Popular Today

Sabtu, Ogos 08, 2009

Siapa yang Najib tangkap guna ISA?

2 Komen!!!
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Kerajaan tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat politik sebaliknya ia hanya akan dikenakan terhadap mereka yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian itu adalah jelas menerusi tindakannya pada hari pertama menjadi Perdana Menteri apabila mengumumkan untuk membebaskan 13 tahanan ISA.

''Sampai sekarang ini bebas, termasuk kumpulan Hindraf kerana kita tidak gunakan ISA sebagai alat politik. "Lepas saya jadi Perdana Menteri, tidak ada seorang pun rakyat Malaysia ditahan oleh kerajaan di bawah akta ini, jangan bimbang, tak ada.

''Kita hanya akan gunakan untuk orang yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat. Kalau tidak buat barangkali peristiwa letupan bom di Jakarta dan Mumbai boleh berlaku di negara kita," katanya.

"mmmm... Yang pembangkang berdemonstrasi.. siapa ahli politi yang ditangkap ISA sebenarnya di zaman Najib.... jawapannya tiada.."


Menurut Najib, ISA tidak perlu digunakan terhadap orang politik kerana kerajaan ingin mendapatkan mandat memerintah daripada rakyat menerusi pilihan raya.

''Kita hendak menang dalam masa pilihan raya. Kita tidak takut, Barisan Nasional (BN) akan lawan kerana kita berada di atas landasan yang benar, berjuang untuk kepentingan rakyat," tegas.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perhimpunan haram Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Sabtu lalu, Najib berkata, kumpulan terbabit tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana beliau telah mengumumkan ISA akan tetap dipinda.

''Akan dipinda. Tunggulah dulu apa pindaan kita, kenapa gatal sangat hendak buat demonstrasi jalanan.

''Kalau parti pembangkang hendak main politik, lantak mereka. Saya boleh sediakan stadium, kalau tidak cukup, Stadium Nasional pun kita boleh bagi, bertempiklah sampai Subuh.

''Tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ini merosakkan kepentingan rakyat. Kalau kepentingan rakyat terjejas, kita akan pertahankan, ini pendirian kerajaan BN," tegasnya.

Kemerdekaan menuntut keinsafan anak bangsa

0 Komen!!!


Oleh Mior Kamarul Shahid
mkamarul@nstp.com.my


RAKYAT perlu mengenang detik kemerdekaan yang dipelopori Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 hingga menyebabkan negara kita aman dan sejahtera sehingga kini.

Rakyat perlu mengisi makna kebebasan hasil perjuangan nasionalis sejak zaman penjajahan

MULAI 1 Ogos lalu, negara memasuki bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Ini adalah kali ke-52 negara menyambut ulang tahun kemerdekaan untuk memperingati tarikh keramat negara bebas daripada belenggu penjajah. Walaupun bulan kemerdekaan sudah memasuki minggu kedua, suasana kemerdekaan tidak pun dirasai, berbeza dengan suasana Ramadan, apatah lagi Aidilfitri. Ini mungkin kerana sudah terlalu banyak pesta di negara ini. Sungguh malang kerana hari pertama bulan kemerdekaan pada 1 Ogos lalu diwarnai dengan kekecohan perhimpunan haram Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) di bandar raya Kuala Lumpur. Ia menjadi bahan perbualan hingga ke hari ini.

Sehari demi sehari berlalu tanpa sedikit pun rakyat merasai kemeriahan suasana bulan kemerdekaan. Pada malam 31 Ogos nanti, walaupun sambutan meriah akan diadakan di tempat terpilih, belum pasti roh kemerdekaan dapat menyerap ke dalam jiwa bangsa Malaysia. Ramai yang datang untuk menyambut detik-detik kemerdekaan pada malam berkenaan, adalah semata-mata untuk menyaksikan persembahan pentas, menyanyi dan menari. Pada malam itu nanti ramai anak-anak remaja mendapat pasport daripada ibu bapa untuk keluar rumah dan balik hingga lewat malam dengan alasan untuk menyambut hari kemerdekaan. Meskipun turut melaungkan seruan "Merdeka, Merdeka, Merdeka" apabila jam tepat menunjukkan pukul 12 malam pada 31 Ogos nanti, ia hanyalah laungan bergemuruh yang tidak ada bezanya dengan laungan pada sambutan tahun baru setiap tahun di hotel-hotel dan pusat-pusat hiburan. Bagi kumpulan bersemangat kebangsaan yang tebal, keadaan ini sangat membimbangkan mereka kerana menganggap terhakisnya semangat nasionalisme bangsa. Kumpulan ini menganggap masyarakat hari ini gagal mengagumi, apatah lagi menghayati sejarah. Sekiranya mereka dipilih sebagai pemimpin akan datang, ia akan mempercepatkan proses negara tergadai dan berlaku penjajahan baru oleh kuasa-kuasa besar.

Sikap kumpulan nasionalis ini berbeza dengan golongan berfikiran liberal. Mereka tidak bimbang kepada sikap generasi hari ini kerana menganggap ia adalah perkara biasa dalam tamadun manusia. Bagi golongan ini, apa yang mereka tahu ialah kebebasan bermakna rakyat sewajar diberi hak mutlak dalam segala bidang. Kumpulan ini memandang ke depan dan mahu rakyat menguasai ilmu tanpa perlu menoleh ke belakang. Bagi mereka, jika masyarakat tidak menguasai ilmu, mereka akan ketinggalan.

Pengertian kemerdekaan mempunyai semangat dan rohnya tersendiri. Penghayatannya juga berbeza daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Bagi seseorang yang berusia 70-an ke atas hari ini, mereka adalah kumpulan yang pernah hidup pada zaman Perang Dunia Kedua yang merasai pahit getirnya kehidupan pada zaman penjajahan British. Sebelum itu, mereka juga melalui pengalaman ketika pemerintahan Jepun, makan ubi kayu bakar dan bersembunyi di bawah tanah apabila diburu pengganas Komunis. Pengalaman mereka bersekolah, jauh beza daripada anak-anak zaman moden hari ini. Berkaki ayam hingga kaki keras berkematu, adalah perkara biasa.

Bagi golongan ini, sewaktu Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka, Merdeka, Merdeka", ia adalah seruan paling beremosi dan ramai yang mengalirkan air mata kerana mereka faham erti kebebasan.

Bagi mereka yang berusia 40 dan 50-an hari ini, kisah kehidupan zaman perang, pemerintahan Jepun dan penyeksaan hidup pada zaman Komunis, sudah mula menjadi cerita penglipur lara bila ayah atau datuk nenek menceritakan kisah lampau mereka sebelum ini. Kumpulan ini tidak dapat menggambarkan keadaan kehidupan zaman sebelum mereka, apatah lagi menyelami pengalaman yang dilalui datuk nenek mereka. Ketika ayah bercerita kisahnya menelaah buku di bawah lampu minyak tanah atau membeli nasi lemak dengan harga lima sen sebungkus, mereka hanya mendengarnya tanpa emosi dan simpati. Sukar bagi mereka mendalami keadaan itu yang menyebabkan perbualan ibarat percakapan antara itik dengan ayam.

Ketika tiba 31 Ogos setiap tahun, anak-anak muda hari ini juga tidak ketinggalan melaungkan ungkapan "Merdeka, Merdeka, Merdeka", tetapi tidak siapa yang dapat membaca emosi mereka. Apakah mereka benar-benar faham erti kebebasan atau sekadar terikut-ikut dengan laungan untuk menggemakan suasana.

Anak-anak hari ini mempunyai cita-cita yang jauh berbeza daripada cita-cita dan pemikiran masyarakat pra dan pasca kemerdekaan. Keadaan ini berlaku kerana mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh luar melalui pelbagai saluran dan media. Dengan kemajuan teknologi komunikasi dan telekomunikasi, anak-anak yang berusia belasan tahun, seterusnya mereka dalam lingkungan 30-an dan 40-an, mewarisi pemikiran moden. Mereka mungkin faham bahawa sambutan Hari Kemerdekaan adalah detik memperingati kejayaan negara yang berjaya membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Disebabkan tidak pernah mengenal erti penjajahan, sama ada secara fizikal dan pemikiran, mereka tidak pernah menganggap mereka pernah dijajah. Pengalaman tidak pernah mengajar mereka penyeksaan hidup dijajah. Anak-anak hari ini tidak pernah merasa tidur dalam kerlipan pelita minyak tanah kerana setiap masa mereka membesar di dalam bilik berhawa dingin. Bagaimana mereka boleh memahami erti mandi di perigi, sedangkan mereka tidak pernah melihat perigi. Mereka hidup dalam zaman moden yang lama kelamaan menghakis semangat nasionalisme bangsa.

Realitinya, golongan muda hari ini mula tidak memahami erti sejarah kerana mereka belajar sejarah semata-mata untuk tujuan peperiksaan. Bagi semua bangsa Malaysia, mereka hanya akan memahami erti kemerdekaan sekiranya mereka menghayati erti keperitan hidup. Tidak salah meniupkan pemikiran serta jiwa merdeka kepada anak-anak bangsa kerana merekalah yang akan menyelamatkan negara daripada sebarang ancaman pada masa akan datang. Kemerdekaan negara akan hancur sekiranya rakyat berpecah belah.

Dalam suasana kemerdekaan yang sedang disambut hari ini, orang Melayu yang berpecah belah, masih belum dapat ditautkan semula. Ini adalah suasana yang amat malang bagi bangsa Melayu kerana kedudukan mereka sebagai tulang belakang bangsa Malaysia. Bolehkan kita mengatakan bahawa orang Melayu sebagai masyarakat berwawasan sedangkan mereka sendiri terus berpecah belah. Orang Melayu mempunyai sikap prejudis sesama sendiri. Daripada kata-kata, mereka dilihat tidak jujur sesama sendiri hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza walaupun seagama. Di depan cakap lain, di belakang cakap lain. Hari ini puji, esok dikeji. Bila mereka bercakap di khalayak ramai orang mula melemparkan kata-kata mereka bercakap lain di mulut, lain pula di hati. Jika orang yang dihormati bercakap berbelit-belit, bagaimana ia boleh menjadi teladan kepada bangsa dan seagama. Inilah dilema orang Melayu hari ini.

Usaha mengisi kemerdekaan, tidak ada hadnya. Ia perlu diteruskan hingga kepada generasi akan datang walaupun ketika itu sejarah negara zaman silam sudah ditinggalkan jauh. Jika sejarah hari ini yang dijadikan sandaran, bermakna bangsa Malaysia hanya melihat kepada pergolakan bangsa Malaysia yang berlaku di depan mata kita hari ini. Itulah sebabnya dalam apa keadaan sekali pun, apabila tiba bulan kemerdekaan nama-nama pemimpin negara bermula daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disebut kerana setiap mereka mempunyai peranan membina bangsa dan negara. Begitu juga dengan pemimpin hari ini dan mereka yang akan mewarisi pimpinan negara pada masa akan datang, tetap disanjung. Setakat ini, semua pemimpin yang menerajui negara mempunyai jasa kepada negara berasaskan kepada waktu dan ketika pentadbiran mereka. Semua mereka menyambung tugas menyedarkan rakyat supaya memahami erti kemerdekaan. Bagaimana keadaan negara pada 50 tahun akan datang. Dari segi fizikalnya, kita yakin Malaysia akan lengkap serba serbi. Isunya ialah bagaimana pemikiran rakyat Malaysia pada 2057 nanti, apabila negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-100 tahun nanti.

Setakat ini, sejarah menyaksikan betapa kepemimpinan Umno masih berjaya menerajui perjuangan mencapai kemerdekaan dan mengurus cabaran kemerdekaan. Untuk 50 tahun akan datang, pastinya ia bermula hari ini.

Arak, zakat dan Ronnie Liu

0 Komen!!!
Oleh Zaini Hassan
zaini.hassan@utusan.com.my

SYABAS Dr. Hassan Ali. Setelah sekian lama menyepi, tak kisah, buat- buat tak nampak, akhirnya Dr. Hassan, bekas pakar motivasi RTM, mula bersuara. Selama ini, mungkin beliau 'mahu menjaga hati' rakan-rakan DAPnya.

Tapi kini nampaknya hatinya sendiri sudah dirobek. Atau mungkinkah beliau didesak oleh ahli-ahlinya sendiri yang sudah tidak tertahan dengan gelagat DAP yang mulai bermaharajalela di Selangor ini.

Kasihan orang Shah Alam. Ia adalah bandar Melayu yang kini mula dikuasai puak-puak DAP. Sejak kerajaan pakatan ini memegang tampuk pemerintahan, banyak peristiwa yang tidak terfikir oleh orang Shah Alam telah berlaku. Mana ada dalam sejarah Shah Alam orang berdemo memegang lilin. Ia berlaku apabila salah seorang pemimpin DAP mati terjatuh dari bangunan SPRM dua minggu lalu.

Yang menyedihkan, demo pegang lilin itu berlaku hanya kira-kira 200 meter dari masjid besar berwarna biru yang menjadi mercu tanda kesucian Islam warga Shah Alam. Ikut pandangan ulama (bukan Nik Aziz), demo pegang lilin untuk memperingati orang mati itu adalah haram. Tapi kini ia berlaku di bandar raya kemegahan (satu masa dulu) orang Melayu. Di situlah terletaknya institusi ulung orang Melayu iaitu, UiTM - yang pernah disyorkan oleh kerajaan pakatan semasa mula memerintah Selangor, supaya dibuka kepada semua.

Nampaknya orang Shah Alam yang dulu begitu ghairah memberi undi kepada DAP, PKR dan Pas kini terpinga-pinga. Apa sudah jadi?

Penjual arak kini dibela oleh pemimpin DAP Ronnie Liu untuk diniagakan di sebuah kedai di Jalan Liku, Seksyen 8 Shah Alam. Menurut laporan akhbar semalam, Ronnie sendiri mengakui menggunakan kuasanya sebagai Exco Kerajaan Negeri mengarahkan arak yang dirampas oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dipulangkan kembali ke kedai tersebut.

Wahai Ronnie cuba lihat di sekeliling seksyen 8 itu siapa yang menghuni di situ? Saya sendiri ialah warga Shah Alam yang telah tinggal dan belajar di situ sejak 25 tahun lalu. Saya lebih tahu siapa yang paling banyak menghuni di situ. Kira-kira 97 peratus ialah orang-orang Melayu - yang pada pilihan raya umum lalu memberi undi kepada pakatan saudara.

Semua mereka adalah orang Melayu. Jika di Malaysia orang Melayu ialah orang Islam dan orang Islam tidak minum arak kerana arak itu adalah haram seharam-haramnya macam makan babi juga. Apakah Ronnie yang hidup di Malaysia ini tidak faham?

Saya tidak pasti di mana Ronnie atau anggota Exco DAP lain yang kini berada di Shah Alam tinggal sebelum pilihan raya dulu? Apakah mereka ini hidup dikelilingi orang-orang Melayu? Atau hanya dikelilingi oleh bangsa mereka sahaja? Jika saudara hidup dengan orang Melayu, bersekolah Melayu mestilah saudara faham adat resam orang Melayu dan umat Islam.

Saya sedih (dan marah) kerana saudara Ronnie tidak sensitif langsung dengan isu orang Melayu dan umat Islam.

Ronnie juga tidak sensitif apabila 'turut campur tangan' dalam operasi arak dan maksiat oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis di Bandar Sunway beberapa hari lalu. Kenyataan itu bukan dibuat oleh saya (yang terdedahkan dengan saman), tapi oleh Dr. Hassan sendiri. Mungkin kerana sudah 'tidak tertahan' Dr. Hassan mendesak Menteri Besar menarik balik portfolio Ronnie sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Ronnie dikatakan sering saja campur tangan dalam tugas PBT hingga menyukarkan penguatkuasaan dijalankan.

Tahniah sekali lagi Dr. Hassan. Saudara sudah mula bersuara.

Sebagai seorang bapa, saya tidak mahu anak remaja saya didedahkan dengan minuman arak atau mendekatinya. Saya juga tidak mahu anak saya terikut-ikut dengan budaya Kristian memegang lilin apabila ada kematian kelak. Saya tidak kisahlah jika ada orang Melayu lain yang mengikuti fahaman pakatan, tapi saya tidak sangggup melihat Ronnie atau sesiapa pun terus mencemarkan kesucian agama Islam yang saya anuti selama ini.

Selepas isu 'underworld' yang dikaitkan dengan kongsi gelap, isu Teoh Beng Hock, satu demi satu isu berat terus berlaku di Selangor. Isu wang zakat yang mahu dikongsikan untuk semua juga timbul dalam masa-masa kekelutan di Selangor sekarang.

Apakah orang Islam Selangor setuju supaya wang zakat (yang kita potong dari kantung gaji kita tiap-tiap bulan itu) dikongsi bersama-sama? Jika bersetuju saya tidak tahulah. Mungkin puak-puak pakatan bersetuju, saya juga tidak tahulah.

Wahai Menteri Besar Selangor yang bijaksana, di mana pertimbangan saudara? Saya hanya mahu wang zakat saya disalurkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan oleh Islam. Saya tidak tahulah jika wang zakat tuan Menteri Besar mahu diagih-agih kepada semua?

Jika Selangor sudah tidak cukup peruntukan seperti yang disebut iaitu kira-kira RM300 hingga RM500 juta setahun carilah dari punca yang lain. Saya syorkan pungutlah dari punca-punca perjudian, rumah-rumah urut, spa, rumah persundalan yang - menurut ketua pembangkang kena gantung Dr. Khir Toyo - tumbuh bercambah-cambah bagai cendawan di Selangor sekarang. Ia boleh ditukar menjadi 'sin taxes' (cukai dosa) daripada aktiviti-aktiviti seperti itu. Mengapa singkatnya akal mahu mengambilnya dari wang zakat. Orang Melayu di Selangor kan banyak yang miskin.

Satu lagi syor saya ialah majukanlah Selangor ini seperti yang telah dilakukan oleh menteri-menteri besar yang terdahulu. Apakah baru setahun memerintah, sudah beralah sehinggakan wang zakat pun mahu diambil? Dengar kata saudara ialah bekas CEO yang hebat dulu?

Apa akhirnya akan berlaku kepada negeri yang paling maju di Malaysia ini hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Dan bagi Shah Alam ia sebenarnya sudah mulai dirobek sedikit demi sedikit. Sebagai warganya, saya sudah mula menghidu baunya dan unsur-unsurnya pun sudah kelihatan. Namun yang sedihnya warga Melayu di dalamnya masih belum sedar.

(Nota: Cuit akan disiarkan seperti biasa pada hari Rabu minggu depan - Pengarang)

Dulu lain sekarang lain - kalau akan datang macamana la pula?

0 Komen!!!


KALAU diamati perubahan di sekeliling kita, nescaya kita akan terkejut dengan apa yang berlaku sekarang.

Dulu anak-anak minum susu ibu, sekarang ramai anak minum susu lembu. Dulu anak perempuan tidak boleh bebas, sekarang jumpa bayi dalam tandas.

Dulu 'jahat-jahat' anak muda, kacau anak dara balik mengaji; sekarang mat rempit dan bohsia menjadi-jadi.

Dulu guru didik anak murid macam anak sendiri, kalau nakal atau main-main kena pukul kena ketuk ketampi, balik rumah kena rotan lagi. Sekarang kalau anak murid kena jentik, guru sekolah akan kena 'titik'.

Dulu guru ramai yang tinggi hemah, sekarang guru ada yang hisap dadah dan moral rendah. Dulu budaya Timur jadi panduan, sekarang budaya Barat habis-habisan jadi tiruan, lelaki bersubang bertatu di badan.

Dulu dalam politik tolak menolak jawatan, sekarang cari tok cak, tok batin, tok sami dari sini sampai sempadan.

Dulu suasana politik negara stabil, sekarang dah nampak kucar-kacir. Dulu pembangkang sikit sangat, sekarang pembangkang riuh dan gamat.

Dulu semua negeri bawah Barisan, sekarang lima negeri di bawah Pakatan. Dulu fitnah tersebar dengan surat layang, sekarang ada blog, Internet, sms dan video pun tak kurang.

Dulu sebelum kahwin merisik, bertunang dan nikah, sekarang belum kahwin duduk sekali dah. Dulu yang buat perangai luar tabii sembunyi-sembunyi. Sekarang apa orang kata, dia orang tak peduli, ada kelab gay lagi.

Dulu mak bapa yang dah tua dijaga, sekarang mak bapa dihantar ke rumah orang tua.

Dulu tak ramai orang kita belajar di luar negeri, sekarang sudah ramai yang balik lupa diri.

Dulu hendak dapat biasiswa, kalau suruh sembah pun sanggup sembah, sekarang dah dapat ijazah penjamin yang susah.

Dulu orang Melayu ada P.H.D (perangai hasad dengki), sekarang pun masih tebal P.H.D.

Dulu Aceh kena langgar tsunami, sekarang kita kena selesema babi.

Dulu doktor gaji rendah, sekarang doktor masih lagi rendah. Dulu kebanyakan kita fasih bahasa Inggeris, sekarang ramai yang tak boleh.

Dulu ada dua tiga saluran tv, sekarang lebih 80 saluran disaji. Dulu pelajar rajin ulang kaji, sekarang tercongok depan tv.

Dulu filem Melayu hitam putih tetapi tinggi kualiti, sekarang nak cari yang berjenis susah sekali.

Dulu drama berbentuk bangsawan, sekarang drama penuh cerita tahyul dan syaitan.

Dulu para artis payah nak cari makan, sekarang ramai lumayan pendapatan.

Dulu orang Melayu ketinggalan ekonomi, sekarang orang Melayu masih ketinggalan di sana sini. Orang dah jauh sampai ke bulan, kita masih lagi "Engkau laksana bulan".

Tiga puluh tahun dulu gaji mula akauntan dua ribu, sekarang pun masih dua ribu. Tiga puluh tahun dulu rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail harga RM60,000, sekarang harga dekat RM500,000.

Tiga puluh tahun dulu ekonomi kita lebih kurang sama dengan Taiwan, Korea dan Singapura, sekarang kita bukan lagi Asian Tiger. Dulu paras gaji kita sama mereka, sekarang kita dah ditinggalkan mereka.

Dulu Amanah Saham Nasional orang Melayu yang beli, sekarang orang Melayu tak larat nak beli. Dulu ada Bank Bumiputera sekarang yang ada Kelab Golf Rahman Putra.

Dulu duit kita dua ringgit setengah satu dolar Amerika, sekarang duit kita tiga ringgit setengah satu dolar Amerika.

Dulu orang Malaysia membeli-belah di Singapura, sekarang orang Singapura membeli-belah di sini pula.

Dulu rasuah adalah juga, sekarang ini sudah berleluasa. Sudah 52 tahun kita merdeka, masih ada kemiskinan tegar, Pasar Chow Kit tak bertukar.

Dulu sungai-sungai kita boleh mandi, sekarang semua dah dicemari.

Dulu kita banyak tanam padi, sekarang kita banyak import padi. Dulu terbongkok-bongkok kita tanam padi, sekarang pun masih terbongkok-bongkok tanam padi.

Dulu anak petani mahu kerja di sawah, sekarang buruh Siam yang jadi mewah.

Dulu pekerja asing adalah juga, sekarang dia orang dah melambak-lambak.

Dulu anak-anak muda rajin mengaji, sekarang anak-anak muda ramai yang ambil ekstasi.

Dulu di universiti ramai pelajar lelaki, sekarang entah ke mana pergi. Dulu pelajar asing datang nak belajar, sekarang dah banyak aktiviti luar.

Dulu dapat pink form jadi kaya sekelip mata, sekarang banyak kemudahan dah tak ada. Dulu pengerusi sini pengerusi sana, nama ada saham orang lain punya, sekarang pengerusi tak ada, saham pun tak ada.

Dulu tak ada duit ceti jadi payung, sekarang tak ada duit pergi jumpa ah long.

Dulu eksport jadi sandaran, sekarang yang penting ilmu pengetahuan. Dulu hasil keluaran bernilai rendah, sekarang kenalah tingkatkan nilai tambah.

Dulu orang Melayu tak pandai berniaga, sekarang banyak pula skim cepat kaya.

Dulu orang guna mesin taip lagi, sekarang orang dah guna PC. Dulu telefon bimbit berat nak angkat, sekarang seorang ada tiga dan empat.

Dulu jalan mana-mana pun selamat, sekarang silap haribulan beg tangan kena rembat. Dulu halal haram orang tak kisah sangat, sekarang sijil palsu 'Halal' pun orang buat.

Dulu Islam lalui zaman gemilang, para ilmuwan begitu terbilang. Sekarang umat Islam dah tinggal belakang, meletupkan diri untuk berjuang.

Dulu kita disuruh "Bekerja dengan Saya", sekarang konsep 1Malaysia. Dulu ramai pejuang bangsa, sekarang di mana mereka berada?

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Islam ditindas bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, PAS pula berdiam

1 Komen!!!
DI Selangor ada Ronnie Liu. Di Pulau Pinang muncul pula Jeff Ooi. Kedua-dua orang penting di negeri pakatan pembangkang itu tampil dengan tindak-tanduk yang sama - menghina dan memperlekehkan agama Islam.

Niat mereka sangat jelas. Tiada penyesalan jauh sekali mahu meminta maaf kepada umat Islam di negara ini.Ronnie Liu beria-ia mempertahankan arahannya supaya minuman keras yang dirampas kerana dijual secara terbuka dipulangkan semula.

Dengan angkuh dia mendabik dada tindakan tersebut dibuat menggunakan kuasanya sebagai Exco Negeri Selangor. Lebih daripada itu, tindak-tanduk Ronnie yang ternyata mengguris hati umat Islam bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara itu mendapat restu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selepas bermesyuarat, berbincang dan bertukar pandangan, mereka sepakat - tiada larangan jualan minuman keras di negeri itu, manakala kedai serbaneka seperti 7 Eleven diminta menggunakan budi bicara sendiri menjual arak (yang tidak memabukkan menurut Ronnie) itu berdasarkan permintaan.

Arak akan terus dijual secara terbuka dengan alasan kandungan alkoholnya tidak mencapai paras memabukkan - justeru minuman itu 'halal' dijual di kedai serbaneka berdasarkan permintaan penduduk di satu-satu kawasan. Begitu juga dengan operasi banteras maksiat yang juga berkaitan dengan portfolio Ronnie akan terus menerima 'gangguan'.

Senario yang sama berlaku di Pulau Pinang. Tidakkah Pas terusik apabila Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Razali Abdullah digelar ekstremis agama. Gelaran itu pula berkaitan dengan dakwaan kononnya beliau mempunyai misi membentuk Malaysia sebagai negara yang akan menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya menjelang 2020.

Misi itu pula dikaitkan dengan keanggotaan Mohd. Razali dalam Jemaah Islamiah Malaysia.

Tidakkah Pas yang bercita-cita menjadikan undang-undang syariah tunggak pemerintahan berasa tersinggung, terhiris dan terhina dengan kenyataan dangkal Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi itu?

Pas masih bertolak ansur sebagai mana mereka merelakan kerjasama dengan pakatan pembangkang biar pun Karpal Singh sehingga sekarang masih berpegang kepada prinsip kerasnya 'over my dead body' berhubung pelaksanaan undang-undang Islam oleh Pas jika mereka berjaya mentadbir negara...
"Begitu rendah maruah Islam PAs ini...."
Dan adakah Jeff akan mengeluarkan kenyataan yang sama jika pemimpin Pas turut menganggotai Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan dituduh menyelinap masuk ke dalam sistem pentadbiran kerajaan tempatan.

"Hina sangatkah atau bahaya sangatkah bagi pemimpin Islam yang bercita-cita untuk menegakkan undang-undang agamanya sendiri yang merupakan agama rasmi dalam Perlembagaan negara untuk dilantik ke jawatan itu."

Bukankah kenyataan Jeff itu bertujuan memberi gambaran betapa undang-undang Islam itu mempunyai ciri-ciri ganas dan bahaya sehingga pemimpin yang bercita-cita melaksanakannya disamakan dengan ekstremis.

Hakikatnya - idea yang dibentangkan oleh Ronnie dan Jeff sepatutnya cukup untuk menggambarkan masa depan Pas dalam pakatan pembangkang. Tidak ada gunanya Pas negeri itu beria-ia berkempen supaya Ronnie dipecat.

Sudah terang lagi bersuluh - bangsa Melayu beragama Islam di negara ini tanpa mengira parti apa yang diwakili sentiasa disimpulkan sebagai ancaman kepada bangsabangsa lain.

Sebab itu ada saja kenyataan, cita-cita dan idea yang dilemparkan oleh Melayu akan disifatkan sebagai ekstremis.

Sedangkan tindak-tanduk bangsa-bangsa lain yang jelas menyakiti, menghina bangsa Melayu dan umat Islam tidak dikategorikan sebegitu - buktinya Ronnie dan Jeff terlepas begitu sahaja.

3M untuk UMNO hadapi Pembangkang

0 Komen!!!
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin dan anggota parti itu mesti mempraktikkan tiga budaya - “mendengar, berkhidmat dan menyelesaikan masalah” bagi memantapkan semula UMNO.

Perdana Menteri berkata ketiga-tiga budaya itu penting bagi memastikan UMNO terus dapat mempertahankan kedudukannya sebagai parti memerintah dan mendapat sokongan padu daripada rakyat.

“Yang pertama, budaya mendengar - kita kena sentiasa mendengar suara rakyat, rintihan rakyat, sanggup sentiasa disisi rakyat dan bukannya jauh, bukan sombong tapi merendah diri dan jangan jadi golongan elit,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pekan di sini, hari ini.

Najib yang juga Ketua UMNO bahagian itu berkata budaya kedua ialah berkhidmat iaitu sentiasa memberikan khidmat yang terbaik sepanjang masa.

“Berkhidmat untuk rakyat, jangan berkhidmat kepada puak kita sahaja, berkhidmat mesti sepanjang masa, bukan masa dekat pilihan raya, (bila dekat pilihan raya), kepil biodata, harap-harap jadi calon.

Dah sampai masanya UMNO untuk bertindak, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan... budaya lama itu patut dibuang.. dan kini budaya itu mula menular dalam PKR dan PAS.. budaya elit dan sombong...

Kongsi Link Anda