Rabu, Oktober 21, 2009

Malaysia tempat ke-11 destinasi pelancongan dunia

2 Komen!!!


PULAU PINANG 20 Okt. - Malaysia menduduki tempat ke-11 sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia dengan 17.4 juta pelancong dalam tempoh Januari hingga September lalu mengikut senarai Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO).

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, kedudukan tersebut iaitu satu tangga di bawah Mexico yang banyak menerima kunjungan pelancong Amerika Syarikat (AS), adalah sesuatu yang perlu dipertahan dan dipertingkatkan.

Menurutnya, jumlah pelancong juga meningkat 6.6 peratus berbanding tempoh sama pada 2008 yang mencatat ketibaan 16.3 juta kemasukan pelancong.

Yen Yen berkata, kemasukan pelancong dari negara Asia Tengah seperti Ukraine, Khyrgistan dan Rusia mencatat peningkatan ketara selain kemasukan memberangsangkan dari China, Asia Barat, Australia dan Eropah.

Menurutnya, penerbangan langsung dari Asia Tengah mulai tahun depan dijangka merancakkan lagi kemasukan pelancong dari rantau itu.

Sumber : Utusan Malaysia

PAS tidak sepakat isu sayap Kelab Penyokong bukan Islam (kafir)

1 Komen!!!
Abdul Rahim Sabri
Okt 20, 09
1:19pm
Jawatankuasa pusat PAS masih beriltizam untuk menaikkan taraf kelab penyokong bukan Islam (kafir) sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.

Komitmen itu disuarakan "secara umum" oleh anggota-anggota jawatankuasa itu dalam mesyuarat hujung minggu di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, kata Ketua Pemuda PAS.

"PAS pusat (masih) menunggu draf cadangan menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) menjadi sayap parti sebelum keputusan rasmi dibuat, sama ada melibatkan pindaan perlembagaan atau penambahan peraturan kecil (dalam perlembagaan)," kata Nasrudin Hassan ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, isu menaikkan taraf KPP tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat tersebut.

Menurutnya lagi, iltizam itu juga bertepatan dengan ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyeru agar KPP diperkasakan dalam ucapan dasarnya di muktamar, Jun lalu.

Diminta mengulas draf awal jawatankuasa teknikal, Nasrudin berkata beliau tidak pasti klausa atau peraturan akan dipinda atau ditambah.

"Sekiranya tidak membabitkan polisi parti, ia hanya dibicangkan di peringkat PAS pusat.

"Tetapi jika melibatkan polisi parti, yang membabitkan pindaan perlembagaan, ia perlu kepada muktamar khas," katanya.

Malaysiakini difahamkan draf awal jawatankuasa teknikal bagi mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan parti bagi menaik taraf KPP telah diserahkan ke ibu pejabat.

Jawatankuasa teknikal ini telah mengadakan pertemuan di Kedah bulan lepas – dengan penyertaan anggota Majlis Syura Ulama – bagi membincangkan isu tersebut tetapi majoriti tidak bersetuju menaikkan taraf KPP sebagai dewan.

Ahli-ahli bukan Islam, jika diberikan kuasa sebagai dewan, dibimbangi akan mendesak PAS untuk mengubah dasar-dasar parti.

Bagaimanapun jawatankuasa teknikal itu bersetuju memperkasakan KPP tetapi masih lagi dikawal selia di peringkat jawatankuasa pusat PAS, bukannya sebagai sayap parti.

Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Hashim Jasin pula berkata jawatankuasa itu kelmarin belum bersedia meminda perlembagaan untuk menguatkan lagi penyertaan bukan Islam.

Ahli jawatankuasa PAS - juga pengerusi lajnah perpaduan nasional yang ditugaskan menyelia KPP - Mujahid Yusof setakat ini gagal dihubungi.

Pemimpin Pakatan Rakyat diarah sembunyikan masalah dalaman mereka

8 Komen!!!
Anuwar Aljuburi - Pemimpin diktator


Berikutan tindakan Zaid Ibrahim, Jeffry Ketingan, Gabril Adit, Hassan Ali dan ramai lagi.... yang banyak sangat membuat kenyataan memberontak secara terbuka.. akhirnya Ketua Pembangkang, Anuwar Aljuburi mengarahkan supaya semua pemimpin Pakatan Rakyat membisu dan menutup mulut mereka.

Nampaknya istilah kebebasan bersuara, ketelusan, rakayat diutamakan hanya omongan kosong dan penipuan dari Pakatan Rakyat semata-mata. Tindakan ini bertujuan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menutup kelemahan Pakatan Rakyat di kacamata rakyat atau kata lain adalah untuk menipu rakyat dengan menunjukkan kononnya ikatan mereka kukuh di luar sedangkan rapuh di dalam. Inilah sebenarnya tindakan tidak demokrasi dan diktator dari Pakatan Rakyat.

Mereka suruh Pemimpin Pakatan Rakyat membisu tetapi dalam masa yang sama pemimpin atasan Pakatan hanya memekakkan telinga dan sengaja membutakan mata terhadap masalah dan aduan yang disampaikan kepada mereka.

Menurut laporan HarakahDaily, semua pemimpin pakatan di arah untuk tutup mulut serta merta dan menjaga kenyataan mereka.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu ianya bagi menjaga hubungan baik antara parti dalam Pakatan Rakyat.

"Kita putusakan dengan tegas bahawa semua pendapat diselesaikan mengikut ruang yang ada sama ada di peringkat negeri ataupun Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat," katanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Langkah lain yang turut dipersetujui pada mesyuarat tersebut adalah supaya pimpinan tertinggi parti mengarahkan kesemua ahli parti masing-masing supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan ketiga-tiga parti dalam pakatan itu.

Walupun kita mengetahui tindakan Pakatan Rakyat ini hanya ingin menyembunyikan telur tembelang mereka, tetapi bau busuk telur tembelang ini tetap tidak dapat disembunyikan. Rakyat tahu pemimpin Pakatan Rakyat hanyalah berlakon berbaik sahaja di depan rakyat tetapi sebenarnya mereka perang dingin di dalam.

Kita pasti, bahawa kenyataan terbuka ini terpaksa dibuat kerana pemimpin atasan mereka hanya memekakkan telinga mereka dari mendengar permasalahan rakyat sama seperti yang berlaku isu rampasan arak di Selangor dan juga krisis PKR di Sabah dan Sarawak.

Aduan mereka ini dipandang remeh oleh kepimpinan mereka sehingga mereka terpaksa menggunakan saluran media untuk menyampaikan mesej mereka kepada umum.

Sampai bilakah rakyat sanggup ditipu oleh pemimpin Pakatan Rakyat lagi...

Ramai anggota Makkal Sakti dari Kelab PAS?

2 Komen!!!
Ini yang ditulis dalam Harakah, akhbar PAS, bukan andaian saya.

"Isu kedudukan orang bukan Islam khasnya kaum India semakin kritikal sejak kebelakangan ini khasnya selepas PAS kalah teruk di Bagan Pinang.

"Ia tambah menarik lagi apabila dikatakan hampir separuh anggota parti baru, Makkal Sakti, adalah juga anggota Kelab Penyokong PAS.

"Menurut satu sumber, langkah ini mereka ambil kerana merasa tidak selamat dengan kedudukan mereka sekarang di dalam Kelab Penyokong PAS ini."

Baca laporan penuh Harakah di sini.

Wow, jika betul, parah parti Islamist ini. Dulu depa syiok ramai orang India jadi member Kelab Penyokong PAS, dicanang satu kota.

Apa dah jadi? Begitulah jika kumpulan itu dan ini masuk ke dalam sesebuah jemaah kerana ada kepentingan.

Bila ada pihak lain memberi tawaran lebih baik untuk menyelesaikan masalah mereka, tentunya mereka lari. Tidak boleh disalahkan kaum India jika perkara ini betul. Cuma ianya jauh bezanya dengan perjuangan politik yang beteraskan ideologi dan kepercayaan penuh dengan pemimpin. Jika betul, maka ini peluang Umno dan PM Najib untuk menunjukkan bahawa kerajaan boleh membantu. Jika tidak, mereka mungkin lari keluar balik.

Untuk PAS pula, masanya dah tiba untuk memberi mereka gambaran lebih jelas apa yang mereka dapat untuk terus kekal dalam PAS.

Memang betul menubuhkan sayap penuh dalam PAS untuk non-Muslim satu jalan keluar. Tetapi saya rasa parti ini juga kena tunjukkan apa lagi manfaat untuk terus menyokong PAS dan pembangkang.

Kerajaan Najib boleh hulurkan dana bantuan pelajaran dan perumahan, misalnya, dan sudah tentu boleh kurangkan red tape jika masyarakat India ada masalah. PAS boleh tawarkan apa?
Nak mainkan lagu 'Umno corrupt', 'BN menyeleweng' memang sedap. tetapi itu lagu lama, dah tak laku sangat.

Dan jika kita perhati isu penyiasatan MACC di Perak, Penang dan Selangor (walaupun dikatakan berbaur masuk campur Umno) ada nampak macam orang Pakatan ni pun dah mula nak berjinak dengan penyelewengan.

Sumber : OPED

Israel dan Amerika uji teknologi perang bersama

0 Komen!!!

21/10/2009 3:00am

BAITUL MAQDIS 21 Okt. - Tentera Israel dan Amerika Syarikat akan mengadakan latihan pertahanan udara bersama secara besar-besaran esok (Rabu), bagi menyoroti keakraban hubungan ketenteraan kedua sekutu rapat itu dalam usaha meningkatkan tekanan ke atas program nuklear Iran.

Latihan bagi menguji kecanggihan teknologi peralatan yang akan diguna oleh tentera Israel menghadapi serangan Iran dalam wilayah rejim yahudi itu sengaja diadakan bagi meningkatkan lagi implikasi politik ke atas wilayah-wilayah seterunya. - AP

Tidak kira siapa sebenarnya Presiden Amerika... samaada bush atau obama sama sahaja... mereka tetap pro yahudi..... jadi janganlah terpedaya.... samada negro ke orang putih ke.. memang darah yahudi dah mengalir ke tubuh mereka...

Persamaan PAS dan Israel

0 Komen!!!





Bahan di ambil dari facebook. Sama ada di rancang atau kebetulan bukanlah isu... apa yang penting persamaan slogan ini.. Mungkin slogan PAS For All itu idea yang diambil dari Yahudi.. yang dibawa oleh Anwar.. sebab Anwar dengan Yahudi tu rapat.. sudah lama orang maklum..

Saman Anwar terhadap Dr M ditolak

1 Komen!!!
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah RM100 juta terhadap mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim Datuk Abdul Malik Ishak yang mengetuai panel tiga hakim yang mendengar kes tersebut membenarkan permohonan peguam Datuk VK Lingam yang mewakili Dr Mahathir, untuk menolak rayuan tersebut atas sebab teknikal. Dua lagi hakim ialah Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

Abdul Malik juga berkata, ia keputusan sebulat suara serta mengarahkan Anwar membayar kos.

Sebab teknikal tersebut ialah peguam Anwar tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

Lingam juga berhujah bahawa peguam Anwar juga tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ianya menjadi cacat.

Dengan keputusan hari ini, maka rayuan Anwar tidak akan didengar pada 2 November seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Anwar telah menyaman fitnah matan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang dibuatnya di satu sidang akhbar Suhakam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan saman Anwar itu pada Julai 2007 tanpa mendengar merit kes tersebut dan begitu dengan rayuan hari ini.

Sumber: Malaysiakini

Kongsi Link Anda