Popular Today

Khamis, April 02, 2009

PUBLISITI MURAHAN NIZAR

13 Komen!!!
Nizar buat kecoh lagi...solat jenazah pun cari publisiti

Semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Naib Ketua UMNO Cawangan Changkat Ibol, Allahyarham Ismail Dahaman ditakdirkan meninggal dunia Rabu malam.

Namun apabila solat jenazah hendak diadakan dan solat Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, Kapt (B) Datuk Najmudin, calon PAS Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan beberapa orang penyokongnya tiba dan terus mengambil tempat imam daripada Najmudin.

Apabila diberitahu persiapan solat jenazah sdah dibuat dan mereka yang hadir sudah hendak sembahyang, beliau tetap mahu mengimamkan solat jenazah tersebut. Apabila diminta untuk solat bersama-sama sebagai makmum, Nizar dan pengikutnya terus meninggalkan rumah Allahyarham tanpa menunaikan solat jenazah tersebut.

Inilah akibat Islam dipermainkan oleh golongan pelampau ini.... bukan kerana Allah tetapi kerana kepentingan peribadi...

Kejinya manusia seumpama ini...

AGENDADAILY

POSTER PEMBOHONGAN PAS TERHADAP RAKYAT MALAYSIA!

4 Komen!!!


ADAKAH RAKYAT MAHU PEMIMPIN YANG BERBOHONG KEPADA RAKYAT

Bukti terbesar pembohongan perjuangan PAS!

13 Komen!!!
Astaghfirullah hal azim, Nauzubillah min Zalik!


Penafian Perjuangan Negara Islam PAS

Kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang memasuki hari ketiga semakin menarik kerana selain poster, risalah turut diedarkan ialah rakaman-rakaman video dalam bentuk cakera padat.

Daripada beberapa cakera padat yang diedarkan, rakaman perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ketika Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih bergelar Menteri Besar, amat menarik kerana secara jelas Nizar mencabar supaya dibuktikan PAS hendak menubuhkan sebuah negara Islam.

Berdasarkan rakaman tersebut, isu berkenaan dibangkitkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli yang menyatakan PAS kini sudah lari daripada matlamat asal mereka untuk menubuhkan Negara Islam.

Nizar yang mendengar kenyataan Tajol itu, bangun meminta penjelasan.



“Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar.

Jawapannya itu disambut oleh Tajol dengan menyatakan, “Saya tahu ramai orang PAS dalam Dewan ini tapi itulah jawapan YAB Menteri Besar (mengenai negara Islam)”.

Malah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang juga ADUN Pangkor bangun mencelah menasihati Nizar agar bertaubat . “Astaghfirullah...astaghfirullah, nauzubillahiminzaliq” kata Dr Zambry.

Rakaman sidang DUN Perak itu yang bertarikh 23 Jun 2008 tentunya menarik minat kerana secara rasmi ketika bergelar Menteri Besar, Nizar mengesahkan memang PAS tidak mempunyai apa-apa dokumen atau iltizam untuk menubuhkan Negara Islam.

Janji atau bohong

2 Komen!!!


Anwar berjanji lagi! Awas... kalau dahulu, bunyinya begini "HAri ni Perintah, esok minyak turun.

Kini, Anwar berjanji pula "Kalau hari ini kita perintah, esok semua orang Hindraf bebas"

Mahathir bantu BN di Bkt Gantang

2 Komen!!!
Muda Mohd Noor | Apr 1, 09 3:57pm
kemaskini 5.56pm Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah luar dugaan apabila bersedia turun berkempen membantu calon BN Ismail Saffian, Ahad ini.

Mantan perdana menteri dijadual menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering.

bukit gantang by election shahrizat ismail matang road campaign 310309 06Bagaimanapun, menurut setiausaha bahagian Umno Bukit Gantang, pejabat bekas presiden Umno itu belum menetapkan masa kehadirannya.

"Ia (masa) akan diketahui dalam sedikit masa lagi," kata Jamail Idris.

Dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Ismail berdepan calon PAS Datuk Seri  Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris. 

Kehadiran Dr Mahathir, yang ingin berhasrat kembali kepada Umno setelah meninggalkan parti itu Mei tahun lalu, nanti kali pertama dalam pilihanraya kecil selepas membantu anaknya Datuk Mukhriz di Jerlun dalam pilihanraya umum lalu.

Ahli jawatankuasa Umno bahagian itu Mohamad Saadin Yusof mengalu-alukan kedatangan tokoh itu untuk turut berkempen dan percaya ia akan memberi semangat baru kepada penyokong Umno.

"Mereka (ahli Umno) yang sebelum ini tidak mengundi parti itu, akan mengundi BN semula.

"Sudah tentu kehadiran Dr Mahathir akan memberi kekuatan tambahan kepada BN," katanya.

PKR tawar RM50 ribu keapda calon bebas!

1 Komen!!!


Calon Bebas yang menggunakan lambang kapal terbang bagi pilihan raya kecil Bukit Selambau, T. Chandrarajan mendakwa PKR menawarkannya habuan RM50 ribu sekiranya beliau bersetuju untuk menarik diri daripada bertanding. 

Namun secara sinis beliau sebaliknya menawarkan kepada PKR sebanyak RM60 ribu sekiranya calon parti itu yang menarik diri. "Saya bertanding bukan kerana wang atau jawatan," katanya kepada Agendadaily hari Selasa.- 31/3/2009 

Agendadaily

Kongsi Link Anda