Popular Today

Khamis, Mac 25, 2010

Terkini : Pilihanraya Kecil!!!, MP Hulu Selangor meninggal dunia!!!

0 Komen!!!

Al..fatihah!!!....

Datuk Dr Zainal ABidin Ahmad, AP PKR Hulu Selangor telah meninggal dunia dirumahnya Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang. Allahyarham meninggal akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam Khamis, demikian menurut adiknya Md. Hambali Ahmad.

Zainal Abidin, 71, merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.


Dengan ini, Hulu Selangor akan mengadakan pilihanraya kecil... dalam tempoh 60 hari!!!

Bernama

Si bacul Lim Guan Eng!!!

0 Komen!!!

Waris PAP Singapura, dan ANak kepada Lim Kit Siang.. iaitu Lim Guan Eng atau LGE menyebut di dalam Dewan Rakyat semalam bahawa Utusan Malaysia merupakan sebuah akhbar yang rasis..

Namun yang menarik beliau hanya berani menyebut perkara di atas hanya di dalam sidang Dewan Rakyat.. apa maknanya?.. apakah tujuannya beliau menyebut dan mendakwa bahawa akhbar Utusan Malaysia sebuah akhbar rasis di dalam dewan yang mulia tersebut?

Tidak lain dan tidak bukan kerana LGE adalah seorang yang bacul kerana mengetahui jika beliau menyebut di sidang Dewan Rakyat maka beliau tidak boleh di saman kerana ia kebal daripada perundangan negara.

Apa yang ditulis oleh Utusan sekali-kali tidak pernah melampaui Perlembagaan Negara.. bahkan tindakan Utusan mempertahankan Hak Melayu, Raja-raja Melayu dan Islam semuanya sebagaimana termaktib dalam perlembagaan negara!!!

Ini membuktikan bahawa LGE seorang yang bacul.. jika beliau berani buatlah kenyataan di luar sidang dewan Rakyat!!!.. apakah beliau takut di saman.. atau beliau mengetahui dakwaan beliau hanyalah pembohongan semata-mata...

Sebenarnya LGE lah yang mengamalkan perkauman.. berusaha untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu, Raja Melayu dan Islam.. Beliau hanya memperjuangkan nasib Cina itupun yang pro kepada DAP.. berapa banyak peniaga Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan.. kedai mereka dirobohkan.. semua ini atas dasar sikap cauvanis DAP!!!

Fitnah dan konspirasi, pembangkang perlu minta maaf kepada Najib!!!

1 Komen!!!

Sekali lagi Dewan Rakyat digegarkan dengan pendedahan tembelang Pakatan Aljuburi... menyebabkan pembangkang kini semakin panas punggung tidak tahan apabila tembelang busuk mereka diketahui rakyat...

Selepas Zahrin dan Ibrahim ALi, kini giliran Zulkifli Noordin.. mereka ini bukan kecil anak, mereka ini sangat rapat dengan ANUwar Ibrahim yang pernah mempunyai mimpin yang sama sewaktu dahulu tetapi kini tersedar dari lamunan palsu.

Siapa yang fitnah siapa?... Najib yang fitnah atau ANUwar yang Fitnah?.... Tak lain dan tak bukan ialah pembangkang dan tentera pemfitnahnya!!!!..

Kali ini MP Kulim Bandar Baru mendedahkan konspirasi dan fitnah terhadap Najib yang dibuat oleh Pakatan ALjuburi khasnya berkenaan kes Altantuya Sharibu.. sehingga menyebabkan beliau menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut sebagai peguam.

Kali ini kebenaran telah teserlah, bahawa Najib memang tidak terlibat, apa yang digembar-gemburkan hanyalah konspirasi licik Pakatan ALjuburi yang dipimpin oleh ANUwat ALliwati Aljuburi...

Zulkifli mengaku menerima tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu iaitu dengan cara mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Lojiknya mudah, takkanlah tertuduh sanggup dihukum mati di tali gantung kalau benar Perdana Menteri dan isterinya terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut kerana pasti mereka akan dedahkan perkara itu jika ia benar!!!.. APa yang mereka nak takutkan untuk dedahkan sedangkan leher mereka akan ke tali gantung!!!.. takkanlah mereka tak sayang nyawa mereka

Adakah Balasubramaniam yang juga lesap menerima ganjaran lumayan kerana lakukan Fitnah ini!!!... jika dilihat modus operandi pembangkang, mereka sanggup membayar lumayan jika siapa sahaja mahu memfitnah PM dan UMNO... Sedangkan fitnah dan tohmahan tidak pernah dibangkitkan Balasubramaniam ketika memberi keterangan di mahkamah dan kepada pihak polis.

Bukan setakat itu sahaja Pembangkang juga membuat konpirasi penglibatan anak kepada Nazri Aziz yang bernama Nadim dalam satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004 iaitu berkaitan Darren Kang di mana anak Yang Berhormat bernama Nadim ditohmah terlibat dalam pembunuhan itu kerana kebetulan berada di lokasi pembunuhan.

Masya ALlah adakah ini yang dikatakan parti Islam dan akhlak Islam dengan melontarkan Fitnah pada seseorang tanpa bukti!!! PAS dan PKR juga bersalah kerana menyebarkan fitnah ini kepada rakyat!!!.. Harakah!!.. Suara Keadilan... Malaysiakini.. blogger Pakatan Aljuburi.... Wal Iazubillah!!!

Diatas adalah sebahagian pendedahan Zulkifli Nordin yang membuktikan mengenai konspirasi pihak pembangkang yang ingin jatuhkan DS najib sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Hakikatnya banyak lagi isu yang ditimbulkan oleh pembangkang kepada UMNO dan BN hanyalah Fitnah semata-mata... Apatah lagi berdosa mereka bersekongkol menyebarkan fitnah ini...

Wahai umat Islam takutlah dengan hukuman Allah.. jika kita berdosa kepada Allah SWT kita boleh beristighfar dan bertaubat kepada Allah.. tetapi jika fitnah orang lain.. hanya orang yang kita fitnah itu sahaja yang boleh memaafkan kita... janganlah kita kembali nanti kepada Allah sebagai seorang pengemis..

Ingatlah!! dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Nukilan :Aspirasibangsa

Kongsi Link Anda