Popular Today

Sabtu, Oktober 31, 2009

Wan Azizah gagal pimpin PKR - Ezam

1 Komen!!!
SHAH ALAM – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor menyifatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail gagal memikul tanggungjawabnya sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menangani kemelut yang melanda parti itu.

Katanya, kegagalan Dr Wan Azizah memberi penjelasan mengenai beberapa perkara berhubung kes liwat membabitkan Ketua Umum PKR, yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi asas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

Katanya, keputusan Badrul meninggalkan PKR mempunyai asas yang sama seperti tindakannya meninggalkan parti itu tahun lalu.

“Jika kita meragui moral pemimpin kita, sudah semestinya kita kena buat keputusan yang sukar. Tindakan keluar parti adalah salah satu daripadanya. Itulah juga asas keputusan saya keluar dari PKR dahulu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ezam berkata, sebagai presiden parti dan orang paling dekat dengan Anwar, Dr Wan Azizah patut menjelaskan kepada Badrul mengenai persoalan berhubung skandal suaminya.

“Memang kita faham beliau ada tanggungjawab melindungi suaminya, tetapi sebagai presiden, beliau juga perlu bertanggungjawab kepada ahli parti dan memberi penjelasan kepada ahli mengenai beberapa isu yang meragukan,” katanya.

Ditanya sama ada selepas ini akan ada lebih ramai ‘rakannya’ atau wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu, Ezam berkata, beliau akan terus berdoa kerana kesedaran ini membabitkan asas prinsip moral dan Islam yang seharusnya menunjangi perjuangan setiap pemimpin.

“Saya berharap Allah SWT akan membuka hati lebih ramai lagi untuk meletakkan asas moral dan Islam sebagai keutamaan nombor satu. Jangan sesekali kerana kepentingan politik kita menyisihkan moral dan Islam, kerana dakwaan terhadap Anwar amat berat dan sudah semestinya pemimpin PKR yang lain juga menuntut penjelasan,” katanya.

Beliau juga membidas dakwaan pihak yang mengaitkan pengaruhnya atas keputusan Badrul yang dikatakan mengikut jejak langkahnya dan menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, keputusan tersebut adalah atas pertimbangan Badrul sendiri dan beliau berharap semua pihak menghormati tindakan Badrul itu.

“Sebelum ini memang Badrul pernah minta pandangan saya, tetapi ini keputusan beliau sendiri dan ia amat besar maknanya,” katanya.

Kelmarin, pada sidang medianya Badrul berkata, kes liwat membabitkan Anwar adalah antara sebab beliau keluar PKR termasuk meragui tindakan Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

sumber - sinar

Penganlisis Politik : Langkah Najib, Abhisit tepat

1 Komen!!!
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Penganalisis politik berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Thailand, Abhisit Vejjajiva mengambil langkah yang tepat dan wajar dalam menyelesaikan konflik di selatan negara itu.

Menurut mereka, cadangan agar umat Islam di wilayah tersebut diberikan autonomi dalam perkara- perkara yang berkaitan boleh membantu ke arah usaha menghentikan konflik tersebut.

Profesor Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman berkata, rundingan antara kerajaan Malaysia dan Thailand mengenai perkara itu menunjukkan kecenderungan dan harapan yang positif ke arah mengembalikan keamanan di wilayah tersebut.

“Konflik di selatan negara itu telah menjangkau empat tahun tanpa titik penyelesaian sehingga mengorbankan beribu nyawa di selatan Thailand.

“Kita menyokong usaha Malaysia mencadangkan kepada Thailand supaya menamatkan konflik di selatan negara itu bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan umat Islam terbela dan mendapat keadilan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri Thailand sewajarnya menyambut baik idea Najib mengenai komitmen Malaysia terhadap keamanan di selatan negara itu.

“Secara peribadi, saya berpendapat sekiranya idea dan cadangan Najib itu direalisasikan oleh pemerintah negara Gajah Putih itu, ia membuktikan Thailand bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan konflik yang masih berlanjutan itu,” katanya.

Perdana Menteri Thailand itu hari ini dilaporkan menyokong cadangan Najib supaya Bangkok memberi autonomi kepada wilayah selatannya.baca seterusnya di sini

EDISI BERITA UTAMA : LAPORAN AUDIT DISIASAT

1 Komen!!!

Laporan audit disiasat

PUTRAJAYA 30 Okt. – Jemaah Menteri hari ini memutuskan supaya satu jawatankuasa petugas ditubuhkan untuk menyiasat unsur penyelewengan dan rasuah yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2008.

Mengumumkan demikian, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Ia dianggotai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ketua Audit Negara, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sambil menekankan bahawa kerajaan begitu serius mahu memperhebatkan budaya prestasi tinggi di kalangan penjawat awam, Perdana Menteri menegaskan, sebarang salah guna kuasa yang berlaku seharusnya tidak terlepas daripada tindakan tegas.

‘‘(Mesyuarat) Jemaah Menteri (hari ini) memandang berat Laporan Audit Negara (2008) yang telah pun dibentangkan di Parlimen

“Sayugia dinyatakan kita bukan hendak mencari salah sesiapa tetapi untuk tentukan pihak-pihak yang sengaja melakukan kesalahan secara terang-terangan tidak seharusnya terlepas daripada tindakan tegas.

‘‘Kita nak menjurus pada budaya prestasi tinggi, maknanya penjawat awam yang tunjukkan prestasi cemerlang mendapat ganjaran dan pengiktirafan sebaliknya yang lakukan salah guna kuasa, tindakan pasti diambil,” kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya petang ini.

Minggu lalu, Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendedahkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung sebahagian besar daripada kerugian berjumlah RM1.14 bilion dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh.

Laporan itu mendapati wujud beberapa kelemahan pihak kontraktor seperti kelewatan, perolehan peralatan dan tren melebihi keperluan atau tidak diselaras dengan pembangunan struktur.

Dalam laporan lain, Ketua Audit Negara turut mengesan tindakan pembekalan alatan kepada badan berkanun Persekutuan pada harga yang ‘tidak masuk akal’ bagi tahun 2008.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan yang didedahkan laporan itu tidak semestinya dari segi undang-undang.

‘‘Tetapi tindakan yang wajar, mungkin kena bayar balik, turun pangkat, tahan pangkat atau setidak-tidaknya berpindah ke tempat lain.

‘‘Tindakan akan diambil berdasarkan pertimbangan yang adil dan saksama. Ia tidaklah dalam bentuk tindakan yang keras sehingga tidak ada pertimbangan kemanusiaan,” katanya.

Kata Najib, Jemaah Menteri percaya tindakan tegas perlu dilakukan memandangkan Laporan Audit Negara didedahkan setiap tahun, justeru sebarang salah guna kuasa dan penyelewengan tidak seharusnya berulang.

Dalam hubungan ini juga, Perdana Menteri berkata, dalam usaha memupuk budaya prestasi tinggi, maka anggota pentadbiran yang menunjukkan prestasi cemerlang akan diumumkan tidak lama lagi.

‘‘Ganjarannya kita akan umumkan bila tiba masanya nanti,” katanya.


Sumber : Utusan Malaysia

PKR (Parti Kroni Rasuah)... Jom pakat tinggalkan PKR!

3 Komen!!!
Lepas satu satu pemimpin PKR keluar dari parti tersebut, kalau satu masa dulu selepas penubuhan PKR tak lama selepas itu Timbilannya sendiri keluar dari parti Dr. Muzafar, salah saorang yang terkenal dengan pandangannya, akhirnya keluar parti kerana tak yakin dengan perjalan parti tersebut.

Selepas itu Ezam Md Noor ( AMK) Ankatan Muda Keadilan juga keluar PKR kerana tak percaya dengan Anwar setelah beliau sendiri bertanya dengan Anwar hala tuju PKR, Anwar menjawab dia tidak pentingkan itu semua, matalamatnya dia nak jadi PM, cerita Ezam dalam ceramahnya di Bukit Gantang.

Begitu juga dengan Ketua Wanita Pulau Pinang keluar PKR, dan yang terbaru Dato' Dr. Jefri Ketingan Naib Presiden PKR dan sudah tiga orang ADUN dari PKR keluar parti menjadi bebas tetapi menyokong Barisan Nasional.

Banyak orang tau asas penubuhan parti ini bukan untuk membela rakyaat, tetapi hanya untuk membela ANWAR IBRAHIM sahaja, bagi mancapai cita-cita Anwar untuk menjadi PM.

Anwar tidak pentingkan Bangsa, Agama dan Negara, dia sangup jual negara jual agama dan jual bangsanya, tetapi masih ramai lagi melayu yang buta hatinya tidak mahu melihat apa agenda Anwar sebenarnya yang sentiasa berlakun menipu orang ramai.

Kita mengharapkan lebih ramai lagi wakil Rakyat Melayu dan orang dalam PKR itu keluar parti tingalkan Anwar, Azizah, Azmin. kerana PKR itu hanya untuk mereka bertiga sahaja.

AB: Jom pakat tinggalkan PKR.... ramai pemimpin yang dah keluar anda bagaimana!....
Rasuah kini berlaku dimana-mana cabang dalam PKR... biarkan kroni Anuwar sahaja yang tinggal....

Blogger Rakyat digeruni PAS!

0 Komen!!!
Edisi Malam : Pertama saya telah membaca dalam Harakah sebelum ini perihal UMNO dituduh mengupah blogger oleh Ketua Penerangan PAS bernama Idris Ahmad. Ia disiarkan halaman belakang untuk mendapat perhatian rakyat meskipun ia juga seolah satu andaian yang diragui sahihnya sehingga berita dari mulut bergelar Ustaz itu tidak dijadikan muka hadapan Harakah.

Pun begitu, saya kira ia tidak begitu menarik perhatian sangat walaupun ia menunjukkan bahawa ancaman blogger yang pro UMNO sebagai teras negara Malaysia, terbukti telah memberi 'bekas' kepada 'benteng siber' mereka.

Saya juga tidak berniat untuk mengatakan ia kejayaan geng BPN atau mana mana kumpulan. Kerana ia tidak ada dalam senarai matlamat yang ingin dicapai dalam perjuangan melawan musuh siber ini. Namun ia adalah kejayaan semua samada blogger perseorangan atau berkumpulan.. Berjaya dalam mencuci minda rakyat dari terus percayakan Pakatan Rakyat...

Link dakwaan mereka bahawa UMNO mengupah Blogger itu ada di sini




Mereka juga cuba menanam fitnah ini di sini http://detikdaily.net/v5/ namun tidak berjaya..


Panglima juga berkata "Yang saya lihat kebanyakan blog pro pembangkang kerap dikemaskini... Pelik jika mereka dapat mengadap laptop 24 jam tanpa gaji dan hanya berharap dari pendapatan iklan yang dibayar. Bahkan Penarik Beca turut mengakui beliau sendiri tidak mendapat ganjaran lumayan dari iklan yang dipasang di blog beliau.. Bagi saya, meletakkan no akaun adalah satu taktik untuk menutup persepsi rakyat bahawa mereka jenis yang diberi gaji bulan...

Jelas sekarang, siapa yang diupah untuk berblog dan siapa yang bukan !"


Komen AB : Pandangan mereka salah.... mereka tidak tahu atau sengaja mahu nafikan bahawa yang menjadi pemberi komen bukan sahaja blogger bahkan sudah ramai rakyat Malaysia yang celik IT dan sudah pandai memberikan komen mereka dan tahu menilai mana satu intan permata dan mana satu kaca.... Mereka juga sudah pandai mencipta blog menulis perasaan dan pandangan mereka. Adakah mereka begitu murah untuk dibeli ??

Namun kita faham kerana apa... mereka mahu nafikan rakyat menentang PR... bahkan mereka hanya tonjolkan cerita blogger upahan UMNO... yang ntah dari mana ntah asas tuduhan ini ... iaitu yang menentang mereka bukan rakyat tetapi blogger upahan...

Mungkin boleh mereka timbulkan cerita yang berat sebelah ni... tapi jika mereka tolak hakikat bahawa blogger yang menentang PR bukanlah blogger UMNO semata-mata.. bahkan mereka ini adalah blogger rakyat yang benci dan muak kepada penderhaka dan pencacai DAP Komunis ni...... inilah yang berlaku sekarang..... mereka tidak menjangka langsung serangan media baru yang sangat dahsyat terhadap blogger PR..


dipetik dari : Panglima Perang Cyber

Rahsi PAS terdedah : IKRAR LAFAZ TAKLIK UNTUK ELAK YB PAS LOMPAT PARTI

2 Komen!!!


The Unspinners telah dedahkan perkara ini seawal September 9hb, 2009. Kemudian kami ulangi sekali lagi pada September 28hb, 2009 sebelum PRK Bagan Pinang.

Kini Mahaguru 58 - seorang blogger yang berkecuali dalam politik dan tidak malu kepada publisiti dan perhatian - mengulang perkara sama. Beliau baru saja mengatur pertemuan antara blogger-blogger dengan Dato Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Md Isa.

Pertemuan itu telah menimbulkan kontroversi disebabkan ada blogger yang tidak datang tidak beretika pula. Kalau tuan punya badan minta jangan dihebohkan perkara sensitif tertentu, usahlah dihebohkan. Hormatilah permintaan. Kalau dalam kewartawanan, dia dipanggil maklumat off the record.
Tulisan blog beliau berkenaan Ikrar Lafaz Taklik adalah dipetik berikut:

Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.

Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.

Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.

Memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa adanya peraturan seperti itu diwajibkan oleh PAS!

Memang brutal tetapi ternyata amat berkesan sekali!!!
Harap tuan-tuan dan puan-puan pembaca dan blogger tolong sebarkan perkara ini.

Sesiapa yang wartawan tolong tanya perkara ini kepada pemimpin-pemimpin PAS. Gembar gemburkan perkara ini supaya rakyat tahu perakra sebenar. Betapa jijik sekali politik PAS hingga mengguna ugama untuk kuasa politik.

Ini menunjukkan ulama dalam PAS bukan ulama tetapi orang yang menggunakan ugama sebagai alat saja untuk berkausa. Ini adalah perkara yang keji dilakukan oleh PAS demi kuasa hingga sanggup memperalatkan kesucian rumahtangga sebagai bahan cengkeram atau ugutan.

Memang layak PAS dipanggil sebagai Parti Ajaran Sesat.

sUMBER : Selalu ada yang baru

Bukti PaS ikut telunjuk DAP

1 Komen!!!
Sila baca artikel di bawah ni... memang ini bukti nyata PAs hanya di'lembu'kan oleh DAP... Jikalau MCA sekeras-kerasnya menentang UMNO masuk campur dalam urusan mereka... tetapi PAS pula dengan mudah di 'perkosa' oleh DAP... nampaknya pimpinan PAs ni mudah 'di beli' oleh DAP komunis ni....

DAP: Masalah Dr Hassan, bukan PAS

Masalah dalam Pakatan Rakyat di Selangor berpunca daripada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hassan Ali dan bukannya pemimpin lain dalam parti itu, kata seorang ahli parlimen DAP.

"Masalahnya dengan Dr Hassan sahaja. Dengan wakil rakyat yang lain tidak ada masalah. Macam wakil rakyat PAS Dr Shafie Abu Bakar (di Bangi) semua ini tidak masalah," kata wakil rakyat Serdang, Teo Nie Ching.... (seterusnya klik di sini)...

Persoalannya kenapa DAP begitu membenci Dr Hassan... adakah kerana Dr Hassan mendedahkan kebiadapan DAP bersama PKR mengenai isu Arak di Selangor?... kita mengetahui bahawa tuduhan pihak DAP bahawa Dr Hassan pro kepada UMNO hanyalah untuk memburukan beliau semata-mata... ianya bukanlah isu utama... isu utama kerana kebaidapan DAP dalam isu Arak di Selangor!

Sumber : Malaysiakini

Kongsi Link Anda