
Gambar : dimensi.blogspot.com
hehe... kreatif tak?..
Bila ada cerita Nik Aziz nak jadi Presiden PAS... teringat pula masa PAS tuduh Tun Mahathir sebagai Firaun, toghut dan sebagainya kerana terlalu lama menjadi PM... adakah dah muncul firaun dalam PAS pula....
Nik Aziz sekali lagi menggamatkan politik semasa negara. Tiba-tiba muncul pulak idea nak buat muktamar khas pas untuk menyelesaikan masalah beberapa kerat pemimpin dalam pas termasuk presiden.Utusan semalam menimbulkan persoalan kemungkinan siapakah dalang di sebalik idea EGM Pas ni.. namun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan gesaannya agar kepimpinan Pas dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan didalangi oleh pihak yang berkepentingan.
"Nik Abdul Aziz menamakan tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.
Laporan media itu turut merujuk kepada kenyataan melalui blognya kelmarin yang dibuat setelah meneliti tulisan seorang pensyarah dan mendengar pandangan rombongan penyokong parti dari Sabah dan Sarawak yang mencemaskannya."