Popular Today

Jumaat, Mei 16, 2014

Najib mahu saman Malaysiakini

0 Komen!!!
Najib-300x225KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal Malaysiakini berikutan penyiaran dua artikel berkenaan pandangan pembaca tentang kemelut di Terengganu.
Portal Malaysiakini melaporkan, notis tuntutan diserahkan semalam oleh tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili UMNO dan Najib, yang mendakwa dua artikel terbabit mengandungi kata-kata fitnah dan berniat jahat.
Najib dan UMNO turut menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada portal berkenaan serta menarik balik artikel terbabit
Malaysiakini juga dituntut membayar ganti rugi untuk kos kerosakan reputasi yang buruk selain memohon maaf dalam tempoh 48 jam, lapor Bernama.

sumber : KLpost

Artis Malaysia : peminat melampau atau artis tidak sensestif??

0 Komen!!!
GARA-GARA KONGSI GAMBAR NELYDIA SEDANG TIDUR, QI RAZALI DIKRITIK PEMINAT?


Bila sudah bergelar selebriti, segala yang dilakukan pasti akan jadi perhatian banyak pihak. Seperti kebiasaan, mereka juga insan biasa seperti kita. Mahu berkongsi detik suka duka dalam laman sosial mereka. Cuma kadang-kadang apa yang mereka kongsikan disalah ertikan oleh segelintir peminat.
Terbaru, Instagram pelakon Qi Razali menjadi sasaran kritikan peminat. Ia gara-gara Qi berkongsi gambar Nelydia Senrose sedang tidur bersama seorang kanak-kanak lelaki dan Qi menyelitkan kapsyen, ‘Awwww…what a sight…Ciri2 keibuan… :)’.
Sekali pandang, rasanya tak ada apa yang salah dengan gambar berkenaan. Cuma terdapat pula segelintir pengikut Qi yang melihat ianya sebagai satu kesalahan dan menganggap tidak manis untuk dia berkongsi gambar sedemikian.
instagram-qi-razali
Ada juga yang beranggapan, Nelydia berbaring di atas perut seseorang dipercayai Qi. Wah, tajam sungguh pemerhatian peminat-peminat. Disebabkan itu, ramai juga yang menasihati Qi untuk segera mengahwini Nelydia bagi mengelakkan fitnah.
komen-peminat-1
komen-peminat-2
Namun demikian, Nelydia kemudiannya membalas komen-komen tersebut dengan menyatakan peminat hanya memperbesarkan isu berkenaan sedangkan tiada apa yang berlaku.
komen-peminat-3
Selain komen negatif, ada ramai juga peminat mereka yang menganggap gambar berkenaan sebagai sesuatu yang ‘sweet’ dan tidak sabar ingin melihat anak-anak Qi dan Nelydia sendiri suatu hari nanti.
Sumber asal: OHBULAN

Sukarnya menjadi artis di Malaysia..

2 Komen!!!

Belum reda dengan isu pakai skirt pendek, Fauziah Gous kembali dengan aksi terkangkang untuk tatapan peminat beliau..

Gambar tersebut dimuat naik dalam laman instagramnya sendiri dan dikongsi dengan ribuan peminatnya..

Tak tahulah apa yang best sangat dengan gambar terkangkang tersebut.. Mungkin ianya sekadar seni, atau sekadar nak cari publisiti..


Namun sebagai wanita melayu yang diajar tentang kesopanan, tak wajar rasanya Fauziah Gous bergambar macam tu.. Nampak kasar sangat pulak bila tengok anak dara melayu terkangkang macam tu kan..

Nak bergambar tu boleh saja.. Banyak lagi pose lain boleh digayakan.. Tak bermakna terkangkang macam tu orang akan suka.. Tak pasal-pasal kena kutuk dalam laman sosial nanti.. ~UtaraNews.com

Kongsi Link Anda