Inilah yang umat Islam patut buat..



Anwar mahu KPN, Ketua Pesuruhjaya SPRM bertanggungjawab kematian HockMaksudnya kematian Teoh merupakan satu tindakan untuk PR eksploitasi dan meragukan kredibiliti Polis dan SPRM... apatah lagi dengan kaitan kes Liwat Anwar, Kes Salahguna Kuasa Wang Rakyat DAP, dan Geng Gangster DAP.... dan seterusnya imej SPRM dan Polis tercalar dan tidak kredibel lagi... seterusnya mengatakan sistem keadilan di negara ini tidak boleh dipercayai dan seterusnya minta kerjasama negara asing seperti Amerika untuk mengatakan sistem keadilan negara ini tidak boleh dipercayai...
ALOR GAJAH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Bercakap kepada media selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Hock di kediaman keluarganya di Taman Sri Kelemak Jaya, di sini, pagi ini, beliau berkata kerajaan tidak boleh berdolak dalik berhubung kes itu kerana ia membabitkan kematian.
"Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhajaya SPRM harus bertanggungjawab atas kematian Teong Beng Hock," katanya selepas turut mengucapkan takziah ibu bapa Beng Hock iaitu Teoh Leng Hui, 60, dan isterinya, Cheong Siew Hua, 56.