Popular Today

Sabtu, November 13, 2010

PAS tak iktiraf Melayu dalam perjuangan mereka, tapi nakkan undi Melayu!!!

2 Komen!!!
PAS tidak pernah mengiktiraf Melayu dalam perjuangan mereka.. sesiapa yang mahu memperjuangkan Melayu akan dianggap sebagai perkauman... maka dituduhlah UMNO sebagai sesat keranan mengamlkan perkauman [klik sini]..

Tiba-tiba Presiden PASberg terhegeh-hegeh nakkan undi Melayu [klik sini].. muka tak malu.. dah Melayu diabaikan oleh PAS.. lihat Harakah Daily.. PAS tidak pernah iktiraf Melayu..
Bukankah fahaman kebangsaan Melayu ( MelayuIslam) adalah akidah yang sesat lagi menyesatkan. Akidah kebangsan (Nationalisme) atau assobiyyah telah di haramkan dan dikuburkan oleh Rasulillahu 1.4000 tahun yang lalu
. Sekarang ni Bapak Presiden PASberg kata lain pula.. demi politik sekali lagi perjuangan PAS diketepikan...
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, Pas perlu berusaha meningkatkan sokongan orang Melayu jika ingin menguasai pemerintahan negara.

Beliau berkata, kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO.

"Kita tidak boleh menang dengan undi kita sahaja. Kita perlu undi-undi yang bukan ahli juga, yang bukan penyokong kita pun termasuk orang UMNO,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Seminar Pas Ganti UMNO di sini hari ini.

Video Panas!!!

0 Komen!!!


Tengoklah sendiri!!!

Ku Nan - Lupakan sahaja Zaid!!!

0 Komen!!!
PUTRAJAYA - Umno tidak akan menerima bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai semula parti itu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Zaid, kita buang dia. Kita nak bawa dia balik buat apa?,” kata Tengku Adnan ketika ditanya peluang Zaid sekiranya ingin kembali kepada UMNO.

“Dia juga akan bagi masalah. Kita tidak suka orang yang beri masalah. Kita hendak orang yang masuk parti kita, parti komponen Barisan Nasional (BN), orang-orang yang menjiwai perjuangan bukan untuk mencapai sesuatu bagi diri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvo Kanak-kanak Tabika/Taska KEMAS sekitar Putrajaya, di sini pada Sabtu.

Pada 8 November lalu, Zaid telah menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan meletak semua jawatannya dalam parti itu berikutan dakwaan bahawa pemilihan parti itu tidak telus.

Namun, Zaid yang dipecat dari UMNO pada Disember 2008 dan menyertai PKR enam bulan selepas pemecatannya, sehingga kini belum menyatakan untuk kembali ke pangkuan UMNO dan hanya dilaporkan bercadang untuk menubuhkan parti politik yang baru. - BERNAMA

Kongsi Link Anda