Jumaat, Oktober 15, 2010

Panas : PM akan bubarkan Parlimen

1 Komen!!!
Mungkin akan berlaku lagi kejutan selepas pembentangan bajet 2010 tadi.. tidak lama lagi DS Najib akan umumkan pembubaran parlimen bagi diadakan pilihanraya Umum ke-13.

Inilah yang sedang dikatakan oleh semua pemimpin pembangkang dari Lim Guan Eng, Salehudin Ayub, Nasarudin Mat Isa, Pudin Puduraya dan ramai lagi pemimpin pembangkang yang kata [klik sini]... hahaha.. muka orang kecewa..

Asasnya petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa"..

Nanti kalau DS Najib bagi bajet tahun depan pula.. sekali lagi cakap nak pilihanraya... jadi apa yang dicakapkan oleh pemimpin pembangkang ni sebenarnya menunjukkan politik sempit pembangkang yang hanya berpolitiking semata-mata..

Bajet 2010 sebenarnya banyak bagi insentif kepada rakyat... seperti kadar tol tidak dinaikkan kadarnya selama 5 tahun.. kan bagus tu.. jadi rakyat pun senyap.. tidaklah setiap tahun rakyat pening nak bayar pertambahan kadar tol.. jadi tiada isu kenaikan tol.. itu yang pembangkang tak suka.. pembangkang hidup dengan makan isu.. kakalu isu tak de.. maka matilah pembangkang...

Kemudian isu tiada pembayaran pendahuluan 10% untuk pembelian rumah pertama bagi keluarga yang kurang pendapatan bulan RM 3000.. ini sangat menguntungkan rakyat.. ianya menyelsaikan 2 masalah utama... iaitu kalau dahulu wang pendahuluan menjadi masslah.. dan sekarang, isu ini tidak timbul.. kedua adalah isu rumah bumiputra yang biasa tidak habis dijual yang biasa dimainkan oleh pemaju haram jadah.. selepas ini mungkin isu ini akan selesai.. ramai keluarga yang berpendapatn rendah selepas ini tidak perlu membayar sewa kerana kini mereka boleh memiliki rumah..

Selain itu juga isu bantuan kewangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, India, sekolah agama rakyat juga dapat diselesaikan dengan bajet sebanyak RM250 juta.. selain RM576 juta untuk bantuan pendidikan.

Selain itu elaun Imam, ketua kampung dan guru kafa dinaikkan hampir 100% kali ganda.. termasuk juga isu yang dialami oleh orang asli dengan pelbagai program yang dirancang, termasuk penyelesaian hak atas tanah Orang Asli dan masalah penyelesaian sempadan.

Ini semua mengenai keluhan dan permasalahan rakyat yang sedang cuba diselesaikan oleh kerajaan BN..

Bila BN tak selesaikan masalah kata BN tak prihatin.. tapi kalau BN selesaikan masalah kata BN nak ada pilihanraya... apapun yang dapat nikmatnya tetap rakyat..

Sebenarnya bajet ini membuatkan pembangkang tidak suka.. benci... bimbang.. kerana ada banyak isu tidak dapat dimain lagi selepas ini..

Kongsi Link Anda