Jumaat, Februari 27, 2009

Bezakan tindakan PAS dan UMNO

9 Komen!!!
Ini Tindakan Penyokong PAS....




PAS dan Malayan UNION Vs Sultan Perak
*************************************************************

Ini tindakan Penyokong UMNO

UMNO Vs Kapal Singh celupar

Khamis, Februari 26, 2009

Kerana mulut badan binasa

4 Komen!!!
Keceluparan YB Celaka ini di Sidang Dewan Rakyat benar-benar menguji kesabaran pergerakan Pemuda UMNO, setelah menuduh Pemuda UMNO sebagai celaka dan menuduh menghantar peluru hidup.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut. Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen tengahari tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Ini ekoran tindakan YB Celaka dan Celupar itu berkata ''Ini sudah boleh jadi rekod dunia apabila saya mendapat 100 laporan polis dan dua butir peluru.

''Mengikut Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri jika memiliki satu peluru, kalau didapati bersalah boleh dihukum mati mandatori. Jadi di mana Pemuda UMNO celaka dapat dua peluru ini," katanya.

Sehubungan dengan YB Celaka ini telah dikepung oleh pergerakan Pemuda menuntutnya untuk meminta maaf.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tuduhan yang dilemparkan anggota parlimen satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang ahli parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran.

"Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.

"Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan,"

Kata Aspirasi : setakat ini YB Celaka ini telah 2 kali menerima peluru hidup, namun tidak mati atau luka atau sewaktu dengannya pun. Malah semakin celupar dan biadap. Sewajarnya Karpal celaka ini ditahan bawah akta hasutan kerana sengaja provokasi dan menimbulkan kemarahan di antara kaum.

Rabu, Februari 25, 2009

KEPADA MB SELANGOR - LU PIKIRLAH SENDIRI

11 Komen!!!
Takkan tak faham-faham lagi, kan kes ini masih dalam siasatan, namun isu moral tetap isu moral....

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini.

Pendirian Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Khalid semasa beliau menghadap baginda hari ini untuk mendapat nasihat mengenai kedudukan Elizabeth yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan ekoran kontroversi tersebut.

Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Elizabeth masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

Takkan nak pilih pemimpin yang tiada moral... jangan bayangkan Eli Berbogel sudahlah..... lu fikirlah sendiri

Mengenai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak.

Mohamad Ariff berkata kes itu diserahkan kepadanya bukan kerana beliau memintanya tetapi sebagai satu tugasan biasa atau rutinlah.

Memang dah tersebardah sms awal-awal lagi siapa tu Mohamad Ariff Md Yusof, antara kandungan SMS adalah seperti berikut:

Maklumat Penting pasal "HAKIM" yg akan mengadili kes Nizar , Bekas MB Perak
JC Mohamad Ariff Md Yusuf , Hakim yg di tentukan oleh sistem kehakiman kita bg menghakimi kes Mohd Nizar bekas MB Perak, pernah jadi penasihat undang2 Pas, juga sebagai "Pas's Leading Council" (iaitu peguam-pembela utama) dlm kes Petition P'raya Kangar, Perlis, suatu masa tak brapa lama dulu.
*** Lebih mengejutkan, "hakim" ini pernah bertanding dlm PRU 5 tahun lalu sbagai calon PAS di S'gor.
Fikirkan. Apa kah "hakim" sebegini boleh membuat keputusan yang adil bg menghakimi dakwaan seorang bekas MB Pas ? Dan jika diteruskan juga, apakah tidak akan berlaku protes selepas keputusan mahkamah sudah dicapai? Tak kah mungkin huru-hara keselamatan negara kita selepas ini?


Itupun menarik diri setelah dibantah, kalau tidak bagaimana yang dikatakan, rutin kerjalah... kalau dah rutin itu sebelah PAS, maka keputusannya pun rutinlah.. hancus..

Berita lain pula, Zambry Abdul Kadir mengatakan Elaun cuti Exco Perak ditalik balik.

Elaun percutian tahunan sebanyak RM20,000 seorang kepada enam Exco Kerajaan Perak akan ditarik balik untuk digunakan bagi mengatasi masalah rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Katanya, adalah tidak wajar peruntukan sebanyak RM120,000 itu digunakan sebagai elaun percutian dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

"Wang berkenaan sebaliknya digunakan untuk mereka yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Pejabat Daerah Hilir Perak, hari ini.
Zambry juga berkata kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan mesyuarat exco di setiap daerah di negeri itu secara bergilir-gilir bagi membolehkan semua anggota exco memahami lebih mendalam masalah rakyat di peringkat akar umbi.

Tak Rugi pilih BN, kerajaan prihatin macam kata Timbalan pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata: "DAP ingin mengucap tahniah kepada Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Mohd Zin Mohamed) atas usahanya untuk mendeklasifikasi(perjanjian) dan menghapuskan tol di dua plaza dalam dua minggu lalu".

MENJELANG ULANG TAHUN PEMERINTAHAN MALAYAN UNION ALAF BARU (BHG.02) - ISLAM DIPERTIKAIKAN

4 Komen!!!

Kerajaan Malayan baru mula mencabar Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan!

Azan diperlahankan


Mempertikai pihak berkuasa Hal Ehwal Islam

Tulisan Jawi dibuang



Islam disamaratakan

Inilah bukti penindasan terancang terhadap agama Islam oleh
pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat @ Malayan Union Baru!

Syukur Alhamudlillah...

1 Komen!!!
Kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya, Lebuhraya Sungai Besi, dimansuhkan mulai jam 12.30 tengah hari tadi.

Pemansuhan yang sepatutnya dijadualkan pada 1 Mac depan, dipercepatkan ke hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata dijangkakan 50,000 pengguna akan menikmati faedah secara langsung daripada pemansuhan itu.

Inipun kalau tak bersyukur lagi pun tak tahulah kan...

Sumber: Berita Harian Online (24 Feb. 2009)

Selasa, Februari 24, 2009

MENGHINA DAP - UTUSAN AKAN DISAMAN

8 Komen!!!
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menafikan laporan akbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan negeri tersebut telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.

"Semua itu satu pembohongan... kita tidak ada majlis seumpama itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.

"Dan jika mereka mempunyai sebarang bukti yang kita menubuhkan majlis seumpama itu, maka bawalah ke mahkamah," katanya.

Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menghina Islam dengan penubuhan majlis perundingan antara agama.

Akhbar tersebut memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

Islam disamaratakan oleh Malayan Union Baru Pulau Pinang, peniaga pula diusir

4 Komen!!!
Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu. Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.

Selain itu, kerajaan negeri DAP @ Malayan Uniob Pulau Pinang juga telah mengusir 80 peniaga Melayu di Batu Feringgi.

Kira-kira 500 pekerja industri pelancongan di Batu Ferringhi di sini akan kehilangan mata pencarian berikutan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan arahan meroboh premis perniagaan milik 80 pengusaha yang telah dimajukan sejak 30 tahun lalu.

Notis mengosongkan premis yang beroperasi sepanjang pesisir pantai sejauh lima kilometer dari kawasan Hotel Rasa Sayang hingga ke Hotel Bayview Beach Resort itu dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut pada 16 Februari lalu.

Pengerusi Badan Bertindak Pengusaha Pelancongan Batu Ferringhi, Shahul Hamid Hameed Sultan mendakwa, mereka dimaklumkan oleh pegawai pejabat itu bahawa arahan tersebut datangnya dari pejabat Ketua Menteri yang mahu pengusaha mengosongkan premis perniagaan masing-masing dalam tempoh empat hari dari tarikh surat itu dikeluarkan.

"Tidak tahu apa yang kami hendak buat selepas ini setelah mata pencarian kami mahu dirampas. Kerajaan negeri kata mahu bantu, mahu tolong kami. Apa ini, mana janji-janji dulu? Tindakan ini benar-benar tidak adil, kejam dan satu penganiayaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Kata Aspirasi : Semakin hancur Islam dan Melayu dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat @ Malayan Union Baru.

Dimanakah PAS yang kononya melaung-laungkan perjuangan Islam?. Memang betul menghormati agama lain, tetapi Islam mestilah kedudukannya lebih tinggi dari agama lain.

Ingat jenama PKR tu bagus sangat ke?

11 Komen!!!
Itulah akibatnya memilih calon tak berkualiti dan tiada integriti, maka hari ini PKR dan pengundinya telah melihat 'muka sebenar' kebolehan yb mereka.

Ada yang yb india yang bodoh dan tak bermoral, yang cina pula tidak bermoral dan yang melayu pulak suka melompat..

Rakyat kini boleh merumuskan kualiti YB segera PKR yang dikutip di tepi2 jalan.

Kita melihat Speaker Perak yang bodoh, dahlah buat keputusan di luar dewan, tapi malangnya tak boleh dikuat kuasakan selagi tak disahkan di sidang dewan DUN. Itu yang Karpal Singh katakan, arahan yang tidak boleh dikuatkuasakan. Walaupun telah dinasihatkan namun kerana bodoh sombong dan angkuh. Tetap mengeluarkan arahan tersebut.

Kan terserlah kebodohan YB speaker ni, jadi siapa yang pilih? Kemudian ada pula Speaker Negeri lain yang satu tim yang tak kurang bodohnya kerana menyokong kawan speaker. Maklum lah Pas kan pak turut, orang suruh masuk longkang dia pun masuk longkang.

Dua orang YB pulak ada masalah moral, yang sorang dikatakan ada perempuan simpanan dan belasah bini orang, dan yang sorang lagi, tak pasal gambar bogel disebarkan di internet. Katanya pak we dia yang ambil gambar. Kan pelik mangsa berada dalam bilik, maksud nya yang pemangsa pun mestilah berada dalam bilik. Tengok gambar tu, si YB ni pun nyenyak semacam je.. Baik punya nyenyak.. He he he.... Sendiri mau ingat la..

Lepas tu pulak ada YB yang melompat, ingatkan projek 16 september, Rupa-rupanya projek lain pula. Yang peliknya tak de seekor pun puak-puak ni yang kata melompat salah masa projek 16 september. Tapi projek kerajaan BN perak tak boleh pulak. Lepas tu tuduh pulak BN tak demokrasi dan merampas Negeri Perak. Yang pihak mereka tak demokrasi, siap sediakan surat sumpah dan perletakan jawatan tak bertarikh. Tu kira demokrasi lah... Apa punya 'bangang la' kan.

Dan sorang lagi ialah YAB, kata orang rasuah dan salah guna kuasa, dia pulak yang buat macam tu. Kata orang tua " paku dulang paku serpih, kata orang dia pula yang lebih "

Sorang lagi YB kata terima peluru buat kali kedua katanya, tapi sampai sekarang tak mati-mati lagi pun. Malah makin celupar mulut. Ini biasalah nak popular je?

Tapi siapa yang lebih bangang? Mestilah yang pilih dan undi mereka.

Ini akibat pilih calon segera tanpa melihat latar belakang, main belasah je pilih calon, ini lah akibatnya. Yang undi pun sama main pangkah je semacam, kira dua kali lima lah... Suka sangat main sentimen, ingat jenama PKR tu bagus sangatlah. Rupanya hancur,

Kita terlupa PKR berjuang untuk Anwar Ibrahim je.. Bukanlah institusi untuk melahirkan pemimpin, cuba namakan tokoh yang dilahirkan PKR.

Jadi kesimpulannya lepas ini, janganlah ditipu lagi oleh pemimpin PKR apatah lagi calon mereka yang entah apa-apa entah tak tahu dari mana?

Dan lepas ni tak payahlah undi mereka langsung. Kan senang hidup....

Isnin, Februari 23, 2009

MENJELANG ULANG TAHUN PEMERINTAHAN MALAYAN UNION ALAF BARU (BHG.01) - KUASA MELAYU DIKURANGKAN

3 Komen!!!
Pada 8 Mac 2009, maka genaplah setahun pemerintahan Pakatan Rakyat @ Malayan Union Alaf Baru.

Dalam tempoh setahun ni, banyak penindasan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh MALAYAN UNION BARU ini terhadap hak keistimewaan orang Melayu dan Institusi Beraja di negara ini. Menjelang sambutan ulang tahun penindasan hak ini, aspirasi akan menyorot kembali segala penindasan ke atas hak orang Melayu dan umat Islam.

Berikut antara peristiwa menyayat hati 'Ketuanan Melayu' di bumi Malaysia

Berapa ramaikah EXCO Melayu di Pulau Pinang


Berapa ramaikah EXCO Melayu di Perak


Berapa ramaikah EXCO Melayu di Selangor

Pakatan Rakyat ialah Malayan Union alaf baru

19 Komen!!!
Beriut adalah antara butiran penubuhan Malaysan Union :-

Sultan-sultan Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja.

Sebaliknya pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan.

Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor.

Ini sekaligus menunjukan kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun.

Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.

Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam.

Akhir sekali, kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'

Apa pandangan anda, rasanya banyak persamaan Malayan UNION dengan Pakatan Rakyat:

1. Pakatan Rakyat mahu hapuskan sistem beraja lebih dahsyat dari Malayan Union.

2. Mahu menghapuskan Hak Keistimewaan orang Melayu pun sama macam Malayan Union

3. Meletakkan kaum Melayu sama taraf dengan kaum bukan Melayu ataupun pendatang.

4. Warganegara mempunyai hak-hak yang sama sama seperti membenarkan tempat ibadat Islam sama taraf dengan bukan Islam sebagaimana di Selangor.

5. Menghapuskan DEB dan memberi hak sama rata tanpa diskriminasi pun sama macam Malayan UNION.

Kesimpulannya memang sah Pakatan Rakyat ialah Malayan Union alaf baru.... jadi Melayu perlu bersatu dan singkirkan mereka... kan senang hidup.

Khamis, Februari 19, 2009

Himpunan Menjunjung Setia DAULAT TUANKU

5 Komen!!!








Melarang Dr Zambry umpama menafikan kuasa sultan

8 Komen!!!
Siapa lebih tinggi kuasanya, Sultan ke Speaker?

Speaker hari ini telah melarang MB dan exconya dari menghadiri sidang dun negeri perak. Seterusnya Menafikan kuasa pelantikan sultan kepada MB baru. Inilah sikap biadab dan kurang ajar serta menghina sultan perak selaku yang melantik MB.

Jika dlm keadaan mereka dapat kuasa sedikit pun boleh membelakangkan raja, apatah lagi apabila mereka memerintah negara, semua ini adalah contoh dan bukti bahawa raja bagi pakatan rakyat adalah hanya simbol semata-mata tidak mempunyai kuasa yang tidak boleh masuk campur urusan mereka . jika trend dan contoh ini, maka ini adalah lebih dahsyat dari penjajahan inggeris yang pada masa itu masih menghormati raja
sabagai ketua negara.

Inilah bukti penyalahgunaan kuasa oleh pakatan rakyat, menggunakan kuasa secara membabi buta.

Selasa, Februari 17, 2009

Rasa bersalah - Elizabeth Wong letak jawatan Exco, Adun

13 Komen!!!
Elizabeth Wong Keat Ping yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogelnya di internet, mengumumkan meletakkan jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan berkuat kuasa hari ini.

Sebagaimana difahamkan bahawa foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Mungkin kerana rasa bersalah beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar pagi ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengajarannya adalah :
1. Jangan pilih calon Ekspress PKR
2. Siasat latar belakang calon yang bertanding.
3. Jangan main sentimen kepartian dan bukan peribadi calon.
4. Jangan pilih calon mempunyai masalah moral.


Akhir sekali... lu pikir la sendiri.. tak pasal-pasal Pilihanraya Kecil di 3 bukit....

Update - Foto bogel exco PKR S'gor....akibat pilih calon tidak berintegriti

17 Komen!!!
Kemaskini: 10.00 pg

Seorang exco kerajaan Selangor telah membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

hmmmmm...... Jikalau Chua Soi Lek pastinya pemimpin parti pembangkang akan menyuruh letak jawatan, tetapi jikalau Elizabeth Wong macam mana pula?

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Nampaknya calon ekspress PKR ni kebanyakannya diambil tidak berintegriti, dari kes Arumugam Bukit Selambau dan sekarang pula Elizabeth Wong Bukit Lanjan,

Inilah padahnya apabila rakyat memilih secara mambabi buta, ingatkan berlian rupanya permata tertipu dengan pemimpin PKR. Calon yang dipilih hanya kerana sentimen dan bukan kualiti.

Sekarang semakin ramai mempertikaikan kredibeliti calon PKR, dari segi moralnya dan integritinya. Apa sudah jadi? namun jika ini dikaitkan dengan pemimpin mereka, rakyat pasti tidak terkejut? memang betullah dikatakan oleh Karpal Singh terhadap Anwar Ibrahim... perkataan tidak bermoral amat tepat sekali!

P.s. : Gambarnya ada di blog utusan che-moq, tapi rasa tak sanggup apirasi nak keluarkan. malu rasanya.

Isnin, Februari 16, 2009

APM: How Fuel Prices Are Calculated in Malaysia

0 Komen!!!
Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry Domestic Trade Division Senior Director Ismail Ahmad has revealed to all how the price of petrol and diesel at the pump is calculated in Malaysia.

The formula used to calculate the price of fuel is called the Automatic Pricing Mechanism (in place since 1983) and its function is to stabilize the price of petrol and diesel in the country to a certain extent, via a variable amount sales tax and subsidy, so the retail price only has to be changed if the difference in price exceeds the threshold of the tax and subsidy, at the discretion of the government.

In the table on the left, you can see that the Cost Of Product is not derived from the price of Crude Oil on the NYMEX, but it is based on the Mean of Platts Singapore (MOPS). The cost is the already refined product, which means the refinery cost are already included and indexed in the MOPS.

You may ask what exactly is the MOPS? Many countries in this region base their fuel prices on the MOPS, including alot of ASEAN countries and even Australia. The index is tracked, assessed and updated by Platts, a McGraw-Hill company in Singapore and is based on the daily average of all trading transactions between buyer and seller of petroleum-based products.

A buyer of a finished (refined) oil product will refer to the MOPS index as a better indicator/benchmark of world prices rather than crude oil prices. The MOPS price typically has a premium over the crude oil prices. This is why the Malaysian government uses MOPS to determine fuel prices rather than NYMEX crude oil prices. Unfortunately it is hard to track MOPS prices as individuals because the data is only available to those who purchase it, unlike the publicly available charts from the NYMEX.

Next up is “Alpha”, which is fixed at 5 sen per liter for petrol and 4 sen per liter for diesel. This is sort of a buffer for the oil companies. If the price of the product that the oil companies buy is higher than the MOPS published price, and the difference is higher than Alpha, the oil company will bear the extra cost, and vice versa.

Operational costs should be self explanatory. They are set at 9.54 sen per liter, 8.98 sen per liter and 8.13 sen per liter for the Peninsular, Sabah and Sarawak respectively. Operational costs cover transport and marketing costs. Then comes where the oil companies make money, which is set at 5 sen per liter for petrol and 2.25 sen per liter for diesel. The stations make more money per liter of petrol - 12.19 sen per liter for petrol and 7 sen per liter for diesel.

Sales tax and subsidies are combined. According to the Sales Tax Act 1972 (this is not something new!), the government CAN collect a maximum sales tax of 58.62 sen per liter for petrol and 19.64 sen per liter for diesel. This comes into effect when the real price of petrol and diesel at the pumps are lower than the fixed retail price. The government can pocket this, or it can revise the fixed fuel price to be lower to remove the difference in price so the savings go into the rakyat’s pocket.

On the other hand, if the fixed retail price is lower than the actual cost of the petrol and diesel at the pumps, the government can pay a subsidy of the same range. Right now the government says it will give a maximum subsidy of 30 sen per liter instead of the maximum allowable subsidy of 58.62 sen per liter, IF NEEDED. This 30 sen maximum subsidy is as part of an improved Automatic Pricing Mechanism, which the Ismail Ahmad says is designed to stabilize fuel retail prices and allow industry players to manage expenditure in a more orderly manner.

Source: Paultan.org

Tarikh pun jadi isu ke!

1 Komen!!!
PAS mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selepas mengumumkan 7 April sebagai tarikh mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak; dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub dan Nik Aziz Nik Mat berkata pihaknya mempertikaikan tarikh itu kerana tempoh bagi mengadakan pilihan raya itu dianggap terlalu lama setelah kedua-dua kerusi kosong pada 9 Feb lepas. Alasannya ialah seolah-olah memberi laluan kepada perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac depan.

Kita pun tahu, mereka sahaja hendak mengheret UMNO je. macam biasa lah.. "Mengapa SPR dalam isu-isu seperti ini mengikut arah dan telunjuk pimpinan Umno?," katanya kepada media selepas mesyuarat bulanan Pemuda Pas Pusat di sini semalam

Sepatutnya PAS bersyukur, kerana UMNO baru sahaja selesai 'berperang' sesama sendiri dalam perhimpunan agung UMNO. Jadi apa yang PAS perlu risaukan, apatah lagi Pakatan Rakyat kan dalam keadaan yang kuat, apa yang hendak ditakutkan.

Takkanlah PAS takutkan Najib, tu pun belum pasti Najib terus di lantik jadi Presiden UMNO mahupun Perdana Menteri Malaysia..

Namun apa yang penting tarikh pilihanraya kecil ini mengikut tempoh 60 hari sebagaimana yang dibenarkan perlembagaan negara.

SETELAH 23 TAHUN, AKHIRNYA CALON ANAK TEMPATAN

0 Komen!!!

Barisan Nasional (BN) telah memutuskan bahawa anak tempatan daripada UMNO akan dipilih sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon yang akan dipilih adalah daripada kalangan yang bergerak aktif di peringkat bahagian dan boleh diterima oleh rakyat.

''Nama calon tersebut akan ditentu dan diumumkan apabila sampai masanya. Kita masih mempunyai masa mencukupi untuk membuat tinjauan dengan sebaik-baiknya.

''Justeru, sebarang spekulasi bahawa orang luar akan dipilih sebagai calon BN pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang tidak akan berlaku sama sekali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup BN Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin menyatakan pihaknya mahukan calon tempatan dan tidak akan berkompromi dalam soal tersebut kerana sudah 23 tahun UMNO Bukit Gantang bersabar dengan arahan pucuk pimpinan parti yang meletakkan calon luar termasuk pada pilihan raya umum lepas.

Kesimpulannya UMNO perlu belajar dari kesilapan lalu, calon yang dipilih perlulah calon rakyat bukan calon pemimpin.

Khamis, Februari 12, 2009

Sejarah kebiadapan DAP

7 Komen!!!
DAP adalah parti ultra perkauman yang mementingkan kepada kaum tertentu. Mengimbau sejarah kebaidapan DAP

Tahun 1969,

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan

Tahun 1987

Operasi Lalang atau Weeding Operation; atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:

Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.

Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina.

Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimnpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid boikot sekolah ini selama 3 hari.

Tahun 2008

Berikutan krisis politik di Perak, elaku peguam kanan, saman akan difailkan oleh Karpal Singh dan Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Sultan Perak kerana tindakan ini dianggap tidak mengikut Undang-undang Kerajaan negeri Perak. Saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari Selasa, 10 Februari 2009 kerana perlantikan Zambry Abdul Kadir tidak sah, wujud 2 menteri besar dalam satu masa dan menimbulkan krisis Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Sultan Azlan Shah diberi kuasa melalui Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan haruslah juga mematuhinya.

Jika dahulu DAP hanya menyentuh mengenai hak istimewa orang Melayu tetapi kini mereka sudah mula menyentuh institusi beraja. Sudahlah di Perak tanah rezab orang Melayu telah diberikan kepada kaum lain di Kg Baru berjumlah lebih kurang 60,000 ekar dan SJKC pula diberikan 200 ekar tanah. Sedangkan di Palestin, sanggup berperang kerana tanah sekarang DAP telah menyentuh Sultan dan Raja Melayu. Jika ini semua hak istimewa orang Melayu, tanah Rezab Melayu dan Raja Melayu di pertikaikan dan dikikis satu persatu, apakah yang akan tinggal untuk orang Melayu.

Usaha untuk menghapus hak bumiputera Melayu masih diteruskan dan tidak pernah padam, oleh DAP. Apakah Melayu PAS dan PKR tidak sedar lagi.....

Syukur Alhamdulillah...

1 Komen!!!
Syukur dan alhamdulillah... selepas minyak, tol dan kini elektrik pula.

Tarif elektrik diturunkan sebanyak 3.7 peratus daripada 32.5 sen/kWj kepada 31.31 sen/kWj, mulai 1 Mac 2009, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor mengumumkan di Putrajaya hari ini.

Pengguna domestik akan mengalami penurunan tarif elektrik secara purata sebanyak 2.54 peratus manakala pengguna komersil dan industri pula masing-masing mengalami penurunan sebanyak 2.7 peratus and lima peratus.

Kata Aspirasi : harga elektrik dah turun, harga barang bila lagi... apa alasan peniaga pula selepas ini?

Rabu, Februari 11, 2009

UMNO sedia bertanding di Bukit Selambau?

0 Komen!!!
Memang sedia maklum, bahawa Bukit Selambau merupakan kawasan tradisi MIC sejak 4 penggal yang lalu, namun Umno Bahagian Merbok hari ini mencadangkan agar calon daripada Umno dipilih untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bukit Selambau.

Ketuanya Datuk Tajul Urus Md Zain berkata kerusi DUN Bukit Selambau pernah diwakili oleh Umno sebelum ia diberikan kepada MIC selama empat penggal.

"Setelah empat penggal, MIC kini tidak lagi mempunyai pengaruh di kawasan itu dan kita telah menerima maklum balas daripada pengundi di peringkat akar umbi yang mahukan wakil daripada Umno untuk bertanding," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Tajul Urus berkata Umno percaya sudah tiba masanya kerusi DUN berkenaan diberi semula kepada parti itu kerana jumlah pengundi Melayu melebihi 50 peratus.

Katanya mesyuarat khas Umno Bahagian yang diadakan malam tadi juga memutuskan untuk memohon pertimbangan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) agar memilih calon BN daripada Umno untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN itu.

Pada pilihan raya umum lepas, kawasan DUN itu mencatatkan jumlah pengundi seramai 34,977 orang dan daripada jumlah itu, seramai 17,607 pengundi adalah Melayu, 9,688 pengundi kaum India, 7,386 pengundi Cina dan 296 pengundi keturunan lain.

Arumugam memperoleh 13,225 undi dan mengalahkan calon BN daripada MIC S. Krishnan yang memperolehi 10,863 undi.

Kata Aspirasi : Jika UMNO sedia bertanding di Bukit Selambau, adakah MIC bersedia melepaskannya? Apatah lagi sentimen MIC sekarang dalam tahap sokongan paling lemah dari kaum India. Namun jika MIC mahukan kembali kerusi ini, persoalannya ialah apakah jaminan MIC bahawa kaum India akan menyokong MIC?

Tiada pilihanraya kecil di Bukit Selambau?

2 Komen!!!
BANYAK pihak mula membuat andaian kemungkinan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau juga tidak akan menyaksikan pilihan raya kecil, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu meneliti setiap dokumen sebelum mencapai keputusan mutakamad Jumaat ini.

Sambil menegaskan tidak "mengeruhkan keadaaan" dan "tidak boleh bercakap apa-apa lagi sekarang", ekoran andaian pelbagai pihak kini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, setiap kekosongan yang wujud akan dilihat "kes demi kes" bagi menentukan kesahihan kerusi terbabit dikosongkan.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan tiada pilihan raya kecil bagi DUN Bukit Selambau, Wan Ahmad memberitahu: "Saya tidak boleh bercakap tentang perkara itu... kita akan tengok berpandukan pada dokumen yang dilampirkan dan berasaskan pandangan penasihat undang-undang SPR."

"Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan... SPR akan mengadakan mesyuarat. Saya belum melihat dokumen notis kekosongan kerusi (DUN Bukit Selambau), tetapi notis sudah pun diterima," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Notis itu diterima semalam dan difahamkan salinan asal sudah dihantar ke pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Semalam, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah dilaporkan ingin mendengar sendiri daripada V. Arumugam berhubung peletakan jawatan beliau.

Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Sultan Kedah telah menitahkan pejabatnya supaya Arumugam dipanggil menghadap ke istana berikutan spekulasi bahawa wakil rakyat itu yang mahu meletak jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan exco negeri.

"Kami tidak dapat menghubunginya. Bagaimanapun, kami menerima surat daripada Arumugam yang menyatakan hasrat beliau untuk keluar," katanya.

"SPR akan mengkaji semua dokumen yang dikemukakan mengikut undang-undang dan merit sebelum membuat keputusan yang memuaskan," katanya lagi.

Wan Omar berkata, berdasarkan laporan media beliau juga difahamkan bahawa surat letak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, Arumugam diterima pejabat Menteri Besar Kedah menerusi wakilnya.

Dalam kes Bukit Selambau, Arumugam belum menafikan kandungan surat yang diterima oleh Menteri Besar Kedah setakat ini.

Arumugam kini berada di Chennai, India sejak kelmarin.

Sumber: KLPOS

ARUMUGAM KAMBING HITAM PKR?

4 Komen!!!
Apabila Arumugam meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan berkuat kuasa serta merta banyak menimbulkan persoalan. Namun yang dituduh adalah kerajaan BN sedangkan di Kedah, jika BN hendak memerintah terpaksa mengambil banyak kerusi DUN yang tidak logik bunyinya jika dikatakan mereka akan melompat kerana jumlahnya yang terlalu banyak...

Namun biasalah orang PAS ni walaupun tak logik, tetapi jika disebut oleh pemimpin mereka, mereka tetap akan percaya.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, beliau menerima surat peletakan jawatan Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco kerajaan negeri menerusi dua pucuk surat yang dihantar kepadanya dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail petang tadi.

Namun yang sedapnya, alasan perletakan jawatan hanya dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah dan bukan tuannya sendiri, Menurut Speaker DUN Negeri Kedah, Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau itu.

Dalam sidang akhbar malam ini, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional. Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Senator Ir. Zamri Yusuf mengakui beliau secara peribadi pernah menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam meletakkan jawatan Exco kerajaan Kedah berikutan tekanan yang dihadapinya.

Pengerusi Biro Latihan PKR Kedah itu memberitahu, nasihat itu dibuat atas dasar sebagai seorang rakan yang rapat dengan Arumugam selepas ADUN Bukit Selambau itu menghubunginya bagi membincangkan masalahnya.

Namun kemungkinan juga Arumugam hanya dijadikan kambing hitam oleh Pakatan Pembangkang untuk mengaitkan isu lompat di Perak. Sebab itu alasan hanya disebutkan oleh MB Kedah dan bukannya oleh tuan badan. Dengan kata lain semunya telah dirancang oleh Pakatan Rakyat, bagi mereka-reka isu sebab itu semuanya kelihatan umpama telah disusun seperti surat perletakan jawatan, dan surat Speaker Negeri kepada SPR.

Soalnya apakah ugutan itu ada kaitan dengan skandal berkenaan.

Kata orang ‘ berani kerana benar…takut kerana salah’.Kalau Arumugam tak salah apa perlu beliau takut hingga kena letak jawatan.

Lebih membingungkan ialah tindakan Arumugam menghilangkan diri dan kini dikatakan ‘dibawah perlindungan’ pimpinan atasan PKR.

Kalau ia merupakan kes ugutan berbentuk jenayah kenapa tidak serahkan hal itu kepada pihak polis?

Gara-gara ini jangan salahkan jika ada yang menduga Arumugam terpaksa bertindak letak jawatan ADUN dan Exco semata-mata kerana nak tutup pekongnya.

Katanya Kedah diperintah oleh barisan pembangkang dan bukan BN yang berkuasa di situ.

Menurutnya wang RM 5 juta yang didakwa ditawarkan BN agar Arumugam melompat lebih bagi digunakan oleh projek pembangunan rakyat.

Beliau sebaliknya mempersoalkan kenapa nak menuding jari pada BN sedangkan mungkin Arumugam menghadapi masalah peribadi atau masalah dalaman partinya.

Ada juga yang bertanya apa perlunya BN nak memancing Arumugam sampai tawar RM5 juta?

Ini kerana kalau betulpun ADUN Bukit Selambau itu melompat ia tidak memberi apa kesan kepada kerajaan negerii Kedah dimana perbezaan kerusi ialah 22 barisan pembangkang 14 BN.

Tindakan terdesak PAS

6 Komen!!!

Mana bukti?

Ini berikutan laporan beberapa akhbar on-line yang mendakwa Kementerian Dalam Negeri KDN) merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor yang juga didakwa berlaku di Pulau Pinang dan Johor.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.

Tambahnya, pihak berkuasa juga telah memberikan "tekanan" kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas - dicetak.

Namun dalam laporan tersebut hanya menyebutkan secara umum iaitu tajuk semata-mata dan kenyataan dari pemimpin parti PAS dan bukannya lokasi dan dimana kejadian berlaku, ataupun laporan polis yang telah dibuat. Dengan kata lain ianya hanya tuduhan semata-mata.

Namun kita memahami bahawa ini tindakan terdesak PAS bagi menimbulkan sentimen benci yang berterusan kepada UMNO dan kerajaan dengan kononnya UMNO dan kerajaan menzalimi mereka dan seterusnya mengukuhkan sokongan ahli mereka terhadap kepimpinan PAS.

Inilah sebenarnya cara kotor mereka yang sentiasa tanam sifat dendam dan benci yang berterusan kepada UMNO. Ini sebenarnya menunjukkan kotornya hati mereka yang sentiasa menyangka tidak baik sesama saudara seagama.\\


JAWAPAN : Operasi KDN di seluruh negara

Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan rampasan terbaru dua akhbar PAS dan PKR, masing-masing Harakah dan Suara Keadilan.

Setiausaha bahagian itu Che Din Yusoh berkata, operasi itu dijalankan di seluruh negara, bukan di negeri-negeri tertentu seperti didakwa oleh pihak akhbar-akhbar utama pembangkang itu.

Menurutnya, rampasan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan akhbar parti hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja.

"Selama ini kita biar, dia jual secara terbuka," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah terperinci rampasan.

"Saya tidak tahulah berapa (jumlahnya). Anak-anak buah saya yang buat," katanya.

Beliau turut menyifatkan kedua-dua akhbar berkenaan "semakin berani" melakukan jualan terbuka dan kandungannya juga kadang-kadang tidak tepat.

"Akhbar parti ini untuk berita parti dia sahaja, bukan untuk mengkritik orang lain. Kadang-kadang kita tengok tidak ada bukti pun macam kes (ketua polis negara) Tan Sri Musa Hassan didakwa nazak,” katanya, sambil ketawa kecil.

kata Aspirasi : Orang lain kena ikut peraturan, tapi diri sendiri tak ikut peraturan tak pa.

Selasa, Februari 10, 2009

Nizar gila talak

4 Komen!!!

Nizar gila talak, Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mengetuai barisan exco negeri ke pejabat rasminya.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bergerak dari kediaman rasminya - yang dijadikan kawasan pentadbiran kerajaannya - menuju bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pagi ini yang telah dikawal oleh sekumpulan 30 anggota polis unit pencegah rusuhan FRU.Kira-kira jam 11.05 pagi, beliau dan rombongannya tiba di depan pintu masuk bangunan tersebut tetapi kenderaan mereka dihalang oleh polis.

Mohammad Nizar kemudian keluar kenderaan rasminya dan berjalan menuju pintu masuk tetapi dihalang oleh polis yang kendengaran berkata, "Datuk, tolong beredar. Saya hanya mengikut arahan.

"Menteri besar Pakatan Rakyat itu kemudian menjawab: "Tidak dapat masuk tidak mengapa. Hari ini tidak ada banyak temu janji. Hari ini adalah hari (bertemu) pelanggan." Sebelum meninggalkan tempat itu 10 minit kemudian menuju kediaman rasminya di Jalan Tambun, Mohammad Nizar sempat bercakap ringkas kepada media.

Itulah akibatnya apabila terlalu berpolitik, 'mungkin gila talak agaknya Nizar ni' walaupun telah dicerai tetapi masih terbayang-bayang ataupun terlalu gilakan kuasa sehingga hilangnya kewarasan.

Portfolio Exco baru Perak

0 Komen!!!
IPOH: Berikut adalah senarai Exco Perak dan portfolio masing-masing. Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (Pangkor): Perancangan Ekonomi, Kewangan, Keselamatan, Tanah dan Hasil Bumi, Perumahan, Pertanian dan Agama.

Hamidah Osman (Sungai Rapat): Industri, Pelaburan, Pembangunan usahawan, ICT, Pelancongan dan Wanita)

Datuk Ramly Zahari (Manong): Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air)

Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan): Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan

Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting): Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi

Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik): Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan)

Dr Mah Hang Soon (Chenderiang): Kesihatan, PBT, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam)

Pilihanraya Kecil lagi

0 Komen!!!
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham YB Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum yang telah kembali kerahmatullah pada pagi tadi. Dengan pemergian Allahyarham maka akan berlakulah Pilihanraya Kecil di Parlimen Bukit Gantang.

Kawasan PKR sudah, UMNO sudah dan kini giliran kawasan PAS yang akan mempertahankan kawasannya. Cuma kali ini Perak berada di bawah pemerintahan kerajaan UMNO. Ajal dan maut semuanya kehendak tuhan. Manusia hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi. Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India.

Dan terkini pula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, beliau menerima surat peletakan jawatan Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco kerajaan negeri menerusi dua pucuk surat yang dihantar kepadanya dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail petang tadi.

Menteri Besar menjelaskan, beliau telah mengadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah bagi memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan Arumugam itu sejurus selepas menerima surat berkenaan.

Namun yang sedapnya, alasan perletakan jawatan hanya dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah dan bukan tuannya sendiri, Menurut Speaker DUN Negeri Kedah, Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau itu.

Dalam sidang akhbar malam ini, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional. Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Senator Ir. Zamri Yusuf mengakui beliau secara peribadi pernah menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam meletakkan jawatan Exco kerajaan Kedah berikutan tekanan yang dihadapinya.

Pengerusi Biro Latihan PKR Kedah itu memberitahu, nasihat itu dibuat atas dasar sebagai seorang rakan yang rapat dengan Arumugam selepas ADUN Bukit Selambau itu menghubunginya bagi membincangkan masalahnya.

Namun kemungkinan juga Arumugam hanya dijadikan kambing hitam oleh Pakatan Pembangkang untuk mengaitkan isu lompat di Perak. Sebab itu alasan hanya disebutkan oleh MB Kedah dan bukannya oleh tuan badan. Dengan kata lain semunya telah dirancang oleh Pakatan Rakyat, bagi mereka-reka isu sebab itu semuanya kelihatan umpama telah disusun seperti surat perletakan jawatan, dan surat Speaker Negeri kepada SPR.

Soalnya apakah ugutan itu ada kaitan dengan skandal berkenaan.

Kata orang ‘ berani kerana benar…takut kerana salah’.Kalau Arumugam tak salah apa perlu beliau takut hingga kena letak jawatan.

Lebih membingungkan ialah tindakan Arumugam menghilangkan diri dan kini dikatakan ‘dibawah perlindungan’ pimpinan atasan PKR.

Kalau ia merupakan kes ugutan berbentuk jenayah kenapa tidak serahkan hal itu kepada pihak polis?

Gara-gara ini jangan salahkan jika ada yang menduga Arumugam terpaksa bertindak letak jawatan ADUN dan Exco semata-mata kerana nak tutup pekongnya.

Nampaknya kali ini Pilihanraya Kecil akan dilaksanakan mungkin serentak jika tidak berselang beberapa hari. Tahun ini akan meriah dengan Pilihanraya Kecil, jika pembangkang sekalipun, mereka hanya mempertahankan kerusi mereka dan UMNO/BN pun tidak kehilangan kerusi mereka. Namun jika UMNO menang, ianya merupakan satu yang signifikan, khasnya dengan krisis apa yang berlaku dalam Pakatan Penderhaka Raja.

Isnin, Februari 09, 2009

UMNO perlu kembali ke perjuangan asal

3 Komen!!!
Banyak perkara yang banyak terlepas pandang oleh UMNO pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang lalu. Namun Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT, Perak telah kembali ke pangkuan UMNO. Dengan kembalinya Perak ke pangkuan UMNO, maka pemimpin dan ahli UMNO perlu melihat dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

Hakikat kuasa hanyalah dipinjamkan sementara oleh Allah SWT. Allah memberi kuasa dan Allah juga yang akan menariknya. Maka, jika hakikat ini tidak dapat diterima maka akan berlakulah sebagaimana Pakatan Rakyat Perak sekarang ini. Oleh itu, UMNO perlu mengambil iktibar di atas kehendakNya.

Walaupun pahit itulah hakikat sebenar yang perlu ditelan oleh UMNO. UMNO secara tidak sedar telah meninggalkan rakyat, oleh itu secara tidak langsung, rakyat telah jauh hati dengan UMNO.

UMNO dilihat semakin tidak prihatin terhadap masalah dan bantuan terhadap rakyat. Bantuan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat tetapi tidak sampai ke tangan mereka. Akhirnya mereka dengan menunjukkan protes mereka dan mengundi pihak pembangkang.

Terdapat sebab utama iaitu UMNO gagal menjalankan tugasnya dengan mengesan dan seterusnya membela rakyat yang susah, rumah rosak yang perlu diperbaiki, ibu-ibu tunggal yang ditinggalkan, warga emas yang dilupakan dan orang yang kurang upaya disisihkan.

Mereka ini kebanyakannya oleh pemimpin-pemimpin UMNO samada di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Pemimpin ini lebih rela untuk mengeluarkan wang untuk memenangi sesuatu jawatan dari membela rakyat yang dalam kesusahan.
UMNO perlu mengubah sikap dan kembali ke asal perjuangan untuk membela bangsa dan agama. UMNO perlu keluar dari zon selesa dan membuat kerja dan yang pastinya banyak diluar sana yang perlukan bantuan dan pembelaan.

Dengan kembalinya Perak ke Pangkuan UMNO, maka UMNO perlu membuka lembaran baru dalam berpolitik dan memperjuangkan nasib bangsa. Jika ini dapat dilakukan nescaya UMNO akan kembali mendapat kepercayaan daripada rakyat.

Apa yang rakyat mahukan ialah perhatian dan bantuan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan dan ianya bukanlah sesuatu yang berlebihan. Oleh itu UMNO perlu segera bangun dan bertindak dan bukan beretorik semata-mata, jika tidak mahu kehilangan kuasa.

UMNO, Melayu dan Islam sehati sejiwa...

Nizar tak tahu malu

5 Komen!!!
Sangat memalukan apabila seseorang itu mengaku sesuatu perkara itu adalah haknya. Sebagaimana yang berlaku di Perak sekarang ini. Apatah lagi beliau hanyalah dilantik oleh seseorang. Jika Nabi Muhammad SAW seorang yang tawaduk dan merendahkan diri tetapi berbeza dengan pemimpin PAS yang angkuh dan mementingkan diri dan kuasa.

Hari ini walaupun Sultan Perak dengan jelas telah mengarahkan Nizar letak jawatan sebagai Menteri Besar Perak namun dengan angkuh beliau mengatakan masih sebagai Menteri Besar kerana itu hak mereka.

Tidak pernah berlaku sepanjang sejarah Tamadun Tanah Melayu pemimpin yang dilantik oleh Sultan dan Raja boleh menderhaka kepada yang melantiknya. Maka hari ini terpalitlah sejarah Hitam terhadap Institusi Beraja yang sentiasa menjadi simbol kemegahan dan kedaulatan bangsa Melayu dan Umat Islam. Dan juga akan menjadi ingatan sepanjang zaman terdapat kumpulan rakyat yang dipanggil Kerajaan Pakatan Rakyat telah menderhaka Sultan dan Raja.

Bukan sahaja menderhaka tetapi juga menghina Sultan dengan mahu menyaman Baginda. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Karpal Singh yang kali keduanya telah secara langsung menghina Sultan Perak.

Bagi umat Melayu ianya langsung tidak dapat diterima apabila terdapat mana-mana pihak yang secara langsung menderhaka dan menghina Institusi Beraja.

Ianya bukan sahaja ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh untuk taat kepada Pemimpin apatah lagi ianya adalah seorang Sultan yang menjadi Ketua Agama dan Adat di Tanah Melayu ini.

Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat dan pengikutnya yang membantah dan membuat rusuhan sangat memalukan khasnya sebagai orang Melayu dan Islam.

KARPAL - ANWAR HARUS BERTAUBAT

1 Komen!!!
Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti dan turut mengecam Ketua Pembangkang itu kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti).

Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini,” katanya.

Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam pakatan pembangkang hari ini. Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.

Katanya, sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, para pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar.

“Saya kesal kerana saya tidak berupaya mendapat sokongan malah daripada pemimpin parti saya sendiri. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya, bukan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Anwar Ibrahim.

“Saya mohon sokongan... saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang. Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya... saya telah banyak bersabar selama ini, janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing demi kepentingan PR dan demi kepentingan DAP,” katanya.

Karpal menegaskan bahawa pakatan pembangkang seharusnya terus memastikan kekukuhan parti dan mendapatkan sokongan rakyat sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk sebuah kerajaan bagi mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).

Kata aspirasi : Nampaknya Karpal dan belasah pemimpin Pakatan Rakyat secara terbuka. Mungkin bagi Karpal yang penting adalah parti iaitu DAP bukannya Pakatan yang belum tentu menentukan sokongan apatah lagi jika pakatan itu dipimpin oleh Anwar yang disifatkan sebagi rendah moralnya.

Sabtu, Februari 07, 2009

PAKATAN RAKYAT (PR) @ PENDERHAKA RAJA

4 Komen!!!
Sudah terang lagi bersuluh kejadian di Perak telah membuktikan Pakatan Rakyat secara rasmi ditukar nama kepada Penderhaka Raja.

Dengan kenyataan angkuh para pemimpin Penderhaka Raja yang akan sembah derhaka dan seterusnya akan mengambil tindakan menyaman Sultan Perak.

Maka terpalitlah sejarah Hitam dalam sepanjang sejarah Tamadun Tanah Melayu terdapat sekumpulan rakyat yang dinamakan Penderhaka Raja @ Pekatan Rakyat. Maka pada hari tercatatlah sejarah baru didalam negara ini Penderhaka Raja yang diketuai oleh Pakatan Rakyat yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin Melayu yang lain sebelum ini.

Baru sahaja memerintah 5 negeri sudah berani menderhaka kepada raja, apatah lagi jikalau memerintah negara pastinya YDP Agung pasti akan dilanggar oleh Pakatan Rakyat.

Jadi terbuktilah bahawa perjuangan Pakatan Rakyat untuk melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-raja Melayu hanyalah omongan kosong.

Khamis, Februari 05, 2009

HORMATILAH SULTAN PERAK

12 Komen!!!
Terdapat laporan MalaysiaKini yang mengatakan Pakatan Rakyat bersedia untuk mengadakan demontrasi besar-besaran di Studium Ipoh.

Cuma inginlah nak nasihatkan di sini... hormatilah Sultan Perak, kerana bangindalah yang membuat keputusan untuk bubar atau tidak membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan bukanlah BN.

Sultan adalah lambang dan simbol ketinggian, kekuasaan dan kedaulatan bangsa Melayu dan Umat Islam di negara ini. Janganlah dihina dan membelakangkan Sultan. Jika bangsa Melayu sendiri yang membelakangkan sultan mereka, apatah kaum lain. Jika ini yang berlaku ianya sangat memalukan.

Alhamdulillah, Mahasuci Allah yang menentukan segalanya

1 Komen!!!
Alhamdulillah akhirnya Sultan Perak telah membuat keputusan yang sangat penting dan seterusnya merobah lanskap politik negara.

Keputusan yang mungkin agak telah dijangkakan iaitu tidak akan membubar Dewan Undangan Negeri Perak.

Dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang, mengadakan Pilihanraya Negeri sememangnya banyak memakan kos dan kewangan rakyat. Duit untuk logistik, kempen BN dan Pakatan semestinya akan melibatkan peruntukan kewangan yang besar.

Bukankah lebih baik peruntukan yang berjuta ringgit ini bagi tujuan pengurusan Pilihanraya Negeri ini dibelanjakan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi rakyat perak, dan semua rakyat Perak menikmati.

Bukankah masa berpolitik semasa pilihanraya negeri ini, lebih baik ditumpukan kepada mengatasi masalah ekonomi.

Kongsi Link Anda