Rabu, Januari 06, 2010

ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE

2 Komen!!!
Isu berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka masih lagi hangat diperkatakan. (Rujuk The Sun,Ruangan Herald The Catholic Weekly )

Pihak yang menuntut mendakwa bahawa kalimah Allah ialah terjemahan dari bahasa Inggeris yang mengunakan kalimah God di dalam bible Versi English mereka. Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam bible Kristian ayat-ayat berbunyi seperti berikut:-

“Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup “
( Matius 16 : 16 )

“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.”
( Matius 27 : 43 )

“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus )
Kristus. (Galatia 1 : 3 )

Serta banyak lagi ayat-ayat lain yang tidak perlu diperincikan di sini.

Jelasnya, dalam menangani isu ini, kita perlu merujuk kembali kepada fakta sebenar. Iaitu, apakah bahasa asal penulisan kitab Taurat dan Holy Bible?

Berdasarkan fakta, bahasa asal kitab Taurat adalah bahasa Hebrew manakala bahasa yang digunakan bagi penulisan kitab Holy Bible ialah bahasa Greek.

Kalimah tuhan dalam bahasa Hebrew ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27 : 46 yang menyebut :

Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring:
“Eli,Eli, lama sabakhtani?”Ertinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku ?”

Manakala di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud tuhan ialah Theos. Orang-orang Rom yang menyembah Tuhan yang disepakati oleh mereka sebagai Tuhan yang sebenar memanggil Tuhan ini sebagai Hotheos. Manakala sekiranya ada di kalangan mereka yang menyembah Tuhan palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tontheos. Perhatikan!Bagi kedua-dua bahasa yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun yang menyebut kalimah Allah Sesetengah sarjana Kristian menyatakan bahawa alasan yang paling kukuh bagi mereka untuk dibenarkan penggunaan kalimah Allah ialah berdasarkan penggunan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Arabic. Sememangnya diakui kalimah Allah digunapakai di dalam Bible berbahasa
Arab. Bible versi bahasa Arab tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi Alkitab Al-Muqaddas. Begitu juga Bible berbahasa Melayu yang menggunakan nama yang sama? Di dalam terjemahan Bible bahasa Melayu mereka menamakannya sebagai Al-kitab berita baik.* Perlu dinyatakan bahawa kalimah Allah wujud di dalam Bible bahasa Arab adalah kerana sesetengah Kristian Arab (seperti Syria, Mesir dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini termasuk mereka yang terlibat dengan tuntutan isu kalimah Allah ini.

Maka hujah yang dijadikan sandaran sebagai alasan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak masuk akal kerana golongan Kristian Trinity sendiri mengkafirkan golongan Kristian Unity. Terdapat juga sarjana mereka yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan sekali-kali timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada penterjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan
kalimah Tuhan adalah terjemahan dari kalimah Lord. Pandangan mereka ini juga mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible mereka. Persoalannya, apakah perbezaan
antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian?

Sekiranya mereka mendakwa bahawa Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam syurga maka mereka perlu mengetahui bahawa ayat yang akan dinyatakan di bawah ini membuktikan bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja!Perhatikan di dalam The Gospel Of St. Mark 12:29 menyebut :

Jawab Jesus : “Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa” Saya bertanya kepada orang-orang Kristian, siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah Nabi Isa? Tidak!

Lafaz Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan oleh sarjana mereka bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Nabi Isa!

Sekiranya mereka berhujah dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan kalimah Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa, iaitu seperti dinyatakan di dalam The Gospel Of St.Matius 16:22 yang menyebut :

Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya :“Tuhan, (Jesus) semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu”.

Maka mereka perlu menyelesaikan dahulu percanggahan di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu adalah Nabi Isa sahaja ataupun Tuhan juga adalah Allah!

Di samping itu, kita juga tidak lupa untuk menyeru agar mereka memerhatikan kata-kata Jesus sendiri terhadap keesaan Allah. Perhatikan The Gospel Of St.John 20:17 yang menyebut :

Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu.”

Dalam The Gospel Of St. Matthew 22:37 :menyebut :
Jawab Jesus kepadanya: “ Kasihilah Tuhan Allahmu dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan segenap akal budimu.

Dalam erti kata lain Nabi Isa bukannya Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Nabi Isa sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah!

Kesimpulannya, larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah. Sesetengah negeri pula contohnya selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan sekiranya digunakan oleh Non Muslim.

Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.

Sumber,
Caw. Aqidah
PP (Ancaman Agama)
JAKIM

Isu Allah : Keputusan PKR dan PAS bertentangan Fatwa Kebangsaan

1 Komen!!!
Tindakan PKR dan PAS yang menyokong penggunaan Allah bagii bukan Islam bertentangan dengan keputusan majlis Fatwa.

Majlis Agama Islam Selangor menjelaskan sebarang membenarkan Herald-The Chatolic Weekly menggunakan kalimah Allah bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang menyatakan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.

"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan jika terdapat unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata majlis

Nampaknya keputusan PKR dan PAS telah melampaui batasan fatwa dan agama... Semakin jelas bahawa Islam akan semakin hancur jika mereka berkuasa...

Pendirian PAS dan PKR yang bertuankan DAP ini memang tidak mengejutkan, hati dan mata mereka telah dibutakan dengan undi walaupun terpaksa menggadai maruah agama...

Sumber : Berita Harian

PAS gagal mempertahankan kalimah Allah

1 Komen!!!
Akhirnya kerana kepentingan politik, mendapatkan undi dan sokongan bukan Islam. Akhirnya PAS menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam namun bersyarat iaitu...

Sebuah parti yang dikatakan berteraskan Islam nampaknya gagal mempertahankan kesucian Islam iaitu kalimah Allah SWT, sehingga sanggup berkongsi dengan kristian yang jelas mensyirikkan tuhan.

Nampaknya PAS kini lebih bertoleransi demi undi bukan Islam setelah Hudud diletak ketepi, negara Islam bukan lagi perjuangan, orang kafir boleh membaca Al-Quran dan bertasbih, YB India boleh memberikan ceramah.

Pokok Isunya adalah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam lebih tepat lagi ialah kristian..

Apa yang perlu Jelas kalimah Allah tidak pernah ada dalam Bible, ... jadi apa perlunya kumpulan kristian ini kepada kalimah Allah...

I. Allah is never found in the Bible

  1. Contrary to Muslim claims, the word "Allah" is never found in the Bible in either Hebrew and Greek. The closest two words we find are the Hebrew "alah" (which means to curse, mourn or rise, and is never applied to God) and the Hebrew word "Elah" (Strongs 425) which means has been translated either oak or turpentine tree. Isa 6:13. So apart form the superficial similarity in appearance arguing Allah is in the Bible because of similarities, is like saying Mormon is in the Qur'an because it looks like Muslim.
  2. The first Arabic translation of the Bible came into existence about the 9th century. Nowhere is the name of Allah found in the Old or New Testament
Jadi apa perlunya mereka menggunakan Kalimah Allah dan apa perlunya PAS bersetuju dengan kumpulan Kristian, sedangkan kaliah Allah tidak pernah ada dalam bible.

Kalimah ALlah hanya wujud setelah kalimah tuhan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Jadi apa perlunya kalimah Allah hendak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.. tidak cukupkah mereka hanya merujuk kepada kalimah tuhan..

Memang malang, parti yang mendakwa memperjuangkan Islam kini nampaknya semakin dipijak oleh bukan Islam demi undi semata-mata.

Dalam Harakah ada menjelaskan mengenai kalimah Allah.. namun penjelasannya lebih bersifat politik dari akademi apatah lagi keagamaan...
Perlu jelas bahawa kalimah Allah swt adalah Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah swt. Firman Allah swt :
"Katakanlah [ Wahai Muhammad ] Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa . Allah tempat bergantung dan meminta segala sesuatu . [ Allah ] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya. (Surah al Ikhlas : 1-4)

Sesiapa pun [ muslim atau non muslim ] yang mahu menggunakan kalimah Allah mestilah menggunakannya dengan betul iaitu Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya. Haram dan kufur jika kita membenarkan perbuatan , tindakan atau kenyataan yang menduakan [ mensyirikkan ] Allah swt. Seperti membenarkan perkataan orang yang berkata : "Allah itu ada anak " dan seumpamanya. Kerana perkataan itu salah dan bertentangan dengan keEsaan Allah swt. walau siapa [ non muslim atau muslim ] yang berkata demikian.

Allah swt sendiri murka terhadap mereka yang menggunakan kalimah Allah secara salah [ dengan berkata Allah mempunyai anak ], maka bagaimana mungkin kita boleh bersetuju dan redha jika ada yang menggunakan kalimah Allah secara salah seperti mensyirikkan Allah swt [ menganggap Allah ada anak dan isteri atau menduakan Allah dengan tuhan yang lain ] Firman Allah swt:"dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak. Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak." (Surah Maryam : 88 - 91)

"Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt." (Surah Al An'am : 19)

Manakala pengguna kalimah Allah swt secara benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri yang telah mengisytiharkan zatNya tiada sekutu dan bandingan [ seperti yang termaktub di dalam surah al ikhlas ] , maka ia adalah pengguna yang bijak dan benar , malah dibenarkan sekalipun ia seorang non muslim . Inilah yang Allah swt sebut di dalam al Quran:
"dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran." (Surah al Ankabut : 61)

Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [ begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka .]

Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .

Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [ Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar ]

Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?

persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [ menggunakan kalimah ] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .

Tidak hanya menggunakan kalimah Allah swt secara salah [ seperti menduakan Allah swt ] sahaja yang mesti ditolak , tetapi juga termasuklah perbuatan mempersenda dan mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. juga mesti ditentang dan ditolak .
Dengan penerangan diatas, jelas bahawa jika kalimah Allah digunakan oleh kristian pastinya akan bertentangan kalimah maksud keEsaan Allah SWT... bukan kestakat menduakan Allah bahkan men'tiga'kan Allah (trinity)..

Namun dalam masa yang sama PAS masih membelasah UMNO kerana tidak menjalankan syariat Allah... pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu.

Persoalaannya perbincangan kalimah Allah perkara Akidah ke atau Syariah umat Islam... Jika perkara Akidah adakah inya boleh bertolak ansur tentang penggunaan nama Allah...

PAS sendiri terlupa mereka semakin lama semakin banyak menyesatkan manusia dengan fatwa yang berubah sesuka hati mereka.. jika dahulu tidak boleh berkawan dengan kafir kini boleh berkawan dengan kafir, dahulu mereka memperjuangkan negara Islam dan kini memperjuangkan negara sekular bersama Pakatan Rakyat ini diakui oleh DS Nizar, dulu membangun bersama Islam kini membangun bersama DAP.. bukan Islam boleh membaca ayat AlQuran. Hudud PAS Kelantan dan Terengganu berbeza... Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram". (Harakah, 23 April 1994), mengundi PAS masuk syurga dan mengundi UMNO masuk neraka

Jadi jangan tuduh UMNO yang merosakkan sedangkan PAS sebenarnya lebih banyak merosakkan Islam... lihatlah dibawah ini:

Perkara-perkara yang menyeleweng yang dilakukan oleh Pas seperti di bawah.

1. 1959 – Salahguna ayat 15 surah Saba’ dalam manifesto Pas Kelantan dengan menulis 1/5 daripada seluruh ayat (hujungnya) sahaja dengan tidak ditulis semua dari pangkal ayat. Maksud ayat tersebut mengenai konsep syukur dan pembalasan Allah S.W.T ke atas umat yang kufur dengan nikmatNya langsung tidak diberitahu.

2. 1963 - Seleweng maksud ayat 28 surah aali-Imran dengan mengatakan “Orang Islam yang bekerjasama dengan kafir memerintah negara menjadi kafir”. Hukum ini dibentang dalam kertas putih Kerajaan Malaysia pada 8hb Nov 1984 m/s 8. Tetapi apabila Pas dapat faedah politik dengan bekerjasama dengan DAP (1999) maka Pas keluarkan hokum baru bahawa ianya mengikut contoh Nabi.

3. 1978 - Seleweng maksud asal ayat-ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah dengan menghukum penyokong UMNO sebagai kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Tetapo mengapakah Pas yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 – 1977) tidak pula dihukum kafir bersama..?

4. 1980 - Haji Hadi Awang selewengkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah dengan mengatakan “ Kalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, berbalah, berkelahi; nescaya akan risaklah muka bumi…”

5. 1981 - Haji Hadi Awang membawa hukum “Mati syahid kerana menentang UMNO/BN yang dituduhnya mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir”. Mahkamah syariah dituduh mahkamah THOGHUT, mahkamah iblis dan mahkamah firaun.

6. 1983 - Pas membuat fitnah kepada perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO dengan mengatakan Asobiyyah. Hadis Asobiyyah diselewengkan maknanya; langsung tidak mengikut makna daripada hadis mahupun dari segi bahasa dalam kamus Arab sebenar.

7. 1985 - Haji Hadi Awang berkata di Kg. Raja Besut (29.12.1985), Dewan Ulamak Pas Kedah telah membuat keputusan 14 orang Pas yang mati di Memali (19 Nov 1985) mati syahid. Yang hairannya Ustaz Fadil Noor kata hukum syahid itu tidak dibuat oleh Dewan Ulamak Pas Kedah. Siapakah sebenarnya berbohong.

8. 1993 - Pembohongan dengan Hudud Pas Kelantan. Dr. Mahathir dituduh mengugut Kerajaan Pas Kelantan dan menolak hudud. Empat muka surat kenyataan Dr. Mahathir telah diselewengkan maksudnya. Hudud juga tidak diwartakan oleh Pas. Pas berjanji di dalam Harakah 28.02.1997 akan bawa deraf Hudud ke Parlimen tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian… nyata PAS bohong.

9. 1999 - Konsep syukur diubah menjadi tidak perlu berterimakasih kepada manusia. Harakah 05hb Mac 1999 melaporkan Dr. Hatta Ramli AJK Pas Pusat berkata “ucapan terima kasih tidak perlu kepada Kerajaan. Inilah natijah salahguna ayat 15 surah Saba’ untuk kepentingan dalam manifesto pilihanraya sahaja. Maksud syukur dalam ayat tersebut meliputi manusia sudah tidak dipakai lagi.

Maksud Hadis Rasullullah S.A.W:
Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Rasullullah S.A.W bersabda: “Diperlihatkan (Allah) kepadaku neraka. Ketika itu kulihat kebanykkkan isinya terdiri dari perempuan-prempuan kafir”. Ditanya orang kepada beliau “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasullullah. “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudia dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata ‘Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit juapun. (Shahih Bukhari -23)

Tun Dr.Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pernah merujuk hadis ini mengingatkan orang-orang Islam supaya hendaklah kita berterima-kasih sesame manusia sebagaimana yang dituntut Islam dan jangan terpengaruh dengan dakyah dan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Ulama Pas. Tetapi sebaliknya juak-juak Pas menuduh Tun Dr.Mahathir menghina Rasullullah.

10. 2000 - Haji Hadi Awang MEMPERMAINKAN HUDUD apabila tidak mengambil sahaja Hudud Pas Kelantan untuk kegunaan di Terengganu ketika ia memerintah. Sebaliknya beliau membuat alasan Hudud jika hendak melaksanakannya perlu melalui proses yang panjang dan dikatakan pula hudud adalah 1 per 10,000 (0.0001) daripada Hukum Allah. Ertinya Hadi Awang yang menolak hudud Pas Kelantan.

11. Berpura-pura dengan Negara Islam iaitu setelah memerintah Terengganu, Haji hadi Awang berkata perlu masa lama. Sebab itulah ketika DAP menentang Negara Islam, Nik Abd. Aziz membuat pendirian bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak Negara Islam seterusnya bersedia menggurkan slogan Negara Islam. Dalam hal ini Pas sanggup bekerja sama dengan Parti Kafir yang secara terangan menolak Islam.

12. Menyelewengkan definasi konsep kerajaan sekular. Sekular dalam erti memisahkan agama dengan Politik sudah dijelaskan dalam buku kajian Ilmiah Dewab Ulamak Pas Pusat (September 1980). Namun buku tersebut telah ditarik balik selepas diedarkan di Kg. Raja tahun 1981 kerana tidak menguntungkan Pas. Berdasarkan buku tersebut pada muka surat 19 hingga 2, konsep memisahkan agama dengan politik ialah Ketua Negara berlainan agama. Yang demikian Kerajaan Malaysia tidak wujud system pemerintahan secular. Namun demikian konsep secular terus menerus diselewengkan oleh kerajaan Pas Terengganu bahkan menjadikannya sebagai teks ucapan khutbah Jumaat di seluruh negeri Terengganu ketika Pas memerintah.

13. Wang ehsan daripada Kerajaan Pusat kepada rakyat Terengganu dihukum Haram (Harakah 22.01.2001). Apabila kerajaan Pas mengambil pemberian Kementerian Pendidikan kepada 3 institusi pendidikan Terengganu sebanyak RM40 juta dimasukan ke dalam akaun Khazanah kerajaan Negeri maka Pas menyatakan Hukumnya menjadi harus sahaja. Haram bagi Pas hanya untuk orang lain tetapi harus untuk dia. Hukum Allah diperlekehkan.

14. Penyelewengan akidah Pas berterusan apabila amalkan sembahyang 2 imam di dalam masjid dan waktu yang sama di Majsid Gong Pasir sekitar bulan Jun hingga Julai 1982.

15. Bank Islam dikatakan hanyalah kulit, tidak beerti bagi Islam tetapi telah memuji setelah menggunakan wang peruntukan dari bank tersebut.

16. Nik Aziz dalam mempertahankan novel SHIT karya Shanon Ahmad telah sanggup mengucapkan bahawa Allah juga mencarut. Beliau merujuk maksud surah al-Lahab sedangkan dalam ayat tersebut tiada pun bukti ayat mencarut. Beliau juga berkata masih terdapat banyak akat-ayat mencarut di dalam Al-Quran. Mengapa sebelum ini tiada sebarang fatwa dari Ulama-Ulama terdahulu yang membolehkan sesame manusia mencarut? Kenapa isu ini ditimbulkan oleh N.ajis setelah Shanon mencarut dengan menyebut kemaluan ibu Dr. Mahathir di dalam buku karyanya.

Maksud Hadis Attirmidzi – Rs 2/545
Ibnu Mas’ud r.a Berkata: Rasullullah SAW bersabda: seorang mu’min bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah.

H.R Bukhary-Muslim – 10
Termasuk salah satu dosa besar adalah memaki ibu-bapa sendiri. Seorang sahabat bertanya kepada Rasullullah: Adakah mungkin seseorang itu memaki ibu-bapanya sendiri? Rasullullah menjawab: Benar, apabila seseorang itu memaki ibu-bapa orang lain dan orang yang dimaki itu memaki balik ibu-bapa orang itu, bermakna orang yang memulakan itu telah memaki ibu-bapanya sendiri.

17. Pas berakad dengan kafir yang menolak Islam (DAP).

Rujuk maksud surah Mumthahanah ayat 8 & 9.

Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

DAP telah jelas menolak Islam dan menolak Negara Islam. Pemimpin DAP mencabar sekiranya hendak laksanakan juga, langkah mayat mereka dulu. DAP adalah musuh Islam yang sangat nyata tetapi Pas sanggup bersengkokol dan berpelukan besama mereka.

Semasa mencapai kemerdekaan 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah mengadakan perjanjian bersetuju antaranya Tolenrasi akan kebesan beragama, HAK KETUANAN MELAYU dan ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DAN MENJADI KEUTAMAAN DARI SEGALANYA.

DAP memperjuangkan MALAYSIAN MALAYSIA dan enggan mengekalkan Hak Ketuanan Melayu/Islam. Ternyata perbuatan Pas bersengkokol dengan DAP adalah bertentangan dengan AL-Quran dan ajaran Islam.


Perkara-perkara di atas adalah sebahagian penyelewengan yang dilakukan oleh Ulama-Ulama Pas yang mana jika kita selidiki ianya telah merosakan sekurangnya sebahagian akidah orang yang terpengaruh dengannya dan ianya boleh dianggap sebagai Penjenayah Agama yang wajib kita perangi. Banyak lagi penyelewengan-penyelewengan agama yang telah dan akan dilakukan oleh Pas selagi ianya bertapak di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Jadi siapakah yang mengikut dan memelihara Al-Quran dan siapa pula sebenarnya yang menongkah Al-Quran.

Menjawab Isu Sekolah Agama Rakyat

2 Komen!!!
Takrif

1. Apakah yang dimaksudkan dengan SAR?

- SAR adalah sekolah persendirian yang menawarkan pendidikan formal dan sepenuh masa di peringkat rendah dan menengah dalam bidang agama Islam.

- SAR tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri.

2. Adakah ini bermaksud semua sekolah agama di bawah pentadbiran negeri adalah SAR?

- Tidak. SAR adalah berbeza dengan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)

- Ia juga berbeza dengan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMKA) yang ditadbir oleh Kementerian Pendidikan.

3. Berapakah jumlah SAR di seluruh negara?

- SAR (Rendah) -: Bilangan Sekolah (43), Bilangan Murid (8,078), Bilangan Guru (520)

- SAR (Menengah) -: Bilangan Sekolah (225), Bilangan Murid (66,375), Bilangan Guru (4,429)

4. Negeri manakah yang mempunyai paling banyak SAR?

- Kelantan -: SAR (Rendah) 17, SAR (Menengah) 75

5. Jika benar SAR merupakan sekolah persendirian, kenapa selama ini ia mendapat bantuan per kapita dari kerajaan?

- Seksyen 52 Akta Pendidikan 1996 membenarkan Menteri Pendidikan menghulurkan sumbangan kepada mana-mana institusi agama Islam walaupun persendirian.

Sebab Bantuan Dihentikan

6. Kenapakah kerajaan mahu menutup SAR?

- Tidak benar. Kerajaan tidak pernah membuat keputusan untuk menutup SAR.

- Kerajaan hanya menghentikan bantuan per kapita bukan mahu menutup SAR.

- SAR boleh terus beroperasi sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan negara bagaimanapun mungkin perlu didaftarkan dulu di bawah Akta Pendidikan 1996 sebagai institusi pendidikan agama swasta.

7. Bukankah dengan tidak memberi bantuan per kapita, itu menampakkan keinginan kerajaan untuk menutup SAR?

- Tidak benar. Jika kerajaan mahu menutup SAR, kerajaan tidak akan membenarkannya untuk terus beroperasi.

- SAR masih boleh beroperasi tetapi seperti mana-mana sekolah persendirian, SAR boleh berusaha untuk mendapatkan sumber kewangannya sendiri.

8. Kenapa kerajaan mahu menghentikan bantuan per kapita kepada SAR?

- SAR telah mensia-siakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang berbentuk kewangan, kebendaan dan pembiayaan kursus-kursus latihan.

- Prestasi pelajaran di SAR amat menyedihkan akibat pentadbiran sekolah yang lemah, kualiti guru yang rendah dan prasarana yang daif.

- Terdapat juga SAR yang telah berubah menjadi isntitusi politik yang melahirkan golongan militan.

9. Apakah yang menyebabkan prestasi pelajar SAR merosot?

- Masalah ini ada kaitannya dengan kualiti guru, prasarana dan kualiti pengurusan SAR itu sendiri.

Kajian-Kajian Penting

10. Apakah ada kajian yang membuktikan perkara ini?

- Perkara ini ada disebut di dalam kajian Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan dalam tahun 1996.

11. Apakah yang dilaporkan oleh kajian itu mengenai kualiti guru?

- 90 % guru tidak mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan

- 73.2 % guru tidak berijazah

- 26.5 % guru hanya mempunyai sijil Sekolah Menengah Agama atau SPM atau Empat Thanawi sahaja.

12. Apakah hasil kajian mengenai kemudahan dan prasarana SAR?

- 44.9 % daripadanya mempunyai bangunan yang daif, bilik darjahnya kecil

- 91 % tidak mempunyai makmal sains

- 25 % tidak mempunyai perpustakaan, dan

- 68 % tidak mempunyai padang permainan.

13. Apakah ada kajian yang lain?

- Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Keselamatan Sekolah-Sekolah Swasta dan Agama di Semenanjung Malaysia yang menjalankan kajian dalam tahun 1987 ekoran kebakaran sebuah SAR di Yan, Kedah yang meragut 20 nyawa, menyebut - prasarana dan kemudahan di kebanyakan SAR adalah daif, dibina bersesak-sesak dan tidak akur kepada piawai kesihatan dan keselamatan.

- Terdapat juga beberapa siri kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari universiti-universiti tempatan di dalam tahun 1999 yang mendedahkan tentang sikap guru, pelajar, ibu bapa dan pentadbiran SAR.

14. Apakah hasil dapatan kajian yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik ini?

- Penyelidik 1 - Jabatan Penyelidik Sekolah Pembangunan Sosial UUM;

- 64% guru didapati tidak pernah menggunakan alat bantu mengajar (ABM).

Penyelidik 2 - Dr. Syed Mohd Dawilah Syed Abdullah al-Edrus (USM) & Shukri Ahmad (UUM):

- 90% pelajar tidak pernah menggunakan komputer kerana tidak ada kemudahan.

- 45% pelajar mendakwa guru hanya memberi kerjasama sekali-sekala.

- 65% pelajar, menyebut guru kadangkala ponteng.

Penyelidik 3 - Dr. Hj. Shahril @ Charil b Hj. Marzuki (1999), UM :

- 65% pengetua mempunyai pengalaman pentadbiran kurang dari 5 tahun

- 67% pengetua belum mengikuti kursus kewangan sekolah

- 875 sekolah tidak mempunyai pembelajaan yang cukup untuk operasi sekolah

- Pembelajaan sekolah tertumpu kepada pembaikan bangunan (24%), bil elektrik (24%), bil telefon (22%) dan bil air (11%)

- Kebanyakan sekolah mengalami kekurangan kewangan untuk mengurus dan membangunkan sekolah. Implikasinya, (90%) sekolah tdak cukup alat sains dan matematik, (94%) tidak cukup buku rujukan, (80%) tidak cukup kakitangan pembantu guru.

Penyelidik 4 - Prof. Madya Dr. Ismail Jusoh, Che Mat Isa Che Omar & Aminuddin Osman (1999), Universiti Sains Malaysia.

- Hanya 12% sahaja yang beranggapan korikulum Sekolah Agama Rakyat (SAR) bersifat pembinaan akhlak.

Penyelidik 5 - Prof. Madya Mohd. Daud Kamzah, Prof. Madya Dr. Ishak Ramly, Dr. Idris mohd Noor (1999), USM.

- Pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR), mempunyai kecenderungan bersekolah yang rendah berbanding Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

- Pelajar perempuan Sekolah Agama Rakyat (SAR), mempunyai tahap kecenderungan terendah

Penyelidik 5 - Tuan Hj. Ismail b Saad (1999) Pusat Urus Zakat Majlis Agama Islam Pulau Pinang

- Amalan pengurusan kewangan tidak seragam dan berlaku kesilapan rekod kewangan.

- Wang masuk dan keluar tidak dijustifikasikan. Wang yuran tunai tidak di akaunkan dan tidak ikut etika. Contoh, pembayaran gaji guru

- Tanah wakaf (untuk tapak sekolah) atau derma individu tidak direkodkan

15. Kenapakah kajian ini dikatakan AMAT PENTING?

- Semua kajian ini dibuat lama sebelum SAR menjadi satu isu.

- Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Keselamatan Sekolah-Sekolah Swasta dan Agama di Semenanjung Malaysia dibuat pada tahun 1987.

- Kajian Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan di buat dalam tahun 1996.

- Manakala kajian-kajian seterusnya di buat dalam tahun 1999.

- Oleh itu amat TIDAK ADIL untuk mengatakan tindakan kerajaan ini bermotif politik. Lebih adil untuk mengatakan yang SAR tidak mengambil inisiatif untuk berubah.

16. Kenapa bantuan diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan, tetapi tidak kepada SAR?

- SAR adalah sekolah persendirian.

- Sebaliknya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) merupakan sekolah bantuan kerajaan (sekolah bantuan modal).

17. Apakah perbezaan SAR dengan sekolah bantuan kerajaan?

- Dalam sekolah bantuan kerajaan, pengetua dan guru-guru disedia, dilantik dan digajikan oleh kerajaan.

- Bantuan per kapitanya lebih besar dikira bukan sahaja mengikut bilangan pelajar tetapi juga mengikut jenis mata pelajaran yang diajar.

- Sebahagian besar prasarana dan kemudahannya dibiayai oleh kerajaan termasuk komputer.

- Guru-gurunya diberikan latihan berkala supaya pengetahuan dan kemahirannya dalam pengajaran dan pembelajaran sentiasa terkini.

18. Kenapakah SAR tidak dijadikan sekolah bantuan kerajaan?

- Telah banyak usaha dibuat untuk menjadikan SAR sekolah bantuan kerajaan sejak tahun 1977 lagi.

- Bagaimanapun maklum balas daripada SAR menampakkan bahawa SAR lebih cenderung untuk mendapatkan bantuan tetapi tidak mahu menyerahkan pentadbiran SAR kepada kerajaan seperti yang dilakukan di SJKC dan SJKT.

19. Di manakah silapnya?

- Salahnya harus diletakkan kepada SAR sendiri dan orang-orang yang berkepentingan yang mahu SAR terus menjadi sekolah persendirian kerana tidak mahu hilang pengaruh walaupun sedar pelajar-pelajar mungkin teraniaya.

20. Apakah penarikan ini bermaksud kerajaan tidak mengiktiraf peranan SAR melahirkan tokoh-tokoh ulama dan pemimpin negara?

- Tidak benar. Kerajaan tidak pernah menafikan peranan SAR dalam melahirkan cerdik pandai dan ulama. Cuma kebanyakan SAR sekarang tidak sebaik dan secemerlang SAR dulu.

21. Kenapa? Apakah perbezaan SAR sekarang dan dulu?

- SAR pada masa dahulu berpegang teguh kepada prinsip bahawa pendidikan harus bebas daripada politik dan pengaruhnya supaya matlamat pendidikan tidak terjejas.

22. Bukankah itu bermaksud, penarikan bantuan SAR adalah bermotifkan politik?

- Tidak benar. Jika benar kerajaan bermotif politik, mungkin kerajaan akan menutup terus SAR bukan sekadar menarik bantuan per kapita.

- Lagipun, segala tafsiran yang salah berkenaan ajaran Islam datang dari guru-guru di SAR. Jika benar kerajaan hendak bertindak di atas motif politik yang sempit, sudah tentu guru-guru ini tidak ditawarkan sama sekali untuk ke Sekolah Kebangsaan.

23. Kenapa kerajaan mengaitkan SAR sebagai sarang pengganas?

- Tidak benar. Tidak semua SAR bermasalah, tetapi keadaan SAR memudahkan pelajar-pelajarnya terdedah kepada anasir-anasir yang boleh merosakkan masa depan anak-anak yang tidak berdosa.

24. Adakah dakwaan kerajaan ini berasas?

- Penangkapan 25 orang ahli Kumpulan Militan Malaysia dalam tahun 2001 mendedahkan bahawa 19 daripada mereka adalah pada suatu ketika dahulu pernah belajar di SAR atau pondok dan kemudiannya ada menjadi guru di SAR.

- Mereka mengakui bahawa ciri-ciri militan yang diperoleh mereka ditanam semasa belajar di SAR dan diperkembangkan semasa menuntut di negara-negara lain.

- Pengasas Pertubuhan Persaudaraan Al-Maunah, Mohd. Amin juga adalah bekas penuntut SAR.

25. Apakah sebab yang memungkinkan mereka berfikiran begitu?

- Pelajar-pelajar ini telah didoktrin sejak kecil lagi. Mereka diajar menghayati `ikrar Islam' yang menyelitkan mati syahid sebagai suatu harapan dan matlamat.

- Mereka juga diajar menghayati lagu-lagu seperti `Pemuda Islam' yang di antara lain mengajak mereka merelakan darah mereka mengalir ke bumi sebagai darah para syuhada.

- Pelajar-pelajar SAR sering digalakkan menghadiri ceramah-ceramah politik dan mengadakan majlis pidato sekali seminggu berdasarkan topik-topik yang berunsur penentangan kepada kerajaan.

- Guru-guru juga digalakkan oleh pentadbir-pentadbir sekolah mengadakan tazkirah berunsur politik di mana pemimpin-pemimpin kerajaan dihina dan dicaci.

- Di beberapa SAR pula, semangat patriotik dimatikan apabila lagu kebangsaan dilarang dari dinyanyikan semasa perhimpunan sekolah kerana dikatakan tidak digalakkan dalam Islam.

Kesan Penarikan Bantuan

26. Apakah yang ingin kerajaan capai melalui penarikan bantuan per kapita ini?

- Kerajaan berpendapat adalah lebih baik wang bantuan itu digunakan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan.

- Melalui langkah ini, kerajaan berpendapat nasib pelajar-pelajar dan guru-guru SAR akan lebih terbela jika mereka memasuki sekolah kebangsaan.

- Kerajaan berharap sekurang-kurangnya tindakan menarik bantuan per kapita ini dapat menyedarkan SAR tentang tanggungjawabnya terhadap Bangsa Melayu dan umat Islam negara ini yang selama ini diabaikan.

27. Tidakkah masa depan pendidikan Islam anak-anak akan terjejas?

- Tidak. Kerajaan telah mempelawa pelajar SAR belajar di sekolah kebangsaan yang mempunyai kelengkapan yang lebih baik dan dapat memberikan pendidikan yang sempurna, bermutu dan seimbang di antara tuntutan fardu ain dan fardu kifayah.

- Di peringkat sekolah rendah, ibu bapa yang merasakan perlu menokok tambah pendidikan agama anak-anak mereka boleh menghantar anak-anak mereka mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebelah petang yang dianjurkan oleh Jakim. Jikalau di negeri Johor, mereka boleh menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas agama anjuran kerajaan negeri.

- Di peringkat sekolah menengah pula, selain semua pelajar Islam perlu mengikuti mata pelajaran Pendidikan Islam.

- Jika mereka mahu mendalami pendidikan agama, mereka boleh memohon memasuki SMKA atau SMAN atau mengikuti Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah kebangsaan biasa.

Kesan-kesan penutupan SAR :

1. Adakah dengan penutupan SAR, perjuangan Islam akan tandus?

- Umat Islam akan dipandang tinggi oleh orang Barat kerana melahirkan ramai pakar dalam pelbagai bidang

- Islam dipandang mulia

- Menjadikan umat Islam sentiasa bersedia bagi menghadapi cabaran dunia dan akhirat

2. Adakah penutupan SAR suatu tindakan emosi?

- Penutupan SAR berdasarkan beberapa fakta iaitu 47 % daripada pengetuanya tidak mempunyai ijazah, 91 % sekolah tidak punyai makmal, 44.9% mempunyai bangunan yang daif, hanya 26.5 % guru berkelulusan SPM atau 4 thanawi

- Keputusan PMR dan SPM sangat rendah berbanding SMKA, SMK dan SMAN.

- Menjaga kepentingan Islam

- Menjaga kepentingan dan masa depan pelajar-pelajar SAR.

- Melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi duniawi dan ukhrawi

3. Dengan penutupan SAR dapatkah kerajaan mempertingkatkan bilangan ahli professional?

- Pelajar akan lebih terdedah dengan pelbagai ilmu dan kepakaran terkini

- Minda pelajar akan lebih luas dan berfikiran rasional dalam tindakan

- Penguasaan bahasa pelajar akan lebih meluas selain mahir berbahasa Melayu, Bahasa Arab, bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa utama dunia.

- Pelajar tidak akan merasa inferiority complec apabila berhadapan dengan orang luar

- Bijak menguruskan masa, punyai daya kepemimpinan dan tahu melaksanakan kerja dengan penuh tanggungjawab

- Bergerak sejajar era globalisasi dan teknologi maklumat

4. Adakah penutupan SAR boleh melemahkan ketuanan Melayu?

- Dapat mempertingkatkan tahap pendidikan yang lebih terjamin kepada pelajar-pelajar.

- Dapat membela nasib para pelajar dari segi kemudahan pembelajaran

- Dapat melahirkan semangat perpaduan di antara semua kaum.

5. Adakah dengan penutupan SAR,peluang pendidikan golongan miskin meningkat?

- Dapat mengatasi jurang kemiskinan dengan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan

- Dapat memeberi kemudahan pembelajaran yang lebih baik kepada golongan yang tidak berkemampuan.

- Taraf kehidupan menjadi lebih baik dari segi ekonomi dan pendidikan.

6. Apakah tanpa SAR, golongan ulama akan terhakis?

- Akan lahir ulama berpendidikan kebangsaan

- Lahir lebih ramai ulama yang akan dapat mendokong wawasan kerajaan

7. Mungkinkah dengan penutupan SAR, jati diri bangsa Melayu terjejas?

- Minda bangsa melayu lebih terbuka dan cenderung ke arah perkembangan sains dan teknologi.

- Bangsa Melayu menjadi bangsa yang maju seimbang dari segi ekonomi dan kerohanian(dunia dan akhirat adalah seimbang)

- Bangsa Melayu mula menjadi pemikir kepada Islam moden.

8. Betulkah dengan penutupan SAR, ia boleh mengurangkan penderitaan golongan miskin di luar Bandar?

- Golongan pelajar yang miskin mempunyai peluang yang terbuka luas untuk mempelajari bidang teknologi maklumat, kejuruteraan, sains dan teknologi di samping bidang agama yang terdapat di sekolah-sekolah kerajaan.

- Golongan ini dapat merasai kemudahan infrastruktur yang lebih sempurna di sekolah kerajaan berbanding di SAR.

- Golongan ini lebih terdidik,terpelajar dan terbimbing disebabkan guru-guru di sekolah kerajaan kesemuanya berkelulusan dan berkelayakan di dalam bidang yang di ajari serta tahu teknik asas perguruan.

9. Apakah andaian penutupan SAR melemahkan ibadat fardu kifayah?

- Bangsa melayu lebih rasa bertanggungjawab dan mula mengambil peranan dari segi penguasaan ekonomi.

- Bangsa melayu tidak ketinggalan berbanding bangsa lain dari segi persaingan ekonomi, perkembangan ilmu teknologi dan juga sahsiah hidup yang tinggi.

10. Benarkah penutupan SAR akan menghancurkan pendidikan Islam di Malaysia?

- Tidak benar. Pendidikan Islam masih diajar di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Negeri.

- Kualiti pendidikan di sekolah-sekolah ini lebih terjamin dan boleh melahirkan lebih ramai pelajar Melayu yang cemerlang dari segi akademik.

11. Apakah pilihan yang ada kepada SAR?

- Menjadi sekolah bantuan kerajaan.

- Kekal sebagai institusi pengajian swasta yang berdaftar dengan Akta Pendidikan 1996.




Sumber : Pemuda UMNO

Kongsi Link Anda