari rebungnya’.
Kementerian
Sains Teknologi dan Inovasi-Geran Pengkomersilan Kerajaan
Bercakap
pasal geran Kerajaan samada MTDC, Malaysia Biotech, MOSTI, Cradle Fund dan SMECorp,
Kerajaan mesti merombak polisi dengan memberi keutamaan kepada syarikat
Bumiputera. Syarikat Bumiputera pun kena teliti kerana banyak juga syarikat
yang pro pembangkang. Penulis boleh namakan syarikat Bumiputera jika ada polisi
sudah berubah sedemikian. Syarikat bukan Bumiputera tidak perlu di tolong lagi
kerana mereka tidak mahu peruntukan tetapi mahu kuasa. Di Malaysian Biotech dan
agensi geran Kerajaan tidak ada
peruntukan teknologi `kuasa politik’, yang ada teknologi hijau dan biotek.
Pengurusan di MTDC, Malaysian Biotech dan khasnya Cradle Fund, kebanyakannya
pro pembangkang. Ini di lihat daripada kecenderungan mereka melantik pengendali
latihan yang terang terang anti kerajaan. Kesimpulannya `top bottom cleasing’
di agensi di atas. Pertuturan mereka macam memperlekehkan kerajaan BN dan UMNO.
Dahulu, Datuk Fazillah, Ketua Pemuda PBB, boleh berbuat sesuatu. Sekarang tidak
tahu macamana nak buat.
Berhentikan
pengurniaan geran tetapi tawarkan pinjaman dan pengecilan staff mungkin menyekat
keaktifan pemikiran pembangkang di kalangan pengawai atasan dan pertengahan
agensi tersebut. Penulis bagaimanapun memperakui Malaysian Biotech tidak
mengamalkan rasuah di dalam urusan mereka.
Biro
Penerangan UMNO
Telahan
penulis bahawa Penerangan UMNO/BN tidak memainkan peranan yang efektif adalah
betul. Tan Sri Sanusi Junid pun menyatakannya di wawancara Mingguan Malaysia .
Cybertropper UMNO/BN lebih pandai dan cerdik tetapi bilangannya kecil
berbanding dengan Red Bean Army yang tidak cerdik tetapi bilangannya ramai yang sepanjang tahun
beroperasi. Penulis hairan juga Unit Media Baru Pemuda UMNO dan Puteri UMNO
GAGAL menyayaingi Red Bean Army. Penulis
tidak pasti macamana keadah operasinya. Tun Faisal masih ada lagi ke?
Cybertropper
UMNO/BN melawan Red Bean Army
Berbalik
kepada `war room’ yang dibahas terdahulu, penulis berpendapat `war room’
UMNO/BN mempunyai kemudahan dan ruang untuk cybertropper beroperasi. Jika
diberikan peluang dan peruntukan (ruang pejabat, computer, elaun cybertropper
seramai 10 orang (Melayu yang boleh berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil) sebagai
permulaan serta kos operasi seperti elektrik, air, telefon dll, penulis ingin terajui cybertropper. Penulis
akan merintis jalan berjumpa dengan veteran dan cendiakawan menjadi penasihat.
Ahli perniagaan UMNO/BN dan Parti UMNO/BN serta Kerajaan boleh mencarum secara
tetap untuk menjayakan cybertropper ala guerilla war.
Tugas
utama dan permulaan Cybertropper ini mesti beraksi di dalam Sinar Harian,
Malaysiakini, Harakah dan sebagainya. Di dapati tiada ulasan balas daripada
cybertropper UMNO/BN di dalam penulisan mereka. Tiada lawan langsung.
Kementerian
Dalam Negeri-Jabatan Imigresen
Jabatan
Imigresen perlu melakukan tindakan besar besaran terhadap kemungkinanan
pelancong dari Cina , Vietnam ,
Hong Kong dan sebagai nya tinggal lebih masa di Malaysia . Berapakah bilangan
pelancong daripada Negara berkenaan yang tidak dapat di kesan?. Ketua Pengarah
Imigresen mesti mengambil langkah drastik terhadap mereka ini. Kemungkinan
mereka ini boleh menjadi pengundi hantu untuk DAP. Syorkan kepada kerajaan
hukuman rotan dan denda kepada majikan yang melindungi mereka ini. Sekurang
kurang pahala, kita mendapat pahala mengurangkan kepesatan rumah urut dan
minuman keras di Malaysia .
Tubuhkan segera task force dan buru pendatang sosial ini.
Pejabat
Peguam Negara
Peguam
Negara mesti umum besar besaran hasrat memperbanyakkan tenaga professional
undang undang untuk bertindak terhadap pengacau Negara. Kementerian Dalam
Negeri dan PDRM dah ada ketua baru. Peguam Negara pun perlu proaktif. Khidmat
kepakaran YBhg Datuk Mohd Noor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan boleh
difikirkan. Sekarang SPRM telah melantik Y.Bhg Mohd Noor menjadi Pengerusi
Aduan SPRM. Panggil pakar luar negeri pun tidak masalah dan ia seolah kelihatan
Peguam Negera pun di dalam `mode’ peperangan. Kalau boleh Kerajaan kena cari 100 orang seperti YBhg Datuk Mohd Noor di
pelbagai bidang masing masing. Gerun juga Anwar Ibrahim dan Cina.
Pertubuhan
Silat
Penulis
harap Kerajaan terus membantu semua pertubuhan silat dan membela diri. Beri
mereka peruntukan mengendalikan kelas latihan di sekolah sekolah. Kerajaan
mesti berganding bahu dengan Mahaguru Omar Din dan Mahaguru lain untuk bersatu
padu menyokong Kerajaan. Ahli yang
derhaka kepada Mahaguru harus dikenalpasti dan di tarbiahkan. Buat program yang
menguntungkan pesilat pesilat. Penulis percaya jika sejuta pesilat menyokong
kerajaan, BN akan meraih kejayaan di dalam PRU14 akan datang. Strategi `pindah
tempat mengundi’ perlu di bincang dengan detail. Setiap ahli digalakkan
mendaftar sebagai pengundi. Kemudian kena tahu tempat mana yang harus mereka
mengundi sebagai strategi. Beri elaun
mengundi kepada mereka. Kerajaan kena faham ini satu lagi asset Melayu.
Usahawan
Melayu
Penulis
harap Tan Sri Syed Mokhtar AlBukary terus menyokong Kerajaan. Penulis hendak
minta satu lagi pertolongan daripada Tan Sri iaitu mengawal selia syarikat
syarikat didalam Kumpulan seperti BERNAS, Pelabuhan Tg Pelepas, Lapangan
Terbang Senai, DRB HICOM/Proton, Tradewinds, Bank Muamalat, POS Malaysia dan
sebagainya. Tolong kawal selia aset Melayu tersebut supaya ia dapat berkembang
pesat.
Penulis
harap CEO CEO yang dilantik itu selari dan sehasrat dengan pendirian Tan Sri
yang menyokong Kerajaan dan membantu pekerja. Ini adalah kerana melalui CEOlah
program `pembersihan anasir politik dan pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’
dapat dilakasanakan.
Benarkan
ceramah agama Ustaz Kazim, sebagai contohnya memberikan ceramah dan bercakap
pasal ancaman daripada Anwar Ibrahim dan DAP. Kawan karib DS Anwar Ibrahim,
Datuk Sidek Baba di berikan ruang bercakap. Presiden Jati, Dato Dr Hassan Ali
perlu menerangkan kepada pegawai dan anggota pekerja mengenai mustahaknya
memelihara institusi Raja. Buatlah taklimat Tun Dr Mahathir sekali sekala
supaya seluruh pekerja terbuka kepada berita terkini dan benar. Ini sebahgian
daripada program penyedaran. Program dialog pun OK. Sessi minum petang. Program
hijaukan kawasan kilang. Pengumuman insentif kepada pekerja. Sekali sekala
`sepetang dengan selebrati 1M4U.
Tan
Sri kena bantu kerajaan kerana selain daripada faktor perniagaan, Tan Sri telah
melakukan fardu Kifayah yang istimewa untuk orang melayu islam iaitu sumber rezeki dan pekerjaan yang halal. Tan
Sri tidak boleh malu malu menyokong kerajaan dan melancarkan polisi pembersihan
dan pengkukuhan kerana Cina Malaysia
sudah melampau. Sekarang ini sokongan sumber kewangan tidak cukup, ia mesti
disusuli dengan program yang dicadangkan.
Seperti
yang Tan Sri Syed sedia maklum, orang Cina telah menghentam Kerajaan kerana
memberi peluang perniagaan kepada Tan Sri. Mereka kuatir Tan Sri akan memintas
kekayaan orang terkaya di Malaysia. Red Bean Amry menfitnah produk orang Islam
kurang bermutu dan mahal berbanding dengan produk keluaran Cina. Cuba
kita fikirkan baik baik.
Andaikata
syarikat Kumpulan Tan Sri Syed ini mempunyai 200,000 pekerja (tidak pasti) dan
90 peratus adalah penyokong UMNO/BN, alangkah bertuahnya Tan Sri kerana ada
juga pekerja yang mendoakan kesejahteraan Tan Sri nanti. Kepada Tan Sri lah,
penulis dan orang Melayu Malaysia
harapkan untuk menaikkan kedaulatan orang Melayu di dalam perniagaan.
Ramai
lagi usahawan Melayu di Malaysia ini. Pengurusan NAZA group macamana? Tan Sri
Azman Hashim? Penulis tidak pasti kerana pekerjanya ramai orang Cina.
Penulis
ingin ulang bahawa Lembah Klang merupakan pusat
PUSAT PENTADBIRAN (penjawat awam dan GLC), PUSAT PEKERJAAN (multi
nasional swasta seperti Bank dan kilang kilang seperti PROTON dan banyak lagi)
dan PUSAT PENDIDIKAN (Universiti Kebangsaan Malaysia , UiTM dan banyak lagi).
Para
pemikir diminta pertolongan bagaimana hendak menebusi atau berperanan melakukan
propaganda UMNO/BN di institusi kewangan MAYBANK, CIMB, BANK ISLAM, BANK
RAKYAT, RHB yang mempunyai pekerja Melayu yang dominan. PUBLIC BANK, HONG
LEONG, ARAB MALAYSIAN, HSBC yang dimiliki oleh orang Cina, kalau dapat masuk,
adalah bonus. MCA dan Gerakan perlu menjalankan tugas di institusi kewangan
milik orang Cina.
Bagaimana
UMNO/BN nak berinteraksi dengan pekerja di MAXIS, DIGI, U MOBILE, TUNE TALK,
CELCOM dan syarikat komunikasi lain.?
Bila
pulak UMNO/BN dapat bersahabat dengan pekerja Motorola yang ribuan itu.? Ahli
UMNO/BN yang bekerja di Motorola mesti dipikat untuk menjalankan aktiviti
politik di sana .
Sikit demi sedikit, ia akan membesar. Persoalannya siapa nak identify ahli UMNO
yang bekerja di sana.? Siapa bertanggonjawab? Tugasan ini adalah tindakan
susulan daripada insentif DS Najib. Contohnya, DS Najib mengumumkan secara am
bantunan BRIM3.0 dan perumahan mampu milik untuk rakyat. Apakah tindakan
susulan petugas di Motorola mengenai pengumuman DS Najib tadi? Diam diri ? atau
bantu me`war war’ kan
lagi insentif tadi kepada pekerja Motorola. Bantu mereka mendaftar. Bawa mereka
ke pusat perkhidmatan BN. Di samping itu selami masalah pekerja tersebut. Ada terima bantuan
persekolahan tidak, ada warga emas yang perlukan perubatan dan sebagainya.
Usaha ini nampak kecil tetapi ia efektif untuk perjuang politik.
Inilah
cabaran besar UMNO/BN di dalam politik. Jikalau DS Najib dapat `tackle’ anak
muda dan pekerja di semua pusat pekerjaan di Lembah Klang, tidak akan berlaku
senario pengundi luar (seperti Kelantan / Terengganu sebagai contoh) balik
kampong semasa hari undi, lalu mengundi pembangkang dan menyebabkan kekalahan
BN di Kelantan dan kemerosotan di Terengganu. Tempat lain pun sama.
Ini
lah yang penulis maksudkan dengan zaman `detailing in politic’ Setiap ahli
mesti identify target person/group. Ada
yang bermula dengan perumahan dimana pengundi tinggal tetapi yang baiknya `we
start from its work place’. `Work place Segmentation’
Pengaruh
Ustaz Azhar Idrus
Penulis
mencelah dengan cerita Ustaz Kazim sebentar. Pada penulis Ustaz Kazim al hafiz
adalah salah seorang penceramah yang boleh menarik minat ramai orang. Kerajaan
mesti mencari jalan untuk bersama sama aktif di pentas seperti Ustaz Azhar
Idrus. Ustaz Kazim perlu di beri peluang bersaing secara sihat memenangi
pendengar. Jikakau cakap Terengganu itu menarik minat, Ustaz Kazim atau
penceramah pilihan kena cakap telo. Jika berceramah secara lawak itu lebih
menyakinkan dan menghiburkan orang ramai, Ustaz Kazim atau ustaz pilihan tukar
stailnya. Jika gandingan dengan pengacara Jijan itu boleh menarik ramai anak
muda, Ustaz Kazim kena cuba juga.
UMNO/BN
mesti kena risau kerana Ustaz Azhar berpengaruh dan sedang menyemai dan
menyemat ideologi PAS. Mendekati dan
mendalami Islam amat penulis alukan.
Tetapi pada saat ini kita tidak boleh bergantung pada PAS kerana bersahabat
akrab dengan PKR dan DAP. Kalau pendirian PAS mengundi DAP, anak muda yang
mengagungi ustaz Azhar akan mengundi DAP. Tindakan mengundi tadi bukan proses
mendekati Islam dan mendalami Islam.
Terengganu
merosot prestasinya kerana pengaruh Ustaz Azhar yang pro PAS? Anak muda luar
Terengganu yang balik kampong bukan?
Di
perumahan berhampiran rumah penulis, ada sebuah keluarga (Lorong 2, Jalan CB3,
Taman Cheng Baru, Melaka) yang begitu taksub dengan Ustaz Azhar dan PAS.
Isterinya mengajar di Sekolah Pelembang, Bukit Katil, Melaka. Anak kecil beliau
dan jirannya telah merosakkan bendera BN. Ketaksuban anak anak kecil kelihatan
amat jelas kerana apabila penulis dan beberapa jentera parti memasang bendera,
si anak kecil dan kawan kawan datang dengan membawa poster PAS dan berkata
mereka penyokong PAS kepada kami.
Keluarga ini sekarang tidak bertegur sapa dengan penulis walaupun dahulu
mereka bermain bolasepak di padang
perumahan. Lihatlah impak perpecahan yang berlaku. Penulis akan gembira jika
guru dan keluarga ini dipindahkan jauh jauh. Bosan melihat gelagat mereka.
UMNO/BN
suka tidak suka kena mencari ramai penceramah seperti Ustaz Azhar. Kita tidak
boleh menyekat kemaraan Ustaz Azhar tetapi mencari dan menegahkan 10 atau 20
penceramah dengan segera.
Kementerian
Komunikasi
Apabila
bercakap pasal Jijan, kelibat beliau tidak nampak di dalam program anjuran BN.
So kita kena faham lah kecenderungan politik dia. Pembersihan juga mesti
berlaku di RTM dan Media Prima dan ASTRO. RTM dilihat lebih pro Kerajaan
daripada Media Prima. Contohnya TV3 masih memberi peluang kepada Wadina di Al
Hidayah dan Jijan Lawak di Melodi dan banyak program pengacaraan.
Penulis
cadang bertegas terhadap artis artis yang anti Kerajaan seperti Yasin, Bob
Lokman, Abby Abadi, Ito, Harie Othman dan bakal menjadi pro pembangkang
Jijan. Artis artis ini, anyway, telah
pun mengutuk keras RTM dan TV3. Ada yang mengatakan bahawa
`Rezeki datang daripada ALLAH swt bukan RTM atau TV3’. Memang betullah itu Cuma
ia berlaku melalui RTM/TV3. Lagi pun berceramah lebih mendatangkan pendapatan
yang tinggi. Abby Abadi dibayar tinggi dengan penampilan di atas pentas
politik. Ada Pak Haji PAS yang sponsor terbang dan berbelanja sakan di Kotaraya
Bohong blog tersebut maka bohonglah penulis. Harap tidak macam itu.
RTM/TV3 yang popularkan mereka dengan
memberi peluang di kaca TV.
Luaskan
polisi `gam’ artis kepada mereka yang anti Kerajaan. Sebelum ini, TV menggam
artis yang melakukan khalwat, kontroversi dan tidak senonah. Kuatkuasa kembali
gam lagu di corong radio yang di tulis dan `arrange’ oleh mereka yang anti
Kerajaan. Beri banyak peluang dan
bantuan kepada artis baru dan lama mengikut kesesuaian. Para artis bantulah
Kerajaan Malaysia
untuk menguruskan Negara kita yang tercinta ini dengan baik. Apabila ekonomi
baik, contohnya, banyak program kebajikan artis dapat dijalankan. Bro dan Sis
anda semua di landasan yang betul.
Tindakan
ini mesti dibuat secara serentak dan menyeluruh. Jikalau ia diambil sebahagian
atau satu kementerian sahaja, ia akan gagal. Maka apa yang berlaku, artis anti
kerajaan akan mempromosi lagi kebencian mereka terhadap kerajaan melalui
ceramah dan perhimpunan harm. Huruhara dan perhimpunan akan menjadi jadi
apabila artis artis ini terlibat sama. Role model telah disalahgunakan untuk
tujuan politik sempit. Ini sangat bertentangan dengan IKON 1M4U yang mempromosi
keharmonian. Kepopularatian yang diberikan oleh RTM/TV3, dibalas balik dengan
anti kerajaan atau menyelebahi pembangkang. Jika pembangkang itu `sihat’ tidak
mengapa, tetapi pembangkang Malaysia
merosakkan demokrasi, mengugut ketenteraman awam, bergelombangan dengan fitnah
dan kebencian, mengamalkan pruralisma dan menyokong hak LBGT dan banyak lagi.
Penjawat
Awam dan Penjawat di GLC
Penulis
telah menyentuh FELDA, FELCRA, RISDA, SIME DARBY, TABUNG HAJI dan sebagainya
mengenai kemungkinan penyelewangan di sektor perladangannya. Penulis
mencadangkan `sumpah laknat’ sebagai salah satu usaha memerangi rasuah.
Malangnya melalui bilangan page view,
topik ini tidak mendapat sokongan padu dari pembaca. Mengapa pembaca
tidak suka perkataan `sumpah laknat’ atau mungkin terlibat di dalam rasuah
secara tidak langsung.
Kabinet mengambil Pengerusi Transpency International,
Senator Paul Low untuk memperbaiki index rasuah Negara. Penekanan DS Najib sama
seperti penulis. Ini mustahak kerana parti BN UMNO dan kerajaan dituduh rasuah.
Isu rasuah dimainkan oleh pembangkang dengan berkesan dan berjaya menghakis
sokongan orang Cina dan rakyat Malaysia
terhadap BN. Sebagai orang Islam, sumpah laknat akan membantu pihak penjawat
berkenaan takut melakukan rasuah dan penyelewangan. PM pun melakukan sumpah
ketika diangkat sebagai PM.
Program
Pembersihan dan Pengkukuhan di FELDA
mesti dilakukan. FELDA merupakan aset penting orang Melayu. Kumpulan FELDA
adalah syarikat perladangan terbesar di Malaysia dengan keluasan ladang
seluas 850,000 hektar (lebih kuang 2 juta ekar) dan 70 (tidak sempat google
mencari data) buah kilang kelapa sawit. FELDA telah disenaraikan di Bursa Saham
dengan nama Felda Global Ventures (FGV) dengan pengeluaran IPO terbesar di Asia
Tenggara. Pencapaian baik ini wajib di teruskan. Sewajarnya anggota pekerja
yang pro pembangkang dan kaki penyelewangan di `nyah’kan terus dari FGV.
FGV
ini malangnya tidak serious membantu peniaga Bumiputera. FELDA PALM INDUSTRIES,
contohnya, meluluskan proposal syarikat CB Industrial dari Telok Panglima
Garang, Selangor untuk membina Kilang Kelapa Sawit bergenerasi atau teknologi
`vertical sterilization’ dan secara `zero discharges’ di Jengka, Pahang.
Pengurusan FPI kaji punya kaji, setuju dan tawarkan tender kepada mereka.
Proposal zero discharges tidak menjadi. `Vertical Sterlization’ menjadi
huruhara dan Air kumbahan terpaksa di angkut ke kolam kilang berdekatan. Kilang
tersebut diberhentikan operasi oleh Alam Sekitar buat seketika. Syarikat dari
Telok Panglima Garang itu mendapat hampir 90 peratus wangnya. Baki `retention
fund’ ditahan dan bagi mereka tidak dapat pun tidak apa kerana dah ada untung.
Pengajaran
daripada kes ini, FELDA amat berhati hati apabila menerima proposal dari
syarikat bumiputera dan sukar di berikan kelulusan walaupun FELDA tiada risiko
kewangan pembinaan. Ini adalah kerana pembinaan kilang melalui `Build Operate
Own’ selepas 10-15 tahun. FELDA menjual FFB pada harga semasa dan keuntungan di
bahagi mengikut profit sharing.
FELDA
Plantation pun jauh daripada hendak menolong pengilang Baja Bumiputera. Pembeli
dan Plantation Advisor `prefer’ membeli daripada syarikat gergasi. Di lambaran
sebelum, penulis ada mencerita kemungkinan `pegawai pembeli baja dan Plantation
Advisor’ dirasuah menghadiri seminar
tajaan sepenuhnya oleh pembekal. Ia boleh dikatakan seperti lawatan sambil
belajar. Yang enaknya ahli keluarga pun boleh diuruskan. Suka suka buat
pemeriksaan passport antarabangsa pegawai pembelian dan plantation advisor
serta yang berkaitan.
FELDA
Plantation menguruskan ladang kelapa sawit hampir 850,000 hektar atau +- 2 juta
ekar. Kalau nak bantu senang aje. Sebuah pengilang baja di beri kontrak kecil
untuk membekal baja untuk 500 ekar selama 2 tahun. Ini bermakna pengilang akan
membekal 500 ekar x 55 pokok/ekar x 12 kg/pokok/tahun atau 330,000 kgs baja
atau 330 tan setahun. Dengan andaian harga rendah baja kimia 15:15;15 + TE,
ditetapkan pada RM1000 setan, pengilang Bumiputera tadi telah menjana
pendapatan RM330,000 setahun. Ini pun sudah `busy’ pengilang. Pembekalan
sebanyak 110 tan untuk 3 bulan pertama (suku tahun). Dengan Pesanan Belian
FELDA tadi, bolehlah si pengilang Bumiputera ini menjajanya di FELCRA atau
RISDA atau syarikat peladang lain.
FELDA
melalui Plantation Advisor nya boleh memberikan tunjuk ajar kepada pengilang
jika bajanya tidak cukup nutrien. Plantation Advisor mesti bertindak sebagai
penasihat kepada usahawan. Kalau pun ada 200 pengilang baja seluruh Negara, ia
melibat pengeluaran baja 66,000 tan atau 100,000 ekar berbanding dengan jumlah
keluasan 2 juta ekar. Kelazimannya
Plantation Advisor akan kata pengilang baja tiada pengalaman, tidak ada bukti
penghasilan, pokok akan rosaklah dan pelbagai alasan. Kalau tidak cuba
dan bantu, sampai kiamat pun pengilang
tadi tidak dapat membekal baja ke FELDA. Atas dasar inilah penulis amat setuju
dengan perlaksanaan akujanji atau sumpah laknat di kalangan penjawat awam /GLC
dari Pengurusan Atasan hinggalah pegawai keselamatan. Ramai yang tidak setuju
tetapi itulah langkah yang baik.
Bayangkan
kalau ada 200 pengilang yang mendapat kontrak pembekalan baja dengan FELDA.
Jika sebuah kilang ada 5 pekerja sahaja, jumlah besar peluang pekerjaan ialah
1000 orang. Penjanaan pendapatan kasar ialah RM100 juta untuk Bumiputera. Ini
baru membantu Bumiputera.
Telekom
Malaysia
dan Tenaga Nasional Berhad mempunyai jumlah pekerja yang ramai bilangannya di
seluruh Negara. Para pemikir di dalam `War
Room’ ini kena fikirkan cara yang sesuai mendekati para pekerjanya. CEO Telekom
Malaysia
dan Tenaga Nasional Berhad dan GLC lain mesti bersifat seperti DS Najib dari
segi pengurusan. Engagement top bottom di lakukan. Beramah tamah dengan
pekerja. Pekerja dipuji dan dihormati. Ada CEO mengejar pencapaian kewangan
semata mata daripada public relationship dengan pekerja.
Penulis
cadang `asignkan’ Dr Mazlan ismail, orang Telekom juga, calon BN di Permatang
Pauh, melakukan pengkukuhan sokongan kepada pekerja Telekom Malaysia . Beliau boleh merangka
startegi dan tubuhkan satu team. Menjelajahlah seluruh Negara. Katakan jumlah
kedua dua GLC ini 500,000 orang, jikalau 70 peratus pekerja menyokong
BN,alangkah bahagia kita semua. Tetapi CEO dan pengurusan atasan mesti
bertindak sekarang, sikit demi sedikit, secara ilmiah kita menarik minat
anggota pekerja GLC ini.
Pegawai
Seranta GLC
FELDA
ada pegawai Seranta yang selalunya merupakan lantikan politik. Penulis tidak
pasti dengan tepat tugasannya. Datuk Ahmad Maslan, kalau tidak silaplah, pernah
menjadi pegawai seranta FELDA. Penulis cadang lakukan rombakan besaran. Pegawai
seranta dahulu makan gaji buta dan selalunya di lantik kerana membantu
Pengerusi atau Pengarah Urusan. Cuba
check Pegawai Seranta di FELDA. Adakah ia berkaitan dengan Pengerusi FELDA?
Ahli UMNO dari Negeri Sembilan atau AJK Bahagian UMNO?.
Penulis
mahu pegawai Seranta berfungsi melakukan pembersihan dan pengkukuhan sokongan
di GLC yang di tetapkan. Buat team seramai 5-10 orang dan bergerak. Ahli dan
penyokong UMNO yang tidak mempunyai pekerjaan tetap cukup ramai. Beri mereka
kerja. Buat apa FELDA atau FGV untung berbilion, tetapi pekerja dan penerokanya
anti Kerajaan. Betul betul tidak kena. Kenakan KPI dan report kad aktiviti yang
dijalankan terhadap pegawai seranta. Zaman makan angin dan berbulan madu sudah
lepas.
Kabinet
Baru
Sebagai
salingan, penulis ingin utarakan ialah siapa yang mengantikan Datuk Nazri Aziz
yang dahulunya Menteri yang bertanggongjawab perihal Undang undang dan
Parlimen. Barisan kabinet baru ini yang menganggotai Menteri di JPM, kalau
tidak silap, tiada yang berpendidikan undang undang. Adakah kelantangan Datuk
Nazri Aziz tidak akan kedengaran lagi di JPM dan Parlimen?. Sesungguhnya DS
Najib boleh memujuk Bekas Hakim Mahkamah Rayuan membantu kerajaan di dalam hal
ini. Wawancara di Helo Malaysia BERNAMA TV menunjukkan kesetiaannya kepada
Negara, mempunyai kepakaran undang undang yang tinggi dan berani bercakap apa
yang benar. Ramai politikus bercakap
`pandang pandang’.
Sejak
menerajui Kementerian Pelancongan, Datuk
Nazri Aziz kena ubah stailnya daripada `kelihatan’ tegas dan bengis kepada muka
senyum.
Hari
pertama beliau menjalankan tugas ialah mengumumkan bahawa Malaysia melalui Kementerian
Pelancongan akan terus menyokong F1. Mungkin ada pemberita yang nakal bertanya
kepada Datuk Nazri kerana perhubungan Datuk Nazri dengan Tun Dr Mahathir agak
`sejuk’. Harap mereka lupakan cerita lama itu. Musuh sebenarnya UMNO/BN ialah
Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang Haji Hadi Awang ataupun PKR, DAPdan PAS.
Kementerian
Kesihatan
Kementerian
ini amat mustahak kepada Kerajaan kerana bilangan penjawatnya yang ramai,
mempunyai kepakaran kesihatan dan kedoktoran, perkhidmatan mustahak kepada
rakyat dan asset nilaian bilion berada di seluruh Negara. Penulis tidak ada
maklumat pecahan penjawat awam mengikut Kementerian.
Penulis
mendapatkan pemeriksaan pakar Jantung di Hospital Serdang. Setiap bulan
mengambil ubat dan setiap 4 bulan berjumpa doktor pakar. Penulis dirujuk di
Unit Kardiologi (CTC), Tingkat 1, Klinik Pakar, Hospital Serdang. Jika tidak
silap, anggota pekerja di kaunter CTC sehinggalah di kemudahan pemeriksaan
ECHO, penjawat awamnya adalah dari Pantai Timur. Baru baru ini penulis
melakukan ECHO dan di dalam masa 30minit di sana , penulis pasti mereka dari pantai timur,
hampir semuanya.
Penulis
harap Kementerian melakukan intergrasi negeri di mana mana bahagian di
hospital. Bahaya dan ada risikonya jika mereka penyokong pembangkang.
Datuk
S. Subramaniam dan Datuk Dr Hilmi diminta turun padang ke setiap hospital dan lakukan
`political detailing’ disamping kerja rasmi. Penulis tidak mahu lawatan singkat
tanpa mengetahui perihal dalaman hospital tersebut. Rangka startegi UMNO/BN
aktif di dalam hospital supaya segala fitnah dapat di hapuskan `at source’. Apa
yang berlaku, fitnah telah merebak ke separuh dunia, dan di percayai, sebelum
ia dapat dimatikan. Dah terlambat.
Pemikir
pemikir war room mesti mendapatkan pecahan untuk merangka strategi seperti
pecahan jenis penjawatan, bilangan, bangsa, umur, tempat mengundi, dan asal.
Kerja `pembersihan dan pengkukuhan sokongan’ di satu hospital pun akan mengambil
masa yang panjang. Rasanya 5 tahun pun tidak cukup. Jesteru itu ia kena
berjalan dari sekarang secara terus menerus. `Engagement’ mesti dirangka secara
professional.
Di
dalam kesempitan masa dan ruang, Penulis dapat mengemukakan beberapa pandangan
demi kebaikan dan kelangsungan UMNO/BN supaya terus relevan. Kepada pemimpin
penulis DS Najib dan TS Muhyiddin, jagalah harta Melayu dan Bumiputera yang ada di depan mata dan yang
sedang dikendong ini. Jangan kejar bayang bayang.
Banyak kementerian dan kumpulan kemasyarakatan belum sempat di ulas. Idea dan
pandangan merupakan cadangan dan jika sesuai boleh diimplementasikan. Pandangan
tersebut boleh juga di perbaiki agar ia sesuai dipraktikkan. Tiada niat untuk
memfitnah atau memburukkan sesiapapun. Sesungguhnya ia untuk kebaikan bangsa kita,
agama kita, Negara kita dan parti politik kita.