Selasa, September 16, 2014

#MuktamarPAS2014: taraf Ulama hanya di tapak kaki??

0 Komen!!!


Sebagaimana yang diketahui ramai perpecahan dalam PAS semakin ketara. 

Kumpulan antara Anwarinas dan kumpulan semakin jelas semenjak ini. Semakin jelas apabila timbul isu mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. 

Walaupun dewan Ulama PAS telah memutuskan untuk mengekalkan TSKI sebagai MB namun pada mesyuarat ahli jawatankuasa Pas Pusat keputusan jadi sebaliknya.. Apabila golongan Anwarinas mengambil alih sidang media dan menyatakan mereka setuju untuk memilih Azizah atau Azmin sebagai MB Selangor.

Sejak itu banyak kenyataan bercanggah antara dua kumpulan dalam PAS ini.. 

Dan pada pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor menyaksikan calon dari kumpulan bukan ulama dipilih sebagai calon. Ini juga tamparan kepada ulama sehingga ada slogan ABU iaitu Asal Bukan Ulama.. 

Semalam Mat sabu sekali lagi menyerang ulama.. Mat Sabu gesa ulama keluar dari 'retorik bosan'.. Jika Timbalan Presiden PAS sendiri memperkecilkan ulama.. apatah lagi orang yang bukan Timbalan Presiden. 


Pada muktamar kali ini.. nampaknya macam ada gerakan untuk mempertahankan kumpulan ulama.. 
sebahagian perwakilan Pemuda Pas yang menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas kali ke-55 di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi dilihat meninggalkan tempat selepas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu memulakan ucapan perasmian, di sini, hari ini.

Menurut seorang perwakilan yang enggan dikenali, tindakan tersebut ekoran rasa kurang senang dengan kenyataan-kenyataan orang nombor dua dalam Pas itu yang dilihat sering mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita datang dari kawasan presiden dan tak sukalah apabila orang buat presiden kita begitu.

"Dulu dia (Mat Sabu) bertanding kata nak bantu presiden...," katanya ketikda ditemui di luar dewan.

Jadi memang terbukti perpecahan sebenarnya memang berlaku dalam PAS.. tapi apakah kumpulan Ulam dalam PAS mampu untuk pertahankan institusi mereka dalam PAS..

Poster Hot Cikgu Mat Razi #OgheKito #PengkalanKubor

0 Komen!!!

Pe'el Juruh set kito...... BN Sokmo-sokmo
#PengkalanKubor



calon pilihan rakyat Pengkalan Kubor BN Sokmo-sokmo..... peramah dan mesra rakyat


Saya tidak pernah sentuh calon pembangkang : TPM #PengkalanKubor

0 Komen!!!


TPM hari ini menyatakan bahawa perjalanan kempen BN berjalan dengan baik. Semua jentera BN telah bersiap sedia di semua Peti Undi.

Namun beliau kecewa apabila kempen pembangkang serang terhadap peribadi calon BN.. bagi beliau serangan ini menunjukkan calon BN adalah seorang yang baik kerana calon diterima baik, latar belakang cemerlang dan juga strategi PAS untuk burukkan calon BN.

Beliau juga menyentuh menyerang calon adalah bukan cara BN dan beliau sendiri tidak pernah sentuh calon pembangkang apatah lagi menyerangnya.




Apa yang PAS buat dengan menyerang calon BN adalah cara orang yang ketandusan isu sehingga calon BN berserban, berjubah dan mengajar sekoleh pondok menjadi bahan ceramah kepada PAS"

Terima kasih BN : Masyarakat Siam Kg Jubakar Darat, #PengkalanKubor

0 Komen!!!


Itulah antara yang diucapkan oleh masyarakat Siam yang hadir di Wat Machimaram, Kg Jubakar Darat, Pengkalan Kubor.

Ucapan itu muncul kerana BN sentiasa dianggap memperjuangkan nasib masyarakat Siam tanpa putus dengan memberikan pelbagai bantuan.

Pagi tadi telah berlangsung majlis mesra masyarakat Siam bersama Timbalan Perdana Menteri. Antara tokoh lain yang hadir ialah YB Dato Sri Mustapa Mohamed (Pengerusi BN Kelantan), YB Dato Sri Shahidan Kassim (Menteri di JPM), YB Senator Dato Boon Som Inong (Ketua Masyarakat Siam Malaysia), Dato Mohd Rosdi Abd Aziz (Pemangku Pengerusi BN Tumpat), Prak Khru Wikthet Tammanard (Than Tit) Ketua Sami Watt Machimaram, Hj Mat Razi Mat Ail (Calon BN) dan Eh Chot Cha Chan (Pengerusi Masyarakat Siam Kelantan).

Pelbagai masalah telah didengari oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan diambil tindakan. Di situ juga, YAB Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan khas untuk tabung pendidikan Masyarakat Siam di sana.







Kongsi Link Anda